Bab 19
TIGA orang pelajar lelaki dari bangunan sebelah berdiri di hadapan kelas Angel Girlz dan Bad Boy. Prof Gray melemparkan pandangan apabila pintu kelas diketuk beberapa kali.
Angel Girlz mengendahkan pelajar-pelajar lelaki itu kerana mereka perlu menyusun jadual untuk perlawanan yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Adroit Kingdom. Patutlah batang hidung Feradossa dan Lyana sudah lama tidak nampak. Menjawat jawatan sebagai The Council memang meletihkan tetapi membantu menghilangkan tekanan perasaan apabila merindui mereka yang telah pergi.
"Baiklah para pelajar! Hari ini kita ada pelajar pertukaran dari bangunan sebelah. Angel Girlz, berhenti menyusun jadual. Kamu perlukan rehat, lebih-lebih lagi Rin." Rin mengeluh sebelum menyimpan tablet ke dalam laci.
Diana ketawa sinis memandang Rin sebelum ditegur oleh Prof Gray. Tzuyu mengetap bibir supaya ketawa tidak terlepas, mahu naya dia nanti. Kate menggelengkan kepala lalu menumpukan perhatian.
"Zack, kembar Zen." Kate memandang Zen dan Zack beberapa kali sebelum menyedari sesuatu.
Tak mungkin, getus Kate.
"Aku Alexander, boleh panggil aku Alex. Kembar Izz." Izz menjegilkan mata ke arah kembarnya kerana membocorkan rahsia yang disimpan rapi selama ini.
"Aku Kevin, kembar Kaito. Boleh panggil aku Ian, kalau kau rapat dengan aku la." Rin merenung Kevin yang turut memerhati dirinya.
Kau kekasih Airis, kan?
Tersentak Kevin dibuatnya apabila disergah sebegitu. Pandangan mereka bertaut lama sebelum mereka tersentak apabila suara seseorang bergema di segenap ruang akademi.
"Para pelajar sekalian. Tidak lama lagi, perlawanan antara akademi akan berlangsung di Adroit Kingdom dan acara ini mendapat sambutan setiap tahun. Jadi, saya telah berbincang dengan para pemerintah dan mereka telah bersetuju untuk menghantar sembilan orang pelajar yang terdiri daripada tiga buah kumpulan dan tiga orang healer tetap.
Ahli sihir, pelindung dan pahlawan iaitu Angel Girlz, Bad Boy dan Triplet. Nama kumpulan kamu ialah Elements. Sila jaga kelakuan kamu kerana para pemerintah serata kerajaan akan turun padang melihat perlawanan kamu. Itu sahaja. Terima kasih."
Kelas mulai bising selepas pengumuman tamat. Prof Gray keluar kerana perlu menghadiri mesyuarat tergempar. Angel Girlz tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Berbagai-bagai memori menerjah masuk fikiran mereka. Nia sempat memasang pelindung cermin supaya tiada siapa yang perasan perubahan aura Angel Girlz.
"Err... Aria?" panggil Zen tanpa berpaling.
"Kau nak apa?" balas Aria perlahan. Sakit kepala semakin menjadi-jadi, dia akan hilang kawalan jika tidak dirawat dengan segera. Aria mengetap gigi sebelum mengeluarkan cahaya api hijau kegelapan untuk merawat dirinya, Miku dan Rin.
"Kau dengar tak apa yang aku..." Zen menoleh sebelum dia terpandang cahaya api milik Aria yang semakin mengecil.
"Hapuskan pelindung kau, Nia. Mereka semakin lemas apabila terkurung, lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan kuasa naga."
Izz dan Kevin terpaksa menghancurkan pelindung milik Nia kerana gadis itu terlupa bagaimana ingin membatalkan pelindung.
"Macam mana kau boleh lupa?" tanya Kaito pelik.
"Hehehe... banyak benda yang aku kena ingat termasuklah jenis-jenis luka dan cara merawatnya," balas Nia. Tidak mungkin dia mahu menjawab ada empat orang mengacau dia dan yang lain dalam mimpi semalam. Bertuah betul.
Miku perasan dirinya dijeling oleh Ayako, berpaling lalu mengangkat sebelah kening selamba seperti tidak bersalah.
Semua ni guardian kau pasal, kutuk Fiyu bengang.
"Ada ke patut mereka ugut untuk mengambil alih badan kami untuk menjaga tuan mereka? Tak patut betul." Bibir Fiyu terherot-herot membebelkan guardian Angel Girlz. Dia memang tidak sekepala dengan penjaga lelaki Aria. Mereka seperti kucing dan anjing atau lebih teruk lagi seperti seseorang yang dia tidak mahu ingati.
Rin menghamburkan ketawa mendengar rungutan Fiyu sebelum menjerit kesakitan apabila Kaito menekan lukanya dengan kapas.
"Sakitlah!" marah Rin dengan air mata bertakung. Kaito menayang wajah selamba walaupun dia tahu Rin akan membelasah dirinya sebentar lagi.
"Apa maksud kau kembar, Putera Zack?" tanya Rin serius selepas terseksa dirawat oleh Kaito.
"Maaflah. Kami dah biasa lakukan semua perkara bersama-sama sehingga kami rasa kami kembar," pintas Alex sebelum Rin membuka mulut lagi.
Rin ragu tapi dia tetap menganggukkan kepala. Miku dan Aria saling bepandangan sebelum menggelengkan kepala.
"Aku harap kau tak tipu aku, Putera Zack. Aku tak kisah kau anak raja kerajaan mana sekalipun, sekali kau tipu aku nahas kau," ugut Rin sebelum menutup mata untuk seketika. Sakit kepala semakin pulih selepas menelan ubat.
Dia tidak ingat kali terakhir dia menelan ubat. Rasanya empat tahun lepas selepas sedar daripada koma.
"Airis. Apa yang patut aku buat? Mereka akan datang tapi aku tak bersedia nak kembali. Apa yang kau akan cakap kepada aku bila aku alami keadaan seperti ini?" rungut Rin sebelum menekup wajah di atas meja. Jalan yang terbaik untuk masa ini ialah menangis tanpa suara.
Rin menyembamkan wajahnya di belakang Kaito yang datang dengan rela tanpa dipaksa. Jelas terpancar riak risau di wajah Rin, malah Miku dan Aria juga. Mereka risau akan sesuatu tapi Bad Boy tidak tahu apa.
"Lepaskan semuanya. Jangan pendam nanti kau sakit." Kaito diam selepas bajunya lencun. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Entah bila nak jernih tak tahu la.
"Dia dah tidur, bawa dia balik dorm kami. Aku dengan Aria ada mesyuarat ahli sihir sekejap lagi. Kalau ada masalah, bagitahu mereka bertiga segera." Aria mengusap rambut Rin dengan lembut sebelum menjentik dahi Kaito kuat.
"Kenapa aku?"
"Kalau tak disebabkan kau, dia tak akan murung. Kau kena pulihkan dia walauapa cara sekalipun."
Mereka berlima memerhati kelibat Angel Girlz dan Kaito sehingga hilang di sebalik bangunan.
"Seram gila. Aku ingat Aria baik, lemah lembut dan tenang, tak sangka pula dia garang," komen Zack.
"Kenapa kau cakap macam tu, Zack? Habislah rahsia aku kalau macam ni,"marah Zen seraya menguak rambut ke belakang.
Kevin dan Izz berborak sesama mereka, mengendahkan keadaan tegang antara dua orang putera Kerajaan Light atau Kerajaan Thunder.
"Mana mereka bertiga?" tanya Kyle. Dia hanya nampak tiga buah beg tapi orangnya hilang entah ke mana.
"Senior ni siapa?" tanya Alex pelik. Aura yang dikesan berbeza dengan aura pelajar-pelajar lain. Pakaian mereka bertiga juga bukan pakaian pengawas sekolah ni.
"Saya Kyle, yang berkaca mata itu Aryan dan jejaka bertopi ialah Rei." Mereka bersalaman beberapa saat sebelum Aryan menggelengkan kepala.
"Putera Zack? Putera Kerajaan Light atau Thunder, kan?"
Mereka bertiga saling berpandangan sebelum memandang Aryan.
"Jangan nak berbohong lagi. Baik bagitahu identiti sebenar kamu," gertak Rei selepas menghalakan mata pedang di hadapan wajah Izz.
"Putera Isaac Hyriel, Putera Kerajaan Hybrid. Macam mana kau boleh terlepas? Mereka bertiga bersusah payah mencipta pelindung sehingga separuh tenaga mereka hilang."
"Kenapa kau bagitahu?" marah Kyle. Aryan menguak rambut ke belakang sebelum keadaan sekeliling berubah. Sebuah rumah banglo berwarna putih terpampang di hadapan mata.
"Masuklah," ajak Aryan.
"Ayahanda." Aryan jatuh terduduk apabila putera tunggalnya merempuh kakinya.
"Mana bonda?" tanya Aryan seraya mendukung Lucas.
"Mereka siapa?" tanya Lucas pelik. Anak mata yang berwarna ungu cair bersinar apabila terkena pancaran mentari.
"Apa mereka buat di sini?" tanya Scarlet terkejut. Beberapa bilah pedang terapung di hadapan Scarlet.
"Mereka datang sini untuk jelaskan kenapa baru sekarang mereka muncul. Jangan risau. Kalau mereka cuba tipu kita sekalipun, ayahanda Miku tak akan lepaskan mereka," ujar Aryan sebelum ayat terakhir dibisik perlahan. Habislah mereka jika identiti sebenar Angel Girlz terbongkar sebelum hari perlawanan.
"Tak faham."
"Nanti aku terangkan. Mana Tiara dan Yuri? Selalunya mereka ada bermain bersama Luke," tanya Aryan. Kyle dan Rei melangkah masuk sebelum merebahkan badan di atas sofa. Kuasa mereka hilang sepenuhnya apabila menjejakkan kaki di rumah Aryan dan Scarlet.
Triplet dan Bad Boy cuba menyalurkan kuasa kepada senjata mereka namun gagal. Mereka menghentak kaki sebelum Bad Boy cuba menghantar telepati kepada Angel Girlz.
"Jangan kau berangan nak sampaikan mesej kepada mereka bertiga," ujar Sora sambil menatang dulang. Kalau bukan kerana Lucas mahu dia berada di sini, sudah tentu dia perlu mengiringi Yuri dan Tiara berjumpa dengan ayahanda mereka.
"Kau?" Bergema suara Triplet apabila memandang Sora. Sora melemparkan pandangan pelik.
"Apa?"
Tbc
14/11/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro