BAB 5
(Sila vote dan komen, selamat membaca (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 5ஜ═════
Kondisi anastasia/miciela saat ini...
Miciela mula membaca buku itu tanpa mengetahui bala yang akan datang padanya. Hatinya berdebar - debar saat mula membaca isi buku itu. Bahasanya agak kuno tapi anehnya dia memahami bahasa itu. Berkat keahlian anastasia mungkin?
"Permata reborn/rebirth permata yang memiliki daya tarik tersendiri. Sesiapa yang melihat permata reborn atau di kenali sebagai rebirth itu akan memiliki sifat tamak untuk memilikinya kerana mereka berfikir permata tersebut memiliki kuasa yang tak ada hadnya."
(Sumber dari pinterest)
"Asal usul permata reborn/rebirth tidak di ketahui sama sekali. Ia berbentuk pokok dan buahnya ialah permata unggu itu sendiri. Kuasa yang kononnya di katakan itu adalah membantu pemiliknya hidup kembali."
"Mahu di kehidupan masa lalu, masa depan, masa lain atau pun di dunia lain. Namun, kuasa ini juga di anggap sebuah kutukan." Dahi miciela sedikit berkerut setelah membaca separuh info itu. Dia pun lalu sambung membaca kembali.
"kutukan itu ialah akibat kuasa yang tidak terhad itu. Tidak ada satu pun cara untuk menghentikan kelahiran semula ini. Ia akan berlaku secara berterusan. Pemilik tersebut akan di siksa secara berterusan untuk menghasilkan pengakhiran yang mereka inginkan."
"Efek kepada pemilik tersebut ialah mereka tidak dapat membezakan realiti dan ilusi. Jiwanya akan pecah kepada banyak bahagian. Jiwanya akan hancur secara perlahan - lahan membuat pemilik itu, kehilangan akal sehat dan tidak waras selamanya."
"Untuk itu ada satu hal lagi yang perlu pemilik itu korbankan saat dia gagal sepenuhnya. Sama ada memanggil jiwanya yang pecah itu. Atau pun menukarkan jiwa dengan seseorang yang mereka harap untuk hentikan kutukan permata itu."
"Jiwa tersebut akan terperangkap dalam badan pemilik tersebut. Tidak di ketahui berapa hari atau berapa tahun. Jiwa itu haruslah orang yang di takdirkan untuk mati namun masih berkeinginan untuk hidup. Sementara itu, pemilik itu pula akan berada di tengah - tengah antara hidup dan mati."
"Tapi sesetengah dari mereka akan mati kerana keinginan mereka sendiri. Jiwa yang terperangkap itu juga akan mengalami efek kutukan permata itu. Akibat kuasa yang tidak ada hadnya akan susah untuk menghentikan permata itu. Tempat pokok permata unggu itu berada di punabbhava."
'Punabbhava? tempat apa itu?' fikir miciela. Lalu dia membaca kembali buku itu untuk mendapatkan jawapan.
"Tempat yang tidak pernah wujud itu sebenarnya ada namun tersorok. Orang itu harus datang ke sana sambil membawa sesuatu untuk ia tawarkan yang paling berharga untuk dirinya. Mahupun itu dirinya sendiri."
"Lalu pergi ke tempat jambatan sutta term di sana ada hutan yang luas. Saat saja masuk ke sana di malam hari. Pastikan jam 12 malam dan hutannya akan berubah." Saat miciela khusyuk membaca dia melihat sekilas memori dari anastasia.
(Sumber dari pinterest)
Kali ini ia tentang pandangan anastasia saat dia berjalan maju di hutan yang penuh dengan permata unggu itu. 'Tunggu dulu itu-' Fikir miciela belum sempat dia ingin membaca muka surat itu sampai habis dan mencerna informasi yang dia dapat.
Dia mendengar bunyi yang agak familiar di telinganya. Iaitu pedang. Saat badannya ingin berputar ke belakang untuk memastikan dia hanya berfikir itu hanya imaginasinya sahaja.
Badannya terhentak ke salah satu rak buku. Mulut miciela di tutup oleh tangan seseorang lelaki yang menutup wajahnya. Hanya matanya sahaja terlihat. Tangan sebelah lelaki itu memegang pedang dan membawanya ke leher miciela.
Membuat miciela tidak terkutik. Terkejut? Tentu. Akibat serangan mengejut itu tadi. Buku misteri yang miciela pegang terjatuh di lantai. Namun, saat miciela memandang di mana buku itu terjatuh. Buku itu hilang secara ghaib. Padahal buku itu adalah kunci dari semua ini.
"Pandang sini, bukan ke arah sana." Ucapnya yang terdengar familiar dalam bersamaan tidak familiar di telinga miciela. Mata berwarna madu itu menatap mata miciela dengan tajam. Ia mampu menusuk jiwa miciela. Miciela hanya diam memerhati.
'Jangan panik miciela. Jangan panik.' Batinnya pada diri sendiri. "Ratna pakajanya beta, di mana sahaja kau berada? Kenapa tidak melawan seperti biasanya?" Terdengar suara lelaki itu dengan jelas dari penutup muka lelaki itu.
Suaranya di penuhi dengan nada sarkastik. Lelaki itu pun membuka penutup mukanya dengan tangan yang memegang pedangnya tadi. Pedangnya di simpan lagi di pinggang. "Bahkan sampai akhir pun aku akan tetap menjumpai kau, ariningsun."
Mata miciela terbeliak. Orang yang dia tidak ingin untuk berjumpa akhirnya berjumpa kembali. Hanya sahaja theo jumpa raga anastasia tapi jiwanya di isi oleh orang lain. Yang maha mulia Raja castiel dan elysian theo kyne.
Theo yang melihat miciela tidak berkata apa - apa itu hanya tersenyum sinis di sebalik topengnya. "Ikut aku pemaisuri ku." Dengan lembut theo menarik tangan miciela dan menjauhkan pedang itu ke lehernya. Mereka pun menuju ke luar estate ini. Rumah pusaka ibu ryan.
Pembantu rumah di dalamnya dan penjaga rumah takut pada theo. Takut mereka akan di tebas di situ sekarang juga. Theo dan miciela pun menaiki kuda diikuti oleh gerombolan pasukan pengawal theo yang banyaknya minta ampun.
Miciela sudah tak karuan dibuatnya. 'Habislah aku. Habislah!' fikir miciela. Ini pertama kalinya dia menaiki kuda seperti ini kalau bukan kerana situasi sekarang mungkin miciela sangat seronok menaiki kuda ini. Nampaknya miciela yang berada dalam badan miciela tampak terbiasa.
Berkat anastasia mungkin yang selalu naik kuda. Dia tidak tahu kemampuan apa anastasia alami. Kerana info tentang anastasia yang dia dapat sekarang ini sangat sedikit. Tidak tahu beberapa jam. Hanya terdengar bunyi tapak kaki kuda saja yang terdengar menghiasi keheningan antara miciela dan theo.
Takut dia pada theo. Silap kata sikit kepalanya di pancung begitu saja. Ataupun lidahnya. Berfikir pasal itu membuat miciela ketakutan di buatnya. Meremang bulu romanya. Nasib miciela lah yang masuk ke dalam badan anastasia. Situasinya yang begitu malang bertambah malang.
Istana castiel yang nampak megah itu terlihat oleh mata miciela. Theo begitu fokus menaiki kuda bersama miciela untuk menuju ke istana castiel. 'Apalah yang akan menanti kau ni miciela? malang sungguh nasib kau ni.' Fikir miciela yang pasrah dengan ketentuan takdir.
-------------------------------------------------------------------
(Nota: ratna pakaja = jantung hati
Ariningsun = adinda
Sarkastik = bermaksud sifat menyindir
Sumber dari goggle)
═════ஜEND OF BAB 5ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro