Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 01

Bunyi pintu berkeriut kedengaran. Seorang wanita yang mengenakan pakaian labuh berwarna hitam dan putih kelihatan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Kepalanya di gelengkan sebaik melihat anak perempuan majikannya masih berada di atas katil, seluruh badan diselubungi selimut.

"Cik Muda Aalis, berapa lama lagi cik mahu tidur?", kata wanita itu dengan suara yang sedikit tinggi. Kedua belah tangannya digunakan bagi menggoncang badan anak majikannya dengan lembut.

"Bagi saya lagi lima minit. Nanti, saya akan siapkan laporan tu"

Jawapan yang diterimanya itu membuatkan riak wajah wanita itu berubah menjadi hairan. Laporan? Laporan apa yang dikatakan oleh cik mudanya itu?

"Cik Muda, laporan apa yang cik merepek kan ni? Setahu saya, cik tak terlibat dengan mana-mana kerja lagi"

Mendengar sahaja wanita itu berkata begitu, gadis yang diselubungi selimut itu tersentak lalu terbangun daripada tidurnya. Kepalanya mula berdenyut kesakitan, akibat bangun dalam keadaan yang mengejut. Dua jari mengurut lembut pelipisnya.

"Cik Muda tak apa-apa?", soal wanita tersebut.

"Saya tak apa-ap-" Kata-katanya berhenti sebaik dia mendaratkan pandangan ke atas wanita yang sedang berdiri di sebelah katil. Dia memerhatikan wanita tersebut dari atas kepala sehinga ke hujung kaki.

Rambut coklat gelapnya yang sedikit keriting di bahagian hujung, sepasang mata oren yang ketika itu sedang memandangnya dengan penuh kerisauan dan pakaian labuh yang berwarna hitam dan putih. Dia kenal benar dengan wanita itu. Tidak silap lagi!

'Lillian!'

Gadis itu menggelengkan kepala, tidak mahu mempercayai dengan apa yang dilihat. Bagaimana pula wanita tersebut boleh berdiri di depan matanya? Bukankah Lillian sebahagian watak dalam aplikasi permainan kegemarannya?

"Cik Muda Aalis?"

'Aalis!? Kenapa dia panggil aku Aalis?'

"Uhh.. Kenapa awak panggil saya Aalis? Dan saya dekat mana ni? Bilik siapa ni?"

'Kenapa suara aku lain macam?'

Lilian mengerutkan keningnya seraya kepala di sengetkan sedikit ke sisi. "Apa yang Cik Muda cakap ni? Siapa lagi Aalis kalau bukan kamu dan ini kan bilik tidur Cik Muda."

"A-apa? T-tak m-mungkin.."

Gadis itu segera turun daripada katilnya dan berlari menuju ke meja cermin yang terdapat di dalam bilik itu. "T-tak.." Tangannya mula menggeletar. Pantulan imej yang ada pada cermin itu bukanlah penampilannya yang sebenar.

Apa yang dia lihat cumalah imej seorang gadis yang mempunyai rambut biru gelap dengan hujung putih keperakan. Matanya kelihatan hijau jade yang cerah. 'Ini bukan aku.. Ini Aalis! Mana rambut hitam panjang aku? Mana hilangnya mata coklat aku?!'

"Aku dah mati ke?", soalnya dalam nada separa berbisik. Dia memandang kedua belah tapak tangannya yang sedang menggigil.

Secara tiba-tiba, bayangan imej seorang wanita yang dilanggar dengan trak besar terpapar dalam kepalanya seolah-olah memori yang datang menyinggah dalam dirinya. Wanita yang dilanggar itu, betapa sedihnya untuk dia mengakuinya tapi dia yakin bahawa wanita itu adalah dirinya.

"Susah nak terima kenyataan, tapi aku dah mati" Dia mengeluh kecil.

"Cik!" Wanita berambut coklat itu; Lillian berlari ke sisinya. "Cik Muda betul ke tak apa-apa? Nak saya panggilkan doktor?"

Dia memandang wanita tersebut lama sebelum dia mengukirkan senyuman lebar pada wajahnya. "Tak perlu panggil doktor. Saya okey"

"Betul ke ni?" Tanya Lillian berasa kurang pasti dengan jawapan yang diberikan.

"Seratus peratus okey! Saya cuma terkejut sedikit sebab saya baru lepas mengalami mimpi yang buruk"

"Mimpi buruk?"

"Yup! Tapi takpe, nanti saya lupa lah tentang mimpi tu," katanya sebelum melambaikan tangannya.

Lilian memandang cik mudanya dengan wajah yang risau. Sejujurnya, dia masih lagi berasa kurang pasti apatah lagi selepas kelakuan aneh yang ditunjukkan oleh anak majikannya itu. Namun, apa yang dia boleh buat. Gadis itu sememangnya mempunyai sikap untuk memendam sesuatu untuk diri sendiri.

"Haih! Baiklah kalau cik muda kata begitu. Saya pergi siapkan pakaian cik sekarang," ujar Lillian sebelum mengundur diri bagi menyediakan persiapan untuk gadis itu.

Hilang sahaja wanita itu sebalik pintu, gadis tersebut membawa tubuhnya dengan penuh longlai ke jendela biliknya. Pandangan matanya dilemparkan ke luar, melihat suasana hijau dan warna-warni yang begitu asing buatnya.

"Aku dah mati and aku dilahirkan semula tapi yang aku tak boleh nak terima kenyataan bila aku dilahirkan jadi Aalis De Almeric!" Gadis itu meramas rambutnya kasar. "Kenapa dia?!! Kenapa aku dilahirkan semula sebagai watak perempuan jahat dalam otome game tu!!", jeritnya dengan agak kuat, ingin melepaskan geram.

"Tak adil!" Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding.

Kemudiannya, dia melepaskan keluhan berat. "Aku tak boleh nak buat apa.. Aku patut gembira yang aku diberikan peluang kedua untuk hidup." Matanya mula memandang persekitarannya. Bilik besar yang diwarnakan dengan warna krim lembut itu diperhatikannya dengan teliti.

"Sekurang-kurangnya, kehidupan yang baru ni lagi bagus dari yang lama. Betul tu!" Dia tersenyum dengan bangga. Hatinya berasa puas.

"Aku tak perlu dengar perempuan tu membebel dekat aku lagi. Aku tak perlu buat kerja orang lain dan orang tak boleh ambil kesempatan ke atas aku lagi. Aku akan ubah diri aku. No more budak suruhan, no more ambil kesempatan," ujarnya dengan penuh cita-cita.

Dia kembali melihat suasana di luar. Dalam hatinya, dia dapat rasakan bahawa kehidupannya yang baru di dunia itu akan menjadi lebih baik dan menyeronokkan. Biarlah apa-apa pun yang berlaku, dia pasti akan hadapi situasi itu dengan tenang kerana dia, wanita berumur 26 tahun yang sebelum ini dinamakan sebagai Nakahara Kimi telah pun mengingati kesemua jalan cerita yang ada dalam permainan tersebut.

'Ini pasti akan jadi senang!'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro