"baiklah pelajar sekarang saya guru matapelajaran perlindungan dari sihir gelap...sekarang simpan tongkat sihir kamu" kata Prof. Dolores. Hermione mengangkat tangan untuk membantah. "yer granger?" "saya tak bersetuju yang kelas ini hanya sekadar baca dan fahami sahaja" "Saya guru kamu jadi saya tak perlukan pendapat kamu" kata prof. Dolores lalu menulis sesuatu di papan putih.
Adni diam-diam mengangkat tongkat saktinya dan menembak prof. Dolores dengan magis biasa dan tidak memudaratkan lalu menyimpannya secepat mungkin. Prof. Dolores menoleh ke belakang. "siapa yang berani cuba menggunakan magis dalam kelas saya?". Draco mengangkat tangannya. "Adni, profesor. Dia yang buat" Adni memandang Draco dengan penuh tidak puas hati. "siapa Adni?" Adni bangun dengan penuh tak rela.
"baiklah saya ingin tahu nama penuh kamu" kata Prof. Dolores. "maaf saya bisu jadi boleh ke kalau saya tulis dalam kertas" kata Adni dalam bahasa isyarat. Dolores sedikit terkejut. "mustahil kamu yang buat sedangkan kamu bisu...malfoy kamu tak patut tuduh orang sembarangan. Baiklah Adni kamu duduk sahaja" Adni duduk dengan muka tersenyum.
"sekarang semua baca muka surat 43 dengan senyap" dengan arahan profesor dolores semua pelajar baca dengan senyap. Harry melihat dengan penuh tidak puas hati terhadap cara profesor dolores mengajar manakala Adni sudah pun masuk ke alam mimpi.
"saya tidak suruh kamu tidur dalam kelas saya"Adni terjaga lalu menggosok matanya dan membuat isyarat "saya sudah baca semuanya" adni berhenti untuk membetukan tudungnya lalu menyambung "dan saya tidak bersetuju isi bahan buku dari kementerian ini yang menafikan kewujudan voldermort malah mengatakan perkara itu gila" Harry seolah olah terkejut lalu berdiri sambil mengangkat tangan. "Saya bersetuju dengan Adni. VOLDERMORT MASIH ADA DILUAR SANA. DIA MASIH HIDUP" kata harry.
"nampaknya ada dua orang pelajar yang degil. Datang ke bilik saya untuk kelas tahanan selama seminggu" kata profesor Dolores. "sebelum itu beri surat ini kepada profesor minerva" Harry sekadar mengambil surat itu lalu membawa Adni menemaninya berjumpa profesor Mcgonagall.
Harry dan Adni mengetuk pintu bilik profesor Mcgonagall . "ouh harry,adni. Masuk lah" Profesor Mcgonagall mempelawa Harry dan Adni masuk ke biliknya. Serentak itu juga kedua-duanya memberikan surat dr Profesor Dolores.
"hmm memang kamu berdua bersalah dalam hal ni" kata-kata Profesor Mcgonagall membuatkan Adni sedikit tidak puas hati.
"kami cakap benda betul. Walaupun saya hidup dalam persekitaran muggle culture, tak bererti saya tidak tahu. Silibus untuk Tahun Empat di Hogwarts merupakan silibus tahun dua di Malaysia" kata kata Adni sedikit membuatkan Harry dan Professor Mcgonagal terdiam. Adni sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.
"jadi kau tahu pasal Voldermort" kata Harry seakan-akan memandang rendah. "sape jer tak tahu tentang anak Riddle sorang tu" kata-kata Adni lagi membuatkan suasana canggung.
"tapi tak apa saya faham kami memang tetap akan didenda atas desakan kementerian sihir." Adni sekadar menggulingkan matanya sedikit. Menyampah!
...
"kami cakap perkara yang betul Dolores"
"profesor, Harry"
Adni meneruskan lakonannya sebagai pelajar bisu meskipun tangannya ditoreh dan terpaksa menahan sakit seolah tidak mempunya perasaan.
"cukup sampai disini sahaja. kamu berdua boleh bersurai."
Harry dan adni bersurai seperti yang diarahkan. Adni keluar terus menuju ke Rumah Gryffindor.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro