Bab 5
Bunyi pintu ditutup menanda Wafeeq telahpun keluar dari bilik setelah selesai mengubati nya. Tekaknya terasa kering, lekas air mineral botol yang ada di atas meja diraih nya lalu diteguk rakus. Baru beberapa minit, matanya berubah kuyu. Sesekali dia menguap kerana mengantuk tiba-tiba. Tak dapat menahan diri, akhirnya Wareesha mengubah posisi duduknya lalu berbaring. Tidak perlu ambil masa yang lama kerana Wareesha telahpun hanyut dengan mimpi indahnya. Di pintu sana, Wafeeq menyungging senyuman sinis. Pintu dibuka, perlahan namun pasti langkahnya dihayun merapati Wareesha dan dilabuh duduk di birai katil.
"Look at you, babygirl..."
Jarinya bergerak menyentuh pipi mulus itu lalu dielus nya.
"You're so adorable when you're asleep."
Sapuan jarinya berpindah pada bibir pinkish milik Wareesha.
"You're like small child. Hopefully I will get to hold our daughter like this someday."
Perut yang berlapik itu diusap lembut. Berharap nanti nya ada nyawa yang akan berada di sana kelak. Selang beberapa minit, setelah puas menatap sang isteri. Wafeeq keluar menuju bilik kerja nya. Seketika, dia fokus pada fail bertimbun di atas meja sebelum deringan telefon menganggu nya. Tertera nama Inspektor Kamil di sana. Wafeeq yakin tiada hal penting yang ingin dikhabari lelaki itu. Disebabkan itu, Wafeeq angkat panggilan sedikit malas.
"Hmm?"
"Masalah besar! Masalah besar! Kau dekat mana sekarang?"
Masih bereaksi tenang seolah berita yang akan didengari tidak begitu penting, salah satu fail yang mendapat perhatian nya diraih lantas dibubuh tandatangan nya di sana setelah berpuas hati dengan isi di dalam fail itu.
"Kenapa dengan soalan kau ni? Lain macam aje." soal Wafeeq tidak mengerti.
Kerja-kerja nya yang masih tergendala dibiarkan terlebih dahulu. Jantungnya terasa sesak tiba-tiba dengan perasaan tidak nyaman menganggap sesuatu hal buruk akan terjadi.
"Perhatikan isteri kau. Ada seseorang cuba untuk masuk ke dalam rumah kau. Aku harap-"
Belumpun sempat habiskan semua ucapan nya, talian telah dimatikan secara sepihak dan Wafeeq berlari laju masuk ke dalam kamar nya.
Brak!
Pintu bilik dibuka kasar. Wafeeq meliarkan pandangan ke sekelililing bilik. Namun nihil, figura sang isteri langsung tidak ada. Dia kemudian membuka pintu bilik air dan pintu walk in closet. Tidak berputus asa, Wafeeq turun dari tangga menuju ruang tamu. Lama-lama, langkah kakinya semakin perlahan ketika anak matanya menemui seseorang yang baru saja nak keluar dari rumahnya.
"Woi!" Jerkah Wafeeq lantang.
Spontan, lelaki asing itu membalik tubuh. Memperlihatkan raut wajah tampan nya. Bahkan, lebih tampan dari Wafeeq.
"Siapa kau?" Suara mendalam diselaputi ais itu meluncur laju dari bibir Wafeeq.
Lelaki asing itu mengangkat kedua alis nya. Sengaja berteka-teki meski dia bisa menjawab soalan itu dengan mudah. Tidak gentar, anak mata tajam milik Wafeeq itu ditatap lama.
"Rees milikku." Ungkap lelaki asing itu begitu yakin.
Wafeeq membulat mata. Terketap-ketap bibirnya menahan marah kerana miliknya diganggu.
"Kau culik Rees?"
Tsk! Tsk! Tsk!
"I didn't kidnap her.
Lelaki asing itu tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh dengan gaya angkuh mengangkat dagu nya ke atas.
"I'll take what's mine."
Wafeeq menggempal penumbuk menahan perasaan marah. Lekas-lekas ia turun tangga demi menghadiahkan tumbukan padu pada lelaki itu. Namun, sayangnya belum sempat bertindak lebih, beberapa lelaki berpakaian warna hitam telah masuk ke dalam rumah nya lalu dipukul Wafeeq sehingga nyawa-nyawa ikan.
"Kenalkan, Duke."
Duke menurunkan lutut kanan nya mengena lantai. Bersama raut wajah sinis, pipi Wafeeq ditepuk kuat.
"Bangunlah, kau tak layak untuk Rees. Bahkan, untuk kau dapatkan hati Rees pun tak layak! Kau sampah!" ucap Duke dengan suara celah gigi.
Tatapan Duke tajam bak pisau yang bersedia nak tikam Wafeeq. Andai saja bukan sebab amaran dari Wareesha, pastinya Duke telah membunuh lelaki tak guna ini.
"Kau sepatutnya berterima kasih pada Rees. Kalau bukan sebab Rees, aku dah lama bunuh kau. Aku sendiri pun tak faham kenapa Rees still nak mempertahankan kau padahal setahu aku, Rees dah putus asa dalam perkahwinan kau berdua."
Wafeeq gagahkan diri untuk bangun. Tapi sayang, tidakpun sempat bangun dirinya telah disepak hingga tubuhnya terlontar pada sofa panjang.
"Ops! Sorry, aku sengaja!"
Duke ketawa terbahak-bahak. Memikirkan sengsara Wareesha sejak dulu, hati nya menggelegak nak marah. Walaupun Wareesha tidak pernah bercerita tapi Duke yakin ada luka yang disembunyi nya.
"Rees mengadu? Huh?"
Wafeeq tertawa sinis. Darah yang keluar diseka dengan belakang telapak tangannya. Muka nya merah bak tomato masak ranum. Ada amarah yang tersembunyi dan Wafeeq benar-benar ingin melampias rasa marah nya ini.
"I saw the silence screaming more than the mouth ever could, I saw the eyes revealing more than the words know about."
Wafeeq tertegun. Kesinisan yang dipamer pada riak wajah nya tadi automatik berubah mendung. Pelbagai perasaan membelenggu diri nya ketika ini.
"Rees tak pernah mengadu apa-apa keburukan kau dekat aku. Aku yang nak ambil tahu mengenai kehidupan Rees. Aku upah orang untuk siasat hidup Rees dari mula dirinya berstatus single sehingga menikah dengan kau. Kalau kau dah tak ada hati dengan Rees, cakap! Ramai lelaki yang masih menanti status single dari Rees. Jangan bazirkan masa Rees dengan lelaki tak guna macam kau! Menyampah aku!" Bebel Duke panjang lebar.
Selang beberapa minit, tak ada tanda Wafeeq nak menyela perbicaraan nya. Malah bibir itu terkatup rapat bersama anak mata jatuh pada lantai. Ada sesuatu dalam fikirannya dan Wafeeq gusar akan itu.
"Sometimes you open the cage for a bird but she doesn't leave not because she loves you but because you've ruined all her dreams where she wished to fly."
Duke merasa tidak ada keperluan untuk berlama. Lagipun, ada sesuatu yang harus dibereskan sebelum bawa Wareesha pulang. Baru selangkah kaki nya diangkat keluar, ucapan lirih Wafeeq membantutkannya.
"Give her back to me,"
Duke mendengus. Tidak memungkin dirinya berbaik hati untuk menyerahkan harta nya yang berharga pada Wafeeq, langkah nya diteruskan. Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang mengakibatkan Duke terundur ke belakang.
"Give her back to me! It was mine first!" Paksa Wafeeq benar-benar menginginkan milik nya.
Duke bertindak merentap kasar tangan Wafeeq. Raut wajah nya berubah kelam dengan aura gelap yang tidak bersahabat. Malangnya, Wafeeq tidak takut dengan amarah Duke. Mahunya hanya satu iaitu Wareesha. Milik nya.
"She's not yours! She's not yours anymore!" bantah Duke menidakkan apa yang Wafeeq cuba rampas dari nya. Sakit hati dengan topik bicara mereka, Duke keluar dari suasana tegang ini.
"Wait!"
Untuk pertama kali dalam hidup, Wafeeq merasakan kegagalan. Dia mengenggam kolar baju nya tatkala rasa sesak itu terasa. Bahkan dada nya tiba-tiba merasa nyeri tanpa sebab. Terlalu sakit sehingga Wafeeq terpaksa duduk di atas sofa kembali.
'Aku tak pernah sesakit ni,' monolog Wafeeq aneh.
📍Nak bab seterusnya?
Kuncinya 🔑 🔐
10 votes 🔓⭐
See ya🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro