Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Hasya memuntahkan isi yang ada dalam perutnya. Sally menggeleng. Selalunya Hasya tak adalah sampai gila minum air alkohol. Kali ini apa yang menghasut Hasya?

Adakah kerana masalah menyebabkan Hasya jadi lain semalam?

Nampak sedih saja raut wajah itu tapi bila dengannya, laju Hasya menukar raut wajahnya pada senyum.

" Asal kau minum air alkohol? Kau dah tahu aku larang keras kau minum air tu." marah Sally sambil menggosok belakang badan Hasya. Hasya tak sudah muntah. Gara-gara air alkohol. Beginilah!

" Aku tak tahu, aku ikut perasaan sangat malam tu. Aku bukan sengaja nak minum. Bila syaitan berbisik jadi macam nilah. Aku ikutkan saja apa yang syaitan mahu aku lakukan." Hasya mengeluarkan kata dengan rasa yang tidak lepas dari loyar.

Rasa nak muntah sekali lagi. Sally hembus nafas berat. Hasya selalu buat dia risau. Alahai Hasya....

" Kau tahu tak, yang air alkohol tu boleh buat kau mabuk? Kau jadi tak waras time tu. Kau tahu tak?" 

Gulp!

Hasya menelan air liur kasar. Bukannya kerana takut kemarahan Sally, tapi kerana kata yang keluar dari bibir Sally buat Hasya teringatkan sesuatu. Semua kejadian semalam buat muka Hasya pucat tidak berdarah.

Bibirnya disentuh. Masih dapat Hasya rasai akan perbuatannya semalam. Muka Hasya berona merah. Malu terkenangkan lelaki itu. Hasya menggeleng. Tak mungkin dia akan bertemu lelaki itu lagi, nak jumpa macam mana kalau Hasya takkan jejak dah tempat tu kan?

" Kau ni kenapa? Dari tadi menggeleng. Dah tak waras lepas minum air keras tu? Disebabkan kau minum air arak, Allah boleh sebat kau empat puluh kali tau. Nak ditambah perisa lagi, kau akan minum peluh penghuni neraka." Ceramah Sally panjang lebar.

Hasya menjeling tajam si Sally. Sally buat jari dua peace. Senyum melebar dengan barisan gigi yang menampak.

Susah payah Hasya keluar dari kamar mandi. Hasya bersiap untuk pergi kerja. Sally tercengang. Tahu tak sihat tetap nak pergi kerja jugak. Inilah manusia yang paling aneh bagi Sally. Kalau orang lain dah minta cuti kerana sakit tapi Hasya? Hasya masih larat nak pergi kerja. Hasya ni selalu gagahkan diri kalau lemah tau!

" Hasya, kau tak okay. Esok kau boleh pergi kerja. Jangan paksa diri. Kalau jadi apa-apa macam mana?"

" Aku okay ajelah. Lagipun aku malas nak jumpa boss besar minta surat nak balik. Aku tak kenal batang hidung boss besar. Mahunya aku tersesat ke bilik lain nanti." bebel Hasya sambil mengemas pakaian yang tersarung di tubuhnya.

" Selama ni kau kerja macam mana sampai semua tentang boss kau tak tahu? Naik pening aku jadinya." Sally garu kepala yang tidak gatal.

" Aku tak suka kenal orang. Kerja aku bukannya jumpa sang boss besar. Aku duduk tingkat bawah, so mustahil nak jumpa."

Hasya mencapai beg galasnya. Senyum dipamer agar Sally percaya dia baik-baik saja. Sally baik. Selalu risaukan dia. Kawan dunia akhiratnya. Nak yang terbaik untuknya.

" Kau jaga diri dekat sana. Kalau tak larat, kau balik je tau. Aku risau sangat dekat kau ni." Sally bersuara dengan nada risau. Entah kenapa, Sally rasa berat hati nak bagi Hasya balik. Macam ada something yang akan berlaku.

" Aku okay Sally. Kau jangan sedih macam ni. Kau buat macam aku dah nak mati hari ini. Rilexlah. Aku mati kau tanam je aku. Aku sanggup."

Pak!

" Kau cakap mengarut apa ni do? Kau ingat soal mati ni boleh bawak main ke? Kau ingat amalan kau dah banyak sangat sampai kau nak mati bagai?! Hah?!" marah Sally dengan anak mata memerah. Terlalu marah dan geram pada si Hasya. Tak ada benda lain ke nak cakap selain kematian? Gila ini budak!

" Sally..."

Hasya menghembus nafas berat. Sungguh bukan kemahuannya bercakap soal mati. Tapi hatinya kian rapuh dengan semua ini. Sakit yang tak dapat dia bendung hingga hari ini.

" Aku bukan sengaja nak cakap hal kematian, aku cuma dah tak kuat. Dalam family aku, tak ada yang suka aku. Aku buat baik pun diorang tak nampak. Aku dah malas nak hidup Sally. Adakalanya aku positifkan hati aku. Ya, bukan keluarga aku sorang macam ni. Ada banyak masalah lagi yang besar dari aku. Tapi aku manusia Sally, aku ada perasaan. Sakit ni..." Hasya pukul beberapa kali dadanya. Airmata Hasya jatuh jua biarpun ditahan banyak kali.

" Tak dapat aku bendung. Semua aku buat salah. Aku buat kerja and nak rest kejap pun diorang cakap aku malas. Kau boleh bayang tak? Macam robot. Always buat kerja." Hasya melontarkan kata dengan nada sayu. Sakit dan pedih sekali hatinya ketika ini. Allah...

" Hasya, aku minta maaf." Sally peluk erat tubuh kecil Hasya. Membiarkan Hasya hambur kesedihan hanya padanya. Hasya perlu tenang. Hasya masih dalam emosinya kali ini. Sally sebagai sahabat perlu ada di sisi Hasya. Sally menggosok lembut belakang Hasya.

Dalam beberapa minit, barulah esakan Hasya tidak kedengaran lagi. Sally senyum. Bersyukur bila Hasya dah tak menangis.

" Aku tahu kau ada banyak masalah. Kalau kau nak cerita, luahlah. Aku ada untuk kau. Sentiasa ada. Aku tak nak paksa kau cerita. Aku bukan jenis yang suka memaksa." Akui Sally masih dengan senyum manisnya.

Hasya menarik nafas panjang. Matanya dipejam rapat. Lemahnya dengan rasa yang membelenggu diri. Rasa tak larat nak kerja. Tapi disebabkan tanggungjawab. Memang Hasya kena pergi jugak.

" Aku pergi kerja dulu ya." Hasya melangkah turun ke bawah menuju ke kereta milik Sally. Sally bagi pinjam. Kereta Hasya tinggal dekat rumah. Malas nak pergi sana semata-mata ambil kereta. Lagipun keluarganya bukan ambil kesah kalau Hasya balik ke tak.

Hasya masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Laju kereta Honda Civic keluar dari kawasan perumahan itu.

Dalam beberapa minit, Hasya telahpun sampai. Diparking elok kereta. Usai itu, Hasya keluar dari kereta masuk ke dalam syarikat mewah itu. Hasya memboloskan diri masuk ke dalam lif. Keluhan berat dilepaskan. Dikerling sekilas perempuan di sebelahnya itu. Sotong celup tepung. Haih... Buat apa dia dalam lif ni? Nak tahu kenapa Hasya panggil celuk tepung? Sebab dia punya bedak tu berlapis-lapis macam tepung gandum! Geram!

" Sya, boss besar panggil."

Berkerut dahi Hasya. Apa yang dikatakan Sara menarik perhatiannya.

" Apa maksud kau?" Hasya peluk tubuh. Tak percaya.

Sara buat mata ke atas dan melibas rambutnya ke belakang. Malas nak ulang sebenarnya. Tapi disebabkan si boss besar jejaka kesayangannya itu buat si Sara ringankan jugak mulutnya dari bercakap.

" Aku jumpa boss besar tadi. Tiba-tiba dia tanya aku, Hasya dah sampai? Aku cakaplah belum. And then dia arahkan aku panggil kau naik atas. Tak faham lagi?"

Hasya angguk. Kepala yang tidak gatal digaru. Biarpun aneh, jarinya tetap menekan butang tingkat dua puluh. Macam mana boss besar boleh tahu namanya?

Hasya tepuk dahi. Memanglah dia tahu, kau pekerja dia. Takkanlah semua pekerja dia tak ambil tahu bukan? Kau ni Hasya...

" Hey Sya!"

Hasya angkat kedua keningnya. Macam pelik je si Sara hari ini. Nampak muka itu dimekap tebal-tebal. Oh yeah...jumpa Boss Besar, pasti Sara nak mengurat Boss Besar tadi.

" Aku nak ingatkan kau." Sara mendekat. Betul-betul di depan si Hasya.

" Haiser milik aku. Kau jangan sesekali nak rampas dia daripada aku. Faham?"

" Hmm..." jawab Hasya malas.

Ting!

Buka saja pintu lif, terus Sara keluar dari lif dengan raut wajah gembira. Mana tak gembiranya, boss besar panggil dia tadi. Bolehlah bercakap sepatah dua kata. Kalau boss tak panggil, tak boleh nak naik atas sana. Sukanya!

Muka teruja Sara buat Hasya menggeleng. Dah sayang sangat dekat si Haiser tu. Kalau tidak. Tak adanya si Sara tayang gigi besarnya. Siap jumpa orang sengih-sengih lagi. Pecah rekodlah si Sara senyum dekat orang. Masakan tidak, Sara digelar singa betina di dalam pejabat kerana sikapnya yang asyik sekali memarahi orang. Orang tak buat salah pun dia marah.

Ting!

Hasya keluar dari lif. Hasya membalas senyum dengan pekerja. Tak sempat nak melangkah lebih, seorang pekerja perempuan memanggilnya.

" Miss..."

" Yes?"

Hasya pandang perempuan yang memanggilnya tadi. Cantik dan seksi. Kalau nak dibandingkan dengan Hasya memang dialah yang seksi lagi. Menjolok mata baju dan kain sendat yang dipakainya itu.

" Miss nak jumpa tuan Haiser ke?"

" Yes."

" Bilik tuan Haiser di sebelah kanan." Perempuan itu menuding jari pada sebuah bilik yang ada beberapa meter darinya.

" Terima kasih."

Perempuan itu mengangguk. Hasya pandang pemergian perempuan itu. Jujurnya Hasya suka pekerja di sini. Ramah betul. Tak sempat nak tanya, dia terlebih dahulu disoal. Kira baguslah layanan pekerja atasan di sini.

" Let's go Hasya." Hasya mengumam sendiri.

Pintu diketuk.

Tok! Tok! Tok!

" Masuk."

Usai mendapat jawapan, Hasya masuk ke dalam bilik boss besarnya itu. Biarpun rasa gementar memenuhi diri. Tapi cepat dikawal agar terus berkelakuan biasa.

" Kenapa tuan Haiser nak jumpa saya?" soal Hasya lembut.

Hasya cuba melihat muka Boss Besarnya. Namun, tubuh lelaki itu saja yang dapat ditatapnya. Lelaki itu membelakanginya. Naik berdebar pulak Hasya. Takut nak bertemu mata dengan boss besar. Hasya ada buat salah ke sampai dia dipanggil naik atas?

" I want you."

" Huh?"

Cukup ayat itu buat dahi Hasya berkerut seribu. Haiser senyum sinis. Tak lengah masa, Haiser pusing kerusi mengadap Hasya. Hasya hampir rebah. Tangan Hasya dipaut pada kerusi. Kejap, ni bukan lelaki yang...

" Remember me?"

Hasya mengundur ke belakang. Mahu melarikan diri. Tak sempat tombol dipulas, tubuhnya ditolak pada dinding.

" Where did you go i miss you. So bad..." ucap Haiser di depan muka Hasya.

Gulp!

Hasya telan air liur kasar. Raut wajah sedih Haiser dipandang dengan debaran menggila. Terkebil-kebil Hasya apabila muka Haiser makin dekat dengannya.

" Where'd you go? Huh?" Haiser kian merapat.

Hasya menggeleng. Semua ini tak betul. Tak sepatutnya dia bertemu lelaki ini lagi. Kenapa selama ini Hasya tak tahu kemunculan lelaki ini?

Hasya memejam seketika matanya sebelum dibuka semula. Haiser bagai ada di dalam dunianya sendiri. Apa yang patut Hasya lakukan?

" Pretend like you don't know me. Pretend like nothing happened today. Okay?" Haiser ulang kembali apa yang dikatakan Hasya tempoh hari.

Gulp!

Hasya telan air liur kasar. Senyum sinis dari Haiser menakutkan Hasya. Hasya tahu yang dia dalam bahaya saat ini. Hasya meliar mata pandang sekeliling. Semuanya telah ditutup. Sepertinya sudah dirancang elok oleh lelaki ini.

" Saya tak kenal awak siapa. Lepaskan saya!" Hasya meronta keras meminta dilepaskan. Hampir Hasya menangis apabila bibirnya menjadi sasaran lelaki itu.

" What you did you get back."

Pang!

Pijar pipi Haiser ditampar Hasya. Bergetar hebat setiap urat sendiri dalam tubuh Hasya. Hasya takut. Pada masa yang sama, Hasya cuba menonjolkan keberanian dalam dirinya.

" Saya bukan perempuan yang awak boleh cium sesuka hati!"

Hasya pejam seketika matanya. Terimbas kembali apa yang terjadi semalam.

" It was my fault..." Hasya bercakap perlahan.

Menyedari kekhilafan diri. Khilaf kerana terlalu ikut perasaan ketika itu. Benarlah kata-kata orang dulu, kawal diri ketika sedih, sebab semua benda boleh jadi andai ikutkan perasaan sedih. Macam keadaan Hasya ini. Allah...

" My mistake. Everything was a mistake. when i get drunk i can't remember anything." Hasya hampir nak menangis. Sebak je rasa.

Hasya mengeluh. Diraup kasar mukanya. Serabutnya apabila Hasya bertemu dengan lelaki ini. Tak faham ke yang dia tak mahukan lelaki ini?

" Saya tak tahu macam mana saya boleh cium awak. Itu kesilapan besar saya."

" Kesilapan besar? Huh?" soal Haiser geram. Rahang Haiser bergerak-gerak. Menahan rasa marah.

Hasya mengangguk. Raut wajah Haiser berubah tegang. Sakit dan hancur hatinya apabila Hasya katakan sebegitu sedangkan bagi Haiser. Ciuman itu adalah tanda cinta dan sayang Hasya padanya. Mungkin mereka boleh bersama dengan alasan ciuman itu.

" Let's we do it again."

" Huh?" soal Hasya blur. Mata Hasya terbuntang.

" Same mistake."

Hasya menangis lagi. Rontaannya tak diambil peduli. Malah lelaki itu sepertinya tidak kesah dengan setiap tangisan dan rontaanya. Erat kedua tangannya digenggam oleh tangan besar itu.

" Why did you do this to me?" soal Hasya dengan linangan airmata. Dua kali kesucian bibirnya diambil lelaki itu. Kejamnya!

Dahi mereka berdua bersatu. Hasya pejam erat matanya. Sakit kepala memikirkan masalah yang dihadapinya. Dahi Hasya berkerut seribu. Sakit menguasai diri. Apa yang Haiser katakan sayup-sayup saja. Salah Hasya, Sally dah cakap jangan pergi kerja. Namun Hasya tetap berdegil. Dah mendapat sakit kepala bukan?

" Because i want you. I want you so bad."

Habis saja Haiser mengucapkan kata, melurut jatuh tubuh Hasya ke bawah. Nasib baik Haiser sempat menyambut. Raut wajah Haiser begitu risau ketika ini. Tiba-tiba saja Hasya pengsan. Kenapa dengan Hasya?

" Hasya!" panggil Haiser kuat.

Pipi Hasya ditepuk beberapa kali. Kemas pinggang Hasya dirangkul rapat dengannya. Haiser mengetap kuat giginya. Risau bagai nak mati pada Hasya. Haiser tak lengah masa, dicempung tubuh Hasya dan dibawa masuk ke dalam bilik peribadinya. Haiser perlu panggil doktor peribadinya segera!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #mine#novel