Bab 5: Rahsia?
Daichi memusing-musingkan kerusinya. "Ah, aku bosan lah. Emi mana?"
Asuka yang sedang menelah buku itu memandang Daichi. "Emi ikut ayah dia jumpa Raja Katsu."
Terbuntang mata Daichi dibuatnya. "Apa?! Dia jumpa raja?! Bestnyaaaaa!"
"Heleh kau, macam tak biasa je dia ikut bapak dia pergi istana."
"Memang lah... Selama ni dia kata kalau dia pergi istana, baru beberapa kali je dia nampak muka raja."
Asuka menggeleng melihat perangai kebudak-budakan Daichi itu. "Mak cik kau mana? Dari tadi aku tak nampak."
"Oh, mak cik aku keluar pergi beli barang kot. Yang kau ni bila nak balik?" Soal Daichi.
Asuka mula mengemas barang-barangnya. "Ye lah, aku nak balik lah ni. Menghalau nampak."
Daichi bangkit untuk menghantar Asuka pulang. "Mana ada halau, kau nak tidur sini pun aku tak kisah. Tapi tidur kat ruang tamu lah."
"Aku balik dulu lah, layan kau sampai bila pun tak habis."
Daichi sekadar melihat Asuka pergi. Dia pun masuk balik ke rumah sementara menunggu mak ciknya pulang dari membeli-belah.
Daichi terlihat buku nota yang ditinggalkan oleh Asuka di atas meja. Dia segera meninggalkan rumah untuk menghantar buku itu kepada Asuka.
------------------------------------------
"Kau nak pergi mana tu?" Soal Lucas apabila nampak Keito membuka pintu perpustakaan.
"Keluar jap." Terus Keito hilang daripada pandangan mereka.
"Kau tahukan?" Kenzo memandang Lucas serious.
"Tahu apa?"
"Lelaki dalam gambar tu."
Lucas terdiam sebentar. Kenzo tersenyum sinis. "Betul lah tekaan aku. Kau kenal kan sebenarnya? Kenapa kau tipu Keito?"
"Dia tak perlu kenal pun. Tak penting." Jawab Lucas dingin.
Kenzo memandangnya tajam. "Aku tahu yang ayahanda, Shaun dan kau tengah rahsiakan sesuatu pasal Keito. Setakat ni apa yang kau dah jumpa?"
Lucas diam. Dia merasakan yang Kenzo tidak patut tahu tentang perkara ni. Lagipun, kemungkinan besar Kenzo tidak akan percaya.
"Kau ingat tak siapa pembelot terbesar Cryslight Kingdom?"
Kenzo mengerutkan keningnya."Kenapa kau tanya?"
"Jawab dulu, kau ingat ke tak?" Lucas memandang Kenzo hairan.
'Dah kenapa budak ni asyik tersengih-sengih je.'
"Tak, aku tak ingat. Time kelas sejarah, aku mostly tidur." Begitu jujur sekali pengakuan yang keluar dari mulut Kenzo
Lucas meraup mukanya. Apa nak jadilah dengan Putera Mahkota Cryslight Kingdom ni? " Aku tak pelik sangatlah kalau kau tak tahu. Anyway, pembelot terbesar Crysli......."
Tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka oleh Katsu. Dibelakangnya ada Shuan dan Miyuki. "Anakanda! Bila sampai?"
Kenzo terkejut. "Ayahanda! Kenapa ayahanda ada kat sini? Tetamu dah balik ke?"
"Dah, kalau tak, tak de maknanya ayahanda ada kat sini."
"Lucas."
Lucas memandang ayahnya. Shaun mengarahkan Lucas untuk keluar.
----------------------------------------
"Kenapa ayah?"
"Kalau Keito atau Kenzo tanya pasal gambar tu cakap je kamu tak tau. Faham?"
Lucas diam lagi. Shaun memandang Lucas.
"Kenapa?"
"Apa yang ayah dan Uncle Katsu sedang rancangkan sebenarnya?"
Actually, Katsu ni lagi muda daripada Lucas tapi disebabkan Katsu yang suruh Lucas memanggilnya uncle, dia panggil je lah.
Shaun mengeluh mendengar soalan-soalan yang keluar daripada mulut Lucas. "Tak de apa-apa pun. Kamu cuma ikut apa yang ayah dan Katsu dah arahkan. Okay lah ayah pergi dulu." Shaun mula mengorak langkah.
"Ayah............. Keito tu anak saudara Ervin kan?"
Langkah Shaun terhenti. Perlahan-lahan dia memandang anaknya semula.
"Mana kamu dapat informasi ni?"
"Lucas ternampak dokumen atas meja ayah."
Shaun mengeluh. "Ayah harap kamu dapat simpan rahsia ni."
"Jadi betul lah? Ayah cari ideniti Keito sebab ayah syak something dekat dia?"
"Lucas, please stop it. Ayah tak buat sesuatu benda tanpa sebab."
Lucas menunduk. "Sorry, ayah."
Shaun menepuk bahu Lucas. Faham akan soalan yang ada di dalam fikiran anaknya itu.
"Tak pe, ayah gerak dulu. Oh ye, tolong panggilkan Keito. Makan malam."
"Baik ayah." Shaun mula beredar dan Lucas mula bergerak untuk memanggil Keito.
----------------------------------------
"Kenapa menyorok dekat sini? Ayahanda baru nak kenalkan dengan tetamu tadi."
"Tak payah kenalkan dah, Kenzo kenal anak General Eric tu. Dia classmate Kenzo dengan Keito."
Katsu dan Miyuki mengangguk tanda memahami. "Dah tu Lucas? Kenapa dia menyorok jugak?" Tanya Katsu.
Kenzo tersengih. "Dia kata anak Uncle Firz tu classmate dia."
"Erm... ayahanda, Kenzo nak tanya sesuatu ni." Pinta Kenzo.
Katsu membuat isyarat mata kepada Miyuki untuk beredar seketika. Miyuki segera beredar dari perpustakaan tersebut.
"Go on. Apa yang anakanda nak tanya?"
"Apa yang sebenarnya ayahanda dengan Shaun cari pasal Keito?"
Soalan daripada Kenzo itu langsung tidak dijangka oleh Katsu.
"Tak ada apa-apa yang penting pun. Just nak tahu. Itu aje." Jawab Katsu dengan tenang.
"Tapi kenapa sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi?"
"Kenzo, Kenzo tak terfikir ke yang family Keito tengah cari dia?"
"Kalau betul family Keito ni cari dia, patutnya, sekarang ni Keito ada dengan family dia!" Kenzo mula menunjukkan tanda dia marah.
"Kenzo ingat senang ke nak cari keluarga yang hilang? Tak mustahil kalau ahli keluarga yang hilang tu tak kan berjumpa dengan family dia sampai bila-bila pun!"
Kenzo diam. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke pintu. "Hakikatnya, ayahanda dah mula syak something kan dekat Keito?"
Katsu menyandarkan dirinya ke kerusi. Keluhan dilepaskan.
"Kenzo bukan marah. Kenzo cuma nak tanya apa yang ayahanda curious sangat dengan Keito." Kenzo mula meninggalkan ruang perpustakaan. Kini, tinggal Katsu berseorangan di perpustakaan itu.
----------------------------------------
Keito yang tidak mengetahu apa sebenarnya yang terjadi di istana terus berlegar-legar di kawasan tersebut. Akhirnya, dia sampai ke kawasan hujung hutan.
Keito ternampak susuk badan seorang perempuan sedang duduk di kawasan tebing yang biasa didudukinya.
"Siapa pulak tu?"
Perempuan tersebut menoleh ke belakang apabila mendengar langkah kaki menuju ke arahnya. Dia berdiri kerana terkejut.
"Eh, Keito!"
Perempuan tersebut merasakan tubuhnya tidak seimbang. Seakan-akan ingin jatuh daripada tebing tersebut.
Keito segera berlari dan mencapai tangan perempuan tersebut lalu menarik perempuan tersebut dengan agak kuat sehingga perempuan tersebut berada di dalam pelukan Keito.
Keito perlahan-lahan melepaskan pelukan tersebut. Dia menggosok-gosok belakang lehernya bagi menghilangkan rasa janggalnya.
"Kau okay? Sorry lah kalau tertarik kuat sangat."
Asuka menunduk malu. Yup, perempuan yang Keito nampak tu Asuka.
"Oh tak, terima kasih sebab dah selamatkan........."
"Guna je kau-aku. Aku tak kisah pun.", Keito berkata terlebih dahulu. Dia tahu yang Asuka tak tahu nak panggil dia apa.
"Thanks sebab dah selamatkan aku."
Keadaan hening seketika. Masing-masing mengambil tempat untuk duduk.
"Kau buat apa kat sini?" Asuka membuka mulut terlebih dahulu.
Keito memandangnya. "Tak buat apa-apa pun. Kau?"
"Sini memang tempat aku lepak kalau bosan. Tapi aku tak pernah pun nampak kau kat sini."
"Bukannya kita selalu datang masa yang sama pun." Kata Keito.
"Erm......" Keito memandang Asuka kerana Asuka bersuara.
"Pasal hari tu....."
"Hari tu?"
"Hari aku terlanggar kau dekat kedai makan tu."
"Oh ha, kenapa?"
"Nak minta maaf sebab kotorkan baju kau."
"Aku okay je. Tak kotor sangat pun." Keito berkata sambil menatap pemandangan yang indah.
"Kenapa kau tak jawab masa aku dengan Daichi cakap thanks?" Tanya Asuka sambil bermain-main dengan batu-batu di sisinya.
"Macam yang Kenzo kata, aku tak ramah sangat dengan orang baru."
Asuka mengangguk tanda faham. Belum sempat dia membuka mulut, dia mendengar lagi suara lelaki.
"Keito!" Keito menoleh apabila namanya diseru. Dia melihat Lucas sedang berdiri tidak jauh darinya.
"Oh Lucas, kenapa?" Keito bangkit sambil membersihkan bajunya.
"Balik, makan malam." Keito mengangguk apabila mendengar arahan Lucas.
Keito memandang Asuka. "Aku balik dulu, jangan balik lewat sangat."
Asuka melihat dua orang itu beredar dari situ. Tanpa dirinya sedar, dia tersenyum sendiri.
Daichi yang baru tiba di kawasan tebing itu melihat Asuka tersenyum sendiri.
"Asuka! Kenapa kau ni senyum-senyum sendiri?"
Asuka tersengih. "Tak lah, kenapa kau cari aku?"
Daichi menghulurkan buku nota Asuka. "Ni, kau tertinggal kat rumah aku. Aku pergi rumah kau tak de orang. Tu yang aku naik sini."
Asuka menyambut huluran Daichi itu. "Oh terima kasih. Buat penat-penat kau je."
"Tak penat pun lah. Jom balik, dah nak gelap ni." Ajak Daichi.
Asuka mengangguk lalu mengikut langkah Daichi untuk pulang.
----------------------------------------
"Kau borak apa dengan budak perempuan tadi tu?" Tanya Lucas.
"Tak de apa pun. Borak kosong je. Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Tanya Keito pula.
"Aku dah perhatikan kau dari kau mula ada kat istana lagi. Memanglah aku tahu."
Keito terkejut. "Maknanya, kau memang dah kenal aku dengan Kenzo lah?"
Lucas mengangguk lalu meneruskan langkahnya ke istana. "Jom lah balik. Aku dah lapar ni."
Keito yang baru sedar dari alam mimpinya itu. Segera mengejar langkah Lucas.
-------------------------------------
Sorry kalau ada typo or tak best
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro