Bab 16 ✅
Nura mengetap kuat giginya. Tangannya sejak tadi dipegang. Bila Nura menepis, makin kejap lelaki itu memegang tangannya. Naik rimas Nura jadinya. Keluhan berat dilepaskan.
"Sayang, asal ni? Hmm?" soal Naail lembut.
"Awak betul-betul nak hantar saya balik?" soal Nura gelisah.
Bukan kerana Nura takut berpisah dengan Naail. Namun Nura dapat agak Naail ada rancangan buatnya. Naail takkan semudah ini membebaskan Nura. Meski Nura baru kenal Naail. Tapi Nura tahu ada sesuatu dalam fikiran Naail.
"Kenapa? Sayang tak nak percayakan hubby ke?" soal Naail dengan raut wajah sedih. Lorekkan sinis tidak hilang dari raut wajah kacak itu.
"Awak hantar saya balik pasti ada sebab. Awak takkan hantar saya tanpa sebab. Apa rancangan awak, Naail?" soal Nura geram.
Naail ketawa kuat. Sinis sekali tawanya itu. Tubuh Nura diangkat duduk di atas pahanya. Disembam mukanya pada ceruk leher Nura. Tolakan dari tangan kecil Nura sama sekali tidak diambil peduli.
"Lepaskan saya! Awak dah gila ke? Behave boleh tak? Pemandu awak ada dekat depan. Jangan buat kerja gilalah!" marah Nura dengan nada berbisik. Cukup untuk dia dan Naail saja mendengarnya.
"Hubby memang dah gila sayang. Hubby gilakan sayang..." Naail mengenggam kedua tangan kecil milik Nura. Sesekali muka memerah itu dicium. Sukarnya untuk dia jinakkan si Nura ini. Terlalu jual mahal!
"Sayang memang bijak. Macam tahu-tahu je hubby ada rancangan untuk sayang." Hilang rontaan Nura mendengarkan itu.
Nura pandang si Naail. Seinci saja antara muka mereka berdua. Dapat Nura rasai setiap deruan nafas hangat lelaki itu dekat dengannya.
"Apa yang awak rancang? Apa lagi yang awak tak puas hati? Saya tak suka awak ganggu saya. Saya nak hidup tenang tanpa awak. Saya tak nak ada kena mengena dengan hidup awak. Faham tak?" Nura berbisik keras.
Andai tidak difikir ada pemandu lelaki di depan. Pasti dah dijerkah si Naail. Biarpun Nura akui yang dia bencikan Naail. Tapi Nura tak gila lagi nak malukan Naail di depan pemandunya itu. Tak baik.
"Hubby rancang nak kahwin dengan sayang. Hubby tak pernah puas hati. Hubby suka dengan layanan sayang. Hubby mahu 'sentuh' sayang setiap hari. Macam sayang cakap, hubby perlu kahwin dengan sayang dulu. Baru boleh sentuh. So...inilah yang hubby lakukan." ucap Naail mendatar.
Tak ada serba salah sikitpun dengan ucapannya itu. Seperti dah biasa bercakap perihal itu. Nafsu lelaki bernama Naail memang macam ni ke?
"Saya tak nak kahwin sebab nafsu. Saya takkan setuju kahwin dengan awak. Never!" bantah Nura dengan muka serius.
"Kalau macam tu, siap sedialah untuk mama dan papa sayang sakit." Naail berkata sinis.
"Maksud awak?" soal Nura aneh.
"Hubby ada banyak gambar and video 'cinta' kita berdua. Hubby dapat rasakan Mama dan Papa sayang suka kalau tengok gambar dan video tu. Sayang tak rasa macam tu ke?" soal Naail dengan kedua keningnya diangkat.
Nura mengetap kuat giginya. Merah menyala muka Nura mahu marahkan Naail. Tangan diangkat untuk menampar Naail. Namun...
"Jangan sayang, hubby tak ajar sayang angkat tangan macam ni. Kalau hubby hantar betul-betul gambar dan video jangan salahkan hubby ya?"
Tangan Nura perlahan turun jatuh ke bawah. Diketap kuat giginya. Mata Nura memerah. Panas berbahang rasa mukanya. Beberapa titis airmata Nura mengalir. Nura tak mampu buat apa. Naail terlalu kejam. Salah Nura dalam hal ini. Memang salah Nura!
"Jangan buat saya macam ni Naail. Lepaskan saya. Jangan kahwini saya. Tolonglah..." pinta Nura dengan esakan.
Naail buat pekak. Tubuh Nura didakap erat. Tolak dari Nura dihiraukan. Senyum sinis terkutik di bibir. Ini yang dia mahukan dari Nura. Nura takkan berani untuk membantah setiap katanya. Naail berkuasa di atas perempuan itu.
"Kita cari baju pengantin ya?" Naail menyeka lembut airmata Nura.
"Saya tak nak. Saya nak balik."
"Kita pergi butik pengantin." arah Naail pada pemandunya.
"Baik Tuan." Kereta membelok ke kanan. Mengubah destinasi mereka.
"Awak tolong dengar cakap saya, batalkan semua ini. Saya tak nak. Saya nak kahwin dengan Amir. Berikan saya peluang untuk bahagia." tutur Nura sebak.
Naail senyum senget. Tak terlintas dalam otaknya akan melepaskan Nura. Bahkan untuk memberi keizinan untuk Nura kahwin dengan Amir pun takkan dia berikan. Nura sedang mencari masalah dengannya. Kenapa tidak mahu kahwin dengannya? Kenapa perlu memilih Amir?
"Peluang untuk kau bahagia takkan aku berikan. Untuk sekali lagi aku peringatkan, aku takkan sesekali batalkan perkahwinan kita berdua. Jangan kau sebut nama Amir. Kalau tidak, aku takkan teragak-agak lukakan bibir kau. Jangan cabar aku, Nura!" Terus berubah panggilan antara mereka berdua. Tanda Naail begitu marahkan Nura.
Nura menunduk kepala ke bawah. Esakan Nura kian kedengaran. Tangan Naail kian erat melilit pada pinggangnya. Nura dah malas nak tepis. Kalau tepis, tak jadi apa. Naail tetap akan menyentuhnya. Jari telunjuk Naail bawa dagu Nura naik ke atas. Bertentang mata dengannya.
"Aku tak suka kau sebut nama lelaki lain. Kau milik aku, Nura." suara itu keras berbicara.
"Ta-tapi saya tak sayangkan awak. Sa-saya-"
"Aku tak kesah. Kau sayang atau tak. Aku tetap nak kau jadi milik aku. Kau tak perlu menangis air mata darah. Keputusan aku muktamad. Kau dan aku akan berkahwin jugak." ucap Naail di depan muka Nura.
Air mata Nura kian galak mengalir. Nura tatap anak mata Nura. Riak muka itu beku saja biarpun Nura dah bagi pandangan sayu agar lelaki itu lepaskan dia.
"Awak banyak duit. Awak boleh pilih perempuan lain yang boleh jadikan isteri. Tak perlu awak kahwin dengan saya." bantah Nura untuk sekian kalinya.
"Aku nak kau. Aku tak nak orang lain." putus Naail.
Nura tersebik. Berura-ura nak turun dari pangkuan Naail. Naail kemas merangkul pinggangnya. Tak benarkan Nura turun. Nura pasrah. Tak jadi nak turun. Suasana diam sehinggalah mereka betul-betul sampai di depan butik pengantin. Nura pandang gitu saja butik itu. Memang kena kahwin dengan Naail ke?
"Jom!" terjerit Nura apabila tubuhnya terbang di cempung Naail.
Naail bawa tubuh Nura masuk ke dalam butik mewah miliknya. Dihempas tubuh itu di atas sofa yang tersedia. Terpelanting tubuh Nura. Nura menjeling tajam si Naail. Tahulah tengah marahkan Nura. Tapi tak perlu rasanya sampai lempar tubuh dia begini sekali. Naail meliar mata mencari baju pengantin buat Nura. Berseri indah muka tampan itu apabila dapat baju pengantin yang dia suka.
"Nah, pakai." sua Naail pada si Nura. Muka lelaki itu masih beku. Tak ada segaris senyuman pun.
"Buat macam butik sendiri eh?" sinis Nura berkata.
"Memang butik ni milik aku. Dah! Pakai!" gesa Naail. Ditarik tangan Nura dan dibawa masuk ke dalam bilik persalinan.
"Yelah. Sabar!" geram Nura menuturkan kata. Nak tercabut tangan gara-gara paksaan si Naail. Nura menjeling tajam si Naail. Malu sekejap. Ingatkan butik ini bukan milik lelaki tampan itu. Rupanya...
"Jelinglah. Aku cium kau dekat sini." Nura jelir lidah geram.
"Kau ni..." Beberapa tapak dibawa ke depan.
Bam!
Terpejam rapat mata Naail. Sakit hidung mancungnya kena pada pintu. Decitan keluar dari bibir Naail. Nura hempas terlalu kuat pintu. Nak kena Nura ni.
"Siap kau keluar nanti." ugut Naail geram.
"Saya tak takut. Bluerk!" Naail berura-ura nak rempuh pintu. Namun kemunculan Nana membatalkan niatnya.
"Cepat sikit!"
"Ye!"
Senyum kecil terkutik di bibir Naail. Rambut disebak ke belakang. Hidungnya yang kemerahan itu disentuh. Nafas dihela bahagia. Suka dengan perasaan yang dia alami ketika bersama Nura.
"Dah jatuh cinta ke?" soal seorang perempuan yang baru muncul.
Dengar suara baru tahu si Boss dah masuk butik. Pelik jugak. Dahlah tengok Boss dengan perempuan bertudung. Sejak bila suka perempuan bertudung?
"Sibuk je kau ni. Buat kerja sana!" halau Naail dengan muka sengaja seriuskan.
Nana menggeleng. Jatuh cinta tapi tak nak mengaku. Biarpun muka Naail nampak serius ketika ini. Namun anak mata lelaki itu menggambarkan rasa gembira dan bahagia. Nana doakan perempuan yang akan bersama dengan Naail dapat merubah Naail ke arah kebaikan. Amin...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro