NOTIS
Kami ingin memohon maaf atas beberapa kesilapan dan kekeliruan yang berlaku. Di sini kami akan menjelaskan kembali beberapa perkara antaranya:-
•• Genre yang pihak kami terima ialah :
- Teen Fiction
- Romance
- Mystery / Thriller
- Fantasy
- Fanfiction
- Humor
- Short Story
- Random
Pihak kami memilih genre ini bukan kerana suka suki tapi atas beberapa faktor yang kukuh.
•• Sekiranya cerita peserta telah dimasukkan ke dalam senarai seperti :-
- Anugerah utama
- Anugerah tambahan
- Anugerah istimewa
Hal ini bermakna cerita peserta telah pun dinilai dan bakal melalui beberapa proses lain. Tetapi ini tidak bermaksud cerita peserta akan kekal selamanya dalam kategori tersebut. Perubahan mungkin berlaku sepanjang proses penilaian.
••Antara beberapa soalan yang mungkin menjadi tanda tanya :-
1) Saya nak masuk anugerah tambahan je. Tak nak pun yang anugerah utama..Camane ya?
- Bawa bertenang. Apabila cerita peserta termasuk dalam anugerah utama, ini bermakna cerita anda telah mendapat satu peluang besar.
Apakah peluang besar itu?
Pertama sekali, untuk pengetahuan peserta.. Anugerah utama terdiri daripada ICE iaitu :
-Insane Writer
-Creative Cover
-Epic Ending
Sekiranya cerita calon anugerah utama ini gagal memperoleh anugerah utama, mereka mungkin bakal mendapat anugerah istimewa, The ICE Destroyer.
Jelas?
Keistimewaan ini hanya diberikan kepada calon-calon anugerah utama dan tiada pada anugerah tambahan.
Mengapa?
Pihak kami beranggapan bahawa cerita yang telah tercalon dalam anugerah utama sewajarnya mendapat perhatian para pembaca kerana berbeza dan luar biasa.
2) Jadi..Cerita saya boleh berubah kategori la ni?
Ya. Bergantung pada susunan dan jalan cerita tersebut. Bila-bila masa saja cerita peserta bakal berubah dalam senarai anugerah.
3) Saya dah letak tag. Nape takde pun dalam senarai?
Bertenang. Pihak kami online mengikut waktu dan tempat. Pihak kami juga mengambil masa yang agak lama untuk memproses semula maklumat. Jangan risau, cerita peserta akan disenaraikan. Insya-Allah.
4) Nak keluar boleh tak? Camane ?
Peserta hanya perlu memberikan tajuk buku beserta 1001 alasan munasabah. Maaf. Kami bergurau saja.
5) Cane nak antar cover? Bila nak antar?
Pihak kami akan menyelitkan email pada kemudian hari. Peserta boleh menghantarnya sebaik saja cerita peserta disenarai pendekkan.
6) Saya tak pasti cerita saya boleh join ke tak. Sebab cerita ni mungkin ada perkara tak 'sepatutnya'.
Pihak kami sekali lagi ingin menyatakan bahawa hanya cerita yang mengandungi unsur politik, ganas dan lucah yang melampau sahaja tidak dibenarkan. Sekiranya peserta masih ragu-ragu, peserta boleh menempah beberapa masa juri untuk menilai cerita tersebut sama ada melampau atau biasa saja.
7) Cerita saya tak cukup 10 chapter lagi. Boleh tak?
Boleh. Cerita peserta masih boleh menyertai asalkan sebelum tarikh tutup, peserta telah mencukupkan chapter.
Itu saja buat masa ini. Sebarang soalan yang bermain dalam benak fikiran bolehlah dimuntahkan segera di ruangan komen. Sekian.
-M-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro