Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Haiser pandang Hasya lama. Keluhan berat dilepaskan. Doktor cakap Hasya tak cukup air dalam tubuh. Hasya juga susah nak makan, kerana itu Hasya cepat sakit. Tak pernah Haiser risau sampai begini sekali. Padahal dia baru saja bertemu dengan perempuan ini. Apa yang Hasya telah lakukan padanya?

" Darling, bangunlah..." Haiser mengusap lembut pipi Hasya.

Tubuh kecil Hasya selamba badak dipeluknya.

" Darling..."

Tak ada jawapan daripada Hasya. Nafas Hasya saja memberi jawapan akan seruan itu. Haiser muncung mulut dengan raut wajah sedih. Hasya tak nak bangun lagi ke?

" Darling, bangunlah. Iser nak cakap sesuatu ni." rengek Haiser manja.

Haiser bermain dengan baju Hasya. Tak henti bibir itu menyebut nama Hasya. Kerutan dahi Hasya menampak apabila nafas hangat Haiser dekat dengannya. Hasya celik mata perlahan. Terbuntang mata Hasya melihat senyuman Haiser.

" Darling..."

Tak dan-dan Haiser mencium pipi Hasya. Tergamam Hasya. Terkerdip-kerdip mata Hasya. Apa yang berlaku? Kenapa dia dicium?

" Iser risaukan darling. Nasib baik dah bangun. Anyway, jom makan. Nak?" Haiser bangun dari baringnya.

Haiser mencium dahi Hasya sekilas dan Haiser terus keluar dari bilik. Tak sempat Hasya turun katil, Haiser kembali semula dengan makanan di tangan. Haiser melabuhkan duduk di sebelah Hasya.

" Iser dah belikan nasi goreng ayam untuk Hasya."

Hasya pandang setiap perbuatan Haiser. Dari ambil nasi sehingga menyuap nasi padanya. Hasya menelan tanpa banyak songeh. Lagipun Hasya lapar. Tak sanggup kalau biarkan perutnya kosong. Dengan Hasya ada sakit gastrik. Kalau tak makan, mahu perutnya buat ragam malam ini.

" Sa-saya minta maaf."

Terhenti Haiser dari menyuap Hasya. Giginya diketap geram. Haiser tahu Hasya meminta maaf kerana kejadian malam itu. Tapi kenapa? Kenapa perlu meminta maaf sedangkan Haiser sukakan kejadian yang telah berlaku antara dia dan Hasya?

" Darling makan ya, Iser nak buat kerja."

" Awak..."

Haiser duduk semula di sebelah Hasya. Keluhan berat dilepaskan. Airmata Hasya diseka lembut. Hasya selalu buat dia jadi tak tentu arah. Kenapa menangis?

" I hate tears, please don't cry. I'm sorry. Okay?"  Haiser meminta maaf lembut. Walaupun dia tak tahu apa salahnya. Tapi Haiser ringankan juga bibirnya meminta maaf. Tak sanggup Haiser tengok airmata itu jatuh kerananya.

" Sa-saya nak balik."

" Kalau nak balik, mesti makan dulu. Okay?" pujuk Haiser dengan senyum manis.

Hasya menggeleng.

" Saya dah kenyang. Saya nak balik."

Hasya berura-ura nak bangun. Terjerit Hasya apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat duduk atas paha Haiser. Berona merah muka Hasya. Malunya melebihi segala-galanya.

" Darling nak habiskan atau nak Iser suap melalui ni." Haiser sentuh bibirnya.

Muka Hasya kian merah. Haiser tertawa kecil. Ketika inilah Haiser boleh mengusik Hasya. Kalau tidak, Hasya pasti akan mengelak darinya lagi.

" Iser ada kenal bidadari cantik tau."

Tangan kanan Haiser elok melilit pada perut Hasya. Rontaan Hasya diendahkan. Sebelah tangan lagi mengusap lembut tangan halus itu.

" Dia masuk kelab malam dan..."

" Awak jangan nak sambung. Saya tumbuk awak. Mahu?" Hasya tunjuk penumbuk kecilnya.

" Nak tahu tak apa yang ada dalam penumbuk ni?"

Dahi Hasya berkerut seribu. Raut wajah berseri Haiser dipandang aneh. Kemain bila dia cakap nak balik Haiser monyok macam mati bini. Sekarang bahagia pulak?

" Takde apa. Kenapa?" Hasya buka penumbuknya. Tak ada nampak apa-apa. Kosong aje.

" Ni..." Haiser bawa tangan kecil Hasya pada dadanya.

" Ada cinta dan sayang Iser untuk Hasya."

Hasya ketawa sinis. Tangan Haiser direntapnya. Nasi yang Haiser belikan untuknya dimakan. Malas nak dengar kata-kata manis dari Haiser. Yang Hasya tahu, Hasya nak pergi dari hidup lelaki ini.

" Pejabat darling akan berpindah di tempat Iser. Sebelah Iser."

Uhuk!

Hasya tersedak. Merah menyala Muka hasya. Tak dan-dan gelas huluran Haiser dicapainya. Diteguk rakus air masak. Setia Haiser menggosok belakang badannya.

" Darling okay?"

Hasya menepuk beberapa kali dadanya. Sakit bila makanan yang dimakan tersekat di kerongkongnya.

" Kenapa saya mesti duduk tepi awak? Saya bukan bidang itu. Saya akauntan. Awak ni dah gila ke?!" memetir suara Hasya memarahi Haiser.

" Darling, Iser buat semua ini untuk darling. Boleh tak darling jangan nak bantah Iser?" Haiser berkata geram.

Hasya mendengus kasar. Nasi diletak di atas meja. Hasya nak balik. Tak selera nak makan. Nak tengok muka Haiser pun dia tak suka. Haiser kejam!

" Darling..."

" Jangan pegang!" Hasya merentap kasar tangan Haiser.

Mencerlung tajam anak mata Hasya pandang Haiser. Raut wajah kacak itu berubah sedih. Tak suka apabila dia tinggalkan Haiser. Haiser makin mendekat buat Hasya mengundur ke belakang beberapa tapak.

" Kalau darling tak nak duduk sini. Darling tinggal rumah Iser okay?"

" Saya bukan perempuan murah. Saya tak nak! Awak pekak ke? Tak reti Bahasa Melayu? Hah?!" jerkah Hasya kuat.

" Kau!"

Berubah panggilan yang diguna Haiser. Geram pada Hasya yang berlaku kurang ajar dengannya. Tak ada dia tinggikan suara dengan Hasya. Kenapa Hasya nak tinggikan suara dengannya?

" Kau dah goda aku. Dan sekarang kau nak blah macam tu je? Hah?!" suara Haiser ikut tinggi.

Haiser senyum sinis. Raut wajah sedih tadi hilang begitu saja. Tegang sekali wajah tampan itu. Hasya menunduk takut. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Tak semena tangan Hasya ditarik tanpa sempat Hasya melarikan diri.

" Lepaslah! Lepas!" Hasya meronta kuat.

Buk!

Kuat tubuh Hasya ditolak pada dinding. Ringisan sakit dari Hasya tak diambil peduli. Paling pantang bagi Haiser andai ada yang bercakap kurang dengannya dan Hasya bagai mencabarnya.

" Kau dah goda aku. Sekarang aku nak kau goda aku balik."

Hasya menggeleng. Haiser dah tak waras. Lelaki itu menanggalkan butang bajunya. Hasya meronta kasar minta dilepaskan.

" Tolong!!! Tolong!!!"

" Kau nak orang lain tolong kau? Jangan harap, aku dah kunci pintu bilik aku dan untuk pengetahuan kau...bilik aku kalis bunyi. Tak akan ada sesiapa yang tolong kau. Kasihan bukan?" sinis Haiser berkata.

" Awak..."

" Hmm?" Haiser mengusap lembut rambut Hasya.

Ditatap anak mata berkaca itu. Haiser nampak airmata Hasya. Hasya benar-benar mencabarnya. Kalau Hasya tak buat hal. Haiser takkan buat sebegini.

" Saya nak balik."

" Kita berseronok dulu. Nak? Lepas berseronok kita balik. Okay?" Haiser berkata sambil merapatkan mukanya dengan muka Hasya.

Hasya paling muka ke arah lain menyebabkan ciuman Haiser tersasar kena pada pipi. Hasya menangis untuk kali kedua. Hangat lehernya dengan ciuman Haiser.

" Kalau awak hentikan perbuatan awak. Saya janji, saya ikut kemahuan awak."

Terhenti perbuatan Haiser mendengarkan itu. Itulah yang Haiser nak dengar sangat sebenarnya. Tak ada benda lain. Tangan kasar Haiser melilit pada pinggang Hasya.

" Darling..."

" Tsk... Tsk... Tsk..." Tangisan Hasya kedengaran.

" I'm sorry..." pinta Haiser lembut.

Hasya panggung kepala pandang Haiser yang lebih tinggi darinya. Hangat dahinya dengan ciuman dari bibir basah Haiser.

" Iser tak suka darling tinggikan suara. Jangan tinggalkan Iser. Okay?" pujuk Haiser bagai si Papa memujuk anak kecil.

Hasya mengangguk saja. Tubuhnya dipeluk si Haiser. Bagai tak nak lepas. Airmata Hasya turun lagi. Rasanya Hasya tak boleh nak lari dari Haiser. Lelaki itu menakutkannya. Mungkin bukan hari ini. Tapi hari esok...Hasya akan cuba melarikan diri. Itu janjinya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #mine#novel