Bab 3: Aurolight Academy
Lucas mengeluh di hadapan pintu bilik. Dia memandang pintu di hadapannya bagai nak tembus. Dia menarik nafas panjang terlebih dahulu.
"KENZO TSUYOSHI!! BANGUNGLAH WOI!! NAK PERGI AKADEMI NI!!"
Tetapi malangnya, pintu sebelah yang terbuka.
"Apa kau ni pagi-pagi dah menjerit?" Tanya Keito yang sedang membetulkan tali lehernya.
"Kenzo ni hah. Entah zaman bila nak bangun." Adu Lucas.
Keito tersenyum sinis. "Senang je nak bangunkan mamat tu. Meh ikut aku." Lucas mengikut langkah Keito ke dapur.
"Kau nak buat apa kat sini?"
Keito membuka pintu peti sejuk. "Kalau dia tak bangun, kau ugut je guna benda ni."
"Chocolate?"
"Yup, chocolate. Kenzo paling pantang kalau orang sentuh coklat dia."
Lucas terangguk-angguk. "Hurm... menarik. Eh dah lah, kau makan dulu. Biar aku yang settle si Kenzo tu."
Keito menikmati sarapan yang disediakan oleh Lucas itu. Tak lama selepas itu, dia terdengar jeritan oleh Kenzo. Dia senyum sendiri.
"OKAY, OKAY! AKU BANGUN! LETAK BALIK COKLAT TU DALAM PETI!"
Lucas tak berhenti ketawa apabila mendengar jeritan Kenzo. Dia pun menyertai Keito bersarapan.
Beberapa minit selepas itu, Kenzo pun turun dengan pakaian yang lengkap.
"Kau bagitau Lucas an pasal tadi?" Kenzo terus menyerang Keito apabila nampak dia di meja makan.
"Apa? Bagitau apa ni?" Keito berpura-pura tidak tahu.
Kenzo mendengus. "Eleh, macam lah aku tak tahu. Dekat sini, selain aku, kau sorang je tahu."
"Dah tu, dah tau tanya lagi buat apa?" Balas Keito selamba.
Lucas menenangkan mereka berdua. Dia risau rumah ni terbakar je nanti. Nanti nak duduk mana? "Dah lah tu gaduhnya. Ni makan dulu. Nanti lambat pergi akademi."
Setelah siap makan mereka pun berkemas.
"Kau gi akademi naik apa?" Tanya Keito kepada Lucas yang sedang memakai kasut.
"Aku biasa jalan kaki je. Korang? Okay ke kalau jalan laki?"
"Ohhooo jangan risau. Tu lah kepakaran Kenzo." Balas Keito lalu terus melarikan diri.
Kenzo membuat muka blur nya itu. Lucas tergelak sebelum menarik kolar baju Kenzo.
"Jom gi akademi."
Beberapa minit selepas itu....
Keito dan Kenzo berhenti di hadapan pagar akademi. Lucas yang perasan dia berjalan sorang segera menoleh ke belakang.
"Woi! Tak nak masuk ke?"
"Besar teruk akademi dia." Komen Kenzo.
"Ye dowh, dah lah besar. Tak serupa akademi aku tengok."
Kenzo memandang Keito hairan. "Dah tu serupa apa?"
"Apa-apa je lah. Tapi yang aku tahu tak serupa tempat untuk belajar."
"Apa yang korang sembang ni? Dari rumah aku ajak pergi akademi. Ni dah sampai depan pagar pun aku kena ajak jugak ke?" Bebel Lucas.
"Ada kitaorang mintak ajak?" Kenzo membuat muka psycho nya.
"Kau sendiri kan yang ajak kan? Tak de sape pun suruh." Sambung Keito.
Lucas meraup muka. Sabar je lah dapat kawan mulut tak leh tutup ni.
"Whatever lah. Korang dah besar an? Pergilah daftar sendiri ye. Aku pergi dulu." Pamit Lucas meninggalkan dua orang tersebut.
Keito menepuk bahu Kenzo. "Jom cari pejabat."
Disebabkan Kenzo yang dah biasa berjalan-jalan, mudah saja bagi mereka untuk menemukan pejabat.
"Sekarang aku bersyukur sebab kau suka merayap pergi sana-sini. Pandai kau cari eh." Komen Keito.
"Well, see my leg lah." Keito memandang kaki Kenzo.
"Serupa je dengan kaki aku."
Kenzo memandang Keito dengan riak wajah yang tidak percaya. Setelah selesai mendaftar, mereka berura-ura untuk bergerak ke kelas.
"Oh Asuka! Daichi! Mari sini kejap." Panggil kerani yang mendaftarkan Keito dan Kenzo.
Asuka dan Daichi yang kebetulan lalu di situ segera pergi ke kerani tersebut.
"Kamu berdua kelas 4 Azelight kan? Tolong iring pelajar ni." Asuka dan Daichi mengangguk tanda memahami.
Perjalanan mereka ke kelas begitu senyap sekali.
"Well, we meet again." Kata Kenzo dahulu.
"Again? Kita pernah jumpa ke?" Tanya Daichi.
"Oh, korang maybe tak pernah tengok aku. Tapi mesti korang pernah tengok dia ni kan?" Kenzo menunjuk ke arah Keito.
Terlopong mulut Daichi dan Asuka. Lelaki yang belanja diaorang makanan!
Daichi tolak Asuka. Asuka tolak Daichi. Akhirnya dua-dua bukak mulut.
"Erm... Thanks for the food."
Melihatkan Keito yang berdiam diri itu, Kenzo yang terlebih rajin tolong jawabkan.
"Most welcome. Sorry, Keito susah sikit nak mesra dengan orang yang dia baru kenal."
Beberapa minit selepas itu, mereka pun tiba di kelas. Asuka mengetuk pintu kelas.
"Sir, kita ada students baru."
"Oh, suruh diaorang masuk. Kamu berdua boleh duduk." Arah cikgu tersebut. Keito dan Kenzo melangkah masuk ke kelas.
"Jadi, new students right? I'm your homeroom teacher, Hiroshi. Kamu boleh panggil saya Sir Hiroshi. Boleh perkenalkan diri?"
"Hai! Nama aku Kenzo.... Hah Kenzo je lah. Malas nak cakap pepanjang. Bukan penting pun. Korang boleh panggil Kenzo atau....."
"Lelaki gatal." Satu kelas termasuk Hiroshi pandang Keito.
"Hahaha. Abaikan dia ni." Kenzo ketawa kaku sambil menutup mulut Keito.
"Haa sambung boleh panggil Kenzo atau...."
"Beruk jadian." Sekali lagi Keito mencelah. Kelas dah...
Krik... Krik... Krik... Krik...
"Ahh okay. Next student?" Hiroshi mengembalikan mereka ke alam realiti.
"Keito. Just Keito. Panggil lah papepun janji panggilan yang elok."
"Kalau aku panggil kau Abang Keito boleh lah kan?" Tiba-tiba soalan cari nahas keluar dari mulut Kenzo.
"Kalau nak coklat kau tu hilang malam ni, panggil lah." Kata Keito ringkas. Kenzo pula menarik muncungnya.
"Ermm... Okay. Kamu berdua boleh duduk belakang Asuka dengan Emi." Mereka berdua pergi ke tempat duduknya. Keito mengambil tempat di tepi tingkap.
Selepas sesi pembelajaran, Emi menegur mereka berdua.
"Hai korang! Aku Emi Miyazaki. Boleh panggil Emi. Sebelah aku ni Asuka Yuriko. Korang dah kenal an?"
"Oh, kenal muka je. Nama tak kenal." Balas Kenzo.
"Tapi kan, kenapa aku rasa muka korang ni familiar ek? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tanya Emi.
Kenzo dah gelabah. Kalau Emi ingat yang dia pernah berlanggar dengan dirinya di istana, habislah identit dia dan Keito terbongkar.
"Hahahaha mana ada. Aku pernah jumpa Asuka je. Tu pun dari jauh je tengok." Dia menyiku-nyiku Keito.
Keito yang faham akan situasi itu segera membantu Kenzo. "Orang yang muka kacak macam kitaorang ni memang senang nak nampak kat mana-mana kan?"
"Erk... Menyesal aku tanya." Kata Emi perlahan.
"Oh sebelum tu, sekolah ni ada berapa kelas?" Tanya Kenzo.
"Oh, satu form ada 4 kelas, Azelight, Violight, Wizlight dengan Equelight." Jawab Asuka.
"Pergghhh nama tak boleh bawak bincang. Berbelit lidah aku nak sebut." Omel Keito.
"Eh, korang kenal tak Lucas Darweez? Dia kelas mana?" Tanya Keito pula.
"Wahhhhh, macam mana kau boleh kenal dengan Senior Lucas?" Celah Daichi secara tiba-tiba.
"Well, just kenal. Dia kelas mana?" Soal Keito lagi.
"Tak silap aku kelas 6 Equelight."
"Equelight tu kelas last ke?" Tanya Kenzo.
"Tak lah. Kalau kat form 6, Equelight tu dikira kelas yang paling power lah." Jawab Daichi lagi.
"Ceh, ye ke? Aku baru nak ejek dia. Tak pe lah, kitaorang gerak dulu." Kata Kenzo seraya bangun dari duduknya. Begitu juga dengan Keito.
"Eh, korang nak gi mana?" Tegur Asuka.
Keito berpaling. "Jumpa Lucas lah."
Asuka membuat muka hairan. "Tapi kelas Senior Lucas kat atas. Kenapa korang pergi kanan?"
"Haaaa, kitaorang nak gi...... tandas lu. Kenapa tanya? Nak ikut ke?"Kenzo tersenyum gatal.
Asuka mencampakkan pennya kepada Kenzo. "Memang patutlah Keito kata panggil kau 'Lelaki gatal''
Mereka segera pergi ke kelas Lucas. Melihatkan keadaan kelas yang riuh-rendah membuatkan Kenzo berasa tidak puas hati. "Ceh, dasar budak kelas first. Untunglah tak de cikgu masuk."
Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan perasan kehadiran mereka berdua. "Erm... awak berdua cari siapa?"
"Lucas Darweez ada?" Tanya Keito. Pelajar perempuan tersebut menjenguk seketika di dalam kelas sebelum memberitahu jawapannya.
"Ada, kejap ye. Saya panggilkan dia."
"Perghh... lawa dowh perempuan tu. Awek Lucas ke?" Bisik Kenzo.
Keito menolak kepala Kenzo. "Kau ni kan, otak tu kasi suci dulu sebelum cakap dengan aku. Aku tak cakap dengan orang yang ada otak macam kau."
"Tak cakap lah sangat. Setiap hari panggil aku tu apa?" Usik Kenzo.
"Oh, maknanya kau mengakulah kan yang kau ada otak yang tak suci."
Kenzo yang baru sedar dia terjatuh dalam perangkap Keito hanya mampu mencebik bibir. Kenapalah mulut si Keito ni laser yang amat?
"Kenapa korang nak jumpa aku ni? Aih, tak kan kejap je dah rindu aku kot?" Kata Lucas bangga. Apa yang perlu dibanggakan sangat pun tak tahulah.
Keito dan Kenzo membuat muka hendak muntah. " Tolonglah, aku tak nak tengok muka kau lagi adalah."
"Ye lah... Siapa lah aku kan korang nak layan? Anyway, kenapa korang nak jumps aku ni?"
"Hujung minggu ni kitaorang nak balik istana." Kata Kenzo serious.
Lucas membuat muka hairan. "Kenapa pulak? Korang baru duduk sini kejap. Dah nak balik?"
"Kitaorang nak settle dengan Shaun dan ayahanda pasal kuasa kitaorang." Terang Keito.
Lucas menelan air liur pahit. "Okay lah. Nanti aku iring korang. Lagi satu, jangan buat benda pelik-pelik dekat akademi ni."
"Ye, ye. Kitaorang tahu lah. Kitaorang pergi dulu." Kata Keito malas.
"Pergilah. Tak yah datang balik pun bagus." Halau Lucas.
Tiba-tiba, Kenzo berpaling. "Anyway Lucas, lawa lah."
"Apa yang lawa?"
"Awek kau." Keadaan senyap-sunyi untuk seketika.
"Keito, bawak kawan kau balik." Kata Lucas pasrah.
Keito hanya berlalu. "Bukan kawan aku."
Akhirnya, Kenzo ditinggalkan berseorang di hadapan kelas 6 Equelight.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro