Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1 Pengasingan

Tahun 2029

"Banyak bangunan yang telah hancur akibat tindakan pengganas"

"Mesti orang yang racist yang buat letupkan bangunan-bangunan di bandar"

"Pemerintah masih memikirkan cara untuk berunding dengan mereka. Kita hanya mampu berharap"

"Tidak!! Pemerintah tak buat apa! Mereka lagi suka melihat penderitaan rakyat."

"Baru-baru ini rumah anak yatim menjadi sasaran pengganas. Identiti mereka telah di sahkan oleh kamera tersembunyi. Puak itu di gelar puak anti-damai. Ada juga yang bersependapat mereka golongan yang racist"

"Berita terkini, polis mengesyaki puak anti-damai bukanlah di anggotai beberapa orang tetapi ramai. Pihak polis juga telah mencuba menggodam dark web mereka di mana hampir 500k lebih menjadi pengikut puak itu"

"Bagaimana nasib kami? Kenapa perang ini berlaku? seseorang tolong lah buat sesuatu!"

"Mereka menyasarkan orang-orang yang non-racist"

"Masih tidak ada tindakan daripada pemerintah"

Kelihatan ada seorang yang sedang menonton berita di tv lut sinar itu. Dia bangun dan mengalirkan air mata..

Dhaffa : semua orang menderita.. harap bertahan lama sedikit....kamu semua....

Tahun 2041

"Pada masa kini, kita telah di kejutkan dengan penemuan baru dari seorang saintis yang memiliki kebolehan dalam bidang Astronomi, Fizik, Aerobiology,Biology, Kimia dan bidang-bidang yang lain"

"Beliau mendakwa bahawa kita mampu hidup di planet lain"

"Mengarut! Satu kata yang layak untuk dia"

"Mungkin ada benarnya, sainstis telah lama mengkaji tentang perihal ini"

"Tidak mungkin manusia mampu hidup di planet lain. Malah tiada oxygen semulajadi di sana."

Setelah beberapa hari dia di kritik oleh ramai pihak, dia bersetuju untuk mengumumkan penemuannya.

Dhaffa : ya kita mampu hidup. Kenapa saya berkata begitu? Sebab dalam masa beberapa tahun ni, saya sudah pun mengkaji malah merealisasikan ideologi ini.

"Apa? Dia dah..."

Dhaffa : ya ya ya dan ya. Saya dengan beberapa orang  telah pun menyiapkan projek ni. Bagaimana? Dengan menggunakan satelit HyperSun dimana satelit ini mampu membagikan tenaga solar ke planet lain. Misalnya marikh. Dengan suhu yang sama dengan bumi kami telah pun menghidupkan tumbuhan di planet tersebut.

"Mustahil! Planet mati itu memiliki atmosfera yang nipis. Jika kamu lupa, saya akan senaraikan

95,72% Karbon Dioksida
2.7% Nitrogen
1.6% Argan
0.2% Oksigen
0.07% Karbon monoksida
0.03% Wap Air
0.01% Nitrogen monoksida
Dan yang lain. Saya pasti kamu tahu.

Lihat! Bagai mana kita mampu hidup dengan unsur-unsur gas sebegitu?"

Dhaffa : saya tahu. Sebab itu lah saya kata beberapa tahun. Semua nya sudah terlunasi. Pertama sekali kami singkirkan gas yang bahya ke dalam sebuah balang teknologi nya luar biasa. Kami terpaksa membina penempatan di sana. Menumbuhkan tumbuhan berkali-kali. Buat Hap dengan banyak sehingga lah suatu hari. Kami boleh bernafas di sana.

"Apa benar kata kata kamu? Sudah berapa luas tumbuhan dan oksigen di sana?"

Dhaffa : 82 peratus oksigen. Dan yang lain masih ada gas lain. Kita boleh mengkaji nya nanti untuk peradaban masa hadapan.

"Karut ! Mana buktinya?"

Dhaffa : ohh biar betul? Bila kali terakhir kamu semua mengamati luar angkasa? Kamu terlalu sibuk dengan masalah dunia ni.

Dhaffa menekan satu butang dan terpapar gambar planet marikh yang terbaru. Mereka yang ada di situ terkejut.

Dhaffa : untuk pengetahuan anda semua. Ni bukan gambar bergerak tapi 'live' ...

"Kenapa ada garisan biru melintang ?"

Dhaffa : marikh tak ada laut. Itu yang anda lihat adalah sebatang sungai. Ianya mengelingi keseluruhan planet. Cuma ada satu sahaja sungai. Dan takat beku di suatu tempat.

Marikh yang sebelum ini hanya kering kontang, di sebut planet mati, memiliki air sedikit dan memiliki kawah ais kini berubah. Tempat itu tidak ubah seperti bumi. Ada kehijauan dan sebatang sungai yang biru.

"Sebenarnya apa tujuan kamu?"

"Ya, kenapa buat penemuan di saat yang genting ini…?"

Dhaffa : Pengasingan ...

Mereke di situ tersentak seolah memahami tujuan itu. Tetapi mereka masih sahaja bertanya...

Dhaffa : saya nak hidup kan dunia di mana tiada pertumpahan darah berlaku. Dengan penempatan baru ini kita akan bina sistem baru. Tak akan ada orang jadi raja. Setiap tanah akan di jaga oleh pemerintah yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Akan ada desa atau pun kota. Tapi ada satu pusat untuk semua keperluan di situ. Tiada golongan racist. Dan mereka boleh hidup aman, berkahwin dengan orang yang mereka suka, dan berkawan dengan sesiapa sahaja. Putih hitam, lain bangsa, tak akan di ambil kira ... Selagi menerima orang lain.. kita akan aman. Di sana nanti kita akan buat lagi penelitian lain untuk ke planet lain. Kita bawa orang-orang bijak yang semestinya non-racist.

"Jadi kamu nak memindahkan golongan non-racist?"

Dhaffa mengangguk. Persidangan itu di siarkan seluruh dunia. Ramai yang setuju akan tindakan itu.

"Pemikiran yang amat genius, saya setuju akan hal ini"

"Kami setuju. Kami anak beranak tak buat salah tapi ramai orang bermasam muka dengan kami. Ya saya berkahwin dengan orang luar negara. Apa masalah?"

"Sistem itu memamng sistem damai. Saya akan pergi ke sana bila tiba waktunya. Kita boleh berkenalan dengan sesiapa tanpa tantangan irang lain"

"Walaupun dalam keluarga , pasti ada racist. Saya mengaku abang saya memang begitu. Saya tak tahu kenapa?"

Beberapa hari kemudian , golongan racist mula membuat rusuhan. Dhaffa terpaksa melancarkan kapal angkasanya lebih awal dari apa yang dirancangkan nya.

"Masuk cepat! Selamat kan diri anda!"

"Kami tak kan biarkan kamu membawa orang ke planet marikh!"

Mereka terus merusuh. Walaupun telah ada dindin penghalang tapi cara mereka merusuh seperti mahu membunuh.

"Semua kapal dalam keadaan tersedia. Siap untuk berangkat!"

"Tunggu! Jangan tinggalkan saya!"

Seseorang dari jauh cuba untuk melintasi dinding itu. Dia berkeras untuk menaiki kapal itu walaupun telah penuh.

Dhaffa : benarkan dia.
Khai : bang, kapal penuh dekat negara lain. Tapi di sini cuma 500k orang sahaja.
Dhaffa : apa ? Sedikit itu sahaja?

Dhaffa pergi kearah pintu kapal itu dan menyeru kepada orang untuk masuk ke kapal yang masih belum penuh.

Dhaffa : kapal no 9 dan 7 masih belum penuh. Tolonglah, jika anda semua nak damai. Masuk.

Tapi tiada balasan yang meransangkan. Orang di situ terus membaling batu, botol api dan barang-barang yang lain. Dhaffa kecewa. Dia hanya ingin selamatkan mereka. Dengan wajah yang kecewa...

Dhaffa : tinggalkan mereka. Sekarang masa untuk pergi.

Tak semua orang ternama mengikut cara Dhaffa. Misalnya pemerintah di setiap negara, masih mempertahankan tanggungjawab mereka dan tanah bumi mereka. Mereka hanya dapat membawa 500k orang dan 300k haiwan yang mampu di jaga di sana. Ikan , kambing, ayam dan sebagainya yang mampu memberi sumber kepada manusia.

Padahal Dhaffa telah mencipta kapal sebesar bangunan dengan kapasiti untuk 10 juta orang.
Kini mereka sedang menuju ke planet marikh dan menunggu mendaratnya kapal itu dalam masa 7 bulan lebih. Kerana saiz kapal yang besar itu melambatkan pergerakan mereka. Mereka hanya perlu tinggal di sana. Bagaimana kah hidup mereka di sana?

Bersambung......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro