Bab 9
Haiser menyiapkan sarapan buat Hasya. Susu juga tidak lupa untuk Hasya. Barulah Hasya sihat selalu. Haiser menuang air. Usai siap semua, Haiser naik ke tingkat atas. Pintu dibuka. Haiser tersenyum melihat Hasya yang masih pulas tidur. Haiser melabuhkan duduk di birai katil.
" Darling..." Kepala Hasya diusap lembut.
Hasya menggeliat halus. Tangan Haiser ditepis. Nak tidur lagi. Malas nak bangun. Haiser tertawa kecil. Haiser mengusap lembut pipi Hasya. Hasya tidur semula. Haiser tunduk sedikit kepala dan...
Cup!
Pipi Hasya dicium. Automatik Hasya yang tidur tadi berjaga. Hasya mencelikkan sedikit matanya. Raut wajah Haiser yang sedang tersenyum manis dipandang sekilas sebelum anak matanya mencari jam dinding. Dah pukul dua belas tengah hari. Hasya pejam mata nak sambung tidur. Kejap. Pukul berapa?
" Awak!" Hasya bangun mendadak.
" Ye darling. Kenapa ni?" soal Haiser risau.
" Saya tak masak lagi sarapan untuk awak. Awak pasti lapar kan? Kejap."
" Darling..." Haiser pegang tepi kepala Hasya. Pipi Hasya ditarik manja.
" Kenapa ni? Asal panik sangat?" soal Haiser lembut.
" Sarapan awak...saya tak masakkan lagi." Hasya tersebik sedih. Kasihan dekat Haiser. Pasti dah lapar sebab tak makan lagi kan?
" Iser dah makan darling. Darling jangan risau ya." Haiser bangun mengambil tuala mandi buat Hasya.
" Darling mandi dulu. Lepas siap, darling turun. Iser dah masakkan untuk sayang." Haiser hulur tuala pada Hasya.
Hasya menyambut baik. Bayang Haiser menghilang ditatap tak lepas. Keluhan berat dilepaskan. Haiser terlalu baik. Rasa kerdil pulak diri Hasya nak terima Haiser sebagai suaminya. Hasya masuk ke dalam kamar mandi. Membersihkan diri.
Dalam beberapa minit, Hasya telahpun siap mandi. Hasya bersiap berpakaian lengkap. Hasya turun ke bawah. Kelihatan Haiser ada di dapur dengan tangan itu bermain dengan telefon pintarnya.
" Awak..." Hasya tergamam. Semua persiapan makanan telah disiapkan.
" Darling." Haiser menyimpan telefon pintarnya di dalam poket seluar.
Haiser merapati Hasya. Hidung Hasya berlaga dengan hidungnya. Haiser senyum menggoda. Tangan Haiser melilit elok pada pinggang Hasya.
" Dah siap?"
" Erm.. Yeap. Dah."
Haiser merangkul pinggang Hasya dibawa meja makan. Kerusi ditarik buat Hasya. Hasya duduk. Merah muka Hasya. Malu diperlakukan sebegitu oleh Haiser.
" Sayang makan ya." Haiser duduk di sebelah Hasya.
Nasi goreng kampung diceduk buat Hasya dan untuknya sekali. Dengan bismillah Hasya makan. Terpejam rapat mata Hasya merasainya. Sedap masakan ini. Haiser belikan untuk dia ke?
" Awak beli?"
" Bukan. Iser yang masak."
Uhuk!
Hasya tersedak. Air huluran Haiser dicapai dan diteguk rakus. Sakit kerongkongnya. Pedih kerana dia yang tersalah telan lada merah. Hasya mengibas mukanya.
" Pedas." Hasya menggerakkan lidahnya. Pedas menyengat sehingga ke lidah rasanya.
" Darling nak air lagi?" Haiser bertanya penuh risau.
Hasya mengangguk. Haiser menuang air buat Hasya. Hasya tak ambil air yang dihulur Haiser. Malah jug yang terisi dengan air kosong itu diminum rakus. Tak kesah dah pandangan Haiser padanya.
" Darling, minum perlahan-lahan. Kalau tersedak nanti macam mana?" Haiser menepuk belakang badan Hasya. Risau dengan keadaan Hasya.
" Saya pedas. Mana boleh stop minum air." Hasya bersandar lemah di atas kerusi dapur. Tak ada selera nak makan kalau macam ni.
" Darling okay? Nak rest ke?" Hasya mengangguk.
Haiser mengambil mangkuk dan diisi dengan air. Dibawa mangkuk itu dekat dengan Hasya. Tangan Hasya dibasuh. Hasya terpaku. Terkerdip-kerdip anak mata Hasya pandang Haiser. Kenapa Haiser layan dia macam ni? Hasya serba salah... Dahlah layan Hasya kejam dulu. Haih...
" Kita rehat darling."
Tak sempat kaki cecah lantai, Haiser telah mencempung tubuhnya keluar dari dapur. Haiser dudukkan Hasya di atas sofa ruang tamu. Televisyen dihidupkan.
" Awak nak pergi mana?" soal Hasya apabila Haiser berura-ura nak naik tingkat atas.
" Iser nak buat kerja kejap. Darling nak teman?" ajak Haiser dengan garuan kepala. Takut jugak kalau Hasya tak nak. Pasti Hasya menolak bukan? Tapi sangkaannya meleset.
" Jom." Hasya menerima baik ajakan Haiser.
Haiser tercengang. Biarpun begitu, Haiser ikutkan saja. Tangan Hasya diheret ikut bersamanya naik ke tingkat atas. Bilik kerjanya ditujui. Hasya ditarik duduk di atas sofa.
" Darling duduk sini ya. Kalau rasa mengantuk, tidur aje. Iser takut, Iser buat kerja lama." Haiser mengusap lembut kepala Hasya.
Haiser bawa langkah ke rak fail. Dicari setiap fail yang dia mahukan. Haiser memgambil satu fail yang menarik perhatiannya. Haiser menyebak rambutnya ke belakang. Hasya telan air liur kasar. Okay. Hasya dah cair. Hasya paling wajah ke arah lain. Hasya dah gila agaknya. Semua yang Haiser lakukan menarik perhatiannya. Keluhan berat dilepaskan.
" Darling, darling okay?" Tadinya Haiser belek fail. Kini Haiser dah duduk di sebelah Hasya dengan raut wajah risau.
" Darling sakit?" Haiser menekap tangannya pada dahi Hasya. Tak ada panas. Biasa-biasa saja suhunya.
" Saya okay. Cuma saya penat. " Hasya hulur senyum. Ditepis tangan Haiser.
" Kalau darling nak tidur, tidurlah. Jangan tunggu Iser. Okay?" Haiser dah naik risau. Kalau terus Hasya mengeluh berat macam ni. Rasanya Haiser tak boleh buat kerja. Nak fokus pun susah nanti.
" Hasya nak teman Iser. Iser buatlah kerja."
" Tapi darling penat. Iser tak nak darling penat." Haiser menyuarakan kerisauannya.
Hasya mengenggam kedua tangan Haiser. Senyum manis dipamer. Membuktikan dia baik-baik saja ketika ini. Kalau tak buat macam ni, Haiser takkan percaya.
" Hasya okay." Hasya meyakinkan Haiser.
Haiser mengeluh kuat. Mengalah, Haiser mengangguk. Haiser dukung tubuh Hasya agar ikut sekali buat kerja dengannya.
" Turunkan saya. Cakap nak buat kerja. Habistu sekarang tak nampak macam nak buat kerja pun." Hasya berkata geram. Mana tak geram, cakap nak buat kerja. Last-last dukung Hasya. Buat apa?
" Nak buat kerja sambil darling duduk depan Iser." Haiser melabuhkan duduk di atas kerusi kerjanya. Haiser letak elok Hasya di atas pahanya.
" Nak buat kerja macam mana kalau macam ni?"
" Iser nak baca kontrak aje. Tak ada yang penting pun. Yang penting darling. Kalau darling sakit atau nak tidur, terus Iser boleh bawa darling tidur." Haiser berkata sambil mata itu menatap fail kontrak yang berharga itu.
" Saya tak nak tidur." Hasya peluk tubuh buat-buat tak nak tidur sedangkan mata Hasya dah terkerdip-kerdip mahu tidur. Tahan kantuk.
" Yelah tu." Haiser tahan bibir dari tersenyum.
Pipi Hasya ditarik manja. Haiser fokus membuat kerja manakala Hasya dah tak tahan. Matanya dah nak tertutup. Haiser senyum senget. Tak nak tidur. Tapi dah tidur. Comellah Hasya ni. Haiser tarik tubuh Hasya agar menyandar pada tubuhnya. Dengkuran halus Hasya buat Haiser tenang. Nasib baik tak ada sakit apa-apa. Risau Haiser.
" Sleep well darling." Haiser mencium kedua pipi Hasya sebelum menyambung tidur. Nantilah angkat Hasya. Nak bermanja dengan Hasya dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro