Bab 35
BAD Boy menahan nafas selama beberapa saat sebelum nafas dihembus. Wajah mereka kekal tenang walaupun telinga mereka menjadi merah. Wendy membebel tanpa henti di luar kamar walaupun dihalang oleh Triplet.
"Aku tak kisah kau nak buat apa sekalipun, yang aku tahu hari ni kau batalkan perkahwinan kau!" jerit Wendy sebelum melangkah pergi.
"Mungkin kau nampak Wendy marah tapi dia tahu apa yang berlaku kepada budak bertiga tu sepanjang tiga tahun ni. Dia rasa tak berguna kerana tak dapat lindungi mereka bertiga," ujar Airis perlahan sebelum bunyi derapan kaki hilang daripada pendengaran.
"Aku nak kau tahu, aku tetap sokong keputusan kau walaupun kerabat diraja yang lain membantah. Aku tahu mesti ada sebab kau teruskan perkahwinan ni," kata Aryana sebelum membuka pintu kamar.
"Tapi tuan puteri, mereka bertiga di mana? Patik tak dapat kesan kedudukan mereka," rungut Naga Melodi dalam bentuk manusia.
"Mana la beta tahu," balas Aryana sebelum memandang rantainya yang bercahaya seketika.
"Dah siap. Pandai aku reka baju ni." Serigala Berekor Sembilan berubah menjadi manusia sebelum menjeling Phoenix yang memuji diri sendiri. Sapu tangan yang berada di poket bercorak diri mereka.
"Siapa yang jahit?" tanya Yuri berang.
"Kau," balas Phoenix sebelum membetulkan mahkota Izz.
"Sentuhan yang terakhir..." Serigala Berekor Sembilan mengeluarkan tongkat diraja daripada poket baju. Tongkat diraja diputar beberapa kali sebelum pakaian diraja berubah menjadi pakaian berwarna putih dengan hiasannya berwarna emas. Tidak lupa juga jubah berwarna putih di atasnya ada lambang kerajaan masing-masing.
"Wow..." Bad Boy terpegun melihat pantulan diri.
"Sekarang ni kita pergi dewan tarian. Tempat yang menemukan kau berenam tanpa saling mengenali." Elias menyisip pedang di sisi sebelum berdiri tegak.
"Aku harap sangat pengantin perempuan ialah Angel Girlz. Dah la lima tahun lepas kahwin tiba-tiba tanpa majlis diraja yang gah," rungut Sora sambil menjeling ketiga-tiga puteri.
"Kau pegang aku sebelum aku cakar muka mereka." Nia dan Fiyu menahan Ayako daripada menyerang sebelum mereka ketawa perlahan. Teringat pula semasa mereka masih bersekolah. Mereka pasti akan berkelakuan sedemikian jika salah seorang antara geng mereka muram.
"Aku harap mereka sempat sampai sebelum..."
"Siapa membantah perkahwinan ini?" Mereka mahu mengangkat tangan namun mereka tidak boleh berbuat demikian.
"Jika tiada yang membantah..."
"Tak boleh!!" Mereka menoleh ke belakang apabila pintu dibuka dengan kasar. Ice mengelap peluh sebelum berlari.
"Ayahanda tak boleh kahwin dengan mak cik tu!!" Rantai Kira bercahaya sebelum pakaian mereka berubah.
"Mak cik tak akan dapat ganti tempat bonda!!" Zed melompat ke udara.
"Serangan cahaya kegelapan penyembuh berbisa!"
"Serangan cahaya dan petir!"
"Serangan cahaya, elemen dan api kegelapan!"
Bad Boy tergamam apabila Ice, Kira dan Zed melancarkan serangan serentak di udara.
"Lemah!" sindir puteri pertama sebelum menghalakan tangan ke tepi.
Jeritan yang semakin kuat membuatkan mata Bad Boy bergetar. Urat mula timbul apabila tangan digenggam dengan kuat.
"How dare you hurt my..." Suara Bad Boy dan suara tiga orang wanita bergabung namun Bad Boy kaku di tempat mereka.
Hatori menghentikan masa hanya ke atas tiga orang puteri sahaja sebelum dia beranjak ke tepi membenarkan suara tadi memunculkan diri.
"Lupa pula nak perkenalkan diri, beta puteri Kerajaan Heart, Puteri Miku Rish Heart. Permaisuri Raja Isaac dan bonda kepada Isao Hyriel."
"Beta Puteri Arin, puteri Kerajaan Lightning. Beta akan pastikan kamu terima balasan kerana cederakan anak beta."
"Beta Puteri Aria, puteri Kerajaan Destiny dan permaisuri Raja Zen. Kalau kamu nak berlawan dengan beta, dipersilakan tapi rasanya kamu kalah dulu," sindir Aria sebelum ketawa.
"Lawan kami dulu kalau kau nak jadi isteri kedua," ugut Angel Girlz sebelum membuka kerudung.
"Baju tu..." Bad Boy seakan melihat Angel Girlz semasa remaja.
"Kau akan terima akibatnya kerana cederakan anak aku." Rin mengambil anak panah sebelum menetapkan sasaran. Lapan pentagram berwarna biru muda mengelilingi panah Rin.
Cahaya ungu cair menyinari katana Aria ditambah pula dengan senyuman yang menyeramkan. Miku pula memusingkan tombak di atas kepala sebelum mereka melancarkan serangan serentak.
Bad Boy melindungi anakanda mereka apabila berlaku letupan.
"Bonda!!" Angel Girlz mengelap darah dengan belakang tangan selepas mereka ditikam.
Baju pengantin yang dipakai oleh tiga orang puteri terpercik darah membuatkan puteri-puteri itu menyeringai namun senyuman jahat itu pudar apabila Angel Girlz tersenyum.
"Naga lagenda!" Tiga orang pahlawan berdiri di hadapan Angel Girlz sebelum tersenyum sinis.
"Hohoho... inilah dia puteri yang cuba mengambil tempat tuan puteri. Lemah je. Mana tuan aku? Tuan aku! Berani kau!" Guardian menggelengkan kepala namun mereka juga turut membantu naga lagenda menumpaskan tiga orang puteri.
Rin menghalakan anak panah ke hadapan, menunggu Miku menghentikan pusingan tombak.
"Kuasa Pembunuh Naga!" Aria berdiri di belakang Miku dan Rin sambil menyalurkan sedikit kuasanya.
"Kuasa Pelindung Naga!" Rin melindungi keluarga mereka dengan pelindung berwarna oren.
Tiga orang puteri tumbang selepas ditewaskan. Ice, Kira dan Zed memeluk kaki Bad Boy sebelum didukung.
"Angel Girlz!" Mereka bertiga dipeluk erat oleh ayahanda dan bonda mereka.
"Sakit bonda sakit!" Telinga mereka dipiat sehingga merah.
"Bonda risau separuh jiwa, kenapa tak beritahu bonda?"
"Ta..."
"Sudah-sudah la tu..." Angel Girlz ditolak mendekati Bad Boy yang kaku. Hatori memetik jari sebelum Bad Boy bebas bergerak.
Miku memetik jari sebelum pakaian Angel Girlz berubah. Rin memandang rambutnya yang sudah melepasi bahu.
"Angel Girlz atau beta patut panggil mereka permaisuri. Puteri Arin dari Kerajaan Lightning ialah permaisuri beta." Rakyat jelata tergamam sebelum memandang dua orang raja. Izz dan Zen menganggukkan kepala.
"Maknanya, mereka bertiga ni..." Izz memandang Ice yang mengukir senyuman.
"Anakanda." Zen memeluk Zed dan menarik Aria ke dalam pelukan.
"Tak bernafas..." Kira memandang Kaito selepas menarik nafas.
"Ayahanda..." Mereka bertiga memeluk Bad Boy dengan erat.
"Nasib baik rakyat jelata terima permaisuri mereka ni," ujar Sora.
"Apa kata kau orang borak dulu? Biar kami yang layan tetamu."
Angel Girlz menarik nafas sebelum tersentak. Bad Boy mengalirkan air mata di hadapan mereka.
"Kenapa ayahanda menangis?"
"Ayahanda gembira sebab tak sangka bonda kamu ialah permaisuri ayahanda yang telah pergi."
"Kanda rindu sweetheart."
"Kanda rindu honey."
"Prince rindu princess."
"Aku tak akan tewas..." Mereka memandang tiga orang puteri yang ditangkap oleh Guardian.
"Don't judge them because they are powerless. They're more powerful than we thought."
"Kau siapa?" tanya puteri kedua. Dua orang lelaki berkerudung mengoyakkan senyuman sebelum kerudung diturunkan.
"Tak mungkin." Tiara dan Yuri terpaku. Mereka masih hidup, mereka ada di depam mata. Tak mungkin, katakan ini mimpi.
"Macam mana kau boleh hidup semula?" Puteri ketiga meronta-ronta mahu melepaskan diri.
"Kau tak perlu tahu, tapi apa yang penting kau dah tewas."
"Mereka ialah orang suruhan mendiang Permaisuri Lucia. Dalam bentuk manusia, mereka sebaya Putera Kyle, Rei, Aryan, Scarlet dan Guardian. Namun, usia mereka sama dengan naga, Phoniex dan Serigala Berekor Sembilan."
"Tuanya..." kata Lucas perlahan.
"Bawa mereka pergi," arah Scarlet.
"Menurut perintah tuanku."
Bad Boy memaut pinggang Angel Girlz sebelum menari. Mereka tidak sangka mereka akan berjumpa lagi.
"Pergi mana?"
"Kami selalu perhatikan semua orang dalam diam. Sebenarnya, mereka bertiga baru tahu, lelaki yang tolong mereka tiga tahun lepas ialah ayahanda mereka."
"Patutlah manja melebih dia ni bila keluar dengan ayahanda," sakat Kaito. Kira menyelit antara bonda dan ayahanda sebelum mendepakan tangan.
"Dukung Zed," pinta Zed dengan muka comel.
"Nak juga." Ice melompat di belakang Izz sebelum ketawa riang.
"Kesian ayahanda," ujar Miku sebelum mendukung Ice. Izz pula mengendong Miku dan Ice.
"Tak sangka sweetheart makin berat." Miku menyiku bahu Izz tanda geram.
"Tak baik la," marah Miku sebelum memeluk Izz.
"Princess... terima kasih sebab bertarung nyawa untuk lahirkan permata ni," kata Zen.
"Ayahanda, Zed nampak semut lalu." Zen menjegilkan mata apabila Zed mengacau.
Aria ketawa sebelum memeluk Zen erat.
"Princess rindu prince."
"Macam mana..." Yuri dan Tiara menghampiri dua orang lelaki yang berdiri di sisi Elias.
"We dying because of envy," balas lelaki berkerudung putih.
"Mari menari," ujar lelaki berkerudung kelabu lalu menarik Yuri.
"Mula, mula mereka ialah puteri yang hilang, kemudian mereka ialah..."
"The Powerless Princess."
The End
22/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro