ICE
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, para pengguna Wattpad. Kepada mereka yang masih baru, selamat datang kami ucapkan. Chapter kali ini kami akan menjawab beberapa soalan lazim. Anggap la chapter kali sebagai mukadimah ya.
Apa itu Ice? ( Soalan klise tahun lepas )
Kalau tahun lepas ICE bermaksud Insane, Creative dan Epic...
Pada tahun ini pula,ICE stand for Impossible, Creative, Endless. Ada paham?
Fungsi korang ni apa? Belambak award lain kat Wattpad ni. Tantah fungsinya serupa je ngan award lain.
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Ya. Fungsi award ini dan award lain tak ada banyak bezanya. Fungsinya tak lain tak bukan untuk menilai dan memberi komen tentang karya kamu dan perangai kamu tahap nauzubillah.. Eh. Melalat pula. ( Melalut )
Apapun, kami di sini untuk menilai dan memberi penghargaan kepada mereka yang layak. Sekiranya kamu kurang berpuas hati, bolehlah mengadu pada media sosial dan kalau nak islamik sikit, bolehlah mengadu pada tuhan yang satu.
Apa bezanya Ice Award dengan award yang lain?
Banyak bezanya. Beza daripada segi ejaan, cara penyampaian, cover, sticker, para juri, para peserta, tarikh mula, tarikh tamat dan banyak lagi. Tunggu ayam jantan bertelur pun belum tentu lagi habis. Gurau.
Baiklah. Ada sebarang soalan atau kemusykilan? Boleh diajukan di ruang komen atau private message kami kalau terlebih malu.
Adios amigos.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro