bab 07
"Sekarang aku dah faham kenapa Leo buat muka tu tadi.." Kimi menggelengkan kepala sambil mengeluh. "Um.. Floyd? Ada tak tempat lain yang kita mungkin boleh guna?"
"Kenapa? Kau tak suka tempat ni ke?"
"Aku suka je tempat ni!"
Sebaik dia berkata begitu, Leo melemparkan pandangan kepada Kimi seolah-olah mencurigai apa yang dia katakan tadi.
"Maksud aku lokasi! Lokasi dia okey tapi keadaan tempat ni mungkin kurang sesuai kalau kita nak gunakan sekarang. Tak ke kau rasa macam tu?"
Floyd menyengetkan kepala ke sisi sedikit. "Itu betul... Kita boleh bersihkan tempat ni!"
"Tunggu kejap!" Leo mencelah. "Dengar Floyd. Kau kawan baik aku tapi aku takde pilihan selain mengaku yang kadang-kadang.. benda yang kau cakap adalah perkara yang dungu. Maaf, tapi itu hakikat yang sebenarnya."
"Kau tak perlu nak cakap kat aku. Aku tahu dah.." Floyd menutup wajahnya dengan kedua belah tangan, malu. "Well, kita boleh mintak maids tolong bersihkan tempat ni. Kalau korang tak kisah..?"
"Aku tak kisah. Asalkan diorang boleh simpan rahsia tentang tempat ni" Kimi menjongket bahu. "Kau?"
Leo mengeluh perlahan sebelum mengangguk kepalanya. "Kalau kau dah sendiri dah setuju dengan tempat ni, aku ikut je. Bukannya aku ada cadangan untuk tempat lain pun."
"Baiklah, kalau semua dah okey.. korang tunggu sini. Aku pergi panggil maid tu semua!", ujar Floyd sebelum berlari keluar daripada bangunan terbiar. Senyuman lebar terpapar pada wajahnya.
"Dia nampak gembira..."
"Betul ke?"
"Bukan selalu orang terima pendapat dia. Hm, aku pun sama sebab idea dia.. kadangkala tak masuk akal untuk diterima," kata Leo.
"Boleh bayang."
"Kan?"
Kimi mula mengambil masa dan memandang kawasan persekitaran mereka. "Hei, tempat ni... Ini rumah hijau ke?"
"Oh, kau dapat kenal?"
"Bangunan keseluruhan diperbuat daripada kaca dan ruang yang dipenuhi dengan pokok terbiar. Siapa je yang tak kenal tempat ni sebagai rumah hijau?"
"Ada seorang"
"Oh, Floyd..." Kimi ketawa kecil.
"Tepat sekali!"
Sementara menunggu Floyd untuk pulang, Kimi mengambil peluang itu untuk bertanyakan beberapa soalan dan daripada situlah dia dapat tahu yang Kimi telah dilahirkan semula sebagai Aalis ketika umur budak perempuan itu baru mencecah 11 tahun.
'Maksudnya... Gah! Dia dah lama masuk dalam story plot game tu. Okey! Ingat balik.. Scene waktu diorang umur 11 tahun cuma ada 1 part pendek je. Dia pasal...'
"Ah! Diorang berdua keluar pergi ke karnival musim bunga," ujar Kimi dengan suara separuh berbisik. Tangan kanannya menyisip rambutnya kasar.
'Aalis disebabkan perasaan cemburu dia yang tinggi, ikut putera tu dengan Kaylein dalam diam. Dia pakai cape hitam untuk sembunyikan identiti tapi itu semua terbongkar bila kawan rapat putera dapat cam Aalis. Lepas tu, dia tangkap Aalis sebab menyangkakan yang dia ada rancangan jahat dan nak kenakan Kaylein'
Kimi mengeluh kecil. "Aku kena elak daripada pergi karnival tu," katanya dalam diam.
ー❈ー
"Maaf. Aku tak fikir pula yang ia akan mengambil masa yang lama untuk bersihkan tempat tu." Floyd meminta maaf.
Saiz rumah hijau yang besar menyebabkan pembantu rumah daripada House Raollet pula mengambil masa sekurang-kurangnya dua ke tiga hari untuk membersihkan tempat tersebut. Tambahan pula dengan keadaannya yang sudah lama dibiarkan hanya memburukkan lagi keadaan dan penyelenggaraan yang sepatutnya perlu dilakukan ke atas rumah hijau itu.
Oleh disebabkan itu, mereka bertiga perlu berpindah ke tempat lain. Head butler House Raollet, Otto dengan tegas melarang mereka bertiga mendekati rumah hijau tersebut, bimbang akan keselamatan mereka.
Tiada pilihan lain, Aalis terpaksa membawa mereka ke bilik bacaan di rumahnya sendiri. Diikutkan hati, dia mahu berada di tempat yang lebih tertutup daripada gangguan orang lain tapi, ada ke tempat yang boleh dia gunakan? Mahu atau tidak mahu, bilik bacaan rumahnya sahajalah tempat yang paling sesuai untuk dia jalankan sesi penyiasatan dengan jarak rumah hijau tersebut yang agak dekat dengan House Almeric.
Kimi menepuk bahu Floyd perlahan. "Tak apa. Aku dah agak benda ni akan berlaku."
Leo mengangguk. "Tak mungkinlah mereka boleh bersihkan tempat itu dalam masa beberapa jam. Jadi untuk sementara waktu ni, kita perlu gunakan tempat ni."
"Tempat ni membosankan.."
Kimi ketawa janggal. "Apa yang kau jangkakan daripada bilik bacaan, huh?"
"Tiada apa?"
"Tepat sekali!" Dia tersenyum ceria. "Baiklah, ambil tempat duduk. Aku dah minta Lillian untuk sediakan teh dan biskut untuk kita bertiga"
"Lillian?" Leo bersuara.
"Oh, dia maid peribadi aku. Dia dah jaga aku dari kecil."
"Ohh"
Kimi mengangkat cawan tehnya dan menghirup teh tersebut perlahan, menikmati aroma harum yang menusuk hidungnya. Sesaat kemudian, dia meletakkan kembali cawan tersebut di atas meja dan melemparkan pandangan ke arah dua budak lelaki yang duduk bertentangan dengannya.
"Harap korang berdua sudah bersedia sebab aku takkan lepaskan korang sehingga aku dapat semua maklumat yang aku nak," ujarnya sebelum mengukir senyuman sinis pada bibir. "Hehe"
Beberapa jam kemudian, akhirnya sesi menyiasat bersama Leo dan Floyd tiba di penghujungnya sebaik Lillian memaklumkan kepada Kimi bahawa Duke Azul dan Duke Robert mencari kelibat anak lelaki mereka. Kedua mereka menghela nafas lega.
Tiga jam mereka disoal siasat oleh gadis Aalis itu membuatkan mereka berasa agak tertekan dengan suasana yang secara tiba-tiba berubah menjadi dingin. Seolah-olah mereka berdua ialah penjenayah hebat yang sedang disoal siasat oleh pengawal diraja.
"Malang sekali tapi ayah korang dah mencari. Korang kena pulang sekarang." Kimi berdiri daripada tempat duduknya dan membetulkan dress yang dipakainya. "Jom, aku iring korang ke lobi," katanya sambil tersenyum.
"Terima kasih," balas Leo.
"Perkara kecil saja. Memandangkan korang berdua sanggup menghabiskan masa bersama aku menyoal siasat korang. Aku yang patut berterima kasih."
"Haha! Kalau korang nak tahu apa-apa maklumat lagi, panggil saja kitorang. Tapi.." Floyd menggaru kepala dengan jari telunjuknya, ketawa janggal. "aku rasa tak perlu kot kau soal siasat macam tadi. Dah rasa lain macam aku dibuatnya"
"Setuju" Pantas, Leo menjawab.
Kimi ketawa. "Pfft! Baiklah... Baiklah. Aku takkan buat macam tu lagi. Kenapa? Aku buat korang rasa macam penjenayah ke?"
"Ya!" Mereka berdua berkata serentak.
"Hahahaha!"
Setibanya mereka di lobi, Duke Azul dan Duke Robert bersama dengan Marquess Elias sudah pun berada di situ, menunggu kehadiran mereka bertiga.
"Aalis, itupun kamu!"
"Maaf sebab menahan mereka berdua untuk masa yang lama, Duke Azul.. Duke Robert" Dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.
Duke Azul tersenyum. "Saya tak kisah! Sebab mereka berdua akhirnya dapat meluangkan masa dengan puteri kecil."
"Ianya akan jadi lebih bagus kalau kamu dapat luangkan masa bersama mereka selepas ini lagi, Aalis" Duke Robert pula bersuara. "Kalau kamu tak kisah, tolong jadi kawan mereka."
"Saya?"
"Ya. Mereka perlu tahu caranya untuk bergaul dengan perempuan dan saya yakin dengan kamu, mereka akan okey."
Kimi mula berasa hairan. "Mereka berdua tak pandai bergaul dengan perempuan ke?"
"O-Oi! Siapa kata kitorang tak pandai bergaul dengan perempuan?" Floyd memberontak.
"Well, selepas perkara yang saya dah alami hari ini.. rasanya ada betul juga apa yang Duke Robert cakap" Dia tersenyum. "Saya akan pastikan mereka tahu cara untuk bergaul dengan perempuan," katanya sebelum melemparkan senyuman kepada Floyd dan Leo.
Bagi para ayah, senyuman Aalis itu adalah senyuman seorang gadis yang baik dam ceria tapi untuk kedua mereka yang sudah meluangkan satu hari dengannya, senyuman itu tidak beza daripada senyuman yang mempunyai maksud tersirat. Secara tepatnya, niat yang kurang baik yang tersembunyi di sebalik wajah gadis kecil itu.
'Ah, habislah!' fikir Floyd dan Leo.
Marquess Elias dan Kimi mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berempat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Floyd mendekati Leo, melingkari tangannya di sekeliling leher kawan baiknya. "Dia jauh berbeza daripada khabar angin yang orang selalu kata tentang dia."
"Betul.. selepas berjumpa dengan dia secara berdepan, dia sebenarnya seorang yang agak baik. Walaupun, kadang-kadang dia ada sisi yang agak jahat tapi keseluruhannya, dia okey."
"Aku tertanya-tanya macam mana khabar angin tu boleh berlaku."
"Hmm, sama ada khabar angin tu memang betul ataupun Aalis sebenarnya sudah berubah. Ada dua kemungkinan tapi sebab kita tak pernah kenal Aalis, kita berdua tak akan tahu personaliti sebenar dia."
"Nampak gayanya kita kena tanya orang yang kenal dengan dia. Aku tak boleh duduk diam bila ada misteri yang menarik muncul depan mata aku"
"Samalah"
[ Hope you like this update ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro