Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Kereta Honda Accord milik Wareesha kini telah terparking di tepi jalan. Dia memilih untuk menjauh dari rumah Wafeeq agar nanti mudah untuknya melarikan diri kalau-kalau Wafeeq pulang secara mengejut.

Ting!

Mesej dari seseorang diterima Wareesha. Dibacanya,

Aku dan Waarid dah tunggu dekat lapangan terbang. Kau jangan lambat tau! Aku takut tiket yang aku belikan untuk kau burn macam tu aje-Wanda

Wareesha is typing....

Kau tak perlu risau, aku singgah kejap je ni. Lagipun kereta Feeq takde dalam garage. Mungkin dia dah pergi kerja. Insha Allah lepas aku jumpa Bibi, aku akan terus pergi sana-Wareesha

Sedikit lama Wanda nak balas mesej dari Wareesha. Sejujurnya, teman baiknya itu tidak suka Wareesha kembali ke rumah Wafeeq. Mungkin khuatir sesuatu terjadi padanya mungkin?

Ting!

Aight! Janji dekat aku, apa-apa jadi dekat kau. Kau kena bagitahu aku okay?-Wanda

Aight!-Wareesha

Wareesha mula keluar dari keretanya. Berfikir bahawa tiada kepentingan bawa handbag kerana persinggahannya mungkin berakhir singkat, Wareesha memilih meninggalkan di dalam kereta saja. Yang dibawa, hanya dirinya saja.

"Semoga semuanya baik-baik saja. Amin..." Doa Wareesha seakan berbisik.

Wareesha berdiri di depan pintu rumah milik Wafeeq. Dia memejam matanya lalu menggali dalam-dalam nafasnya. Entah kenapa terasa berat sekali kaki untuk melangkah.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum, Bi..."

"Waalaikummusalam,"

Pintu dibuka, muncullah Bibi. Tak tunggu lama, Wareesha terus mendakap erat Bibi bersama beberapa kucupan sayang disiraminya.

"Bi, Rees rindu..." Rengek Wareesha lagak seorang kecil yang baru saja bertemu dengan ibu nya.

"Bi pun rindukan Rees." Balas Bibi sedikit lirih disembunyi nya.

Wareesha memandang sekeliling setelah pelukan dilerai nya. Sedetik, perasaan rindu membuak-buak. Tanpa sedar, beberapa air mata mengalir. Bukan rindu pada sang suami tapi rindu pada diri sendiri. Wareesha hilang diri sendiri kerana terlalu mencintai. Itu kesilapannya dan dia tidak mahu mengulangi untuk kali kedua.

"Rees memang berniat nak pergi?"

"Rees teringin nak bercuti." Jawapan yang singkat tapi banyak makna dari katanya itu.

"Bercuti untuk mengubati luka?"

Wareesha tidak mengiyakan. Namun, lirikan mata penuh berkaca itu memberi jawapan pada Bibi bahawa Wareesha sudah terlalu terluka.

"Maafkan Bibi..."

Wareesha tidak mengerti. Justeru dahinya berkerut apabila tiba-tiba Bibi berlari cepat keluar dari rumah lalu tiba-tiba mengunci nya dari dalam.

"Bi! Bi! Bi!"

Banyak kali tangan itu cuba mengetuk pintu sampai tangan dah naik merah kerana terlalu keras perbuatannya. Degupan jantung Wareesha berpacu sungguh laju. Mukanya pucat lesi memikirkan bahawa ada sesuatu yang dirancang oleh seseorang untuknya. Pastinya, ia adalah...

"Nak pergi mana?" Tenang tanpa dosa suara itu menyoal.

Wareesha yang saat ini berkeras tidak mahu menoleh belakang merasa merinding kala deru nafas hangat Wafeeq menerpa bagian ceruk lehernya. Sepantas kilat, Wareesha menjauh beberapa meter dari Wafeeq.

"Buat apa dekat sini?" Soal Wareesha mengundur ke belakang dengan tangannya tidak melepaskan dinding sebagai bantuan. Meraba-raba mencari arah untuk keluar.

"If you love someone, you don't run away. You work toward it."

Wareesha tertawa renyah. Sinis tawanya itu terdengar masuk ke dalam gegendang telinga Wafeeq.

"Who cares huh?" 

Tidak mahu berlama di sini, Wareesha ingin pergi. Sayangnya, dia lupa bahawa pintu telah dikunci oleh Bibi tadi. Wareesha mengetap kuat giginya sembari kedua tangannya menggempal penumbuk geram.

"Don't talk to me like that!" Wafeeq menggeram. Mukanya seputih salju telahpun bertukar kemerahan kerana perasaan marah yang memuncak.

"We need to talk!"

"Go ahead! I'm listening!" Ujar Wareesha tanpa gentar menatap ke dalam anak mata Wafeeq.

Mereka berlawan anak mata untuk seketika. Biasanya Wareesha akan mengalah lalu beralih anak mata pandang ke arah lain. Tapi kini, anak mata itu garang menatap seakan ingin meluap segala amarah yang tersimpan sejak dulu.

"You're not gonna get a divorce!"

Wareesha menatap sinis Wafeeq. Biarpun keputusan itu diambil sepihak tapi percayalah bahawa Wareesha tak kesah. Wareesha akan lakukan berbagai cara agar mereka berpisah!

"Didn't you hear what I just said?"

Wareesha cuba menahan perasaan amarah yang membuak-buak yang ingin dilampiasnya.

"You is my wife. I will never get a divorce!" Itu bukan pemberitahuan, tapi itu adalah perintah yang tidak terbantah. Mutlak ingin memiliki!

"I don't want to stay with you anymore! Just sign up the divorce papers!"

Wareesha berlari anak naik ke tingkat atas mahu mencari surat cerai yang telah ditandatangi nya semalam. Dia bergegas masuk ke dalam kamar Wafeeq.

"Ap-apa semua ni?" Gumam Wareesha tidak mengerti.

Surat cerai yang telah tak nampak rupa berada di atas meja sisi. Wareesha yakin itu adalah surat cerai. Tiba-tiba, tangan kanannya digari. Entah sejak bila Wafeeq pegang gari itu. Wareesha hampir naik gila dengan tingkah konyol Wafeeq yang terlihat sukar sekali mahu melepaskannya pergi.

"Apa yang awak cuba buat ni? Lepaskan saya! Lepas!" Sedaya upaya Wareesha cuba meleraikan gari itu.

"Adil bukan? Aku kiri, kau kanan." Semudah itu Wafeeq mengatakan perkataan yang membuat hatinya membara bak gunung api.

"Saya nak balik! Dah lewat tahu tak? Kawan saya dah tunggu dekat lapangan terbang, tak baik buat orang menunggu." Tidak terdengar memujuk, lebih kepada memberitahu bahawa dirinya benci pada Wafeeq dan dia mahu cepat-cepat keluar dari rumah mewah ini.

"I trusted you and you cheated on me?"

Makin berpanjangan cerita antara mereka berdua. Wareesha membenci suasana negatif ini. Membuat dirinya terseksa dengan berbagai soalan yang sememangnya bukan salah dirinya.

"I never cheated on you!" Tegas Wareesha bersungguh-sungguh.

"I hate liars!"

"I never cheated on you! Whether you believe me or not that's your choice!"

Turun naik dada Wareesha kerana terlalu murka. Tatapan bak harimau yang ingin memakan mangsanya tampak berkilat pada anak mata Wafeeq. Perasaan takut menerjah dirinya. Wareesha tidak sengaja. Terlalu emosi sehingga dirinya tidak mampu mengawal suara nya untuk membentak kemahuannya yang dinafi Wafeeq.

"I am a person, not a property." Ucap Wareesha mencuba untuk berlembut.

Anak matanya terpaku pada gari yang melingkari pergelangan tangannya. Rasanya dia tidak dapat melarikan diri untuk hari ini. Wareesha mengemam rapat bibirnya. Tidak mahu berlarut dengan kesedihan, Wareesha menyungging senyum samar walaupun payah sekali.

"We're divorced. You have no rights to stop me!"

Wafeeq angkat alis bersama senyum sinis. Dia mengempal semua cebisan kertas cerai itu pada satu tangan. Setelah itu, dibuang semua kertas itu ke balkoni.

"I'm sorry, but I can't let you go."

Wareesha tergamam. Mata itu sendu menatap kertas yang telah dibuang itu. Nak dapatkan semula dah tak boleh kerana keadaan dirinya yang digari sebegini

'Allah, kenapa sesulit ini mencintai seseorang? Allah, bantu hambaMu ini...'

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro