Bab 28
EVIL Crown meletakkan beberapa kuntum bunga kegemaran mendiang Angel Girlz. Hujan turun seperti turut sama menangisi pemergian Angel Girlz.
Evil Crown memakai pakaian adat penghormatan kerajaan mereka. Mereka turut memakai topeng bagi mengelakkan rakyat jelata mengenali mereka. Hanya pihak yang berada di medan perang saja yang tahu apa yang terjadi ketika itu.
"I miss you..." Tangisan mereka pecah ketika hujan turun dengan lebat.
"Kau dah janji nak main kelopak bunga dengan aku. Tapi kenapa kelopak bunga yang berterbangan di makam kau? Kenapa kau mesti pergi ketika malam musim bunga?" ujar Airis. Air mata dibiarkan tanpa dikesat. Dia memegang erat busur milik Arin walaupun badan busur itu calar-balar.
"Aria dah janji. Kenapa mungkir janji? Aria kata nak tunggu Ary balik. Kita akan kacau Kakanda Aryan sama-sama kalau dia ada dekat pejabat..." Aryana melutut di hadapan makam Aria. Katana yang masih berada dalam sarung dipegang dengan erat.
"Aku akan jaga mereka bila aku jumpa mereka nanti. Itu janji aku," kata Wendy sebelum mengesat air mata. Dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan mengalirkan air mata sekiranya Miku pergi dulu. Dia memandang permata pada tombak milik Miku, warna sudah pudar.
Triplet berdiri di belakang kekasih hati mereka. Mereka diamanahkan oleh mendiang Angel Girlz untuk menjaga Evil Crown dengan sepenuh hati jika Angel Girlz tiada lagi.
Semua rakyat pulang selepas memberi penghormatan terakhir kepada Healer. Mereka bertiga turut terkorban apabila bayang-bayang Permaisuri Lucia menarik mereka ke dalam pentagram sebelum pentagram itu musnah. Hanya kerabat diraja yang tinggal kerana mereka mahu melakukan adat penghormatan terakhir diraja.
Orang yang paling sedih dengan kematian Fiyu ialah Yuto. Dia membiarkan air mata dan hujan membasahi wajah. Yuto juga membiarkan pakaiannya basah lecun. Yumi berdiri di sebelah Aryana. Tipulah jika dia tidak bersedih. Tapi riak wajahnya terhalang kerana dia memakai topeng muka.
"Aku tak sengaja sakitkan hati kau. Kau dan aku berbeza. Kau manusia manakala aku ialah roh. Kita tak akan dapat bersama. Aku cakap pun tak berguna lagi tapi aku harap kau dengar. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Aku minta maaf sebab tinggalkan kau macam tu je. Maafkan aku..." Yuto bangun sebelum menyertai kerabat diraja yang lain.
Evil Crown berdiri di sebelah bonda mereka manakala Bad Boy berdiri di sebelah ayahanda mendiang Angel Girlz. Mereka menundukkan badan 45 darjah sebelum menegakkan badan semula. Perbuatan itu diulang sebanyak tiga kali.
"Bonda..." Permaisuri Chikage, Permaisuri Karen dan Permaisuri Minako menoleh apabila lengan baju ditarik oleh Evil Crown.
"Ye..." balas Permaisuri Minako.
"Kalau tak letak senjata mendiang, boleh tak?" tanya Airis.
"Boleh je tapi ganti dengan benda lain ye," jawab Permaisuri Karen. Dia juga tidak mahu senjata anakanda diletakkan di makam kerana dikhuatiri akan hilang.
"Nak ganti dengan apa?" tanya Wendy. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Aryana terpandang sesuatu ketika melihat gambar Aria dalam mood penyihir.
"Aku tahu..." Aryana mengeluarkan topeng yang dibeli semasa festival empat tahun lepas.
Rei, Kyle dan Aryan turut meletakkan topeng di atas makam Angel Girlz. Bad Boy meletakkan tiga cucuk sanggul rambut sebelum memejamkan mata, membiarkan angin meniup wajah mereka.
"Sweetheart dah pergi dengan baby... Aku tinggal seorang diri je. Aku nak ikut juga... Siapa nak jeling aku bila aku bising lepas ni? Siapa yang nak komen masakan aku lagi? Kau dah tiada..." Alex sebak apabila mendengar kata-kata abangnya.
"Siapa nak bertekak dengan aku lagi, honey? Siapa nak bangkang keputusan aku lepas ni? Siapa nak kacau aku tidur dan siapa lagi yang nak buat aku susah hati? Kau dah pergi... pergi jauh daripada aku. Kau pergi dengan baby sekali. Baby jaga bonda tahu. Kalau kamu berdua hidup semula, tolong kembali ke pangkuan ayahanda." Kaito melutut sebelum memandang tanah.
"Princess... kenapa rahsiakan kehadiran baby daripada prince? Maafkan ayahanda sebab tak luangkan masa dengan anakanda. Ayahanda sayang anakanda dan prince sayang princess."
Mereka bertiga dipapah oleh tiga orang guardian lelaki mendiang Angel Girlz. Yumi pula mengendong Lucas bagi memudahkan kerja Aryan untuk memapah Scarlet.
"Kita bila nak pergi?" tanya Naga Melodi dalam bentuk manusia. Dia berpeluk tubuh selepas membetulkan kerudung.
"Aku nak duduk sini teman mereka. Kau nak balik, balik la," balas Phoenix dalam bentuk rantai.
"Masalahnya, kau dua orang menumpang aku. Seekor jadi rantai, seekor lagi jadi jam tangan. Kau orang mana boleh paksa aku nak tinggal atau tidak," balas Naga Melodi bengang.
"Kau tak kesian ke? Haiwan peliharaan mereka jaga bayi dalam kandungan, mereka tak jumpa Bad Boy lagi. Kita pula kena jaga tuan puteri kita," ujar Serigala Berekor Sembilan.
"Okey! Sampai bila kita nak bertapa di sini?" Phoenix dan Serigala Berekor Sembilan tersenyum gembira mendengar soalan itu.
"Lima tahun!!"
"Apa?" Terperanjat Naga Melodi dibuatnya apabila mendengar tempoh masa yang diutarakan oleh sahabatnya. Nasib baik tiada sesiapa di sini ketika dia menjerit.
"Kau tak kesian..." Ayat Serigala Berekor Sembilan dipintas.
"Dah! Tutup mulut kau! Aku nak bagitahu tuan puteri dulu."
"Aku dah bagitahu tuan puteri sebelum kita sampai sini," balas Phoenix sebelum memejamkan mata, begitu dengan Serigala Berekor Sembilan. Mereka berdua berehat kerana mereka perlu berjaga esok hari.
"Apa aku nak buat sekarang ni?" Akhirnya Naga Melodi mengambil tempat di bawah pokok sakura. Dia memandang enam buah makam sebelum terlelap.
>< >< >< ><
KAITO menutup album Rin yang ditinggalkan di atas meja sebelum transfer moon berlaku.
"Kau ni memang tak reti nak mengalah, kan?"
Kaito melihat mulut Rin bergetak-gerak, mungkin mengutuk dia.
"Dating jom?"
"Jom date dekat mall." Kaito menarik tangan Rin walaupun gadis itu menghentakkan kaki semasa berjalan.
Gadis itu tidak meminta apa-apa kecuali sepit rambut berbentuk mahkota. Tanpa berkata apa-apa, lengan Kaito ditarik masuk ke dalam kedai.
"Nak ni." Rin menunjuk sepit rambut yang dia mahu tapi dibalas dengan jongketan kening.
"Buang tabiat?" tanya Kaito.
"Kau ajak aku dating, kan? Belikan aku tu. Aku minta tu je," balas Rin bengang. Tangan disilang seraya jelingan diberi.
"Okey aku beli. Jangan buat muka macam tu, hodoh." Kaito menjerit kesakitan apabila Rin mencengkam kuat rambut Kaito.
"Padan muka. Apa pun terima kasih."
"Hmm... sama-sama," balas Kaito perlahan selepas membetulkan rambutnya. Nasib baik tak tertanggal kulit kepala.
"Honey... aku rindu kau. Tak sampai sehari kau pergi, aku dah rindu kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?" Barang-barang di atas meja ditolak ke bawah. Dia sudah mengunci pintu lebih awal bagi mengelakkan Victor menceroboh masuk.
"Hoi! Buka pintu ni! Putera Kaito! Aku arahkan kau buka pintu ni!" Victor terpaksa menendang pintu kamar tuannya.
Victor menghela nafas kasar apabila melihat keadaan bilik yang bersepah sebelum pandangan terhenti pada Kaito yang tidak berbaju.
"Kau, kalau aku..." Victor terus duduk di hadapan Kaito lalu meletakkan album di atas katil.
"Aku pun sedih juga tapi tak seteruk kau. Aku faham kau kehilangan dia tapi kau tak rasa ke Permaisuri Chikage lagi rasa sedih? Lagi teruk daripada kau. Tapi tuanku permaisuri pengsan kerana menyalahkan dirinya kerana kehilangan Rin. Belum lagi Raja Dian dan Putera Kyle," ujar Victor sambil tangannya lincah merawat luka di badan Kaito.
Mulutnya becok menceritakan perangai Puteri Arin ketika kecil. Pernah sekali, tiga orang jejaka itu ditolak ke dalam lumpur ketika tiga orang puteri itu masih kecil. Leo, Victor, Yuto dan Yumi sebaya dengan Rei, Kyle, Aryan dan Scarlet.
"Tuan puteri sangat nakal. Dia pernah tolak aku dalam kolam kerana aku sakat dia. Aku letak tiara dia atas almari. Hampir seminggu juga aku demam," ujar Victor lalu menyimpan semula peti kecemasan.
"Macam mana kau kenal Rin?" tanya Kaito.
"Aku kenal dia dalam hujan. Masa tu..."
Tbc
8/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro