Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 02

'Ahh.. Aku tarik balik kata-kata aku!' fikir Aalis sambil jari bermain dengan sebatang pensel kayu, memusingkan alat tulis tersebut berulang kali.

Nakahara Kimi, itulah nama yang diberikan kepadanya di dunia sebelum ini. Seorang wanita yang berumur 26 tahun dengan pekerjaan yang biasa dan kehidupan yang penuh dengan tugasan. Namun kini, tidak lagi.

Setelah dirinya yang tua itu terlibat dengan kemalangan yang akhirnya membawa kepada penghujung hayatnya, dia dilahirkan semula ke dalam dunia aplikasi permainan kegemarannya.

❈ White Rose ❈

Satu aplikasi permainan yang lebih tepat dikenali sebagai 'otome games' yang disasarkan khas kepada perempuan. Secara spesifiknya, permainan ini memberikan para pemain pengalaman mereka sendiri dalam berinteraksi dengan watak-watak yang ada.

"Dan sudah tentulah ianya sekadar imaginasi pemain... Haha"

Tapi apa yang lagi merunsingkan kepala Kimi apabila dia dilahirkan semula sebagai Aalis De Almeric, satu-satunya watak utama yang berperanan sebagai 'the villainess.'

"Aalis De Almeric, anak tunggal kepada House of De Almeric. Dia kehilangan ibu sewaktu berumur 7 tahun dan pada waktu tu juga, dia mengalami demam panas yang teruk menyebabkan dia hilang segala memori tentang ibu dia," kata Kimi sambil keningnya dikerutkan.

Mata hijaunya tertancap pada halaman buku yang terbuka luas. Tulisan jepun yang ditulis dengan dakwat hitam memenuhi kedua-dua belah muka surat tersebut.

Sejak dia menerima hakikat sebenar akan kelahirannya semula dengan hati terbuka, dia mula mencatat kesemua peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam permainan tersebut dari titik permulaan Aalis kehilangan ibunya dan berubah menjadi seorang yang dingin kepada titik pengakhiran, yang mana dia dijatuhkan hukuman mati.

Kimi mula menggigil apabila teringat kembali bab ke-98, bahagian cerita yang menerangkan hukuman mati Aalis. Dia dijatuhkan hukuman dengan kepalanya dipenggal di khalayak ramai di dataran lapang yang berada di tengah pekan dan penduduk-penduduk kampung yang datang menyaksikan hukuman tersebut bersorak dengan girangnya.

'Tapi... Bila difikirkan balik, aku cuma tahu point of view heroin je. Scene yang ada Aalis pun, waktu heroin kena buli'

"Ayah Aalis pula mati sebab cuba untuk menyelamatkan anak perempuannya dan tindakan dia tu dianggap sebagai pembelot. Haih! Semuanya gara-gara Aalis yang cemburu dengan perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan Putera Mahkota kepada heroin, Kaylein Asselin. Satu-satunya anak perempuan kepada Duke Alphonsus."

Tangannya mula membelek setiap muka surat yang telah siap di tulis olehnya. Tiada satu pun maklumat yang tertinggal, kesemuanya adalah tepat dan teliti. "Aku taknak mati sekali lagi.. Jadi, aku tiada pilihan lain selain buat keputusan aku sendiri. Aku kena ubah semua scene buli tu dan harap-harap sangatlah yang aku tak akan menuju ke bad ending."

Knock! Knock!

Mendengar bunyi ketukan tersebut, Kimi cepat-cepat menutup buku nota tersebut dan menyembunyikan dalam laci meja. "M-masuk.."

"Cik Aalis?" kata Lilian. Kepalanya dijengukkan ke dalam bilik di sebalik pintu. "Makan tengah hari sudah siap disediakan. Nak saya bawa makanan Cik ke sini seperti biasa?"

'Seperti biasa?' Kimi berasa keliru. 'Oh, yalah! Aalis start makan seorang diri dalam bilik dia lepas mak dia takde. Hmm.. Yosha! Ini akan jadi keputusan pertama yang aku buat'

"Takpe, saya akan makan di bilik makan. Terima kasih," katanya sebelum menguntum satu senyuman manis pada bibirnya. Dia mula berdiri dari tempat duduknya dan berjalan menghampiri Lillian yang ketika itu, terkejut dengan apa yang didengarnya.

"Cik pasti ke?", soal Lillian sambil berjalan beberapa langkah kecil di belakang gadis berambut biru gelap itu.

Aalis memberhentikan langkahnya dan berjalan ke arah Lillian sebelum tangan kecilnya menarik tangan wanita yang lebih tua itu, menyebabkan mereka berdua berjalan seiringan.

Lilian tergamam kerana semua orang di dalam rumah tersebut tahu bahawa Aalis cukup berang dengan orang yang lebih rendah pangkat untuk berjalan di sisinya, dikhuatiri yang perkara itu akan menjatuhkan maruah dirinya sebagai seorang yang berkedudukan.

Sekali lagi, Lillian memang Aalis aneh. Tidak salah lagi sangkaannya. Anak perempuan majikannya itu sudah mula berubah, sedikit demi sedikit berbeza daripada personalitinya yang dingin dan suka menyendiri. Lillian ada menceritakan perkara tersebut kepada rakan-rakan pembantunya yang lain tapi sedih, mereka tidak mahu mempercayai kata-katanya.

Kata mereka, tidak mungkin seseorang itu boleh berubah sikapnya dalam tempoh yang singkat. Itu kata orang, tapi bagi Lillian yang sudah menjaga Aalis sejak bayi, perubahan yang tidak begitu ketara itu sudah cukup menjelaskan kepadanya bahawa gadis itu sudah berubah.

"Kamu fikir saya tipu ke?", kata Aalis dengan nada mengusik. Senyuman lebar yang diukir sebentar tadi masih lagi kekal pada wajah putih itu.

Lillian geleng seraya tersenyum kecil. "Saya gembira yang cik dah kembali seperti diri cik yang asal. Walaupun perubahannya sedikit, tapi itu sudah cukup menggembirakan hati saya"

"...Lillian" Kimi mengalihkan pandangan ke arah lain. Hatinya mula berasa sebak mendengar ayat wanita tersebut.

'Lillian dah jadi pembantu khas untuk Aalis sejak dia bayi. Jadi, hubungan diorang berdua memang rapat. Kejadian ibu dia membuatkan Aalis berubah dan dengan keputusan yang aku buat ni, Aalis aka aku dah nampak macam diri Aalis yang asal'

"Tipulah aku kalau aku cakap dia tak gembira," bisik Kimi perlahan.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro