Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 04

"Oh, yalah! Avelyn dan Searl"

Pertemuan Kaylein dengan Avelyn, adik perempuan kepada Aalis adalah jauh lebih sedikit menyebabkan rupa paras kanak-kanak perempuan itu sudah pun pudsr daripada ingatan.

'Ada ke part Avelyn bila dia dah besar?' fikir Kimi yang secara tidak sengaja, mengerutkan dahinya.

"Kamu cari mereka berdua ke?"

"Hah? Oh.. uhh, ya!"

"Selalunya waktu macam ni, mereka berdua akan bersiar-siar di taman. Apa kata kamu pergi jenguk mereka berdua dan beritahu Avelyn suruh makan tengahari?" cadang Elias, mengukirkan senyuman kecil pada bibir mulusnya.

Kimi mengangguk seraya meletakkan sudu dan garfunya di tepi pinggan. Mengambil sapu tangan yang disediakan di atas meja, dia mengelap mulutnya dengan lembut. Kemudian, dia berdiri dan berlalu pergi sebaik sahaja dia selesai mengucapkan 'saya pergi dulu' pada Marquees Elias.

Elias menghirup tehnya dengan mata dilirikkan ke arah anak sulungnya. 'Ada apa-apa yang berlaku pada dia ke?' ujar dalam hatinya. Dia menutup matanya perlahan, menikmati semula kemanisan teh tersebut.

"Ianya akan jadi lebih bagus kalau dia dapat kembali macam diri dia yang lama," bisiknya perlahan.

ー ❇ ー

"Uwaaah, kirei!" Mata Kimi terbeliak apabila melihat keindahan taman di belakang rumah agamnya. Dia mula berlari laju dengan kepala yang tidak berhenti menoleh ke kiri dan ke kanan. Senyuman lebar terukir pada wajah comelnya.

"Bestnya~!" Dia meregangkan kedua belah tangan tinggi ke udara.

"Kakak?" Satu suara menyapanya dari belakang. Lantas, Kimi menoleh dan melihat seorang budak perempuan yang berambut biru gelap paras bahu serta seorang budak lelaki berambut hitam dengan sepasang mata berwarna oren.

"Avelyn! Searl!" Kimi berlari anak ke arah adik perempuannya, memberi satu dakapan hangat padanya. "Rindunya kakak pada kamu~" Dia melagakan pipi kirinya pada pipi Avelyn.

"Kenapa dengan kakak ni? Bukan ke kita berdua baru jumpa lepas.. Uhh, bila?" Gadis kecil itu menghalakan kepala kepada kesatria peribadinya seakan-akan bertanyakan soalan.

"Selepas makan malam semalam," jawab Searl dengan nada monoton.

"Tepat sekali!"

"Ala.. Tapi bukan selalu" Kimi memberi alasan.

"Siapa suruh kakak kurung diri dalam bilik," balas Avelyn sambil mengelengkan kepala dan melepaskan keluhan kecil.

"Kamu ni.." Kimi melepaskan adik perempuannya daripada pelukan. "Oh, ya! Makanan tengah hari dah siap. Kamu berdua taknak makan?"

"Dah tengah hari ke?!" Avelyn soal. Matanya terbeliak. Dia memalingkan kepala ke arah budak lelaki yang berdiri di sebelahnya. "Betul ke?"

"Hm, rasanya?" Dia mengangkat bahu, langsung tidak berminat dengan situasi yang berlaku pada ketika itu.

"Kalau macam tu.. Apa kata kita pergi makan dulu? Nanti, kita sambung," ajak Avelyn kepada Searl sambil menarik lengannya menuju ke pintu masuk rumah agamnya, meninggalkan Kimi di belakang.

Kimi tersenyum, menggeleng kecil dengan karenah adik perempuannya sebelum mendongakkan kepala dan memandang ke arah langit.

' Kyaa~! Comelnya Avelyn. Hihi, Searl pun! Tak pernah aku sangka diorang berdua secomel ni' Dia tergelak kecil. 'Aku dapat rasakan yang aku akan suka dengan kehidupan Aalis ni berbanding kehidupan heroin'

"Baiklah, apa kata kita berjalan sikit. Aku pun mana pernah tengok sebetulnya rumah agam keluarga Almeric nih," bisiknya perlahan. "Kiri or kanan? Hmm..." Dia berfikir sejenak sebelum memetik jarinya sekali, tersengih. "Kanan it is!"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro