BAB 6
(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 6ஜ═════
Miciela sekarang menjadi tawanan oleh suami anastasia sendiri. Theodore verleo's von havern kyne nama singkat hanya theo kyne. Yang duli maha mulia Raja kejam kerajaan castiel dan merampas kerajaan elysian hingga musnah.
Sekarang miciela berada dalam masalah besar. Terpaksa menghadap raksasa di hadapannya ini. Dia sekarang di kerajaan castiel 'kembali.' Dia tahu bahawa anastasia kembali lagi tempat di mana ia anggap penjara.
Mata berwarna madu milik theo itu berjam - jam memandang miciela dengan tatapan tajam sambil mengelus rambut anastasia. "Ariningsun, ada apa?" tanya theo kepada anastasia/miciela dia pun mencium hujung rambut 'anastasia' itu.
(Begini ya cara theo pandang anastasia/miciela!)
Rambut anastasia yang di cium miciela pula yang rasa geli dan ketakutan. Takut tiba - tiba di pancung- ah... sudah tamat cerita. Tapi dia tadi tanya ada apa? Dia tak faham ke sekarang ni?
Theo merantaikan kedua - dua pergelangan tangannya selepas itu miciela di kurung dalam bilik yang cukup besar untuk di panggil sebagai penjara. Theo yang tidak tahan di diamkan. Terus saja mendekatkan dirinya ke arah miciela.
"Istriku hanya diam dari tadi, aku berfikir aku ada salah apa." Ucap theo sambil mengusap pipi miciela dengan lembut. Miciela hanya diam. Ini betul kan Theo kyne tu? Suami anastasia yang kejam itu? Kenapa pula dia... Boleh macam ni? Tak, tak! Mesti dia trik punya.
Siapa tahu itu lakonannya saja. Miciela masih belum percayakan sesiapa tapi hanya ryan. Hatinya terbuka sedikit untuk ryan. Mempercayainya- tunggu keadaan ryan dengan erez macam mana!? Air muka miciela berubah sedikit panik membuat mata tajam theo yang seperti helang itu menangkap air muka 'istrinya.'
"Oh, istri ku. kau takut atau marah kalau aku melukai dia? Jangan risau... Kerana aku telah menyuruh salah satu bawahan aku untuk membawa ryan yang terluka itu hidup - hidup. Agar aku... Dapat menyiksanya hidup - hidup di depan mata kau agar kau dapat pelajaran juga dari ini faham?"
Perkataan yang keluar dari mulut theo membuat miciela bergetar ketakutan. 'Sekarang aku faham apa perasaan anastasia. Dia pernah melakukan hal yang sama terjadi pada keluarga anastasia.' Mata miciela memandang kearah wajah theo. Berat mulutnya untuk bertanya pada theo.
Kerana dia tahu silap cakap sahaja kepalanya akan di pancung oleh pedang yang berada di samping theo. "Theo-" tapi secepat kilat tangan theo mengengam dagu miciela dengan erat. "suami. Ku." Ugutnya.
Tatapan matanya sangat tajam. Nada suaranya cukup membuat miciela tahu yang dia ingin miciela memanggilnya dengan panggilan itu. 'Dasar lelaki cerewet!' Teriak miciela dalam hati. Geram hatinya pada theo walaupun ini kali pertama dia jumpa dengan theo.
"Suami ku." Panggil miciela anehnya miciela merasa tidak canggung memanggil theo dengan panggilan itu. Mungkin anastasia yang dulu sudah terbiasa memanggil dia seperti itu? Theo pun tersenyum lebar kerana puas mendengar istrinya panggil dia dengan sebutan itu.
"Istriku, apa yang lelaki jahanam itu lakukan hingga kau seperti orang lain? Tidak biasanya kau seperti ini." Badan miciela kaku dan nafasnya terhenti seketika. Apa? tunggu takkan lah kantoi duluan kot? tolonglah beri aku nafas sekejap! fikir miciela dalam hati.
"Apa maksud mu?" Ucap miciela membuat theo tertawa sinis. "kau sekarang pandai melawan kata - kata ku. Nampaknya lelaki bedebah itu telah mengajarkan kau cara jadi perempuan memberontak dan kurang ajar?"
Sindir theo walaupun nadanya tidak ada nada terkesan marah namun cukup terkesan impaknya dan sekarang miciela ingin memukul kepala theo tapi takut kepalanya dulu yang melayang jadi miciela hanya tahan sabar dengan perangai theo.
'Macam mana anastasia boleh bertahan dengan lelaki seperti theo ni? Lelaki ni kurang ajar betullah! lepas tu tak guna lagi.' Gerutu miciela dalam hati. Theo hanya berdiri di situ memandang anastasia. Istrinya yang cantik dan comel. Hadiah hasil dari kerja keras peperangan kerajaan elysian dan kerajaan castiel.
Bibir theo pun menyenget sedikit ke atas. Tangan theo mengusap rambut anastasia tanpa henti. Dia pun mencium rambut anastasia. Dia rindu dengan istrinya sendiri yang telah hilang selama 2 hari. 2 sahaja buat theo rasa gila dibuatnya. Tangan theo beralih ke pipi anastasia dan mengusap pipinya.
Mata theo yang penuh dengan obsesif berbeza dengan ryan yang memandang anastasia dengan penuh kasih sayang. Membuat miciela berfikir adik - beradik yang berbeza personaliti. Ia sangatlah jauh beza seperti angkasa lepas dan tanah di bumi. "kau akan berada di sini sampai lelaki yang berlagak hero itu datang." Bisik theo ke telinga miciela.
"Sampai saat itu tiba, kau harus pilih. Faham?" theo memegang dagu miciela lagi. Membuat miciela terdongak ke atas dan melihat mata madu milik theo. "Faham atau tidak?" semakin erat dagu itu di pegang. Miciela hanya menganggukkan kepalanya.
"faham." Kata miciela yang terpaksa menuruti perkataan theo. Theo pun menunjukkan senyum puasnya sekali lagi. Dia pun melepaskan dagu miciela secara perlahan. "Aku akan segera kembali. jangan berharap kau akan dapat keluar dari sini setelah larikan diri sebelumnya."
Amaran theo cukup membuat miciela faham apa yang di sampaikan oleh theo itu sendiri. "Lagi satu aku akan hantar pembantu peribadi untuk kau. Dia akan datang memberi makanan. Jika aku dapat tahu kau tidak menyentuh satupun makanan itu..." Theo jeda seketika.
Dia berdiri di depan pintu lalu dia sambung lagi perkataannya. "Aku sendiri akan datang dan suap kau dengan tangan aku sendiri. Faham atau tidak?" theo lalu dia berbalik kearah miciela. Memandangnya sebelum memutar gagang pintu itu dan membukanya.
Miciela hanya menganggukkan kepalabmembuat theo sekali lagi puas kerana istrinya kali ini menurut. Dia membuka pintu itu dan kunci. Dua pengawal di depan pintu penjara anastasia/miciela menunduk hormat ke arah theo selepas sahaja dia keluar.
Theo masih lagi geram dengan ryan. Ia tidak akan duduk diam sampai ryan muncul di depan mukanya. Dia ingin hapuskan masalah itu agar rakyat jelata tidak membentak dan merayu kearahnya untuk berbuat sesuatu. Rakyat yang membebankan.
Mahu sahaja dia bunuh semuanya tapi dia tidak ingin menyalahgunakan kuasanya walaupun dia sedari awal memang menyalahgunakan kuasanya. Pada mulanya dia tidak percaya dia akan menjadi raja setelah ryan kalah apabila mengikuti seleksi raja.
Dan satu hal yang membuat theo jadi raja tercepat kerana memperistrikan anastasia. Kerajaan elysian yang berpengaruh itu, mampu dia musnahkan dalam sekejap. Lalu Memaksa anastasia menjadi istrinya.
"Aku terpaksa melakukan itu anastasia. Aku rela jadi begini hanya kerana kau anastasia. Andai sahaja kau tahu apa yang terjadi pada diri kau. Kau juga takkan pernah percaya pada dirimu sendiri."
═════ஜEND OF BAB 6ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro