bab 05
Warna biru muda yang terbentang luas di langit angkasa dan bunyi burung yang berkicauan dengan gembiranya, membuatkan keterujaan dalam diri Kimi semakin membara. Perjumpaannya bersama Avelyn sebentar tadi membawa dirinya kepada idea untuk meneroka rumah agam keluarga Almeric.
'Aku main pilih je kanan dan kiri aku nih, tak sesat ke aku nanti' fikir Kimi sambil kepala disengetkan sedikit ke sisi, tangan kecilnya memegang dagu.
"Hmm.. Last time aku main, aku rasa aku jejakkan kaki dekat sini untuk sekejap je. Itupun sebab si putera tu mintak heroin hantarkan surat untuk Aalis," kata Kimi.
"Arghh! Aku taknak sesat dalam rumah agam ni. Nanti orang mula fikir pelik pulak." Dia menggaru kepala. "Macam mana sekarang ni.."
Shaa.. Shaa..
"!!"
Kimi terdiam sebaik sahaja telinganya menangkap satu bunyi. Dengan perlahan, dia memusingkan kepala dari arah bunyi aneh itu datang dan melihat akan semak-samun yang berada tidak jauh darinya.
'...ada sesuatu dekat belakang semak tu ke?Urgh! Jangan cakap yang kat belakang tu orang. Kalau ya, dia mesti dengar apa yang aku cakap tadi kan?!'
Dia mengenggam kedua belah tangannya, menarik nafas dalam. Mengetahui kemungkinan bahawa sesuatu atau seseorang mendengar dirinya berbual sebentar tadi membuatkan jantungnya berdegup kencang. Barang kali peratusan untuk rahsianya terbongkar kini berisiko tinggi.
'Aku baru saja sampai dekat dunia ni dan dah bocor rahsia aku! Ini tak boleh jadi nih. Aku kena pastikan rahsia aku selamat'
Sebaik Kimi makin menghampiri semak tersebut, dia dapat mendengar dengan jelas suara orang yang sedang berbisik di sebaliknya. Dia mula menjongket dan menjengukkan kepalanya di sebalik semak hijau itu hanya untuk mendedahkan identiti penghendap itu. Dua orang budak lelaki yang hampir sebaya dengan dirinya sedang duduk bersembunyi di belakang.
"Siapa korang berdua ni?" Kimi soal.
"Gaaahh!"
Suara Kimi yang muncul secara tiba-tiba membuatkan kedua orang budak lelaki tersebut menjerit ketakutan. Laju mereka berdiri dan menghadap Kimi.
Kimi menutup telinga. Jeritan kuat mereka berdua menyebabkan telinga dia berdering sakit. "Tch! Tak payahlah sampai menjerit macam tu sekali. Macam budak perempuan.."
Kimi mengusap kedua belah telinga perlahan. "Aku tanya korang sekali lagi. Siapa korang dan apa korang buat dekat rumah aku?"
"Perlu ke kau terkejutkan kitorang?!" Budak lelaki dengan rambut dan sepasang mata berwarna merah jambu menjerit, mukanya berkerut dalam kemarahan. "J-Jantung aku ni.. Rasa cam nak melompat keluar!"
Kimi mengangkat salah satu keningnya. "Huh? Mana ada aku terkejutkan korang. Aku cuma tanya korang soalan je"
"Itu memeranjatkan orang namanya!" balas budak lelaki itu semula.
"Itu tak," kata Kimi.
"Ya!"
"Tak"
"Ya!"
"Tak"
Sedang mereka berdua bertengkar antara satu sama lain, seorang lagi budak lelaki dengan rambut hitam dan sepasang mata berwarna merah mengeluh nafas panjang. Dia menggelengkan kepala sebelum mengangkat tangan kanannya serta merta mendiamkan kedua-dua mereka. "Secara teknikalnya, dia tak terkejutkan kita pun.. Floyd"
Budak lelaki bernama Floyd itu membentakkan kaki. "Leo! Jangan sokong diaaa.. Aku kan kawan kau, kau patutnya sokong aku bukan dia," ujarnya sambil menuding jari ke arah Kimi.
"Hei! Itu biadaplah." Kimi memegang jari telunjuk Floyd dan menolak ke hadapan dengan lembut.
"Jangan tuding jari kat aku. Lagipun, korang berdua yang bersalah dekat sini. Dah dua kali aku tanya soalan dekat korang tapi, korang tak jawab pun."
"Ah, maaf tentang tu. Biar saya perkenalkan diri kami," kata budak lelaki bermata merah itu sopan dengan tangan diletakkan di dada. "Nama aku Leo La Isemberd, anak lelaki kepada House Isemberd dan ini.."
Dia menghalakan tangan kiri kepada kawannya di sebelah. "...ialah Floyd Le Raollet, anak lelaki kedua kepada House Raollet"
"Oi! Kenapa kau perkenalkan aku pada budak perempuan ni?"
"Sebab aku tahu yang kau takkan perkenalkan diri pada dia," jawab Leo dengan tenang. "Oh ya, kitorang ada dekat sini sebab ikut ayah kitorang. Diorang ada perjumpaan sikit dengan Marquess Elias"
"Oh" Pendek, Kimi membalas.
Sejujurnya, sebaik Leo tamat memperkenalkan nama mereka berdua kepadanya, Kimi telah pun terbang jauh bersama fikirannya yang melayang. Dia berfikir sejenak.
'Floyd dan Leo? Kenapa aku macam tak pernah dengar nama diorang? Watak baru ke? Eh.. Tak mungkinlah' Dia menggelengkan kecil. 'House Raollet.. House Isemberd.. Ahh, aku tak ingat'
"Diorang mungkin wujud tapi lebih berkait dengan Aalis," gumam Kimi.
"Huh? Apa yang kau cakap?" tanya Floyd hairan.
"Takde apa. Apapun, nama aku ialah Aalis De Almeric, anak sulung kepada House Almeric. Selamat berkenalan." Kimi mengangkat sedikit gaunnya dan tunduk.
"Kitorang tahu nama kau.." Floyd bersuara sambil mengusap janggal belakang lehernya.
"Macam mana? Aku tak pernah jumpa korang"
"Urk! I-Itu.." Dia menggaru pipi dengan jari telunjuknya. Mukanya sedikit berpeluh. "O-Oi, Leo.. Tolonglah akuu"
Leo tergelak kecil. "Sebenarnya, kitorang kerap jugak datang ke sini. Walaupun kitorang tak pernah jumpa kau secara berdepan, kitorang selalu nampak kau dari tingkap bilik," katanya selamba dengan senyuman manis.
"Stalker"
"Hah! Kitorang tak stalk kaulah," jerit Floyd.
"Habis tu, benda 'selalu nampak dari tingkap' tu apa benda?" Kimi tersenyum sinis sambil menyilang kedua tangan, rapat ke dada. "Heh~ tak sangka betul yang kau ni pervert"
"HUH?! 'Kau'.. Kenapa aku seorang je yang kena. Leo pun sama!"
Kimi geleng. "Leo nampak macam budak baik. Tak mungkin dia buat benda macam tu."
"Habis tu, aku nampak macam budak jahatlah?!"
"Yup!"
"HUUHH?!" Floyd bengang. Mukanya berubah bengis. Tangan kanan yang dikepal menjadi penumbuk ditayangkan ke hadapan, seolah-olah ingin memberi ancaman kepada Kimi.
"Pfft! Fikir aku takut ke dengan penumbuk kau tu~?"
"Budak perempuan ni!!"
Kimi dan Leo ketawa apabila melihat wajah putih Floyd diwarnai merah padam akibat kemarahan. Mereka berdua seperti dapat melihat asap putih yang keluar daripada kedua belah telinganya. Sedang mereka berdua gembira berketawa dan Floyd yang tidak henti-henti melompat dan menghentak kakinya ke tanah, terdapat tiga susuk tubuh berjalan menghampiri mereka.
"Hmm~ apa yang kita ada di sini?"
Gadis bermata hijau jade itu mengalihkan pandang dan tergamam melihat gerangan yang bersuara itu. "Ah!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro