Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Wafeeq mengaku mempunyai hubungan istimewa bersama Dania.

Laptop milik nya ditutup tatkala berita itu dibaca sekilas. Wareesha tidak ingin mengetahui hidup Wafeeq tapi entah kenapa hari ini tiba-tiba muncul notifications yang tidak sepatutnya. Keluhan berat dilepaskan, sungguh Wafeeq benci cinta yang bermukim di dalam hati nya. Terlalu cinta juga tidak seharusnya terlalu bodoh sampai masih memikirkan sesuatu yang menyakitkan.

"Hye babe, you okay?" Soal Duke melabuh duduk di sebelah Wareesha.

"Hye," Sapa Wareesha berpura-pura teruja.

"You terfikirkan Feeq?"

Jari telunjuk Wareesha mengetuk dagu seakan memikir akan sesuatu.

"Yes, maybe no."

Bahunya diangkat malas.

"Feeq cari you merata semenjak I culik you dari rumah Feeq."

Wareesha menghambur ketawa terbahak-bahak. Sampai Duke kebingungan tapi tak lama ia tertular ketawa sekali.

"Apa yang kelakar?" Soal Duke belum menghentikan tawa nya.

Sedetik itu, tawa Wareesha terhenti. Ia mendengus geram lalu berpeluk tubuh.

"Jangan bagi harapan palsu boleh tak? Mustahil si Feeq cari I sedangkan Feeq bencikan I. Jangan buat-buat cerita eh! I bukannya suka dekat si Feeq tu. Benci tahu tak?!" Kasar tutur kata itu. Nampaklah betapa tak suka nya Wareesha pada Wafeeq. Anti!

"Eleh, mana tahu jumpa esok-esok nak get back balik."

Wareesha memutar mata. Tidak betah dengan arah perbicaraan mereka, Lantas ia angkat punggung ingin naik ke tingkat atas.

"Jom keluar nak? Ada pasar malam dekat seberang jalan."

Langkah nya terbantut. Tergiur dengan ajakan itu kerana sudah lama tidak berbelanja di pasar malam, Wareesha berbalik lalu mengangguk.

"Tunggu kejap, I nak bersiap."

Duke memberi simbol okay. Ia menghantar pemergian Wareesha dengan ekor mata. Tak sampai sejam, Wareesha telahpun turun dari tangga. Mendadak Duke bangun. Walaupun pakaian yang tersarung itu terlihat biasa iaitu blouse bersama seluar slack saja tapi itu cukup membuat nya jatuh cinta berkali-kali.

"Kita jalan kaki?"

Wareesha memakai sandal diikuti Duke berkasut bertutup.

"Kalau you tak keberatan, I boleh gendong you ke sana."

Duka angkat kedua kening dengan senyum gatal.

"Tak payah nak menggatal! Ingat status I yang masih isteri kepada Wafeeq."

Duke terdiam. Ada sedih juga kecewa kerana Wareesha masih mencintai Wafeeq. Biarpun banyak kali ia menafikan kata hati tapi percaya lah bahawa anak mata itu tidak bisa menipu.

"I sebenarnya tak tahu jalan hidup I seterusnya."

Duke mengerling Wareesha. Seketika, jantung nya berdegup kerana terpana akan kecantikan Wareesha. Sejak kecil, apabila bermain bersama Wareesha. Wajah itu selalu berubah kemerah-merahan apabila mengena cahaya matahari. Seperti sekarang, kecantikan itu terbias. Tambahan matahari yang memancar seakan menambah affect mulus nya wajah itu bak orang korea.

"Jangan sampai you mencintai seseorang hingga jati diri you yang dulu hilang. Semenjak you kahwin dengan Feeq, I perasaan you dah hilang diri you."

"Mungkin I terlalu mencintai." Ujar Wareesha bergetar seakan menahan suara yang menyedih nya dari terhambur.

"You tak layak dapat semua ni."

"Kenapa orang baik selalu malang dalam bercinta?"

"Orang baik tidak malang dalam bercinta justeru orang baik memilih untuk mencintai orang yang malang. Maka nya yang di peroleh hanyalah malang semata bukan kebahagiaan."

Wareesha terkelu. Menyedari ada betul apa yang diucapkan Duke, ia mengangkat bendera putih dari berbicara lebih.

"I tak terfikir untuk menyokong you bercerai dengan Feeq tapi I berharap you fikir masak-masak dengan setiap pilihan you. Tak salah untuk you undur diri jika ia menyakitkan. Yang salah nya, jika you masih memilih untuk stay walaupun you tahu keadaan nya tetap sama." Nasihat Duke bagai abang pada adik perempuan nya.

Wareesha mengangguk. Bukan tidak berterima kasih, hanya saja hati nya merasa berdenyut nyeri saat memikirkan perpisahan yang akan menjadi pilihan terakhir.

"Aip! Aip! Aip! Tak baik sedih-sedih macam ni. Jom lawan, siapa sampai dulu dia menang. Siapa kalah belanja!"

Tak sempat nak cakap apa-apa, Duke terlebih dahulu berlari menuju ke seberang jalan meninggalkan nya. Mahu tak mahu, Wareesha mengejar langkah lelaki itu. Harap-harap ada harapan untuknya menang. Namun, siapa sangka bukannya menang malah diri nya kalah dengan jarak yang lumayan jauh.

"Bluerk! Rees belanja! Yeay!" Lelaki itu melompat riang lagak kanak-kanak ribena.

"I belum bersedia, you tiba-tiba lari memanglah boleh menang."

Wareesha menjeling tajam bersama bibir muncung bagai itik. Merajuk juga marah kerana bisa dikalahkan sedang diri nya selalu mendapat pingat emas dalam olahraga di sekolah.

"Cakap ajelah you kedekut tak nak belanja I. I bukannya takde duit, I kaya boleh beli semua benda." Dengan bongkak Duke meninggi diri.

"Cakap dengan you memang menyakitkan hati. Dahlah! Jom kita beli makanan, I dah lapar!"

Wareesha meninggalkan Duke sendiri lalu fokus pada khemah yang menjual air balang. Kering tekak rasanya setelah berlari dengan Duke tadi. Tanpa disedari mereka berdua, sejak tadi ada orang lain yang mematai mereka.

"Dah dapat info mengenai dia?"

Smith, seseorang yang diupah mencari maklumat mengenai isteri nya yang menghilang. Tidak bisa menipu bahawa kerja nya tip top kerana bisa menemui keberadaan isteri nya hanya dalam satu hari.

"Dari info yang saya dapat, Duke adalah anak angkat dari Uncle Brown."

"Siapa Uncle Brown?" Soal Wafeeq tanpa melepaskan tatapan pada dua manusia yang sedang bermesra ketika ini.

"Uncle Brown, ayah kepada Wareesha yang baru saja menemui anak perempuannya yang telah diculik oleh seseorang."

Fail yang ada di tangan Smith diraih. Selanjut nya ia membaca kisah cerita keluarga Wareesha yang menyedihkan. Setelah dibaca semua nya, anak mata nya menangkap sesuatu.

"Wareesha membantu Uncle Faris waktu seseorang hampir membunuh nya, sejak itu Uncle Faris membuat keputusan untuk mengeluarkan Wareesha dari panti asuhan. Beberapa tahun selepas kepulangan Wafeeq dari luar negara, Uncle Faris memutuskan agar Wareesha dan Wafeeq menikah. Demi mengenang jasa Uncle Faris, Wareesha tak cakap banyak. Lalu bersetuju. Ditambah ketika beradu mata dengan Wafeeq, hatinya berdebar jatuh cinta."

Wafeeq telan air liur payah mengenangkan apa yang pernah Wareesha ucapkan pada nya sebelum mereka hampir berpisah.

"Sejujurnya, Rees tak pernah memaksa dalam perkahwinan ini. Rees cuma terhutang budi dengan kebaikan Uncle Faris. Jika jodoh kita berdua memang ditakdirkan penamatnya hari ini, baiklah. Rees terima."

Bodoh nya Wafeeq tidak mendengar penjelasan dari Wareesha. Serba salah nya semakin bertambah memikir salah sendiri yang asyik berfikir buruk pada Wareesha.

Bukan itu saja kebenaran yang mengejutkan nya, malah ada lagi iaitu..

"Uncle Brown dan Duke bertemu Wareesha di panti asuhan waktu kecil tapi belum tahu bahawa Wareesha adalah anak nya." Suara itu semakin perlahan.

Tidak tertanyalah mengapa Duke bisa menyukai Wareesha. Boleh jadi kerana perasaan cinta itu membuatkan Uncle Brown mengambil keputusan untuk mencari tahu background hidup Wareesha dan disebabkan itulah Duke bisa menculik Wareesha dari nya. Wafeeq mengetap gigi tidak terima. Wareesha tidak bisa bersama Duke! Takkan! Wafeeq akan mengambil kembali milik nya! Itu yang pasti!

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro