Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 7ஜ═════

"Ikut beta, wahai pemaisuri ku, atau tidak..." Ucap ku terhenti seketika lalu bibirku menaik senget. Senyum sinis di tayangkan kepada wanita di hadapan aku ini. "Ryan kesayangan kau akan mati di tangan ku."

Aku tersenyum saat aku mengingat memori tadi. Sebelum aku membawa anastasia kembali ke sini. Di istana castiel.

Aku mengugutnya agar dia ikut aku kembali ke kerajaan castiel dan dia menurut meskipun matanya ada sekilas ingin melawan.

Sekarang dia lebih berani dari biasanya. Entah kenapa aku merasakan istri aku itu orang yang berbeza, aku mengelengkan kepala aku.

Aku hanya diam sambil meminum kopi hitam ku itu. Gelap dan pahit seperti masa depan lelaki durjana itu. Tiba - tiba bibir aku tersenyum lebar.

'Tidak lama lagi.' Aku pandang kearah luar jendela. Menunggu saat ryan di seret sambil menangis dengan air mata darahnya yang mengalir keluar.

Sampai bila lagi ryan ingin melarikan diri dari semua ini? bila lagi dia ingin sedar kalau dialah jahat? sampai bila ryan akan menafikan semua ini?

Aku hanya mengelengkan kepala ku. Apa yang dia lakukan sangat tidak boleh di maafkan. Ini semua salah dia. Dia harus tanggung akibatnya. Akibat yang membuat semua masalah personal ini menjadi besar.

-------------------------------------------------------------------

Sementara itu...

Miciela memulakan misinya untuk mengorek segala maklumat agar memori anastasia di berikan lagi kepadanya. Manatahu anastasia tiba - tiba beri sekilas memori sekali lagi untuk klu apa permintaan anastasia kan? Dia pun segera melihat sekeliling.

dia tidak tahu sekarang jam menunjukkan pukul berapa. Miciela lalu melihat luar jendela. Matahari yang mulai tenggelam dan bulan sekejap lagi akan timbul mengantikan matahari itu.

Esok ialah hari ketiga dia berada di zaman ini. 'Entah kenapa aku rasa hari aku berada di sini ada batas. Aku harus tolong anastasia.' Fikir miciela. Dia harus segera menolong anastasia untuk tunaikan apa yang dia minta. Saat miciela ingin berjalan dengan tangan yang masih bergari itu.

Wangi yang agak dia kenal itu segera menyapa hidungnya, miciela heran dan tercari - cari di mana wangi itu berada, miciela ke hulur ke hilir mencarinya. Namun sayangnya, miciela tidak dapat mencari sumber wangi itu. Datang dari mana pun dia tidak tahu. Agak ajaib juga-

'Aku mempersembahkan ini hanya untuk mu-'

Aku melihat sebuah patung batu yang megah yang serupa dengan aku. Di sekitar patung besar itu memiliki banyak bunga ros biru. Wangi yang hangat dan tidak pernah aku lupa. Lalu sebuah kuil disebelah istana itu di persembahkan untuk aku sempena hari ulang tahun ku.

"Ugh!" Kepala miciela berdenyut sakit saat mendengar dan melihat sekilas ingatan itu. 'Apa itu? kenapa secara random ingatan itu tiba - tiba datang kepada aku? apakah anastasia begitu terdesak untuk dia mau aku pilih siapa yang akan dia hidup bahagia?' seperti berhadapan dengan sakit kepala iaitu migrain.

Sakit kepala itu terus menerus menyerang kepala miciela. Mulai dari belakang leher sampai ke matanya. Suara nyaring yang kuat dan begitu keras membuat miciela gagal untuk mendengar dengan bagus.

'MICIELA BANGUN! MICIELA BANGUN!'

Tanpa sedar miciela berteriak membuat seluruh penghuni kerajaan castiel mendengarnya, theo yang berada dalam pejabat pribadi miliknya yang sedang menikmati kopi pahit dan memikirkan cara untuk membunuh ryan dengan sadis berhenti.

Theo segera bangun dengan sepantas kilat dia berlari, tidak lupa dengan pedang tajamnya itu. 'Sial tidak mungkin itu datang kembalikan?'

'Bruk!!'

Bunyi pintu itu hampir tercabut di buatnya.

"Anastasia!"

-------------------------------------------------------------------

Keadaan ryan dan erez saat ini...

'Sial!' fikir aku saat aku dan erez sudah di kepung. 'Theo ingin bawa aku hidup - hidup tapi dengan keadaan sekarat sementara erez diperintahkan untuk di bunuh? ini tidak boleh terjadi!'

Aku mencabut anak panah yang melekat ke bahu ku secara paksa membuat aku sedikit meringis kesakitan, namun ini bukanlah apa - apa. Aku terbiasa menerima sakit ini, apalagi pernah kena teruk daripada ini.

Mata coklat erez terbeliak dibuatnya, aku dapat jangka dia akan membebel dengan aku. Dasar tak kenal dengan tempat dan situasi kita berada sekarang ni.

"Kau bodoh ke!?" Habis kepala aku di smack down sambil itu jugalah erez fokus untuk melawan para tentera raja jahanam itu. Dasar pengkhianat tapi aku juga sama pengkhianat. Aku menghela nafas sekejap lalu menekan luka di bahu kanan ku.

Agar dia segera berhenti. Aku mengambil pedang aku yang masih melekat rapi di pinggang aku. "Woi! Kau serius lah nak lawan ni!? Kau cedera woi!" teriak erez sampai tentera yang dia lawan pun sakit telinga di buatnya.

"Aku tak peduli lah!" Ucap ku kepada erez. "Aku bukan lelaki lemah pun!" Sambung ku lalu dia menjawab. "Memanglah! Tapi dari pandangan aku kau masih budak mentah!" teriaknya lagi. Aduhai tak nak kalah macam perempuan.

Aku tak peduli pun, aku sekali libas 'zap!' Segala darah memercik keluar dari leher salah satu tentera aku potong, kepalanya tercabut dan tergolek ke rumput. Warna merah yang biasa aku selalu lihat sejak aku kecil lagi.

Aku dah terbiasa di ajar untuk membunuh dan memimpin rakyat nanti kelak. Namun tangan kiri aku agak sedikit kaku sebab aku tak pandai menghandalkan tangan kiri aku ni. Aku bukan kidal sejak lahir.

Kalau aku guna tangan kanan makin banyak keluar darah aku dan makin terbuka luas pula luka panah itu. Raja fernand seperti patung berdiri di sana dengan muka yang agak santai tak buat apa - apa seperti dia sedang melihat teater.

'Tsk dia fikir ini permainan?' kutuk aku dalam hati. 'Anastasia... Aku harus pergi dengan erez dari sini. Setidaknya aku harus selamat. Semoga kau juga selamat anastasia.' Doa ku.

Aku dan erez mengelak dan terajang satu persatu tentera kerajaan crystal. Raja fernand adalah salah satu pemimpin terbaik di antara kerajaan setelah pupusnya kerajaan elysian yang di rampas oleh kerajaan castiel. Raja theodore. Adik aku sendiri.

Habis di luar kerajaan crystal penuh dengan darah seperti medan perang, aku cucuk dada mereka, tendang, tebas kepala, potong kaki dan segala yang boleh menjatuhkan lawan dalam sekejap.

Aku harus lari tapi tidak satu pun peluang di berikan kerana tentera crystal tak habis - habis datang. Membuat kami berdua terluka. Aku melihat erez. Dia yang paling bertahan di antara aku.

Teknik cara dia berlawan sangatlah hebat, aku sendiri ada sedikit iri, namun aku hiraukan buat masa ini. Erez juga mati - mati berjuang. Saat tentera makin sedikit kami bunuh. Raja fernand undur satu langkah.

Membuat aku dan erez kebingungan, disitulah aku tak sangka semuanya terjadi begitu cepat. Seperti hujan, banyak panah yang datang ke arah kami. Rupa - rupanya mereka sengaja.

Kami tak perasan ada tentera - tentera di atas kerajaan crystal mempanah kami, erez dan aku tunduk untuk mengelak. Sayangnya erez memeluk aku erat membuat belakangnya banyak terkena panah. Meskipun dia memakai perisai, namun ada yang tembus.

Dia juga banyak luka kerana sedari tadi berjuang habis - habisan untuk melindungi seseorang macam aku ni. Sebuah bom di jatuhkan kearah kami berdua membuat erez menolak aku jauh darinya.

Dia pun berguling ke arah berlawanan, 'BOM!' Bunyi nyaring terdengar di telinga aku, kabus yang mengaburi mata aku, tapi aku tak boleh menahan mata aku untuk menutup, apakah benar ini kali terakhir aku akan mati? Bersama erez?

Sesaat kabus hilang. Salah satu pengawal mengikat aku dengan dawai besi, dan mata aku terbeliak saat erez di kepung. Aku tak kuasa untuk melawan. Segala luka sangat teruk. Aku kehilangan banyak darah tapi erez...

Dia lemah tak berdaya. Raja fernand berdiri tegah di tanah yang sudah merah "panah ini ada kesan racun. Dia akan membunuh secara perlahan. Melemahkan sistem badan lawan." Jelas Raja fernand. Tunggu jadi..?

"Tak guna!" teriak aku dan aku di pukul habis - habisan oleh pengawal yang mengikat aku dengan dawai besi "jaga ucapan mu dasar putera buangan!!" Teriak pengawal itu.

Aku meludahinya. "Cis! Banyak gaya!" tantang ku membuat dia makin marah. Saat dia ingin memukul aku lagi. Raja fernand berisyarat dia untuk berhenti. Pengawal itu mahu tidak mahu melepaskan aku. Namun masih tatap aku dengan tatapan tajamnya. Macamlah aku takut! dasar najis!

Erez memandang aku dengan lemah, terbaring dengan nyawa - nyawa ikan. Mukanya habis mandi dengan darah yang mengalir di kepalanya, lehernya hingga ke dada koyak rabak, bajunya pula koyak. Terdedah segala badannya nasib seluar tak.

Mereka mengambil perisai yang sudah rosak itu lalu buang jauh - jauh, akibat bom tadi membuat telinga erez dan aku samar - samar mendengarnya, erez masih ingin melawan aku tahu itu.

Entah kenapa hati aku rasa lain, tidak aku tidak ingin. Aku tepis perasaan itu jauh - jauh. Mata aku menatapnya sendu, aku sepatutnya lelaki. Lelaki keturunan darah biru. Aku tidak boleh menunjukkan emosi kalau tidak... Kelemahan ku akan di ketahui oleh musuh!

Sayangnya raja fernand tidak sebodoh itu. Dia mengambil erez secara kasar dengan menarik rambutnya membuat dia terpaksa menatap kearah aku dengan wajahnya yang sekarang lemah. "Bodoh." Gumamnya aku dapat dengar itu, dia masih tersenyum kepada aku. Sungguh aku... Tidak boleh... Dia yang selalu ada di sisi aku saat aku tiada siapa - siapa.

Saat semuanya beralih kearah theo, dan dia sahaja yang setia kepada aku, pedih rasanya. Teriakkan erez bergema di telinga aku saat pedang raja fernand di kiri paha erez dengan meletakkan api dari letupan bom tadi. Raja fernand meletakkan pedangnya ke api baru menusuk ke arah paha kiri erez.

Badan aku bergetar, tidak! Ini semua terlalu cepat! Kenapa... Kenapa? aku yang harus terseksa bukan dia! erez di pukul dan diseksa di hadapan mata aku. Akhirnya air mata lelaki aku jatuh juga. "CUKUP!" teriak ku dengan lantang.

Membuat erez di hentikan dari terseksa seketika. Membuat raja fernand ketawa terbahak - bahak. Bahagia melihat seseorang itu terseksa, tunggu kau, akan aku bunuh kau juga! fikir ku.

"Kau ingin menyelamatkan erez? Aku akan bagi kau dua pilihan..." Ucap raja fernand. Entah aku rasa jantung aku berdegup laju. Kenapa aku boleh selemah ini? aku yang dulunya di banggakan kerana aku adalah jenderal perang. Putera yang di bahagikan di situ saat theo di nobatkan sebagai raja baharu.

═════ஜEND OF BAB 7ஜ═════

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro