Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Hasya pandang Haiser yang sedang enak makan. Lelaki itu tak ada komen apa-apa tentang masakannya. Haiser makan bagai setahun tidak melahap makanan. Hasya menggeleng.

" Makanlah elok-elok. Awak ni makan tak ingat dunia. Awak tahu?"

" Sorry, my darling masak terlalu sedap. Iser tak bolehlah nak makan macam biasa. Iser perlu menghayati setiap rasa dalam makanan ini. Lebih-lebih lagi my darling masak makanan ini dengan perasaan cinta." Haiser berkata dengan mulutnya penuh dengan makanan.

Muka Hasya memerah malu. Tak pernah orang puji masakannya. Ini yang pertama. Nak puji macam mana kalau masakan yang Hasya masak pun bukannya ada yang nak makan. Membazir je kalau Hasya masak.

" Betul ke sedap?"

" Betul. Darling nak rasa?" Tak diangguk pun, Haiser dah suap makanan yang Hasya masak tadi.

Hasya mendengus geram. Padahal makanan Hasya dan Haiser sama saja. Sengaja Haiser buat hal nak suap dia. Geram pulak Hasya dengan si Haiser ini.

" Okay. Turn darling pulak." Haiser menarik kerusi dan diletak di sebelah Hasya. Haiser buka mulut. Nak Hasya suap.

" Kenapa?"

" Nak suap..." rengek Haiser manja.

Hasya garu kepala tidak gatal. Nasi milik Haiser masih ada sedikit lagi. Sayang kalau Haiser terus tak habis. Hasya mencapai nasi milik Haiser. Dengan bismillah, Hasya menyuap nasi buat Haiser.

" Kenapa tak makan sendiri?"soal Hasya aneh.

" Tangan luka..."

Haiser tunjuk jari telunjuknya yang luka akibat perbuatannya memotong sayur tadi. Tak ada besar sangat. Kecil saja lukanya. Hasya buat muka. Haiser selalu buat dia rasa geram. Nak kena penumbuk si Haiser ni.

" Kecil je tu."

Haiser lipat bibir sedih. Sedih apabila Hasya nampak tak kesah dengan kesakitan yang dia alami.

" Iser betul-betul sakit tau." Haiser menyandar kepalanya pada bahu Hasya.

" Tolonglah tiup untuk Iser." Haiser julur jari telunjuknya.

Hasya menepis geram. Raut wajah mengada Haiser dipandang geram. Tak jadi Hasya nak suap Haiser kalau macam ni. Gedik je kerjanya!

" Awak makanlah sendiri." Hasya tolak kerusi ke belakang.

Haiser turun dari kerusi.

Buk!

Jatuh tubuh Haiser buat Hasya laju menerpa. Hasya duduk mencangkung di depan Haiser. Hasya menatap risau Haiser. Berkerut mukanya Haiser bagai menahan sakit. Haiser menggeleng perlahan kepalanya. Pening kepala tiba-tiba.

" Darling..."

Hasya mengangguk.

" Ya. Saya di sini." Haiser mengesot tubuh ke arah Hasya. Ditolak lembut tubuh Hasya. Hasya jatuh terduduk di bawah lantai. Tergamam Hasya apabila tubuhnya dipeluk Haiser. Rapat kepala itu disembam pada dada Hasya. Hasya berdebar.

" Darling. Don't leave me. Don't leave me alone here. I want you  darling..." rengek Haiser dengan raut wajah sedih. Sedih apabila Hasya nak tinggalkan dia keseorangan di sini.

" Awak tak boleh macam ni Iser, saya kena balik. Banyak lagi tugas yang perlu saya lakukan." Hasya berkata. Menolak tubuh Haiser dari memeluknya.

" Bawa saya naik ke atas." Hasya mengangkat tubuh Haiser naik ke tingkat atas. Susah payah Hasya memapah Haiser.

Entah bagaimana silap Hasya, kaki Hasya hampir tergelincir. Laju Haiser menyambut. Mata bertentang mata. Redup Haiser tatap anak mata Hasya. Haiser sukakan Hasya. Semua berkata Hasya dia suka. Entah apa yang terjadi dalam hidup Haiser kalau Hasya pergi dari hidupnya.

" Sorry..." Hasya berdehem kecil. Menolak tubuh Haiser. Tak lupa, ucapan terima kasih diberi atas sebab menyelamatkannya.

Dengan kekuatan yang ada, Hasya bawa Haiser naik ke tingkat atas dalam bilik Haiser. Hasya nampak muka Haiser pucat. Serba salah Hasya nak tinggalkan Haiser sendiri di sini.

" Saya balik dulu." Haiser menarik tangan Hasya.

Terkerdip-kerdip mata Hasya apabila tubuhnya jatuh pada tubuh besar Haiser. Haiser senyum dengan anak mata berkaca.

" Temankan Iser. Iser rindukan Hasya." Haiser peluk tubuh Hasya. Erat bagai tak nak lepas.

Hasya terkelu. Dapat Hasya lihat raut wajah tampan Haiser dekat dengannya. Dengkuran halus kedengaran menandakan Haiser telahpun lena diulit mimpi.

Elok setiap nafas Haiser menampar muka Hasya. Panas membahang badan Haiser. Demam panas tiba-tiba. Hasya mengeluh. Takkan sebab Hasya nak tinggalkan Haiser terus lelaki itu demam? Padahal baru tadi Haiser sihat walafiat.

" Darling..." rengek Haiser.

Mata Haiser celik sedikit. Hasya senyum. Perlahan bahu Haiser ditepuknya.

" Darling..."

" Ya, saya di sini."

Haiser senyum dalam tidurnya. Tangan Hasya digenggam erat. Hasya mengetap kuat giginya. Serba salah Hasya nak tinggalkan Haiser kalau macam ni.

" Don't leave me darling..." Haiser mengumam sendiri.

Hasya mengeluh halus. Dengan tangan terketar-ketar tangan kiri Hasya mengusap kepala Haiser. Bagai seorang bayi lelaki itu tidur. Begitu tenang raut wajah kacak itu. Hasya perlahan-lahan merungkaikan pelukan dan genggaman Haiser. Susah jugak nak bagi Haiser lepaskan. Mesti buang satu-satu jari.

" Iser, awak berhak perempuan lain. Maafkan saya." Hasya berkata sebelum meninggalkan Haiser sendiri di atas katil.

Hasya turun ke tingkat bawah menuju keluar dari banglo mewah itu. Kebetulan teksi melalui kawasan itu, terus Hasya naik tanpa fikir panjang.

Usai memberitahu lokasi rumahnya pada pemandu teksi, Hasya menyandar elok kepalanya pada kerusi. Fikirannya masih memikirkan Haiser. Kasihan Haiser. Terasa serba salah meninggalkan Haiser begitu saja. Hasya meraup kasar mukanya. Hasya tak boleh serba salah. Lagi berdosa kalau dia dan Haiser tinggal dalam serumah begitu. Lagi baik begini. Terhindar dari maksiat.

" Cik, dah sampai." Hasya membayar sebelum keluar dari kereta.

Hasya masuk ke dalam rumah. Salam diberi, Hasya menonong masuk ke dalam rumah. Langkah Hasya terhenti seketika apabila Mamanya memanggil dia.

" Hasya..."

Mama tepuk tempat di sebelahnya. Hasya berbelah bahagi. Nak duduk atau tidak?

Hasya mengeluh. Hasya menghayun langkah ke arah Mamanya dan terus Hasya duduk di sebelah Mamanya itu.

Biarpun hubungan Hasya tak berapa dengan Mama. Masih Hasya bersikap baik. Hasya tahu hormat Mama. Hasya tak gila lagi nak berlaku kurang ajar.

Dah disemai dalam dirinya agar sentiasa berlaku baik dengan manusia. Paling Hasya letak kukuh dalam dirinya ialah Hasya akan sentiasa menjaga adab dan kesopannya andai berhadapan dengan orang yang lebih tua darinya. Itu yang penting dalam hidup seorang Hasya sebenarnya.

" Kenapa panggil Hasya?" soal Hasya ingin tahu.

" Tadi petang..."

Ehem!

Naik hairan Hasya melihat kelakuan Mamanya itu. Serba tak kena. Pusing kanan dan kiri. Nampak begitu gembira bagai menang loteri hari ini. Hasya dah habis fikir akan sebab senyuman itu terukir. Tapi tak ada jawapan yang ketemu. Hasya percaya ada sesuatu yang disembunyikan Mamanya.

" Ada orang masuk minang Hasya. Hasya tak nak terima? Orangnya baik-baik. Berharta. Anak Dato lagi." Mama berkata dengan senyum tak lekang di bibir. Straight to the point terus Mama tanpa berbasa basi

Hasya senyum sinis. Dah agak. Bukannya Hasya baru kenal Mamanya ini. Kalau perihal harta nombor satu. Huluran bekas cincin padanya buat kerutan pada dahi Hasya menampak.

" Ini cincin tunang. Hasya pakai saja, automatik Hasya dah jadi tunang dia." Hasya membiarkan Mamanya pakaikan cincin itu tanpa menepis.

Ada sesuatu di dalam fikiran Hasya. Hasya pasti itu menggembirakan dia. Kalau Hasya kahwin dengan lelaki ini. Bermaksud dia akan selamat dari Haiser. Senyum Hasya melebar. Gembiranya tak terkata. Jadi Hasya takkan bertemu lagi dengan Haiser? Haiser pun tak boleh sentuh dia sesuka hati bukan?

" Hasya nak tengok muka suami Hasya?" Hasya penuh yakin menggeleng.

Biarlah dia kenal suaminya selepas kahwin saja. Mustahil seawal ini Haiser dapat masuk minang dia. Pasti lelaki lain. Haiser baru kenal Hasya dan tak mungkin Haiser boleh tahu alamat Hasya bukan?

" Hasya tak nak tengok muka dia. Kalau boleh Hasya nak jadikan kejutan selepas Hasya kahwin dengan dia." Hasya melontarkan kata dengan senyuman manis.

Mama Hasya mengangguk. Hasya meminta diri naik ke atas. Sepanjang perjalanan naik tangga, tak lekang mata Hasya pandang cincin cantik itu. Cincin yang dipakainya ditatap suka dan teruja. Hasya yakin lelaki yang memilih cincin ini bukan calang-calang orang. Pasti tinggi taste ni. Naik berdebar pulak Hasya memikirkan lelaki itu. Siapa eh masuk minang dia?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #mine#novel