Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

I C E

Pertama sekali, Apa itu ICE?

-ICE merujuk kepada Insane, Creative dan Epic. Perkara-perkara ini akan menjadi paksi award kali ini.

Mengapa kami ditubuhkan?

-Sebagaimana kamu ditubuhkan, begitu la kami ditubuhkan. Hahaha.

Apakah tujuan kami?

-Tujuan kami tak lain tak bukan ingin menakluk hati peserta-peserta seperti kamu agar tidak berputus asa dan lebih bersemangat dalam melakarkan nama dalam bidang penulisan.

Bagaimanakah caranya?

-Senang sahaja. Pastilah dengan memberikan pengiktirafan secara tak rasmi kepada kamu semua. Kami memahami keresahan hati penulis di dunia oren ini apabila jalan cerita dah gempak, watak-watak pun seakan hidup tapi malangnya, tiada sambutan dari pembaca. Jangan risau. Jangan bersedih lagi!

Ayuh! Mari sertai penghargaan kami. Hilangkan kesedihan, tambahkan kegembiraan! Kami akan meneroka setiap chapter dan meninggalkan beberapa butir bintang. Mereka yang berutung bakal memperoleh sesuatu yang lebih lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Sertai lah award kami dengan hanya menanda pagar ( Tag ) beberapa* rakan anda di ruangan komen dan tajuk buku yang ingin dijadikan taruhan.

*Beberapa di sini bermaksud 4. :)














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro