Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

ARIA mengeluh apabila kelibat dua orang sahabatnya tidak kelihatan.

"Mana pula budak berdua ni pergi? Nak buat apa ni?"

Aria terpandang katana yang diletakkan di atas meja kaca. Katana itu dipandang lama sebelum diambil.

"Mari, kita berlatih."

Aria menarik nafas selepas memegang katana miliknya. Tangannya mengigil seakan katana yang dipegangnya itu terlalu berat.

"Aku berharap kali ini akan berhasil," ujarnya sebelum memegang katana dengan lebih erat.

Langkah dibuka sebelum patung kayu ditetak dengan sekuat hati. Angin seakan-akan menari-nari bersama Aria. Apabila katana dihayunkan ke hadapan, beberapa patung kayu terbelah dua.

"Tak cukup kuat. Aku kena berlatih lagi," gumam Aria sebelum duduk melunjur. Dia mendongak melihat langit. Bunyi kicauan burung membuatkan dia menutup mata.

Katana yang berada di tangan terapung sehingga paras kepala. Aria hanya menggerakkan beberapa jari dan katana itu menari seperti dikawal. Zen hanya memerhati dari jauh kerana bimbang katana itu akan memotong rambutnya. Zen tersentak apabila melihat Aria seakan-akan memakai kimono seperti di dalam buku yang dibaca sebentar tadi.

"Tak mungkin," gumam Zen.

"Zen."

Zen mendongak apabila Aria memanggil namanya. Zen terkejut apabila melihat anak mata Aria.

"Apa kau akan buat kalau aku tak ada?" tanya Aria sebelum duduk bersila di tepi Zen.

"Maksud kau?" tanya Zen pelik.

"Apa kau akan lakukan kalau aku 'pergi' semasa peperangan berlaku?" tanya Aria terus-terang. Zen tersentak sebelum menggenggam tangan. Dia tidak ada jawapan untuk itu.

"Kalau kau dah ada jawapan, bagitahu aku," ujar Aria sebelum mencapai katana miliknya.

"Aria!"

Aria berhenti tetapi tidak menoleh ke belakang.

" Aku tak ada jawapan untuk soalan kau."

"Aku tak tahu..." sambung Zen lagi. Aria segera beredar semasa air matanya mengalir.

"Aku juga tak tahu apa aku akan buat kalau kau tak ada, Zen."

Zen hanya mendiamkan diri dan memerhati kelibat Aria sehingga hilang.

....

MIKU dan Rin saling menyiku sebelum Rin menyiku perut Miku dengan kuat. Miku rebah ke belakang.

"Ganasnya kau..." kata Feradossa dan Lyana. Mereka saling berbalas jelingan sehingga ada arus elektrik.

"Kenapa kami berdua kena berada di sini?" tanya Ryuno bosan. Hatori memandang potret yang digantung tanpa perasaan.

"Kita main permainan video, jom? Aku malas nak dengar mereka bergosip."

"Jom. Boleh kita asah skill kita yang berkarat." Feradossa dan Lyana menjeling mereka berdua sebelum memandang Miku dan Rin. Hatori dan Ryuno pergi ke bilik sebelah.

Feradossa membaca sehelai kertas yang berada di atas meja sementara menunggu Miku dan Rin berbincang. Lyana pula bermain dengan kuasa api biru miliknya kerana dilanda kebosanan. Aria masuk tanpa membuka pintu dan merebahkan badan di sofa. Dia menangis tanpa suara selepas memakai topeng serigala.

"Aku dah dapat jawapan daripada dia," kata Aria dalam tangisan. Feradossa dan Lyana saling berpandangan kerana hairan namun Miku dan Rin dapat menangkap apa yang Aria cuba sampaikan.

"Aku takut. Aku takut dia akan dikuasai oleh kuasa kegelapan nanti." Lyana menggaru kepala yang tidak gatal kerana dia tidak tahu siapa yang dikatakan oleh Aria.

"Kau kena ajar dia hidup tanpa kau di sisi dia," ujar Feradossa yakin walaupun sebenarnya dia agak ragu.

Siapa?

"Walaupun ia mengambil bertahun?" tanya Miku perlahan. Feradossa mengangguk.

Tapi aku harap dia akan jumpa gadis yang lebih baik daripada aku, getus Miku.

"Aku yakin, dia akan tunggu kau walaupun mengambil masa selama 1000 tahun." Aria memeluk Rin dengan erat.

"Kau mesti bertapa untuk menstabilkan kuasa kau. Kalau tak silap aku ada satu pulau ni memang khas untuk orang yang nak bertapa."

"Kenapa aku tak tahu?" tanya Ayako pelik.

"Kau apa tahu? Yang kau tahu baca buku perubatan saja," kutuk Nia sebelum tersenyum sinis.

Mereka berdua saling menjeling sebelum dileraikan oleh Fiyu.

"Jangan tambah masalah lagi," balas Fiyu bengang.

....

KAITO memandang wajah mendung Zen, begitu juga dengan Izz.

"Kau kenapa?" tanya Izz selepas beberapa minit kesunyian melanda mereka.

"Apa kau akan buat kalau suatu hari nanti orang yang kau sayang pergi saat kau belum bersedia melepaskan dia pergi?"

Mereka berdua tersentak dan saling berpandangan sebelum memandang rumput. Tangan digenggam sebelum nafas ditarik.

"Aku tak tahu."

Kaito menggosok belakang tengkuk sebelum menyedari sesuatu.

"Kenapa kau tanya?" Izz turut memandang Zen untuk kepastian.

"Hahaha... Aku tanya je, salah ke?" tanya Zen selepas menjongketkan sebelah kening.

Mereka berdua menjeling sebelum kepala Zen dikunci dan disekeh perlahan. Rambut Zen kusut seperti baru bangun tidur. Zen menjeling mereka berdua seraya membetulkan semula rambutnya.

"Habis kusut rambut aku. Kau ingat senang ke nak betulkan rambut?" bebel Zen selepas melihat pantulan rambutnya.

Mereka berdua ketawa sebelum merebahkan badan di sebelah Zen. Langit yang berwarna jingga kemerahan dipandang sayu.

Adakah ini petanda mereka akan pergi? Jangan pergi lagi. Aku tak bersedia untuk kehilangan kau. Aku akan lindungi kau sebab aku guardian kau.

....

SCARLET mengeluh lalu mengelap air mata yang bergenang. Buku usang berwarna coklat pekat ditutup semula. Bosan.

"Lama lagi ke?" tanya seorang kanak-kanak lelaki mamai.

"Kamu terjaga ke? Mana ayahanda?" tanya Scarlet lalu meletakkan kanak-kanal itu di atas ribanya. Kanak-kanak itu dipeluk dengan erat.

"Ayahanda ada dekat bilik kerja. Ayahanda Kyle dan Ayahanda Rei ada dekat sana juga."

Scarlet menggelengkan kepala. Inilah sebabnya dia tak boleh berenggang dengan anak lelakinya. Dia pemberi maklumat tak berbayar kepada mereka. Hanya ditanya soalan yang pendek, mereka akan menerima jawapan yang panjang.

"Mana aunty?" tanya Scarlet pelik.

Aku rasa aku tugaskan mereka supaya jaga anak aku? Bertuah betul.

"Aunty kena panggil menghadap dengan raja. Tak tahu sebab apa. Bonda, anakanda mengantuk."

"Kesian anak bonda."

Anak kecilnya diletakkan di atas katil lalu bola kristal diletakkan di atas meja di sebelah katil. Bola kristal itu bercahaya sebelum memancarkan cahaya. Cahaya itu bergerak dengan sendiri seperti menceritakan kisah dongeng.

Anak kecilnya itu terlena selepas cahaya bola kristal itu malap.

"Selamat malam, anakanda." Scarlet bergerak ke tepi sebelum bangun. Kerudung hitam disarung sebelum tongkat sakti dicapai. Dia terasa seperti kerudungnya ditarik lalu dia berpaling.

"Kenapa tak tidur lagi?" tanya Scarlet pelik.

"Nak ikut. Anakanda janji tak akan buat bising." Mata dikerdipkan beberapa kali.

"Tapi Lucas kena janji jangan tanya macam-macam."

"Luke janji!" Lucas pelik apabila mereka berada di sebuah kerajaan yang berwarna-warni.

"Selamat datang, Kak Scarlet. Tak sangka kau datang berdua," perli Tiara.

"Aku ingat dia dah tidur, rupanya belum lagi."

"Clever boy, rindu Aunty Miku tak?"

"Rindu!"

"Aunty, kita pergi perpustakaan, jom!"

"Err..." Miku dan Rin saling berpandangan sebelum memandang Lucas.

"Jom!" Aria menarik Lucas menuju ke perpustakaan diraja.

"Dia tak tanya pula dia dekat mana?"

"Tak, sebab aku dah bagi amaran."

"Kisahnya..." kata mereka berdua.

"Kau berdua berhutang dengan aku." Kolar mereka ditarik menuju ke bilik mesyuarat.

"Hutang apa?" tanya Rin pelik.

"Rasanya kami dah langsaikan hutang gem kami."

"Kenapa kau tukar maklumat dalam buku aku?" tanya Scarlet bengang.

"Janji dulu kau tak akan marah kalau kami bagitahu sebabnya."

"Janji."

"Kami memang tahu kami  ialah pewaris transfer moon yang sebenarnya. Kami takut sangat bila dapat tahu kami ada kaitan dengan Bad Boy. Kami takut mereka akan dikuasai kegelapan bila mereka dapat tahu kami akan 'pergi' ketika peperangan berlaku," ujar Miku.

"Mereka akan menjadi dingin. Hati mereka akan dilindungi dengan kegelapan milik mereka sendiri. Mereka sebenarnya mempunyai kuasa kegelapan tapi mereka bertiga malah keluarga mereka sendiri tidak tahu tentang itu," sambung Rin.

"Jadi, kami dah buat keputusan untuk menyerahkan kuasa kami kepada Evil Crown untuk selamanya ketika transfer moon berlaku. Mungkin semasa perlawanan berlaku, itu kali terakhir kita dapat bergelak ketawa dan bergurau senda. Malam itu, roh kami akan bertukar," kata Aria sebak.

"Mesti ada cara lain," bentak Yuri.

"Tak ada cara yang lain walaupun kau gunakan kuasa kegelapan kau. Ini takdir. Inilah takdir kami, si puteri yang hilang kuasanya," balas Miku, Rin dan Aria.

"Mereka dah tahu ke tentang ni?" tanya Scarlet, Tiara dan Yuri serentak.

"Tak, tapi aku mohon. Jangan bagitahu mereka. Aku takut jika mereka tahu, kami tak mampu nak hapuslan air mata mereka kerana kami tiada di sisi mereka," ujar Aria sebelum mengesat air mata. Lucas dipeluk dengan erat. Sayu apabila dia akan meninggalkan anak buahnya.

Tbc

15/8/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro