Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9: Weird

Lucas menepuk bahu Kenzo yang sedang duduk termenung. "Kau tak yah risau lah. Aku percaya yang Keito tu elok-elok je. Lagipun aku tak rasakan aura dia lagi."

"Tapi kau tahukan yang Keito......"

"Mungkin dia perlukan masa bersendirian?"

Kenzo mengangguk perlahan-lahan. "Aku keluar dulu. Nak gi pusat bandar jap."

Lucas sekadar melihat Kenzo yang bergerak ke pintu.

"Baru hilang member, kalau hilang bini, mahu dikerahnya pengawal cari satu Cryslight ni."

"Tapi an, kalau dah hilang bini memang lah kecoh kan? Hehehe, gila lah kau ni Lucas." Lucas ketawa sendirian di ruang tamu itu.

------------------------------------

"Apa eh aku patut beli untuk diaorang? Beli kek favourite diaorang sudah lah." Emi melihat kek-kek yang disusun di rak pameran itu.

Setelah selesai urusan pembeliannya, Emi keluar dengan tangan yang penuh.

Semasa perjalanan ke rumah Daichi, secara kebetulan Emi ternampak Kenzo.

Baru nak dipanggil si Kenzo tu, tiba-tiba Emi tersedar.

"Pahal pulak aku nak panggil dia? Dah sewel ke apa kau ni Emi?"

"Tapi.... biarlah, apa salahnya kan? Kau kan kawan dia?"

"Kawan ke? Yakin je kau Kenzo anggap kau ni kawan dia."

"Dah kalau bukan kawan, apa?"

"Musuh? Kau kan selalu gaduh ngn dia."

Sedang sibuk Emi berperang dengan dirinya sendiri, Kenzo sudah menyedari kehadiran Emi.

Kenzo berjalan mendekati Emi. "Hoi."

Emi masih tidak menyedari kehadiran Kenzo. "Hoi."

"Hoi!" Kenzo memetik jarinya di hadapan muka Emi. Jarak mukanya dengan Emi hanya beberapa sentimeter.

Emi yang seperti baru sedar dari mimpinya itu terkejut kerana Kenzo berada di hadapannya. Dia bertambah terkejut sebab jarak mukanya dengan Kenzo begitu dekat sekali.

Sebab terkejut sangat, Emi beri penampar percuma kepada Kenzo.

"Woi, kau dah kenapa tampar aku? Tahulah aku handsome tapi, tak perlu kot sampai tampar aku." Kenzo memegang pipinya.

"Dah kau dekat sangat dengan aku sape suruh?"

"Eh eh, diri aku yang nak biarlah."

Emi pula menjeling Kenzo. Dah malas nak bertekak dengan mamat yang sorang ni. Dia sekadar meneruskan langkahnya.

"Kau nak pergi mana ni?" Kenzo mengikut langkah Emi.

"Rumah Daichi. Kenapa?" Emi menjarakkan dirinya daripada Kenzo. Dekat-dekat pulak mamat ni.

Mata Kenzo bersinar-sinar. "Aku nak ikut boleh?" Iyalah, dia mana pernah datang rumah kawan macam ni. Asyik lawat istana je. Naik bosan dia. Cehhhh cam riak je.

Emi memandang Kenzo hairan. "Haaaa.. boleh-boleh. Yang kau excited terlebih ni pahal?"

"Heeeeeee saje?"

"Lantak kau lah." Emi membiarkan Kenzo mengikutnya.

Walaupun keadaan di pusat bandar itu riuh-rendah, mereka berdua hanya diam-membisu.

"Weyh Emi."

"Pe?"

"Asuka dengan Daichi tu......... bercinta ke?"

Tawa Emi terus meledak. "Pfftt, bercinta? Come on bro, lawak apa kau buat ni?"

Kenzo menggaru-garu kepalanya. "Oh ye eh? Dahtu, dia bercinta dengan kau?"

"Another level kau punya lawak ni. Mana ada, aku, Asuka dengan Daichi memang kawan sejak dulu lagi."

"Ohhhh mana aku tahu. Dah korang asyik berkepit je."

"Kau? Kau dengan Keito pun apa kurangnya. Dah macam kena gam pun ada."

"Dia? Dia.......... abang aku? Boleh dikatakan begitu."

"Abang? Korang adik-beradik ke?" Emi mula menunjukkan minat terhadap perbulan itu.

Kenzo tersenyum. "Tak lah, kitaorang bukan adik-beradik. Kitaorang just dah membesar sama-sama. Tapi........"

Emi memandang muka Kenzo. "Walaupun aku dah kenal dia cukup lama, aku masih tak tahu apa yang dia fikirkan. Aku macam tak cukup kenal dengan dia lagi."

"Setia orang ada benda yang nak dirahsiakan. Tak terkecuali dengan Keito."

Emi's POV

Aku menatap mata Kenzo. Mata biru milik Kenzo itu sangat indah sehinggakan aku agak susah untuk mengalihkan pandangan.

Jap, pahal hati aku ni cam nak race pulak ni? Duduk diam-diam lah wahai hati.

Kenapa........ Kenapa sisi lain dia ni......

Arghhhhhh Emi Miyazaki, kau mesti dah gila ni. Kau dah gila!

End Emi's POV

"Yeah betul kata kau. Thanks sebab tolong aku."

"Huh? Aku tolong apa?" Emi bingung.

"Everything."

"Hah?" Emi makin bingung.

Kenzo menggosok-gosok kepala Emi. "Just thanks for everything."

Kenzo meninggalkan Emi yang terkebil-kebil di belakang. Tanpa Emi sedar, dia tersenyum sendiri.

"Emi! Memang aku tahu pun jalan ke rumah Daichi!"

Emi segera menghampiri Kenzo. "Haaaa ye aku datang!"

------------------------------------

Daichi memanjat tangga menuju ke tingkat atas di mana tempat Keito tidur.

Apabila dilihat, tempat tidur itu sudah kosong dan dikemaskan. "Aik? Mana pulak dia ni pergi? Tak kan dah balik kot?"

Daichi turun ke bawah semula untuk bertanya kepada Asuka. "Asuka, Keito dah hilang weyh. Tempat tidur pun dia dah kemas."

"Dia dalam bilik air lah. Kau tu yang bangun lambat sangat."

Daichi tersengih. "Oh ye eh? Kau masak pe ni?"

"Pape je lah. Janji korang boleh makan sudah."

"Ye lah tu. Mana tau kau letak racun kan dalam tu."

Asuka mengetuk kepala Daichi. "Kalau macam kau tak yah makan. Biar aku dengan Keito je yang makan."

"Eh, eh. Ni dapur aku eh. Rumah aku ni."

"Boleh bla ye." Asuka menolak Daichi yang menghalang jalannya itu.

Daichi memandang pintu bilik air yang terbuka itu. Dia melihat Keito sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

"Nape?" Tanya Keito. Dia perasan je yang Daichi duk tenung dia tadi. Takot pulak aku ngn dia ni.

"Rambut kau...... Tu warna asli ke?"

"Asal? Lawa an?" Keito flip kan rambutnya. Dah lah pendek, ada hati nak flip.

"Betul-betul lah."

"Anda fikir saya ada masa untuk mewarnakan rambut saya?"

Daichi tergelak. Keito pun pelik. "Abenda yang lawak sangat kau ni?"

"Tak ah, dulu aku ingat kau ni beku angat cam ais tu. Tak tahu pulak yang kau ni boleh buat lawak hambar cam ni eh."

"Apa-apa je lah." Keito mengambil tempat di meja makan.

"Daichi, tak nak makan ke? Kau serious merajuk dengan aku ni?" Tanya Asuka yang sedang mengatur meja makan.

Daichi melihat Keito berselera sekali menjamah hidangan yang disediakan oleh Asuka.

'Aish, tak boleh jadi ni.'

"Siapa kata aku merajuk? Nak makan lah ni."

Daichi menarik kerusi di sebelah Keito. Mereka makan dengan senyap. Sebenarnya tadi adalah si Keito dengan Daichi tu buat kecoh sikit. Ending dia, dapatlah masing-masing 'hadiah' daripada Asuka.

Semasa mereka mengemas meja makan, Asuka bertanya kepada Keito.

"Sampai bila kau nak lari daripada rumah ni?"

"Ehhhh tolong sikit. Siapa yang culik aku suruh tidur sini?"

"Kalau dah tahu kena culik, kenapa tak lari?"

"Memang kalau dah hanyut kat alam mimpi tu, boleh bangun lepastu jalan pergi rumah aku pun."

"Daichi selalu je buat. Dia jalan dalam tidur."

Daichi yang terperasan namanya diseru itu memandang mereka. "Haaaaaaa ngumpat aku."

"Sebelum aku balik ni lah, aku nak tanya something. Daripada aku sampai, serious aku curious giler dengan benda ni." Kata Keito sambil mengelap tangannya di tuala.

"Tak payah opening panjang lebar. Straight to the point je sudah." Balas Asuka.

"Korang.........................."

"Kitaorang?"

"Korang dah kahwin ke?"

PAKK

DUSHH

"Pahal lak korang pukul aku?"

Daichi membantu Keito bangun. "Yang kau tanya benda giler tu kenapa? Memang ah dapat ngn aku."

"Tak lah, dah korang tinggal serumah, siapa je tak pelik."

Asuka mengerutkan keningnya. "Siapa kata kitaorang tinggal serumah?"

Keito memandang Asuka. "Bukan korang tinggal serumah? Yang kau kata Daichi tidur berjalan tu? Macam mana kau boleh tahu?"

"Tu lahhh, pepandai je buat spekulasi sendiri. Mak Cik Daichi yang cerita kat aku. Sebab tu lah aku boleh tahu."

"Ohhhhhhh cakaplah."

Daichi mengetap bibir. "Ishh dia ni, tetiba nak bagi penyepak free pulak."

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah diketuk. Mereka saling berpandangan.

"Kau bukak pintu." Daichi berkata kepada Asuka.

Asuka buat muka tak puas hati. "Apasal pulak? Aku dah buat sarapan. Kau tetamu, pergi bukak."

Keito merangkul bahu Daichi. "Tuan rumahlah kena bukak, kalau aku bukak, diaorang ingat salah rumah nanti."

"Alasan!" Kata Daichi dan Asuka serentak.

"Elehhhhhh korang pun beralasan jugak. Kalau tak, kenapa tak bukak je pintu." Dalih Keito.

Bunyi ketukan di pintu semakin kuat. "Woi Daichi, nak tunggu aku terbakar kat luar ni baru reti nak bukak pintu ke?"

"Weyh tu Emi lah." Daichi bangkit lalu membuka pintu.

"Hai!" Disebabkan ada seorang lelaki yang tinggi berada di belakang Emi, mata Daichi tertumpu padanya terlebih dahulu. Daichi terkejut apabila melihat muka lelaki itu.

"Emi, awal sampai." Sapa Asuka yang baru tiba di muka pintu. Keito pula sekadar mengikut Asuka.

Asuka menepuk belakang Daichi. "Yang kau ni asal tak jemput........."

"Kenzo?!"

"Ehhhhhhhhh? Keito?!"

Semua mata tertumpu pada mereka. Terkejut dek jeritan mereka berdua
agaknya.

"Weyh kau gi mana? Ingat dah keluar Cryslight."

"Oh semalam ada orang 'mandikan' aku. Lepastu dia culik aku sekali." Mata Keito melirik ke arah Asuka. Asuka yang perasan akan lirikan itu buat-buat tidak tahu saje.

"Luc........"

Keito segera menutup mulut Kenzo. "HAHAHA. Korang masuk lah dulu, aku nak bincang sikit dengan Keito."

Asuka, Daichi dan Emi sekadar melihat mereka pergi. Daichi menjemput Emi masuk lalu mereka menyiapkan meja.

Keito's and Kenzo's POV

"Shhhhh! Diamlah, diaorang tak tahu yang kita tinggal dengan Lucas."

Kenzo menepis tangan Keito. "Laaaaa tu pun salah ke?"

"Kau ni, tak kan tak faham?"

"Ye lahhhh, aku faham."

"Apa yang kau faham?"

Kenzo memandang Keito. "Kau ingat aku ni lembap sangat ke?"

"Haah."

Kenzo menumbuk perut Keito. "Bla lah kau." Dia mengorak langkah ke rumah Daichi.

Keito memandang pemergian Kenzo. "Tak guna punya Kenzo."

Kenzo yang sedang melangkah ke rumah Daichi itu tersenyum. "Aku gembira kau selamat."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro