Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

LIMA tahun berlalu dengan pantas, kini Bad Boy berusia 22 tahun. Mereka memerintah kerajaan dengan adil dan saksama. Jika mereka tidak faham tentang sesuatu, mereka akan bertanya kepada abang ipar mereka.

"Tuanku, ada dua orang raja mahu berjumpa tuanku. Mereka berada di taman bunga," ujar setiausaha Izz.

"Baik. Cakap dengan mereka beta akan lambat sedikit kerana perlu mengemaskini maklumat," ujar Izz seraya menggoyakkan senyuman. Cermin mata dibetulkan sebelum fail-fail disusun rapi. Dia berjalan penuh bergaya menuju ke taman bunga.

"Beta menghadap Raja Isaac," sapa Kaito dan Zen, sebelum ketawa.

"Beta menghadap Raja Kaito dan Raja Zen," balas Izz dalam nada bergurau.

"Rasanya sudah tiga tahun kita tidak berjumpa, kan?" tanya Zen sebelum mencicip teh.

"Hmm... lama tu," balas Kaito dengan mulut penuh.

Izz dan Zen saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala. Tidak makan saman betul raja ni!

"Kita jumpa dulu pun sebab nak putuskan tarikh perkahwinan, betul tak? Malasnya aku. Aku tak tahu apa yang rakyat nampak dalam diri puteri yang entah daripada tu.

Bonda dan ayahanda aku nak beritahu rakyat perkara sebenar tetapi aku halang," terang Izz sebelum mengeluh. Disebabkan bencana yang berlaku tiga tahun lepas, rakyat mahu puteri misteri itu menjadi permaisurinya.

"Sama la kita. Entah datang daripada mana, tiba-tiba sembuhkan rakyat yang cedera parah. Aku datang sini pun sebab kuasa dia, nak mengelak daripada berjumpa puteri misteri yang gila nak berlaki," balas Zen seraya menunjuk ke arah Kaito yang leka mengunyah biskut.

"Mana Guardian? Tak datang sekali ke?" tanya Hatori sebelum mengambil tempat di sebelah Kaito. Anaknya dilepaskan agar tidak mengganggu perbincangan tergempar mereka.

"Guardian? Kami arahkan mereka untuk mengintip tiga orang puteri misteri tu. Mana tahu dapat maklumat yang agak berguna, boleh dijadikan senjata untuk berbahas. Yumi pula mengatur strategi bersama Evil Crown dan Triplet," balas Kaito bagi pihak Izz dan Zen.

"Aku rasa tak sedap hati la dengan tiga orang perempuan tu. Macam ancaman yang lebih besar daripada Lucia. Nak kata mereka jahat, mungkin tak. Kejam itu ye," kata Ryunosuke sambil mendukung putera sulungnya.

"Kenapa kejam, pak cik?" tanya Lucas. Mereka mengurut dada apabila putera cilik itu tiba-tiba mencelah.

"Sebab mereka cuba rampas tiga orang raja ni daripada aunty kamu," balas Aryan. Dia mengelap peluh selepas penat berlatih.

"Mana boleh! Mereka aunty punya!" Mereka menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

"Kamu nak ikut Pak Cik Rei tak? Kita intip mereka esok," ajak Rei. Kepala Rei disekeh dengan kuat oleh Kyle.

"Mana boleh ajar budak ni benda yang bukan-bukan," marah Kyle.

"Apa salahnya? Aku nak tahu juga apa mereka rancang tapi aku rasa Lucas paling sesuai untuk kerja ni. Bonda nak anakanda pergi ekori mereka bertiga esok pagi. Boleh lakukannya untuk bonda?" tanya Scarlet. Dia menggenggam tangan apabila terbayang penderitaan rakyat jelata tiga tahun lepas.

Kau bertiga akan terima akibatnya kerana bermain dengan api, getus Scarlet.

"Aku minta diri dulu, nak bawa Lucas ke kandang kuda." Mereka memerhati kelibat Scarlet dan Lucas sehingga hilang daripada pandangan.

"Jadi apa rancangan kita?" tanya Sora sebelum meletakkan sepiring biskut. Mereka memandang Elias sebelum tersengih.

"Apa? Tak, aku tak akan lakukannya walaupun kau tawar ganjaran yang agak lumayan. Rancangan kita akan dapat dihidu oleh mereka jika aku yang laksanakannya," bantah Elias.

"Kau tak akan berseorangan untuk misi ni. Kami akan turun padang dengan kau. Masa untuk meninjau keadaan rakyat jelata bersama-sama," balas Bad Boy.

Selama tiga tahun, mereka bertiga menyamar menjadi rakyat biasa untuk melihat perkembangan rakyat jelata. Adakah keadaan sudah pulih atau semakin teruk? Mereka juga mendapat aduan ada beberapa kes yang melibatkan tiga orang pencuri. Barang curian terdiri daripada mahkota, pakaian, rantai dan cincin serta makanan. Pelik...

"Aku rasa kemungkinan ada kaitan dengan tiga orang puteri misteri la," ujar Sora sebelum mengambil dulang dan berlalu pergi.

"Esok kita lakukannya!"

"Kenapa aku rasa mereka tak pernah matang?" tanya gadis berkerudung oren.

"Yang tak matang tu la kau rindu lima tahun ni," bidas gadis berkerudung biru.

"Dah, jangan bergaduh. Mari pergi, kesian pula mereka bertiga perlu jaga anak-anak kita di sana. Sudah la mereka bertiga buas, lasak pula tu. Nakal pun ada," bebel gadis berkerudung ungu cair.

>< >< >< ><

BAD Boy menarik nafas lega apabila Yuri dan Tiara membawa mereka ke Kerajaan Fantasi untuk melarikan diri daripa berjumpa dengan tiga orang puteri misteri.

"Aku harap kau orang selesaikan masalah ni secepat mungkin. Bernanah telinga aku dengar suara gedih perempuan tu," kata Yuri sebelum melangkah pergi. Dia pernah menakutkan tiga orang wanita itu bersama Guardian.

Tiga orang jejaka itu menyamar menjadi raksasa lalu mengejar mereka bertiga selepas Scarlet mengunci kuasa tiga orang puteri.

Mereka bertiga demam seminggu gara-gara itu. Jika mereka bertiga terserempak dengan Guardian, tiga orang jejaka akan menakutkan mereka. Yumi pula tidak masuk campur dalam hal-hal tiga orang Guardian lelaki, jika keadaan memerlukan khidmatnya barulah dia menolong.

"Jangan risau, kami akan selesaikan masalah ini tidak lama lagi," balas Bad Boy.

"Korang memang tak..." Kaito tidak menyambung kata-katanya.

"Kami tak berkahwin. Siapa nak jaga kerajaan ni kalau kami berkahwin? Cukuplah dengan menjaga Lucas," balas Tiara bersahaja.

"Masalahnya, kau tak jeles ke?" tanya Zen perlahan. Melihat perubahan riak wajah Tiara, membuatkan dia rasa serba salah.

"Jeles tu memang ada, tapi kami tak boleh berkahwin. Jika kami berkahwin, kami akan kehilangan memori tentang twin of spirit. Kami akan terpisah dan kuasa kami akan menjadi lemah. Lagipun orang yang kami sayang... sudah pergi. Mereka dah pergi jauh," balas Yuri sebelum mengesat air mata.

"Nanti aku cerita, sekarang ni aku nak tahu macam mana budak gila nak berlaki tu boleh ada dekat kawasan bencana," ujar Tiara sebelum menghidangkan sesuatu.

"Posyen apa pula ni?" tanya Bad Boy.

"Ini posyen yang mendiang buat sembilan tahun lepas. Aku tak tahu la apa fungsi posyen ni, kau minum saja la," ujar Yuri.

"Aku ingat ni posyen apa! Ni posyen untuk meningkatkan ketangkasan," ujar Tiara. Bad Boy memandang Tiara dengan pandangan bengang.

"Kenapa baru sekarang kau cakap?" Suara mereka bergabung kerana marah.

"Bukan aku dah cakap ke masa korang sedang meneguk posyen tu? Salah korang la sebab tak dengar penjelasan aku," bidas Tiara.

"Pening kepala aku layan perangai kau orang. Baik aku pergi memasak lagi bagus. Tak kebulur aku kejap lagi," gumam Yuri sebelum berlalu ke dapur diraja. Habis semua tukang masak dihalau ke ruang makan diraja.

"Tapi macam mana kita nak halang perkahwinan tu?" tanya Izz.

Mereka bertiga berfikir manakala Tiara melihat cermin ajaib.

"Budak?" gumam Tiara.

"Budak? Budak berkerudung!" Suara mereka bergabung selepas memetik jari.

"Tapi macam mana? Macam mana budak berkerudung boleh tolong kita?" tanya Kaito.

"Memandangkan esok kita pergi ke pekan, kita boleh cari tiga orang budak tu. Tapi, kau tak rasa pelik ke? Kenapa setiap kali kita datang, budak tu mesti dengan dayang mereka, bukan dengan bonda mereka?" tanya Zen sebelum mengelap peluh.

"Hmm... entah," balas Kaito dan Izz.

"Apa kata kau tanya tiga orang budak tu? Mana tahu mereka ada rancangan untuk batalkan perkahwinan diraja kau orang tu?" cadang Yuri sambil memegang senduk.

"Err..." Mereka berempat saling berpandangan sebelum memandang Yuri.

"Kenapa ada bau benda terbakar?" tanya Bad Boy dan Tiara.

"Alamak! Masakan aku!!"

"Habislah kau kena marah dengan permaisuri nanti," ujar Yumi sebelum menggelengkan kepala.

"Tolong aku!!" Sora mengeluh sebelum menark Yumi bersama.

Tbc

9/12/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro