PERINGATAN
Pihak kami hanya ingin mengingatkan beberapa perkara yang penting tetapi dipandang remeh.
Antaranya :-
• Genre
Pastikan cerita para peserta berada dalam haluan yang benar lagi betul. Genre yang tak bersesuaian bakal ditolak sepenuhnya.
Maksudnya?
Anda tidak berpeluang untuk menang.
Hah?
Anda akan kalah. :D
(Walaupun cerita gempak tahap dewa dewi)
• Huraian
Pihak kami ingin menekankan sekali lagi.. huraian membawa 20% markah dalam penilaian. 20%. Satu jumlah yang besar.
Jadi?
Jadi.. " Taiplah huraian tu bebetul. Takkan sekerat je? Takkan satu ayat je? Takkan satu perkataan je? Kalau cam tu memang satu digit jela markahnya." - R
• Ejaan dan Singkatan
Setelah menyelongkar cerita-cerita para peserta.. terdapat segelintir cerita yang masih lemah dari segi ejaan. Pihak kami berharap para peserta mampu mengubah beberapa ejaan yang agak ketara silapnya.
Contoh :
- Sipnopsis , Sinopsis
- Aq, Aku
- Kawan2 , Kawan - kawan
- Mkn , Makan
• Tag
Pastikan para peserta menanda pagar ICEAWARD18.. bukan ICEAWARD19 dan sebagainya.
• Chapter
Sebahagian cerita masih belum mempunyai 10 chapter. Kami memohon jasa baik para peserta agar segera menambahkan chapter sebelum tarikh tutup.
Mengapa?
" Buku yang takde 10 chap terus kene reject. Takde tolak ansur atau belas kasihan." - R
• Layanan terhadap pembaca atau komen.
Seperti yang dimaklumkan, para juri sangat hyper aktif semasa meneroka profil, ruangan komen cerita dan pelbagai lagi perkara yang diluar jangkaan.
Oleh itu, kami menyeru para peserta di luar sana agar..
Solat 5 waktu sehari. Sesungguhnya solat itu tiang agama.*
* = Khusus buat penganut agama islam sahaja.
______
••• Tarikh tutup hampir tiba. Jangan lupa lengkapkan chapter dan pastikan cerita para peserta mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen.
Oh. Senarai pendek pun sudah ada. Tinggal satu lagi kuota. Satu. Saja. Lagi.
Hehehe..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro