💖COMBO CEO💖
Alhamdulillah, kami dah open oder... 2 Ebook Dua Puluh Hengget sahaja❣️
💢BLURB💢
THE HEARTLESS LOVE 2
Fahizah Reena
"Tak pandai jaga anak ke? Anak melalak di biarkan macam orang bodoh?"
Asiah seakan hilang punca. Semakin hari perangai dan sikap Yusuff berubah menjadi dingin. Kemesraan dahulu perlahan-lahan menghilang dibawa angin lalu. Beginikah rasa dicintai lelaki kacak seperti Yusuff? Lelaki yang diagungkan dan dikejar sehingga sanggup membuang maruah diri, akhirnya memakan diri.
Kadang kala, Asiah merasa kebahagiaan selama ini yang dikecapi hanyalah sementara semata. Disaat diuji dengan ujian paling berat kerana kehilangan insan yang paling disayangi, Asiah jatuh terduduk. Gelap dunianya. Namun, suaminya tetap bersamanya memberi semangat untuk meneruskan hidup meskipun lama kelamaan sikap itu kembali dingin.
Ujian hidupnya tidak berakhir di situ, mahligai mereka berantakan dan retak seribu kerana orang ketiga, iaitu bekas tunang suaminya. Zulaikha menuntut semula haknya, katanya dia berhak merampas semula bekas tunangnya kerana dahulu Asiah merampas Yusuff daripadanya. Asiah menjadi nanar, namun dia sedar dia layak terima dugaan ini kerana khilafnya dahulu.
"Abang, dah takde sikit pun ruang untuk Asiah menumpang kasih lagi? Abang betul-betul dah bencikan saya? Abang dah tak nak saya?" - Asiah
"Kau dengar sini. Hati aku dari awal lagi milik dia. Aku akan hapuskan rasa yang menjijikkan ni dari hati aku. Aku tak nak hidup aku dapat bala sial kau lagi!" - Yusuff
Asiah pasrah. Jika Yusuff melepaskan dia sekalipun, dia akan terima. Hatinya benar-benar hancur. Tiada rasa untuk bersedih mahupun bahagia. Hidupnya kosong, semangatnya juga meruntuh. Hadir pula Sean, kembar Yusuff mahu menggapai tangannya. Namun, dia menolak. Hatinya hanya satu, dan hanya nama Seif Zelan Yusuff saja tertanam hingga hujung nyawanya.
.
.
.
💢BLURB💢
CINTA RAHSIA DAIN ZULFAN
AQ Cynderella
Bilqis Adra, seorang gadis yang berjaya membuat jantung Dain Zulfan berdansa hebat dengan kelembutannya dalam berbicara, santun tingkahnya, wajah melayu klasik. Tapi, kerana gadis itu adalah adik kepada sahabatnya, Dain hanya memendam perasaan itu.
Pergaduhan yang berlaku pada pertemuan pertama membuatkan dia semakin tertarik dengan gadis itu kerana mulut yang tak berhenti menjawab walaupun dalam ketakutan. Sikap itu mencuit hatinya. Pertemuan demi pertemuan seperti disengajakan terjadi antara mereka membuatkan Dain tidak mampu menyembunyikan perasaannya.
“Kau ni tak ada ke boyfriend ke apa ke nak minta tolong? Sikit-sikit Bayu! Lepas tu Bayu hantar aku.” - Dain Zulfan
“Kau nak buat, buat. Tak nak buat tinggal!” - Bilqis Adra
“Eh, belagak kau ye… Berani sangat tinggal dekat kawasan sunyi macam ni?” - Dain Zulfan
“Aku suruh tinggal kereta. Bukan tinggal aku!” - Bilqis Adra
Tapi, masalah timbul apabila Dain Zulfan trauma melihat majlis pernikahan dua rakannya musnah gara-gara Iris Wardah.
Berjayakah Dain Zulfan merahsiakan majlis pernikahannya dari pengetahuan Iris?
Dapatkan Iris Wardah membalas dendamnya kepada Dain Zulfan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro