bab 03
Pengalaman yang dirasainya ternyata jauh berbeza. Daripada bermain di telefon pintar kepada dilahirkan semula sebagai salah seorang watak dalam aplikasi permainan kegemarannya. Kimi bagaikan tidak mampu menahan keterujaan yang muncul dalam diri sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik makan tersebut.
Ingin diikutkan hati, mahu sahaja dia melompat seperti kanak-kanak riang dan menuding jari pada setiap perkara yang dilihat di dalam bilik itu. Walaupun hakikat yang sebenar, dia ialah seorang wanita dewasa.
Biarpun begitu, perasaan terujanya hanya bertahan sementara waktu. Apabila mata hijau jadenya mendarat pada susuk tubuh seorang lelaki dewasa, badannya mula menjadi kaku dengan serta merta dan keterujaan yang muncul hilang bagaikan debu yang ditiup angin.
Keterujaan diganti dengan kesedihan.
Kimi memandang lelaki itu dengan pandangan mata yang sayu. Dia seolah-olah dapat melihat kelibat ayahnya yang sedang duduk di salah satu kerusi di meja makan yang panjang itu. Dengan hati yang dilanda kerinduan, kaki kecilnya mula berlari dan mendakap lelaki dewasa itu dalam pelukan yang erat.
"Papa!", jerit Kimi sambil kepalanya disandarkan pada dada orang yang dia gelar sebagai 'papa'.
Lelaki itu memandang gadis kecil itu dengan mata yang terbeliak. Namun biarpun dia berasa aneh dengan sikap anak sulungnya yang secara tiba-tiba berubah, dia tetap membalas semula pelukan tersebut. Tangan kanannya mula mengusap rambut biru gelap gadis itu dengan belaian yang penuh lembut.
"Aalis? Kamu okey?", tanya lelaki itu. Suaranya yang sedikit dalam dan garau mengejutkan Kimi daripada dunia fikirannya. Dia mendongak ke atas.
Terkejut dengan tindakan yang dilakukannya, Kimi melarikan diri daripada pelukan dan mengambil beberapa langkah ke belakang. "S-Saya minta maaf. Saya tak berniat nak berkelakuan tidak sopan. M-Maafkan saya... ayah," kata Kimi seraya menundukkan kepalanya.
'Aduh, Kimi!! Apa benda yang kau dah buat?!'
"...Tak apa. Angkat kepala kamu" Lelaki itu mula bersuara. "Boleh ayah tanya kenapa kamu ada di sini?"
"Uhh.. I-Itu.." Jari telunjuk menggaru kecil pipinya.
"Cik Muda nak makan di sini hari ini," jawab Lillian sebaik sahaja dia menyedari bahawa gadis kecil itu sedang berasa takut sehinggakan tidak mampu mengeluarkan suaranya.
"Hmm? Betul ke?"
"Y-Ya.. a-ayah"
"Baiklah kalau macam tu. Apa kata kamu makan bersama-sama dengan ayah? Kamu boleh duduk di kerusi hadapan?" Lelaki itu menunjukkan jari telunjuk pada kerusi yang berada bertentangan dengannya.
"Mm.." Kimi memberikan anggukan kecil. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, Lillian mula menghidangkan makanan di hadapannya sebelum beredar daripada bilik tersebut, meninggalkan kedua anak-beranak itu bersendirian.
'Wahh!! Tengoklah makanan ni semua. Sedapnya~' Kimi terliur.
Tangan dikeluarkan, ingin mencapai sudu dan garfu. Kemudiannya, dia mula melayan dirinya dengan hidangan enak di depan mata.
"Mmm~" Senyuman lebar mula terukir pada wajah Kimi. Sedang dia asyik menumpukan perhatian kepada makanan tersebut, lelaki yang berada di hadapannya itu merenung dirinya lama. Kelakuan aneh Aalis tadi menyebabkan dia berasa hairan. Bukan sahaja dia datang ke bilik makan malahan pelukan sebentar tadi sudah cukup menimbulkan perasaan tanda tanya.
"Aalis", panggil lelaki itu lembut.
Mendengar sahaja namanya dipanggil, Kimi terus tersentak. Tangannya mula menggeletar, namun ditahan juga agar lelaki itu tidak menyedarinya. "Y-Ya, ayah?"
Riak wajah lelaki itu berubah sedikit masam apabila perkataan 'ayah' keluar daripada mulutnya. "Kamu taknak.. Pa.."
"???"
"T-Takpelah.." Lelaki itu menggelengkan kepala kecil. "Kenapa kamu secara tiba-tiba ubah fikiran nak makan di sini? Bukan ke kamu lebih suka makan sendirian di bilik kamu?"
"O-Oh, itu.." Kimi tersenyum. "Uhh... Saya rasa saya dah duduk terperap dalam bilik lama sangat. Jadi, saya terfikir untuk ubah semula cara hidup saya?"
"Hmm.. Dan kenapa kamu tiba-tiba peluk ayah? Kamu selalunya akan jadi budak yang pendiam, sopan dan patuh pada semua arahan ayah. Muka kamu pula, kebiasaannya asyik kelihatan dingin saja."
"Urk!" Sekali lagi, dia tersentak.
'Wow! Teruk sangat ke perangai Aalis sampaj dengan ayah sendiri pun jadi macam arca dingin? Tapi.. Pelukan tadi tu.. Itu mungkin salah aku' Dia menundukkan kepalanya. Sekali lagi, diri Kimi mula dilanda sayu.
Punca akan kenapa dia bertindak sedemikian dan memeluk lelaki itu adalah disebabkan dirinya yang terlihat akan bayangan ayahnya, Encik Nakahara. Dia masih ingat lagi memori sewaktu dia berusia 10 tahun di mana ayah kesayangannya meninggalkan dia dan ibunya di belakang akibat penyakit barah otak yang teruk.
Disebabkan itu, kasih seorang ayah kepadanya berkurangan dan erti sebenar hubungan kekeluargaan di antara seorang ayah dan anak perempuannya mula hilang sedikit demi sedikit daripada hidup Kimi.
'Gomen ne, Aalis. Kamu mungkin benci ayah kamu dan bersikap dingin dengannya tapi sekarang, saya ialah kamu' Dia mengepal kedua belah tangannya menjadi penumbuk di bawah meja. 'Jadi!'
Dia memandang lelaki tersebut tepat ke arah anak mata hijau jadenya. 'Marquees Elias De Almeric. Bersiap sedialah dengan perubahan baru Aalis!'
"Maafkan saya ayah.. Kalau saya bersikap dingin dengan ayah," kata Kimi.
Marquees Elias melepaskan ketawa kecil. "Tak apa. Bukannya salah kamu sebab kenapa kamu jadi macam tu."
"Betul ke?"
Dia mengangguk. "Kamu tak perlu risau pasal perkara tu tapi, sejujurnya.. Ayah akan rasa lagi gembira kalau kamu dapat berubah sepertimana diri kamu yang dulu," kata Marquees Elias sambil memberikan senyuman.
"..." Kimi menjadi kelu. Sepanjang pengalaman dia di dunianya dan bermain aplikasi permainan tersebut, apa yang Kimi dapat tahu tentang lelaki yang berada di hadapannya adalah sangat sedikit.
'Marquees Elias De Almeric. Komander kepada skuadron kesatria kedua selepas Duke Robert La Isemberd. Berdasarkan point of view sebagai heroine yang aku main sebelum ni, maklumat yang aku dapat kumpul tentang dia cumalah personaliti tegas dan loyalty dia kepada Raja Sietrich...'
Tangannya kembali melakukan kerja, memotong makanan kepada hirisan yang kecil dan memasukkan ke dalam mulut.
'Aku dapat rasakan yang pengalaman aku bermain sebelum ni mungkin tak banyak membantu bila melibatkan tentang keluarga Almeric secara berdepan. Haihh! Aku kena fikir betul-betul keputusan yang aku buat. Kalau tak, peluang untuk aku ke jalan bad ending akan jadi tinggi'
"Oh, yalah! Avelyn dan Searl"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro