Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♠Prologue♠

Happy Reading~
.
.
.
.
.
.
.

Putera Makhota Elemental.Seorang putera yang mempunyai kuasa elemental daripada jam kuasa dan putera yang berani,tegas,serius dalam hal kerajaan serta antisocial.Putera Makhota Elemental terpaksa memakai topeng diraja agar tiada sesiapa yang tahu wajah sebenar putera tersebut demi keselamatannya.Raja Amato,ayahanda kepada Putera Makhota Elemental yang minta agar musuh ketat mereka tidak dapat melihat wajah sebenarnya.Musuh daripada Darkness Kingdom.

Raja Darkness Kingdom inginkan 7 kad elemental yang ada di tangan Putera Makhota Elemental.Mengikut lagenda,kad-kad tersebut mempunyai kuasa elemen dan ianya disembunyikan di dalam bilik rahsia yang berada di istana Elemental Kingdom.Hanya Putera Makhota Elemental boleh menggunakan kad-kad tersebut.Sekiranya kad-kad itu berada di tangan yang salah,Elemental Kingdom dan 7 kerajaan berelemen tidak aman sepenuhnya.

Pada suatu hari,Raja Darkeness Kingdom bersama tentera-tentaranya menyerang kerajaan Elemental Kingdom untuk mendapatkan 7 kad elemental tersebut.

"Jangan harap kau akan dapat kad-kad itu!" Bentak Raja Amato yang sedang berlawan dengan Raja Darkness Kingdom iaitu,Raja Alex.Seorang raja gila kuasa.

"Hahaha!!!Kau tak boleh halang aku,Amato~" Kata Raja Alex dengan nada jahat.Mendengar ucapan tersebut,Raja Amato menahan geramnya.Dia tertanya,apa patut dia buat?

Tiba-tiba,muncul seseorang yang berpakaian tempur,bertopeng diraja dan ada 7 kad yang berada di tangannya.Tidak lain dan tidak bukan,Putera Makhota Elemental.

"Anakanda?!Apa anakanda buat di sini?!" Tanya Amato apabila dia tersedar puteranya berada di pertempuran tersebut."Anakanda tidak akan biarkan ayahanda berlawan seorang diri!" Ucap Putera Makhota Elemental kepada ayahandanya."Tetapi,nyawa anakanda dalam bahaya!" Balas Raja Amato lagi.Dia amat risau sekiranya Raja Alex ingin mengambil 7 kad elemental yang kini berada di tangan Putera Makhota Elemental."Jangan risau ayahanda-!" Kata-kata Putera Makhota Elemental terpotong apabila Raja Alex menyampuk."Hahaha! Akhirnya,kau muncul juga,Elemental~" Ucap Raja Alex.

Putera Makhota Elemental menatap tajam ke arah Raja Alex.Dia tidak berpuas hati apabila raja yang gila kuasa itu telah menyerang kerajaannya dan menginginkan 7 kad elemental yang berada di tangannya.Dia bersama ayahandanya bersiap sedia untuk bertarung dengan Raja Alex.

"Heh,marilah~" Tanpa membuang masa.Raja Amato dan Putera Makhota Elemental memulakan serangan.

"Mechabot!!!Mechazine!!!"

"Baik,tuanku!" Balas Mechabot yang berbentuk seperti robot lalu dia bergabung di badan Raja Amato sebagai tempur untuk berlawan.

"Kuasa Elemental!"

Penampilan Putera Makhota Elemental berubah.Mempunyai iris ruby,pakaian yang berubah warna menjadi merah maroon dan logo pada jam kuasanya berubah menjadi logo halilintar.Itulah kuasa Putera Makhota Elemental yang berada di tahap kedua.

"Heh" Sinis Raja Alex.

Raja Amato dan Putera Makhota Elemental mula menyerang Raja Alex.Tetapi,Raja Alex mengelak setiap serangan mereka dengan mudah.Baginya,ia terlalu mudah.

"Tch,Tetakan Pedang Halilintar!!!" Putera Makhota Halilintar menyerang lagi dengan nada tidak puas hati.Namun,Raja Alex menyerang balas serangan tersebut menggunakan kuasanya.

"Tumbukan Kegelapan!!!" Serangan Raja Alex itu membuatkan Putera Makhota Elemental terpelanting ke belakang sehingga terkena sepohon pokok.

Kedebush!!!

"Anakanda!!!" Jerit Raja Amato lalu menuju ke arah anakandanya.Putera Makhota Elemental telah berubah menjadi asal semula.

"Ergh..."

"Be...berani kau!!!" Amarah Raja Amato mula menaik."Heh,ingatkan hebat sangat tadi..." Sinis Raja Alex.

Raja Amato kembali menyerang Raja Alex.Seperti yang sama,Raja Alex mengelak serangan tersebut sehingga ada peluangnya untuk memulakan serangan.

"Rasakan ini!!!" Raja Alex menyerang sehingga Raja Amato terpelanting ke belakang dan tidak mampu untuk berlawan lagi.Anakandanya menuju ke arahnya.

"Ayahanda!!!" Putera Makhota Elemental meraung.

Raja Alex menuju ke arah mereka dengan kuasa kegelapan yang berada di tangan kirinya."Sekarang...Serahkan kad-kad itu!!!" Ucap Raja Alex.7 kad elemental yang berada di tangan Putera Makhota Elemental itu ditatap.Dia berfikir,apa patut dia lakukan?

"Tidak akan!Kau akan gunakan kad-kad ini untuk kehancuran!Kau tak layak menjadi pengguna kad-kad ini!" Kata Putera Makhota Elemental.7 kad yang mempunyai logo yang berbeza itu dipegang erat.

"Kalau kau tidak serahkan...AKU AKAN PAKSA KAU BAGI KAT KAD-KAD TERSEBUT!!!" Putera Makhota Elemental terkejut mendengar kata-kata Raja Alex.

"LOHONG KEGELAPAN!!!"

Sebuah bola kegelapan yang berwarna hitam ungu itu menjadi membesar.Melihat tindakan Raja Alex itu,Putera Makhota Elemental dan Raja Amato terkaku.

"JANGAN HARAP KAU AKAN DAPAT KAD-KAD ITU!!!" Bentak Raja Amato lagi.Dia bersama Putera Makhota Elemental menyerang Raja Alex untuk menghentikan tindakan Raja Alex itu.

Lohong kegelapan tersebut dilancarkan kepada Raja Amato dan Putera Makhota Elemental.

"Ayahanda!Hati-hati!Lohong kegelapan itu boleh sangat berbahaya!" Pesan Putera Makhota Elemental sambil mengelak daripada terkena dirinya.Raja Amato mengangguk lalu mengelak lohong kegelapan tersebut.

Tiba-tiba,sebuah tindakan diacukan kepada tangan Putera Makhota Elemental.Melihat tindakan daripada seorang tentera Raja Alex,dia mengelax daripada terkena.Malangnya,kad-kad pada tangannya sebentar tadi tercampak jauh.

"Tuanku,kad-kad itu telah terlepa daripada tangan Putera Makhota Elemental!" Ucap seorang tentera Raja Alex.Dengan kuasa kegelapan,Raja Alex segera menuju ke kad-kad tersebut.

"Jangan harap kau dapat ambil!" Raja Amato segera menuju ke arah kad-kad tersebut lalu menghalang Raja Alex dari mengambil 7 kad elemental.

"Ish!!!Tak guna kau!!!" Raja Alex mengeluarkan sebuah lagi lohong kegelapan yang besar daripada tadi.

"Kuasa Elemental!"

Dush!!!

Sebuah tanah pelindung menghalang serangan Raja Alex.Raja Amato dan Putera Makhota Elemental bersembunyi di dalam tanah pelidung tersebut.

"Anakanda...Anakanda kena lari..." Ucap Raja Amato sambil memegang bahu anakandanya itu."Tetapi,bagaimana dengan kad-kad tersebut?" Tanya Putera Makhota Elemental dengan nada sedikit panik.

"Anakanda...Jangan risau...Kehidupan anakanda lebih penting bagi ayahanda...Lari sahaja...Ayahanda yakin apa ayahanda lakukan ini,demi masa depan kamu...Lari Boboiboy...Demi rakyat...Demi ayahanda...Dan demi elemental kamu..." Titah Raja Amato lalu melepaskan topeng diraja milik Putera Makhota Elemental dan terlihat wajah sebenar putera tersebut.

"Lakukannya anakanda..."

"Hm,baiklah!"

Putera Makhota Elemental atau nama sebenarnya Boboiboy menghancurkan tanah pelindung tersebut.Dengan menggunakan Gerakan Halilintar,dia menghilangkan diri sekelip mata.

"Cis!Tak guna kau!!!"

Lohong kegelapan Raja Alex semakin membesar."Ochobot,gunakan kuasa teleportasi kamu!" Arah Raja Amato.

"Tapi-"

"Gunakan sahaja!Asalkan kad-kad tersebut selamat daripada Alex!" Sambung Raja Amato lagi.

"Jangan kau berani!!!" Raja Alex menguatkan lagi kuasanya.

"Erm...Baiklah!Kuasa Teleportasi!!!"

Ochobot mengaktifkan kuasanya.7 kad elemental yang terbiar itu terbang dan masuk ke dalam portal tersebut.

"TIDAK!!!!!"

Sementara itu,Boboiboy bersembunyi di sepohon pokok setelah dia jauh daripada kerajaannya.

"Demi elementalku...Aku akan bertahan sepenuhnya..."

.
.
.
.
.
.
.

BERSAMBUNG.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro