Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

"Rees! Rees!"

"Rees! Rees! Rees! Rees!"

Waarid dan Wanda serentak memanggil nama Wareesha di luar pagar. Ada perasaan tidak enak membelenggu Wanda. Apatah lagi bila nombor Bibi didail namun tiada langsung sambutan.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Entah sudah berapa kali loceng rumah mewah itu ditekannya sampai naik pegal tangannya.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Selang beberapa minit, pintu pagar terbuka secara automatik dari dalam. Matanya jatuh pada wajah angkuh Wafeeq. Dari pemakaiannya menggambarkan bahawa Wafeeq baru saja pulang dari kerja.

"Hey lelaki tak guna! Mana Rees ha? Mana kau sembunyikan isteri kau ha?" Sembur Wanda tidak menyabar.

Tanpa melengahkan masa, Wanda berlari anak merapati Wafeeq dengan muka merah menyala.

'Pasti Feeq ada kena mengena dengan kehilangan Wareesha!' monolog Wanda sendiri.

Wafeeq memasukkan kedua tangannya ke dalam poket. Tidak menghiraukan Wanda, langsung saja anak matanya fokus pada Waarid. Dari pergerakan tubuh, lelaki itu terlihat tercari-cari akan sesuatu. Mungkin sedang mencari Wareesha?

Memikirkan itu, mendadak darahnya mendidih. Wafeeq marah apabila miliknya dicari oleh orang tak penting seperti Waarid.

"Korang siapa?" Berpura-pura tidak tahu Wafeeq menyoal.

"Mana Rees?" Soal Waarid menatap ke dalam anak mata Wafeeq dengan tatapan marah. Tidak mengendah soalan yang keluar dari bibir itu.

"Rees?"

Wafeeq berkerut dahi. Dia mengangkat kedua bahu pakej cukup lengkap dengan anak mata meliar sekeliling bagai mencari seseorang.

"Mungkin aku akan happy kalau korang bersama Rees sekarang."

"Sudahlah dengan lakonan buruk kau! Mana Rees! Mana kau sembunyikan dia? Hah!?" Dah lagak orang gangster, Wanda cengkam baju Wafeeq. Hampir belasah tapi kerana halangan dari Waarid jadinya terbantut.

"Kenapa kau nak tuduh aku? Ada kau nampak kereta dia? Atau apa-apa bukti mengatakan Rees ada dalam rumah aku? Ada?"

Memikirkan apa yang dikatakan Wafeeq betul, terpaksa Wanda meleraikan cengkaman pada baju itu. Dia meraup kasar wajahnya memikirkan keberadaan Wareesha.

"Mustahil kau tak tahu, Rees datang rumah kau sebelum berangkat ke lapangan terbang." Bisik Wanda lirih menyembunyikan rasa kecewa.

"Kau tak nampak pakaian aku masih sama? Aku baru je balik dari kerja, macam mana kau boleh tuduh aku sembunyikan Rees?"

Wanda terdiam. Tidak mahu berputus asa, anak matanya mencari di sekitar rumah mewah Wafeeq. Semua tempat menjadi pemerhatian nya. Namun sayang tiada bukti Wareesha disembunyikan di sini.

"Sekarang kau masih nak menuduh aku?"

"Boleh aku masuk rumah kau?" Pinta Wanda terlalu berharap.

Wafeeq tersenyum sinis.

"Boleh tapi ini kali terakhir kau boleh masuk rumah aku."

Gulp!

Wanda dan Waarid berpandangan antara satu sama lain. Mereka buntu keputusan apa yang patut diambilnya.

"Apa patut kita masuk?" Soal Waarid mula ragu untuk meneruskan rancangan mereka mencari Wareesha dalam rumah Wafeeq.

"Lagipun, kereta Rees betul-betul tak ada dekat area sini. Rees ada cakap kereta Feeq tak ada dalam garage. Boleh jadi Feeq betul-betul tak tahu keberadaan Rees." Tambah Waarid makin meyakinkan Wanda bahawa Wareesha benar-benar tiada bersama Wafeeq.

"Apa patut kita buat? Kita call pun tak ada sambungan. Rasanya dah naik buntu aku nak fikir si Rees menghilang diri ke mana."

"Kita buat laporan polis nak?"

Dan sejenak Wanda memikirkan idea dari Waarid. Tak menemui cara lain, makanya Wanda mengangguk. Jalan terbaik adalah membuat laporan polis.

"Maaf Feeq." Wanda menunduk sedikit sebelum pamit pergi.

"Kalau kau ada peluang jumpa dengan Rees, cakap dekat Rees yang aku rindukan dia." Sempat bahu tegap itu ditepuknya sebelum Waarid melangkah mengekori Wanda.

"Rindu?"

Wafeeq tergelak sinis sambil mengempal penumbuk. Marahnya mencanak naik tiba-tiba mendengar kata manis itu. Pagar ditutup lantas kakinya dihayun laju masuk ke dalam rumah. Dia mendail nombor seseorang sambil menaiki tangga.

"Hello, batalkan pencarian dia."

"Baik! Pencarian Wafa Wareesha Rehan dibatalkan."

Tut.

Wafeeq menyeringai. Tidak sia-sia dia merancang semuanya dari awal. Bermula kereta Wareesha disorok di sebuah bengkel sehingga dirinya meminta supaya teman anggota polis untuk tidak melakukan pencarian ke atas kehilangan isterinya. Bukan itu saja, malah gari yang diperoleh nya adalah dari teman polis nya.

Tok! Tok! Tok!

Wafeeq mengetuk pintu. Seterusnya gerakan cukup perlahan di masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduk di sisi katil. Figura yang berada hampir dengan jendela menjadi perhatiannya.

"Mana Wanda dan Rid pergi?"

"Balik." Jawab Wafeeq acuh tak acuh.

Pertanyaan itu mengingatkannya kembali ucapan kerinduan dari Waarid untuk Wareesha. Tiba-tiba mood baik Wafeeq merudum jatuh. Matanya menggelap dengan raut wajah tegang.

"Kau sukalah bila si Rid tu prihatin cari kau dekat sini kan?"

Muncul sudah amarah yang disimpan sejak tadi. Sulit untuk Wareesha memahami isi hati Wafeeq yang selalu marah tiba-tiba begini. Tak salah pun dilampias marahnya. Entah di mana silapnya?

"Daripada awak fitnah saya bukan-bukan, ada baiknya awak lepaskan saya. Tak ada guna langsung kita bergaduh mulut macam ni tahu tak?"

Bukannya peduli dengan amarah yang disembur Wareesha, malah lelaki itu meremehkan dengan tawa sinis yang dibuat-buat.

"Kau tak payah nak buat ayat yang makin memanaskan hati akulah! Sampai bila-bila pun aku tak lepaskan kau! Bersyukurlah aku cuma gari kau aje. Macam mana kalau aku ikat kaki kau sekali? Idea yang baik jugak kan? Betul tak?" Kesinisan dari bicara itu meninggi tatkala anak mata itu saling melawan antara satu sama lain.

"Do I look like I care what you think?"

Wareesha membuang pandang ke jendela. Pergelangan tangannya sudah memerah kerana banyak kali mencuba untuk melepaskan diri. Wareesha biasakan diri menenangkan amarah dengan menatap langit. Rasanya sedikit tenang berbanding menatap seraut wajah angkuh Wafeeq.

"Aku akan lepaskan gari dari tangan kau."

Wafeeq bangun lalu ia berdiri betul-betul di samping Wareesha. Gari dilepaskan setelah itu tanpa memberi Wareesha ruang untuk bernafas, lelaki itu merengkuh pinggang ramping itu agar melekat betul-betul pada tubuhnya.

"Aku berbaik hati untuk hari ini tapi bukan bermaksud kau boleh keluar dari rumah ni. Kalaupun kau nak keluar, aku nak kau dan aku buat perjanjian."

"Lepas!" Ronta Wareesha, enggan untuk merapat dengan Wafeeq.

Mungkin dulu dia menyukai semua perkara mengenai Wafeeq. Namun kini tiada lagi, Wareesha sudah tidak mahu ada kena mengena dengan lelaki ini.

"Sini,"

Tanpa apa-apa isyarat, tubuhnya dicempung lalu dibaringkan di atas katil.

"Eh? Apa ni!" Panik suara itu memikirkan hal negatif yang mungkin akan terjadi.

"Aku nak ubatkan kau aje. Diam!"

Mungkin kerana penat, Wareesha duduk diam di atas katil. Anak matanya tidak lepas dari setiap pergerakan Wafeeq. Tahu-tahu Wafeeq dah ada depan mata sedang mengubati pergelangan tangannya.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro