Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4: Home sweet home

"Argh.... Penatnyaaaaaa." Keluh Kenzo apabila kelasnya tamat.

"Mengada." Bisik Emi perlahan.

"Apa? Mengada? Bukan mengada ye tapi ini satu keluhan. Faham? K E L U H A N!"

Emi membuat rolling eyes. " Whatever. Aku pergi dulu au."

Kenzo mencebik." Malu lah tu."

"Tak habis-habis gaduh dengan si Emi tu. Best sangat ke?" Perli Keito.

"Cubalah gaduh dengan Asuka. Mesti best." Cadang Kenzo.

Keito menjelingnya. "Sorry, tak de masa aku. Banyak lagi benda lain aku boleh buat." Dia mula melangkah ke luar kelas.

Kenzo segera mengejar langkahnya. "Woi Keito, tunggu aku!"

Daichi datang menghampiri Asuka. "Uit, tangkap cinta ke dengan Keito tu?"

"Ish kau ni mana ada. Merapu je lah." Nafi Asuka. Memang dia tiada hati pun pada si Keito tu.

"Oh ye? Buat masa sekarang belum. Tapi masa depan siapa tahu kan?" Usik Daichi lagi.

"Daichi!!" Marah Asuka.

Daichi tergelak besar. "Hahahahaha, aku gurau je lah. Dah ah, jom balik?"

"Jom." Asuka mengikut langkah Daichi.

Daichi's POV

Aku memerhatikan Asuka secara senyap. Secara jujurnya lah kan, siapa yang tak akan jatuh hati dengan Asuka ni?

Diri aku tak terkecuali. Walaupun aku dah lama kawan dengan dia, tak bermakna aku pandang dia sebagai kawan aje.

Tapi, aku tahu yang Asuka hanya pandang aku sebagai kawan. Well, benda yang aku boleh buat sekarang is tunggu. Mungkin lambat-laun dia akan sedar?

Biar masa yang menentukan takdir kami.

End Daichi's POV

"Lucas, kita nak gerak bila?" Soal Kenzo yang berada di ruang tamu.

"Kenapa?" Soal Lucas balik.

"Tak ah, kalau kau free, jom lah gerak sekarang." Ajak Kenzo.

"Alah kau ni, tak lari ke mana pun istana tu." Celah Keito.

Kenzo membalas. "Memang lah tak boleh lari sebab tak de kaki."

Keito dan Lucas memandang Kenzo dengan pandangan kau-merapu-apa?

"Hahahaha korang ni serious sangat lah, cuba chill sikit."

Keito mengomel. "Dia tu yang tak betul, ada hati nak suruh orang chill."

Keito mula beredar ke biliknya lalu diikuti oleh Lucas.

"Eh, eh, korang nak pergi mana ni?" Tanya Kenzo apabila melihat Keito dan Lucas mula beredar.

Keito mula memanjat tangga. "Kemas barang."

"Tah, tadi ada orang tu nak balik awal sangat. Kitaorang nak pergi kemas barang lah ni." Sambung Lucas dalam keadaan memerli. Dia mula hilang dari pandangan.

"Ceh dua orang tu, kalau bab memerli, tak pernah nak kalah."

"CEPAT KEMAS BARANG WOI! NANTI PUTERA MAHKOTA MARAH!"

"Ye, ye. Aku nak kemas lah ni. Tak yah lah perli." Jawab Kenzo sebelum membuka pintu biliknya.

Beberapa minit kemudian, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu.

"Ni je ke barang yang kau nak bawak?" Tanya Kenzo apabila melihat beg Lucas dan Keito.

"Ye lah. Buat apa nak bawak banyak-banyak? Kat sana pun ada je lagi baju." Balas Keito.

"Yang kau ni, bawak barang macam nak balik setahun apa kes?" Lucas hairan melihat beg Kenzo yang besar sekali.

"Apa pasal semua aku buat salah hah? Eihh tak faham lah aku." Kenzo mula menarik muncungnya. Kali ni, dia betul-betul nak merajuk.

Lucas dan Keito berpandangan. 'salah ke apa yang kitaorang cakap?'

Keito merangkul bahu Kenzo. "Ye lah, ye lah, kau tak salah apa-apa pun. Jom lah balik." Keito memandang Lucas.

Lucas menangguk. Dia membuka portal ke istana. Mereka bertiga melangkah masuk.

"Aku tak tahu pulak Lucas boleh buat portal." Komen Kenzo.

"Sebab tu kitaorang kata, tak payah rush sangat nak pergi istana." Kata Lucas.

"Anakanda! Bila sampai?"

Mereka bertiga menoleh apabila mendengar suara seorang wanita. Kenzo segera berlari ke arah wanita itu.

"Bonda! Kenzo baru sampai dengan Keito dan Lucas." Kenzo menarik tangannya ke Keito dan Lucas.

Keito dan Lucas menunduk hormat. Walaupun Keito dibesarkan di dalam istana, dia masih sedar dirinya siapa.

Lucas pula, sudah bagi kebiasaan baginya untuk menunduk hormat kepada raja dan permaisuri.

"Oh Keito dan Lucas. Main tunduk-tunduk hormat pulak, macam tak biasa je dalam istana. Jom lah kita pergi makan." Selamba saje percakapan Miyuki, Queen of Cryslight Kingdom

"Aku tahu dari mana Kenzo dapat mulut laser dia tu."

"Dari mana?"

"Permaisuri Miyuki."

"Tak lah."

"Dah tu?"

"Gabungan ayahanda dengan bonda."

Keito dan Lucas mengekek ketawa lalu melakukan high-five.

Sampai saja di meja makan, mereka bertiga ternganga melihat hidangan yang disediakan.

"Banyaknya... Siapa nak makan semua ni?"

Keito pandang Kenzo, Kenzo pandang Lucas, Lucas tak tahu nak pandang sape.

"Oh, hari ni ada tetamu hari ni." Kata Miyuki.

"Siapa pulak yang datang?" Tanya Kenzo sambil menarik kerusi untuk duduk.

"General Eric dengan anak dia." Terus Keito dengan Kenzo angkat muka.

"Heh?!"

"Lepastu Ketua Setiausaha Midlight Kingdom, Firz Alexander dengan anak dia jugak." Lucas yang sedang minum air itu tersedak.

"Hah?!"

Miyuki memandang mereka hairan. "Yang korang ni dah kenapa? Tak sedap ke makanan ni?" Dia merasa sikit air dan makanan yang terhidang.

"Sedap je."

Kenzo berlari ke arah Miyuki. "Bonda, bonda jangan cakap dekat ayahanda yang kitaorang dah sampai tau. Diam-diam je."

"Kejap, cuba korang terangkan dekat bonda sebenarnya apa yang terjadi."

Keito pula meraih tangan Miyuki. "Bonda, please bonda. Bonda nak tengok ke anak kesayangan bonda ni terlibat dalam masalah?"

Miyuki memandang muka Lucas pula. Lucas membuat muka meminta tolong.

Miyuki mengeluh. Ada-ada aja perangai budak bertuah ni. "Ye lah, pergi menyorok cepat."

Keito, Kenzo dan Lucas terus berlari menuju ke tingkat kedua istana. Semasa hendak membelok kanan, mereka mendengar langkah orang.

Terus mereka lencong pergi ke arah kiri. Mereka memilih perpustakaan untuk dijadikan tempat bersembunyi.

"Aduh, rajin sangatlah General Eric dengan si setiausaha tu bawak anak diaorang pulak." Rungut Keito.

"Sikit lagi makanan tadi nak masuk mulut aku." Keluh Kenzo.

Lucas memandang mereka tanda tidak percaya. Keito yang memahami pandangan itu terus bersuara.

"Ah kau, jangan nak komen kitaorang sangat. Yang kau ni sibuk sorok dengan kitaorang jugak kenapa?"

"Anak Firz Alexander tu classmate aku. Aku tak nak lah identiti aku terbongkar." Jelas Lucas. Keito dan Kenzo mengangguk.

"And one more, please respect sikit aku ni. Aku ni jauuuuuuuuhhhhhhhh lagi tua dariapada korang berdua."

Keito memandang Lucas. "Atok."

Lucas memandang Keito. "Apa kau panggil aku? Atok?"

Keito mengangguk. "Kata dah tua, atok lah."

"For your information, bapak kau yang hidup beratus tahun lagi lama daripada kau tu pun kitaorang panggil nama je, apatah lagi kau yang baru hidup 180 tahun ni." Kata Kenzo selamba.

Lucas ternganga tidak percaya. "Tak peliklah kalau suatu hari nanti kerajaan ni hancur. Dah kalau macam ni perangai putera mahkotanya."

Kenzo memandang Lucas tajam. "Aip! Mulut tu aku jahit nanti."

Lucas menjelirkan lidahnya. "Jahitlah, ada aku kesah."

Keito yang memerhati mereka berdua sekadar menggeleng. Dua-dua perangai tak matang.

Dia sibuk berjalan-jalan di perpustakaan itu. Jangan ingat perpustakaan tu kecik, besar ya.

Satu gambar yang terletak di almari yang berada di hujung perpustakaan menarik perhatian Keito. Dia meniliti gambar tersebut.

'sejak bila ada pulak gambar ni? Aku tak perasan pun.'

"Lucas!"

Lucas yang terdengar namanya diseru segera berlari ke arah Keito.

"Kau kenal tak siapa lagi sorang dalam gambar ni?"

Lucas's POV

Aku terdiam melihat gambar tersebut. Otak berkerja memikirkan sama ada perlu menjawab soalan Keito itu atau tidak.

"Tak, kenapa?"

"Oh, aku ingatkan kau kenal. Ye lah, dah ayahanda dengan Shaun bergambar dengan dia, mesti diaorang rapat."

Aku menelan air liur pahit. Maaf Keito, kau tak perlu kenal dia siapa.

End Lucas's POV

"Tuanku."

Katsu memandang Shaun. Dia faham pandangan yang diberikan oleh Shaun.

"Kamu berempat boleh pergi dulu. Nanti beta datang." Mereka berempat menunduk hormat lalu beredar.

"Anak-anak kau dah sampai." Beritahu Shaun.

"Oh ye? Mana diaorang?"

"Ada kat perpustakaan. Tapi Katsu....."

Katsu memandang Shaun hairan. "Kenapa?"

"Aku dah jumpa sikit identiti budak tu. Dia..........."

"Dia?"

"Dia anak saudara Ervin." Katsu terus terdiam apabila terdengar ayat yang keluar dari mulut Shaun.

"Apa dia? Aku tak salah dengar kan?"

Shaun mengangguk. "Yes, dia anak saudara Ervin, Katsu."

Katsu dan Shaun saling berpandangan. Sedang cuba menghadam kenyataan yang baru diterima.

-----------------------------------------------------------

Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro