Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Rahang di ketap kuat. Tangannya mula mengepal penumbuk sehingga timbul urat hijau. Surat cerai tergeletak di depan mata ditatap tajam lantas tak tunggu lama, kertas itu dirobeknya tidak bersisa. Belum puas, Wafeeq menginjak-injak tanpa ampun. Andai kertas itu manusia, pasti sudah masuk hospital. Kasihan sekali nasib kertas itu.

"You really want this divorce to happen? Huh?" Gumam Wafeeq sinis.

Belum lagi kemarahannya hilang, Wafeeq mengotak-ngatikkan telefon pintar miliknya mencari sesuatu. Terlupa akan satu kenyataan bahawa dia tidak menyimpan nombor Wareesha makin menaikkan amarahnnya.

"Argh! She doesn't want to answer me? Why? She can't? Or she won't? You make me go nuts!" Amuk Wafeeq dah serupa orang gila bayang.

Bibi yang menjadi pemerhati di ruang dapur menggeleng. Dia sendiri tak faham apa yang Wafeeq mahukan dalam hidupnya. Menghulur surat cerai adalah diri nya tapi mengapa sekarang sepertinya berat sekali untuk melepaskan?

"Bibi!" Jerit Wafeeq kuat.

Bibi berlari kecil mendapatkan Wafeeq. Tidak berani bertentang mata, makanya kepala itu menunduk aje ke bawah. Serupa harimau kelaparan aje muka Wafeeq siapa saja tak takut kan?

"Iya, Tuan?" Jawab Bibi separa takut.

"Siapa yang datang rumah tadi?" Soal Wafeeq masih dengan aura gelapnya.

"Beberapa lelaki tadi? Kalau yang itu, Bibi tak tahu. Biasanya hanya seorang saja yang pernah datang sini. Wanda, temannya Puan Rees."

Wafeeq berkerut dahi. Jawapan dari Bibi langsung tak bagi amarahnya surut. Malah, makin menjadi-jadi sehingga dia terfikir untuk call Wareesha sekarang jugak!

"Call Rees sekarang, buat loudspeaker." Arah Wafeeq sesuka hati sambil peluk tubuh dengan muka memerah.

"Baik Tuan."

Bibi ambil telefon dalam poket lalu mendail nombor Wareesha. Tak sampai seminit, talian itu telah diangkat.

"Hello Bibi?"

Kurang ajar!

Tiba-tiba saja jantung Wafeeq berdetak kencang. Padahal hanya mendengar suara saja, berlebihan sekali!

"Puan," seru Bibi, melirik Wafeeq.

"Iya Bibi? Kenapa?"

Bibi mencari idea yang baik. Dia memahami isi hati Wafeeq yang masih menginginkan Wareesha meski sukar sekali untuk mengaku. Oleh itu, sedaya upaya dirinya mencari hal  yang dapat dijadikan bicara atau umpatan agar Wareesha terus berada dalam talian.

"Puan ada dekat mana sekarang?" Soal Bibi merasa sebak di dada.

"Untuk sekarang, Rees belum bersedia nak bagitahu Bibi keberadaan Rees. Cukup Bibi tahu Rees selamat di sini. Maaf sebab Rees dah tinggalkan Bibi. Percayalah, Rees akan selalu merindui Bibi."

Bibi sebak sendiri. Bibirnya bergetar kerana terharu. Dia tak mampu kata apa-apa. Baru beberapa minit Wareesha keluar dari sini tapi hatinya sudah merintih rindu. Peneman sejatinya yang suka bercerita juga tertawa bila bersama telahpun tiada. Semuanya gara-gara Wafeeq!

"Jangan lupa bagi alamat tempat untuk kita berdua dating bersama." Untuk menutup perasaan sedih, sengaja Bibi ketawa kecil. Berpura-pura sedang baik-baik saja.

"Rees memilih untuk jumpa Bibi dekat sana. Feeq jarang stay di sana. Rees boleh singgah sekejap jumpa Bibi. Paling penting, Bibi kena inform Rees bila Feeq tak ada."

Wafeeq menyeringai sinis. Dalam kepalanya telah tersedia rancangan untuk Wareesha. Mungkin sekarang, Wafeeq bagi keizinan untuk Wareesha pergi darinya tapi setelah kakinya berpijak semula di sini, akan dipastikan Wareesha menjadi miliknya mutlak.

"Tak mungkin Rees boleh jumpa Feeq lagi lepas ni, Feeq always busy." Bibi melirik Wafeeq.

Bibir itu tersungging senyum misteri semacam ada hal yang dirancang dalam diam. Bibi takut untuk memikirkannya kerana sedar bahawa rancangan itu pastinya buruk untuk Wareesha.

"Betul jugak kan? Lagipun selama ni, Rees tak pernah dapat masa untuk meluang masa dengan Feeq."

Wafeeq serba salah. Terketap-ketap bibirnya menahan perasaan luar biasa yang singgah dalam dirinya. Tidak pernah dirinya merasai kosong juga sedih sebegini. Ini adalah kali pertama. Warna dalam hidupnya perlahan pudar setelah kepergian Wareesha. Mengapa dirinya merasa semuanya sudah tidak sama?

"Puan tak nak bercakap dengan Tuan Feeq?"

"Dah tak ada perkara yang perlu kami berdua bincangkan. Kami dah selesaikan proses tandatangan surat cerai. Tak lama lagi, selepas semua procedure dibereskan Rees mungkin dah tak stay Malaysia. Rees pergi jauh, sejauhnya. Rees dah tak nak jumpa Feeq."

Pengakuan dari Wareesha sedikit sebanyak membuatnya sesak dada. Sejujurnya dia sendiri tidak menjangka reaksi tubuhnya akan sebegini.

"Puan dah lama rancang nak tinggalkan Bibi?"

"Iya, Rees dah lama rancang semua ini. Rees dapat agak Feeq tak bahagia dengan Rees dan akan menceraikan Rees. Rees tak sangka ia berlaku dalam waktu yang terdekat ini. Tapi yeah," Terdengar tawa perit yang dibuat-buat oleh Wareesha.

"Rees percaya semua aturan Allah ada maksud yang tersembunyi. Allah nak ajar Rees menjadi manusia yang tidak terlalu mencintai agar kelak rasa sakit dihempas jatuh tidak terlalu terasa."

Bibi dan Wafeeq terdiam. Mereka berdua menatap lama layar. Perasaan aneh menyelinap dalam hati Wafeeq. Rasanya sakit sekali tatkala suara lirih juga pasrah itu terdengar di pendengarannya.

"Bibi? Kenapa diam? Hello?"

"Iya Puan, maaf Bibi mengelamun tadi."

Entah kenapa, Bibi tiba-tiba menunduk meminta maaf. Padahal Wareesha tidak ada di sisi nya. Mungkin kerana terlalu rindu hingga dia sendiri tidak sedar perbuatan sendiri.

"Tak baik mengelamun macam tu tau! Kalau betul Bibi rindu, Rees datang sana esok."

Binar mata di mata Wafeeq tampak membesar. Terujanya tak main-main. Malah perasaan negatif yang sempat menggebu tiba-tiba hilang. Bibirnya tersenyum samar.

"Betul ke Rees nak datang sini? Betul ke? Tak tipu kan?" Ucap Bibi teruja separuh mati.

"Iya Bi, Rees datang semata-mata untuk Bibi. Mungkin itu adalah kali terakhir Rees datang sana sebab Rees dah menyiapkan semua barang untuk ke satu tempat. Jap Bi,"

Kedengaran seseorang berbicara di sana. Perasaan gembira tadi sudahpun lesap kerana suara garau lelaki yang terdengar manja sekali bercakap dengan isterinya.

"Rees sayang, nak I letak bagasi dalam kereta?"

"Yup, letak aje dalam kereta lagipun esok kita dah berangkat ke sana sama-sama."

Bibi mengerling Wafeeq. Dia menahan senyum kecil yang hampir tersungging di bibir. Bagaimana jika dia menceritakan pada Wareesha bahawa Wafeeq masih mencintai? Apakah Wareesha percaya?

Lihatlah, mukanya dah berubah merah menyala. Urat-urat mula timbul di sekitar dahi pelipisnya. Nampaklah tengah tahan amarah yang terbuku di dada.

"Happy betul Rees dapat bercuti. Bercuti dengan siapa tu? Lelaki istimewa ke?"

Sepertinya, menambah minyak pada api tidak terlalu buruk bukan?

Lagipun, Bibi mahu mempertahankan hubungan Wareesha dan Wafeeq. Semakin mulus rancang untuk memanaskan Wafeeq. Manakan tidak, balasan ketawa dari Rees di seberang sana makin menaikkan kemarahan Wafeeq.

"Tak ada lelaki istimewa dalam hidup Rees selain papa Rees, kami berdua dah rapat sejak dulu."

Tiba-tiba ada orang mencelah perbualan mereka.

"Rees jual mahal sangat Bi, Waarid dah mintak hati tapi tak nak bagi. Bagi dekat orang lain jugak. Merajuk pun tak boleh, berjauh hati lagilah tak boleh. Dah tersayang kan? Tunggu habis cerai ajelah Rid dapatkan Rees balik."

Bibi terhibur dengan raut wajah tampan yang telah berubah kelam. Rasanya kalau Wareesha ada dekat sini, pasti dah kena lampias dari lelaki ini. Menakutkan sekali!

"Bibi dah mengantuk, Bibi off dulu ya."

"Okay Bi, kirim salam sayang dekat cinta hati Rid. Ops! Lupa, dah ada depan mata."

"Aip!"

Wafeeq mengempal penumbuk lantas dia meraih telefon milik Bibi. Baru saja nak menghambur marah, talian telah dimatikan.

"Argh!!!" Tempik Wafeeq kuat hingga bergema di ruang tamu itu.

Bibi ketakutan cepat-cepat telefon yang telah terlempar di atas sofa itu diambil nya. Baru saja dia mengundur ke belakang beberapa tapak, namun anak mata yang sedang menggelap penuh amarah itu seakan memberi amaran agar tidak ke mana-mana.

"Rees selalu bercakap dengan jantan tu?"

Bibi telan air liur kasar. Dia mengenggam erat telefon pintarnya. Walaupun takut tetap dia mengangguk.

"Tapi-"

"Oh? Jadi selama ini dia tak bosan stay dalam rumah sebab jantan lain?"

"Tuan salah faham, ini semua tak seperti yang Tuan fikirkan." Sanggah Bibi bergetar lutut pandang aura gelap Wafeeq.

Wafeeq tersenyum sinis. Dia mengangguk kepala beberapa kali sembari meraup rambutnya kasar ke belakang.

"Jangan bagitahu Rees aku ada di rumah esok. Aku ada kejutan untuk Rees." Ucap Wafeeq penuh misteri sebelum menghilang ke tingkat atas.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro