Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23

"NAMPAKNYA, para hadirin serta para pemerintah tidak sabar untuk melihat para peserta yang terlibat! Baiklah! Dipersilakan Element! Phantom! Wizard! Charm!"

Elements tidak menumpukan perhatian ketika pengacara berucap kerana mereka lebih risau akan sesuatu.

"Kenapa mereka ada enam orang sahaja? Mana Angel Girlz?"

Adroit Hall bingit dengan bisikan-bisikan para penonton. Wajah Triplet dan Bad Boy kekal dingin walaupun mereka sebenarnya tertanya-tanya di mana keberadaan Angel Girlz selepas mereka melawat tiga orang gadis itu semalam.

"Kau rasa mereka di mana?" tanya Kevin.

"Aku tak tahu," balas Zen risau. Rambut dikuak ke belakang sebelum tangan naik membetulkan kedudukan topeng.

"Kalaulah kita cepat, mereka akan ada di sini," ujar Izz kesal.

"Benda dah jadi," jawab Zack.

"Aku seorang ke yang perasaan orang depan kita niSora, Hatori dan Ryunosuke atau aku salah orang?" tanya Kaito. Alex memandang datar sebelum menyedari sesuatu.

Wendy... getus Alex apabila dia ternampak bayangan Wendy duduk di sebelah Rei.

"Aku nampak mereka," ujar Alex tanpa sedar.

"Hah?" Mereka berlima memandang Alex apabila mereka berada di tempat duduk peserta sementara menunggu giliran.

"Aku nampak Wendy, Airis dan Aryana. Aku tak tipu! Aku nampak."

Permata pada pedangnya bercahaya terang begitu juga dengan senjata Kevin dan Zack. Mereka bernasib baik kerana berada di tempat tersorok.

"Kenapa ni?" tanya Bad Boy pelik.

"Mereka marah kau sebab tak percaya mereka," balas Sora dari arah hadapan.

"Apa kau buat dekat sini?" tanya Izz.

"Berlawan la, apa lagi? Aku tak akan beri kau peluang walaupun kau seorang putera," balas Sora sebelum mengemam lolipop.

Giliran mereka juga lama lagi iaitu lusa. Dua kumpulan itu bertuah kerana tidak perlu bersusah payah ketika hari pertama dan hari kedua. Kebetulan pula, mereka dapat giliran untuk hari ketiga.

"Kita berkawan untuk dua hari ni tapi hari ketiga kita lawan," ujar Hatori sebelum menarik kerudung Sora ke hadapan.

"Kau nak Feradossa perasan ke kau ada dekat sini?" tanya Ryunosuke perlahan. Sudah la gadis itu keluar tanpa kebenaran.

"Jangan risau, aku dah buat persediaan awal. Aku dah maklumkan kepada permaisuri yang aku sertai perlawanan," balas Sora sebelum memakai topeng akademi.

"Aku risau Lyana je. Dia tahu kita ada dekat sini tapi dia tak tahu kita dekat mana. Cuba kau tengok tu," kata Hatori sebelum memandang Lyana. Mereka dapat lihat mata gadis itu bergerak-gerak mencari kelibat mereka di sebalik penonton.

"Aku harap dia tak jumpa kau orang," balas Ayako yang duduk di belakang Alex.

"Apa kau buat dekat sini?" tanya Triplet hairan.

"Memandangkan giliran korang lama lagi, aku dengan yang lain minta kebenaran untuk sertai korang. Demi memastikan korang tak buat perkara yang mendatangkan kecederaan," balas Nia sebelum menyuap dua keping macaron ke dalam mulut Fiyu.

Fiyu bising apabila Wizard diperangkap oleh Charm. Sepatutnya, Wizard boleh buat serangan balas tapi ada sesuatu yang pelik. Wizard dikawal oleh Charm, dan ini merupakan petanda tidak baik!

"Hati-hati dengan Charm. Aku rasa Charm ialah Tyuzu, Diana dan Kate. Kuasa halusinasi milik Tyuzu sangat bahaya. Nampaknya dia dah tingkatkan kuasa dia," ujar Fiyu sebelum menjerit kegeraman.

"Mana boleh macam tu! Pengadil, apa kau buat hah? Batalkan perlawanan! Charm menyalahgunakan kuasa!"

Mereka berenam menepuk dahi apabila healers menjerit serentak. Perlawanan dihentikan seketika sebelum tiga orang healer Akadami Wizard turun memeriksa keadaan. Fiyu, Nia dan Ayako terpaksa turun padang apabila Wizard mula menyerang healer akademi mereka.

"Cermin penyembuh!" Ayako merawat healer Wizard manakala Fiyu dan Nia berganding bahu memerangkap Wizard dalam satu pelindung.

"Aku tak dapat bertahan lebih lama lagi! Cari Aria cepat! Dia saja yang boleh tolong kita!" arah Fiyu.

"Macam mana aku nak panggil dia kalau aku tak tahu dia dekat mana?" tanya Nia berang. Dia mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk melengkapkan pelindung cermin.

"Kuasa Pemulihan Naga..."

Wizard jatuh pengsan selepas cahaya berwarna hijau kegelapan serta merah campur putih berterbangan mengelilingi mereka selama beberapa minit.

"Aria..." Zen tersentak sebelum matanya meliar mencari kelibat Aria.

"Aria mesti hantar kuasa dia dari tempat lain sebab aku tak dapat kesan aura dia dekat sini," kata Kaito sebelum meraup wajah.

"Mana kau pergi, honey?" gumam Kaito.

"Kuasa Pembunuh Naga..."

Mereka melihat kepulan asap hitam keluar daripada tubuh tiga orang ahli Wizard sebelum kepulan asap diperangkap oleh cahaya berwarna oren.

"Sweetheart..." Izz yakin mereka bertiga ada di sini tapi mungkin mereka sudah melakukan sesuatu supaya aura mereka ditutup.

"Aku yakin mereka ada di sini. Mereka tak akan biarkan para peserta cedera macam tu saja. Mereka tahu healers perlukan bantuan jadi mereka sanggup datang walaupun mereka cedera." Mereka berpaling ke belakang sebelum mata mereka terbeliak.

"Ehh?" Mereka terkejut apabila melihat Rei bersandar pada dinding. Aryan pula terpaksa tinggal di sana demi mengelakkan rasa curiga rakyat terhadap mereka bertiga.

"Mana Senior Kyle?"

"Dia ada di bawah tolong healers. Dia mana makan saman. Aku gerak dulu, nak tolong mamat tu juga." Mereka memerhati kelibat Rei semakin hilang apabila dia melangkah ke hadapan.

Tiada sesiapa yang sedar mereka dilindungi oleh sejenis kuasa tapi bukan Rei.

"Rin... Tak sangka kau guna kuasa ni akhirnya," kata Rei perlahan sebelum mengukir senyuman. Raja Luke menggelengkan kepala.

"Berangan apa lagi tu? Pergi tolong Kyle dan Rei,"  tegur Permaisuri Minako perlahan. Aryan menyerahkan Lucas kepada Raja Alex.

"Jangan ganggu nenda. Jaga perangai," pesan Aryan sebelum menghilangkan diri.

"Pihak pengadil tak boleh batalkan penyertaan Wizard atas sebab-sebab tertentu. Mereka hanya digantung perlawanan selama sehari saja. Sangat tidak adil," bebel Aria bengang.

"Itu sudah cukup baik kita tak turun sekali, kita cuma boleh duduk dekat sini je," balas Rin. Mereka bertiga memerhati kelakuan Elements dan Phantom sejak dari awal lagi.

"Kenapa kau tak turun tengok mereka?" tanya Feradossa tanpa berpaling.

"Kau nak identiti kami terbongkar? Ada masa sehari lagi untuk kekalkan identiti. Ini saja yang kami boleh lakukan demi melindungi mereka," balas Miku tenang.

Dia rindu suara Izz, gelak tawanya, gurauan kasar dan perangai tak matang.

"Jangan menangis. Nanti bonda kau pelik," tegur Lyana sebelum menyerahkan tiga gelas air. Angel Girlz meneguk tanpa banyak bicara.

"Kenapa baru sekarang kau guna Kuasa Pelindung Naga? Kenapa bukan hari kau lawan dengan Zack?" tanya Scarlet pelik.

"Dulu terlupa sebab terlampau marah. Sekarang keadaan huru-hara, aku baru teringat sekarang," balas Rin tenang. Yuri dan Tiara berdiri di sisi Scarlet sambil bermain dengan anak buah mereka yang lincah bertanya itu dan ini.

"Kenapa aunty sedih? Nak peluk," ujar Lucas sebelum memeluk kaki Rin.

"Mana aci Aunty Rin je, aunty nak juga," sakat Aria.

"Kau tak payah," balas Miku sebelum ketawa. Mereka berdua bertikam lidah sebelum dileraikan oleh Permaisuri Chikage.

"Kamu akan berlawan juga?" tanya Permaisuri Karen.

Mereka bertiga mengangguk. Itu sahaja yang mereka perlu selesaikan sebelum mendedahkan identiti sendiri. Adakah Bad Boy akan menerima kenyataan sekiranya mereka ialah puteri-puteri yang selalu tidak hadir ke majlis rasmi diraja atau kehilangan kuasa? Demi dia, mereka akan kuat. Kerana dia ialah kekuatan mereka.

"Tolong jaga mereka jika kami pergi nanti, Evil Crown." Mereka mendongak melihat langit biru.

Tbc

2/12/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro