Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

INDRALOKA

Indra: muggle yang dilahirkan
             mempunyai kuasa

Loka: muggle yang dilahirkan tanpa
           kuasa

Tiada istilah pureblood, halfblood mahupun mudblood di Malaysia untuk magis mereka. Gelaran itu hanyalah untuk:

Pureblood: darah diraja atau darah
                      bangsawan diraja

Halfblood: golongan rakyat biasa mahupun kaya

Mudblood: gelaran untuk anak tidak
                      sama taraf atau dikenali
                      sebagai anak luar nikah

Di negara itu indra dan loka hidup bersama. Mereka juga punya wizard world dan dunia itu boleh dimasuki sesiapa sahaja memandangkan mereka hidup dalam satu komuniti.

Yang indra dilatih untuk mengawal kuasa mereka dan diajarkan ilmu pertahankan diri dari bahaya biasa atau bahaya dari magis gelap dan ilmu hitam.

Yang loka dilatih untuk diajar magis seperti wizard dan ilmu pertahankan diri masing-masing dari bahaya.

Mereka hidup mempunyai agama dan memegang adat. Meskipun mereka hidup masyarakat majmuk itu tidak menjadi halangan untuk hidup dalam satu negara.

Istilah witch and wizard jarang digunakan di negara ini. Mereka guna sebagai gelaran sahaja.

Witch: sama gelaran dengan
              bomoh,dukun dan pawang.

Wizard: kebiasaanya gelaran untuk
                mereka yang mempunyai
                ilmu magis atau magika
                (gelaran kuasa bagi indra)
                yang tinggi dan juga
                panggilan untuk guru-guru
                yang mengajar ilmu magis
                dan magika

Penetuan anak yang lahir sebagai indra atau loka biasanya ketika umur 3 tahun. Indra atau loka ini tak bermaksud ibu dan ayahnya loka akan mendapat anak mereka loka juga. Kadangkala ibubapa mereka indra tetapi anak mereka loka. Kebiasaanya anak mereka akan mewarisi indraloka dari keturunan mereka sama ada dari ibubapa mereka atau moyang mereka.

"wah menarik. Aku pernah dengar nama negara ni tapi aku tak pasti indraloka tu wujud ke tak" Ron membaca dengan penuh teliti.

"bukan tu mitos je ke? Profesor Snape sendiri berkata begitu kan? Begitu juga dengan pakcik Hagrid" kata Harry.

"tapi boleh jadi mereka ni wujud....kalau tidak tak kan wujud negara Malaysia ni" Hermione sempat menyalin perkara penting dalam buku notanya.

"baik anak-anak,kita mempunyai murid baru untuk tahun keempat" kata Profesor Dumbledore di dewan hadapan. Semua pelajar di dewan besar menumpukan perhatian. Pintu dewan terbuka dan kelihatan pelajar perempuan yang berhijab dan berskirt panjang berjalan masuk kedalam dewan. Semua mata memandang dirinya.

"Adni Hanani Norafizal" namanya dipanggil untuk ditentukan rumahnya. Sebaik sahaja Profesor Mcgonagall memakainya sorting hat yang baru lepas menyanyi,potterhead seakan terkejut.

"saya suka dengan gadis ni...berani,fizikal yang kuat,licik,manipulator dan....wah saya sangkakan mitos rupanya wujud. Inikah yang diceritakan sebagai indraloka?" semua pelajar berbisik sesama sendiri memandangkan mereka sering mendengara bahawa indraloka itu hanyalah mitos. Manakala Harry dan Ron sedikit terkesima.

"sekarang kita tentukan rumahnya...mungkin sifatnya layak untuk menyertai slytherin tetapi dia lebih layak untuk menyertai griffindor"

Pelajar rumah griffindor menepuk tangan mereka sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan Adni. Gadis itu mengambil tempat disebelah Hermione.

"hai saya Hermione" kata Hermione dengan ceria. Sebaliknya Adni yang menulis atas udara menggunakan tongkat nya "hai saya Adni".

"bisu rupanya" kata Pansy dengan kuat. "mungkin dia juga mudblood" sambung Draco.

"pedulikan mereka...mereka memang gitu" ujar Hermione. Adni sekadar mengangguk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro