Bab 17✅
"Kita nak pergi mana ni?" soal Hasya aneh.
Sejak dari kereta tadi Haiser menutup matanya. Entah di mana dibawa Haiser. Ingatkan nak terus balik. Rupa-rupanya ada tempat lain yang ingin menjadi persinggahan.
"Somewhere."
"Sejak tadi awak cakap benda yang sama. Saya nak tahu sangat ni. Tak sabar nak tengok apa yang awak nak tunjukkan pada saya." bebel Hasya geram.
Hasya mendengus kasar. Boleh pulak si Haiser gelakkan Hasya. Buat Hasya geram. Dalam keadaan serius pun Haiser masih anggap Hasya sedang bergurau. Haih...
"Okay dah sampai." Haiser merungkai kain yang ada pada mata Hasya.
Hasya terpegun. Kebun buah yang dipenuhi dengan pelbagai buah ditatap teruja. Tak lepas mata Hasya dari tengok buah kegemarannya itu.
"Boleh Hasya petik?"
"Kebun abang, milik darling." Terbuntang mata Hasya mendengarnya.
Hasya petik buah rambutan. Merah menyala. Tak sempat nak gigit rambutan, Haiser telah merampas darinya. Muka Hasya cemberut.
"Awak, saya nak makan buah rambutan. Kenapa ambil saya punya?" soal Hasya tidak puas hati. Dihentak beberapa kali kakinya.
"Sabar darling, abang nak tolong kupaskan untuk darling. Darling ni, selalu hentak kaki. Kalau patah kaki nanti macam mana?" soal Haiser lembut. Hidung Hasya ditarik geram.
"Tak baik tau. Hentak kaki macam tu dekat suami." sambung Haiser lagi.
Dikupas rambutan lalu diberi pada sang isteri. Senyum Haiser melebar melihat Hasya bersungguh makan rambutan. Haiser menggeleng. Dipetik beberapa rambutan lagi dan hal yang sama dilakukannya.
"Kenapa gigit rambutan? Darling nak jadi vampire?"
"Bukan vampire, Hasya dah biasa gigit untuk buang kulit rambutan. Senang. Tak adalah sakit tangan." Hasya menyambut pemberian rambutan yang telah dikupas Haiser.
"Next time jangan buat macam tu, sakit gigi nanti." Pipi Hasya ditarik manja.
Hasya menepis. Sakit pipinya gara-gara si Haiser. Paling buat Hasya geram pipinya telah berlengas gara-gara si Haiser. Dijeling tajam suaminya itu. Haiser gelak macho.
"Janganlah main pipi. Sakit tau!" Hasya berdecit tidak suka.
"Sorry darling..."
Haiser menarik baju Hasya mengikut langkahnya. Nak pegang tangan Hasya tangan melekit. Kotor pulak tangan Hasya nanti. Hasya mengikut tanpa banyak songeh. Lagipun mata Hasya dah rambang tengok setiap buah yang ada di sini.
"Awak, saya nak bawak balik buah dekat sini boleh tak?"
"Macam abang cakap, kebun buah ini milik darling. Darling nak letak katil ke, letak rumah ke. Abang akan berikan tanpa ragu-ragu. Milik abang, akan tetap jadi milik darling." usik Haiser.
Hasya menjeling tajam si Haiser. Rasa macam Haiser ni sengaja nak naikkan amarah Hasya. Katil eh? Sengaja dia ni!
Haiser membalas jelingan Hasya dengan sengihan. Bukan selalu boleh usik Hasya. Lagipun Hasya ni hati batu. Nak cairkan begitu payah sekali.
"Seriuslah awak bagi saya ladang sebesar ni?" soal Hasya dengan kedua keningnya diangkat tinggi.
"Darling suka buah. Jadi, tak salah kalau abang nak bagi kebun ini untuk darling. Bolehlah darling ambil buah setiap hari dekat sini." jawab Haiser tenang.
Haiser pun tak kesah kalau bagi separuh hartanya pada Hasya. Hasya isterinya dan berhak dapat layanan istimewa sebegini. Untuk apa lagi hartanya andai tidak diberi pada sang isteri?
"Darling suka buah apa lagi?" soal Haiser sambil berjalan mengelilingi kebunnya. Besar seperti padang bola kebun miliknya. Banyak jugak untung jual buah.
"Durian. Rambutan. Tembikai dan banyak lagi. Tak dapat Hasya kira. Hasya macam..." Muka Hasya teruja gila. Sampai terlompat ke atas. Betul-betul sukakan buah!
"Abang suka darling happy macam ni. Buat hati abang bahagia." Haiser memanggil salah seorang pekerja yang sedia menjaga di kebun itu. Bagai tahu apa yang Haiser inginkan, lelaki itu memberi dua plastik besar pada Haiser.
"Thanks."
Pekerja itu mengangguk sebelum melakukan kerjanya semula. Ramai jugak pekerja dekat sini. Dalam dua puluh orang. Suka pulak Hasya tengok cara mereka bekerja. Sangat tekun dan tidak mencuri tulang. Salah seorang pekerja tiba-tiba merapati Haiser.
"Tuan..."
"Kenapa Pak Rahmat? Ada apa?" soal Haiser risau.
Dah tahu kemungkinan Yang Pak Rahmat ingin katakan. Pasti anak perempuannya sakit lagi
"Anak saya demam hari ini. Boleh saya cuti separuh hari? Saya takut kalau anak perempuan saya makin teruk sakitnya." ucap Pak Rahmat dengan anak mata berkaca. Risau melebihi segala-galanya. Biarpun anaknya berumur dua belas tahun. Namun itu saja harta yang dia tinggalkan.
"Boleh Pak Rahmat."
"Terima kasih Tuan Haiser."
"Kejap." Tak sempat nak melangkah lebih jauh, bajunya ditarik Haiser. Haiser keluarkan dompet miliknya. Beberapa keping not bernilai seratus diberi pada Pak Rahmat.
"Ambillah. Belikan ubat untuk anak Pak Mat. Saya ikhlas. Terimalah."
"Tapi...Tuan Haiser dah banyak kali bagi duit pada saya. Nanti apa pulak kata pekerja lain." ucap Pak Rahmat sebak.
Beberapa titis air jernih jatuh di pipi. Tidak diseka. Malah dibiarkan saja meleleh di muka kedutnya itu.
"Tak apa. Anggap saja saya sedekahkan untuk Pak Rahmat. Lagipun Pak Rahmat dah tolong jagakan kebun ini. Abaikan apa yang orang nak kata. Yang penting...anak Pak Rahmat. Okay?" lembut Haiser menuturkan kata. Buat Pak Rahmat kian sebak.
Tubuh Haiser didakap erat bagai tak nak lepas. Esakan kecil kedengaran. Menangis kerana terharu dengan layanan boss besarnya ini. Allah...terima kasih hadir Haiser sebagai hamba yang dapat tolong dia. Andai Haiser tak ada, entah apa terjadi pada anak perempuannya itu.
"Saya akan ingat jasa Tuan Haiser. Terima kasih. Semoga Allah membalas kembali perbuatan baik Tuan pada saya." Pelukan dirungkaikan. Haiser menyeka lembut airmata Pak Mat.
"Eh Pak Mat, sorry...berlengas tangan saya. Saya lupa." Haiser berura-ura nak lap pipi Pak Rahmat dengan belakang telapak tangan.
"Tak apa. Saya tak kesah." Pak Rahmat memegang tangan Haiser. Menghalang perbuatan Haiser.
"Saya balik dulu." Pak Rahmat menunduk sedikit kepalanya. Haiser melambai Pak Rahmat. Bayang lelaki itu menghilang menyapa kornea mata.
Eh lupa, Hasya?
"Darling?"
Hasya kelihatan masih mengelamun. Haiser panggil sejak tadi. Tapi tak ada sahutan. Malah Hasya seperti ada di dalam dunianya sendiri. Diam bagai patung cendana di depan Haiser. Haiser menggeleng. Tubuh Hasya dipeluk erat.
"My darling...asal ni? Hmm?"
Tubuh Hasya dibawa ke kiri dan kanan. Mengikut rentak gerakan tubuhnya. Hasya baru tersedar. Hasya tersenyum malu. Cair dengan kelakuan baik Haiser pada Pak Rahmat tadi buat Hasya mengelamun panjang.
"Erk...sorry..." Hasya garu kepala yang tidak gatal.
Sengihan tidak berapa lawa tersungging di bibir. Haiser pandang Hasya. Tubuh itu masih dalam pelukannnya. Tangan kanan Haiser diangkat mengelus pipi Hasya.
"Okay tak ni? Asal mengelamun? Abang risau. Kalau sakit bagitahu. Abang boleh bawak darling pergi klinik. Mana tahu kalau sayang demam ke..." Tangan itu melekap pada dahi Hasya.
"Erk...sa-saya okay." Hasya menepis lembut tangan Haiser.
Berdetak hebat jantung Hasya. Pandangan redup dari Haiser melemahkan tubuh Hasya. Dah berapa kali Hasya jatuh cinta kerana lelaki ini. Kebaikan yang ditonjol benar-benar buat Hasya terbuai. Allah...ada lagikah lelaki sebaik Haiser?
"Tengok...mengelamun lagi." Hidung Hasya dipicit beberapa kali. Geram!
"Sorry..."
"Sekali lagi sorry..." Haiser ketawa kecil.
Pinggang Hasya dirangkul dan dibawa ikut langkahnya. Nak bawak Hasya tengok lagi sekeliling kebun ini. Dah lama Haiser tak lawat kebun ini. Rindu jugak.
"Abang rindu nak datang sini..." gumam Haiser perlahan.
"Selama ni awak buat apa?"
"Lepak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang abang lawat sini sebulan sekali."
"Kenapa tak suka datang sini? Lagipun sedap dapat makan setiap buah dalam kebun ni." Hasya senyum manis. Lebar sekali tarikan senyum itu.
"Sebab abang tak suka datang sini sorang. Abang memang nak ajak isteri kesayangan abang." Haiser memberi plastik pada Hasya.
"Ikut abang. Biar abang petik buah untuk sayang."
Hasya angguk. Statik mata Hasya melihat Haiser. Segala perbuatan Haiser menarik perhatian Hasya. Tak sedar bibir itu telah mengukir senyuman manis. Hasya pegang dadanya. Degupan jantung begitu laju. Bagai Hasya berlari sekeliling kebun ini saja. Haih...kau jatuh cinta ke Hasya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro