Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19✅

Hasya mengetuk beberapa kali skrin telefon. Haiser bersikap dingin dengannya. Tak ada kata lembut mahupun ciuman sayang daripada lelaki itu. Malah Haiser banyak kali mengelak bertemu dengannya. Balik saja dari kerja, Hasya tengok, Haiser masih belum pulang sedangkan lelaki itu sepatutnya terlebih dahulu pulang.

Paling menyakitkan Hasya, apabila Haiser buat tak tahu saja ketika waktu kerja. Biasanya Haiser akan mengusiknya ataupun menganggunya. Tetapi semuanya nampak dah lain. Sungguh berbeza. Tak ada lagi Haiser yang dulu. Berubah seratus peratus.

"Haih...Haiser memang takkan cakap dengan aku ke? Aku rindu dia..."rengek Hasya manja.

Hasya baring tubuh di atas katil. Badannya digolek ke kiri dan ke kanan. Sedihnya tak dapat dibendung lagi. Kali ini Hasya akan tunggu sampai Haiser balik. Hasya nak buat perhitungan dengan Haiser. Jam dinding dikerling. Dah pukul dua pagi.

"Mana awak ni?" soal Hasya risau.

Panjang umur, deruman enjin kereta kedengaran masuk ke dalam garaj. Hasya baring tubuh di atas katil. Pura-pura tidur. Nafas ditarik panjang. Doanya agar Allah kuatkan Hasya agar dapat memujuk lelaki bernama Haiser itu. Bunyi kuakan pintu menandakan Haiser dah masuk ke dalam bilik. Jantung Hasya berpalu tidak menentu. Tilam di depannya terasa dihenyak. Rambutnya diusap Haiser sebelum lelaki itu mengucup beberapa kali pipi Hasya.

"Abang rindukan darling. Hidup tanpa darling hilangkan fokus dalam membuat kerja. Bila abang merajuk, kenapa tak pujuk? Hmm? Abang rindukan darling tau." Haiser berkata sedih. Bibir itu dilipat.

Nampak macam budak kecil sedang merajuk. Eloklah. Muka dah baby face. Buat macam tu, lagilah muka Haiser nampak macam budak-budak. Hasya meneruskan lakonannya. Nak tengok setakat mana Haiser meluah perasaan padanya.

"Abang sayangkan darling. Maafkan abang ya? Maaf atas dosa abang setiap kali merajuk dengan darling." ucap Haiser ikhlas dengan penuh ketulusan.

Dapat Hasya rasa Haiser kini kian menjauh. Henyakan tilam jugak hilang diganti bunyi pintu kamar mandi ditutup. Hasya menghembus nafas berat. Kalau Haiser dah minta maaf, kenapa masih Haiser berperang dingin dengannya?

Dalam beberapa minit, Haiser keluar dari tandas. Hasya berlakon untuk sekian kalinya. Setiap rasa bercampur baur. Derapnya tidak terdengar dan entah bila datangnya tetapi pasti akan datang.

Gulp!

Haiser kini dah berbaring di sebelah Hasya. Namun lelaki itu masih membiarkan jarak beberapa meter di antara mereka berdua. Tak ada apa-apa sentuhan. Betul-betul perang dingin ni. Hasya tersebik sedih. Tubuhnya dibawa pusing ke arah sang suami.

Gulp!

Anak mata mereka beradu seketika. Mata mereka berdua seolah-olah menyampaikan sesuatu. Menyimpan pelbagai perasaan antara satu sama lain. Hasya tenggelam dalam rasa itu. Rasa yang luar biasa. Yang tidak pernah Hasya rasai seumur hidupnya.

"Kenapa menangis?" soal Haiser lembut.

Jari jemari Haiser bermain dengan rambut panjang Hasya. Hasya menangkap tangan Haiser dan dibawa ke bibir. Dicium sayang tangan itu. Titisan airmata jatuh di belakang tapak tangan Haiser.

"Sa-saya minta maaf, janganlah merajuk lagi dengan saya." Hasya berkata sebak.

Haiser merentap lembut tangannya. Haiser beura-ura nak pusing tubuh. Hasya menahan. Beberapa titis airmata Hasya mengalir. Baju Haiser dicengkam dan Hasya menarik tubuh itu agar rapatnya.

"Kenapa awak hukum saya macam ni? Saya dah minta maaf banyak kali. Kenapa awak keraskan hati menerima maaf dari saya? Apa silap saya pada awak? Takkan disebabkan semua bait kata saya tempoh hari buat awak jadi sampai macam ni?" soal Hasya dengan tembakan soalan bertalu-talu.

"Salah ke manusia jahat nak berubah ke arah kebaikan? Tetap salah manusia andai perubahan itu adalah berpunca dari mereka?" soal Haiser dengan mata memerah.

Haiser mengetap kuat giginya. Muka diraup kasar. Nafasnya dihembus lembut. Sikapnya berubah apabila terkenangkan kejadian dulu. Haiser mampu berubah sekelip mata kerana kejadian itu. Kejadian yang menghantui dirinya.

"Tak salah." Hasya bawa kepala turun ke bawah.

"Jadi seorang jahat adakalanya kerana perbuatan manusia." Hasya hulur senyum pada Haiser.

Mata itu menghantar pandangan kosong. Tidak berdaya membalas senyuman Hasya ketika ini. Hatinya hanyut dengan rasa sedih tidak kunjung hilang.

"Mereka tak berniat untuk berubah, namun kerana ini..." Tangan Hasya dilekap pada dada Haiser.

"Hati. Hati kian rapuh dan sakit dengan perbuatan manusia buat seseorang itu berubah. Setiap yang berlaku bersebab dan saya percaya, manusia jahat boleh berubah jadi orang yang paling baik di dunia." Hasya menepuk beberapa kali dada Haiser.

Haiser terdiam. Kata yang diucap Hasya dimamah hingga tak ada satupun yang tertinggal. Setiap kata bagai memberi Haiser cahaya untuk terus berubah ke arah kebaikan.

"Dan awak...tidak terkecuali." sambung Hasya.

Terkedu,

Itu yang Hasya rasa apabila airmata Haiser mengalir. Dari celah mata itu ada air jernih. Anak mata Haiser mengalir. Meluahkan rasa sedih dari pandangan.

"Haiser..." Hasya menyeka lembut airmata Haiser.

Tak berkelip mata itu menatap Haiser. Sayu anak mata dihulur. Hasya serba salah. Gara-gara Hasya lelaki itu menangis. Jika Hasya tahu ini akan terjadi. Takkan Hasya lepaskan kata yang bukan-bukan.

"Kalau awak ada masalah, jangan pendam. Bagitahu saya, apa guna saya sebagai isteri? Saya nak awak luah semua agar awak tenang. Tak ada lagi sedih-sedih macam ni. Saya tak suka tengok awak sedih. Jadikan bahu saya sebagai tempat bersandar ketika lelah. Jadikan sejadah sebagai tempat awak sujud meminta kekuatan. Okay?" lembut Hasya melontarkan kata.

Tubuh Hasya didakap erat. Tergamam Hasya. Perlahan belakang tubuh itu digosoknya. Baju Hasya terasa basah di bahagian belakang. Hasya tahu Haiser sedang menangis.

"Saya ada untuk awak. Jangan sedih-sedih lagi ya? Risau saya kalau awak terusan begini. Masalah awak takkan dapat selesai kalau awak terus sembunyi. Ada baiknya awak luahkan semuanya pada saya." pujuk Hasya lembut.

Haiser tetap sama. Diam tanpa apa-apa kata. Bibir itu terkatup rapat. Enggan mengeluarkan kata. Haiser nak bagitahu apa yang terjadi pada dirinya. Namun, seperti ada sesuatu dalam fikirannya. Melarang keras Haiser dari melontarkan kata.

"Tak ada apa. Iser baik-baik saja." Haiser sembunyi setiap perasaan yang dia rasa.

Hasya mengeluh. Nampaknya sesuatu telah terjadi pada Haiser dulu. Sepertinya memberi impak yang besar dalam diri Haiser. Manakan tidak, lelaki itu menangis. Meluah segala rasa melalui tangisannya itu.

"Saya takkan paksa awak untuk ceritakan semuanya. Tapi saya nak awak tahu...saya akan sentiasa ada untuk awak." ucap Hasya ikhlas dari hatinya.

"Abang tak mampu darling...Abang tak mampu nak bukak setiap cerita yang terjadi dalam hidup abang. Maafkan abang ya?" sayu mata Haiser menatap ke dalam anak mata Hasya.

"Awak tak ada salah apa-apa pada saya. Jangan minta maaf. Buat saya makin serba salah atas perbuatan saya mendesak awak." Hasya mengusap lembut kepala sang suami.

"Boleh abang peluk darling?"soal Haiser terlalu mengharap.

"Sure my Haiser."

Haiser senyum kecil. Tubuh Hasya dipeluk erat bagai tak nak lepas. Hasya biarkan saja Haiser memeluknya.

"Awak akan sentiasa okay..."bisik Hasya lembut.

Tubuh itu masih digosoknya. Senyap bibir itu dari berkata. Mata Haiser mengerdip beberapa kali. Mata Haiser kian layu. Dengkuran halus kedengaran menandakan lelaki itu telah diulit lena. Hasya ketawa kecil. Matanya turut ditutup. Tidur bersama si Haiser.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #mine#novel