Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

(Sila vote dan komen selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 4ஜ═════

Hidup menjadi seorang wanita bangsawan adalah hal yang sangat menyakitkan, kerana dilahirkan dengan ketidakpintaran dan mempunyai fizikal yang buruk membuat kita ingin hidup dengan gaya yang sempurna, penampilan yang sempurna, semuanya harus sempurna.

Aku benci akan hal itu, kalau saja aku tidak di lahirkan di dunia bangsawan yang sangat kejam ini, aku ingin di lahirkan kembali di kehidupan aman damai, entah itu jadi manusia, haiwan, tumbuh - tumbuhan atau apa pun itu.

Asalkan aku tidak ingin hidup seperti ini, aku ingin mati saja, aku tidak peduli apa pun lagi, aku sudah penat dipergunakan sebagai alat, melihat nyawa melayang, di kurung apalagi selepas ini?

Aku ingin seseorang memutuskan tali - tali di belakang aku ini, aku tidak ingin jadi patung orang itu lagi, cukuplah saat itu siapa pun tolonglah aku!

Aku sayup - sayup melihat cahaya yang kian gelap itu, bagus tenggelamkan aku lebih jauh lagi, agar rasa sakit ini juga tenggelam sama, aku menutup mata ku, menerima takdir ku yang seperti ini.

sungai yang dalam itu terus menenggelamkan aku sampai hampir jauh ke dasar. Aku mula merasakan sesak nafas yang sejak dari tadi aku tahan.

Andai saja aku di berikan sekali lagi peluang, aku ingin seseorang menolong aku, aku ingin dia mengantikan aku, peluang yang aku sia - sia kan berapa kali pun aku tidak tahu.

setidaknya kehidupan kali ini aku akan ada hidup akhir yang bahagia meskipun di dalam diriku bukanlah aku.

-------------------------------------------------------------------

Miciela sedang menikmati makanan yang dihidangkan oleh chef di sini. semalam dia beradu sangat lena selepas melihat bunga ros biru dan ryan. 2 hari dia telah berada di sini termasuk hari ini.

Dia mula mengelamun lagi, selepas sahaja dia beradu semalam. Dia melihat memori anastasia dari sudut pandangan anastasia itu sendiri. Dia melihat air sungai jernih dan sepasang tangan serta sepasang kaki anastasia terhulur ke depan di mana arah sinar cahaya itu yang mula menjauh.

Mungkin saat itulah jiwa miciela masuk ke dalam tubuh anastasia dan dalam masa yang sama ryan telah terlambat menyelamatkan anastasia. Dia hanya menyelamatkan badan anastasia bukan jiwanya.

'Jadi selama ini anastasia-' lamunan miciela di hentikan saat dia melihat ryan duduk di hadapannya sambil tersenyum seolah - olah kejadian semalam tidak ada.

"Selamat pagi tasia, tasia sedang santap?" Miciela yang di tanya hanya mengiyakannya sahaja. Dia memakan pancake seperti orang kaya.

'pergh aku macam dalam restoran orang kaya woo.' Fikir miciela. 'Comel.' Fikir ryan sambil melihat pipi anastasia yang tembam dan mata yang bersinar - sinar itu.

Ryan pun ikut santap bersama miciela. "Oh tasia, ryan ingin ke suatu tempat bersama dengan erez. Kami berdua ingin pergi ke kerajaan crystal. Kerajaan crystal ialah orang yang berkerjasama dengan ryan dan bukan theo."

Ryan lalu sambung perkataannya setelah mengunyah pancakenya. "kami menjalinkan hubungan dengan baik, ryan inginkan beberapa tentera dari mereka. Apabila kita dalam bahaya dari ancaman Theo. Mereka boleh tolong kita."

Jelas ryan panjang lebar membuat miciela hanya menganggukkan kepala sahaja. Tidak faham tentang politik, dari dulu lagi miciela membenci subjek sejarah sekarang termasuk dalam dunia ini memang tak faham apa pun yang ryan ucapkan.

"Hati - hati ryan." Pesan miciela. Bergetar hati ryan saat anastasia mengatakan itu kepadanya. Muka ryan sedikit merona kerana malu. "Junjung kasih." Senyuman ryan kian melebar. Dia sudah tidak sabar lagi ingin pergi ke kerajaan crystal dan kembali ke rumah pusaka ibunya ini.

Setidaknya, walaupun dia pulang dengan tangan kosong tapi anastasia yang menyambut kepulangan dirinya membuat ryan merasa sangat gembira. 'Dia lebih memilih aku theo. Putus asa sahajalah.' Fikir ryan. Theo nama itu sahaja cukup membuat ryan tak senang duduk. Adiknya sendiri kini menjadi orang yang kejam.

Saat arah jam jarum itu menunjukkan pukul 8:00 pagi. Ryan dan erez segera bersiap untuk pergi ke kerajaan crystal. Erez atau di kenali sebagai erezuel ialah rakan ryan. Dia lebih tua dari ryan, erez ialah seorang pengawal peribadi ryan. Erez melirik kearah anastasia a.k.a miciela. Erez menunduk hormat kearah anastasia.

"Jom." Singkat erez bersuara sambil menepuk bahu ryan. Ryan yang di tepuk bahunya hanya mengangguk setuju. "Tasia hati - hati di rumah pusaka ini seorang diri." Pesan ryan lalu mereka berdua pun menunggang kuda berwarna hitam.

Mereka juga membawa pedang untuk berjaga - jaga agar bersedia dengan serangan kejutan daripada theo. Ryan tahu bahawa adiknya itu tidak bodoh sama sekali. Dia penuh dengan strategi.

Dan tak mustahil theo takkan tahu di mana mereka berdua sekarang ini. Ryan mempunyai satu - satunya rumah pusaka ini. Sisanya theo rampas setelah menjadi Raja kerajaan castiel.

Merampas takhta yang sebenarnya itu adalah takhta asli ryan. Kenapa dia yang abang dia tidak menjadi raja? Kerana dia tidak ingin ingat hal memalukan itu.

Selepas melihat ryan dan erez berangkat. Miciela kini bersendirian di rumah pusaka itu. Dia di temani oleh penjaga rumah di situ. Jadi dia tidak merasa bersendirian. Miciela pun memutuskan untuk pergi ke perpustakaan. Ada sesuatu yang dia ingin periksa tentang sejarah zaman ini.

Dia berharap ryan akan baik - baik sahaja. Dia tidak tahu cara berhadapan langsung dengan theo kalau dia tiba - tiba datang. Miciela berjalan ke arah perpustakaan di rumah pusaka ini. Tidak ada yang menarik perhatiannya. Ia seperti buku yang lama - lama dia lihat di pinterest zaman modennya.

"Bosannya. kan bagus kalau ada teknologi di sini. Aku nak tengok telefon." keluh miciela. Dia pandang kiri kanan dan meneliti satu persatu buku itu tapi tidak semua buku kerana terlalu banyak jadi dia hanya memeriksa buku yang dia rasa menarik.

Tak lama kemudian saat dia ingin mengambil satu buku di rak paling tinggi kerana buku kulit itu sangat cantik. Dia pun mengambil tangga kayu yang berada di hujung bilik perpustakaan itu. Lalu meletakkan di rak buku yang ingin dia ambil.

Saat dia ingin mengapai buku itu. Tangga itu mula bergoyang kerana tangganya sudah lama tidak di gunakan membuat dia serta buku - buku yang lain jatuh. Alih - alih dapat buku yang dia mahu.

Dia mendapatkan buku yang sudah begitu lusuh dan berhabuk. "Eh..? Buku apa ini? Kenapa tiba tiba ada di sini?" Heran miciela. Buku kulit itu sangat berbeza dari yang lain.

Tadi masa dia ingin ambil buku yang dia inginkan buku ini tidak ada sama sekali. Buku ini berhabuk padahal tadi sudah periksa setiap buku di rak masing - masing tidak ada satupun habuk. Yang bermaksud penjaga di rumah pusaka ini sudah membersihkan habuk.

(Credit dari pinterest)

"Buku apa ini?" Gumam miciela sendiri. Dia pun mengusap buku itu agar habuknya hilang. 'mak aih, habuk pun setebal 10 inci' bisik miciela dalam hati. Saat dia membersihkan habuk itu, buku ros berwarna biru yang sangat cantik itu menyala.

Membuat miciela terpesona seketika. Semakin banyak tanda tanya sejak dia berada di sini. Semakin dia berada di sini semakin banyak persoalan yang dia belum juga dapatkan jawapan yang dia inginkan itu.

Sebaliknya, saat anastasia memberi sedikit jawapan justru itu membuat miciela makin banyak pertanyaan. 'Baru 2 hari miciela baru 2 hari' fikirnya 'argh baru 2 hari pun mampu buat aku serabut kepala lah!'

Teriak miciela di dalam kepalanya. Dia lelah berfikir. lama - kelamaan otaknya pecah rambutnya pula gugur jadi botak miciela nanti eh- rambut anastasia. Miciela pun melihat lagi buku itu.

Tidak mempunyai tajuk hanya ada gambar bunga ros biru. Bunga ros biru.. Apa kaitan ini dengan kehidupan anastasia? Rasanya ini bukan ros biru biasa. Mesti ada sesuatu. Kemarin pun ryan ada ros biru dan dia melihat memori sekilas kalau ada lelaki entah itu ryan, theo atau orang lain memberi anastasia 33 bunga ros biru itu.

"Entah kenapa aku rasa ada aura yang tidak baik dari buku ini, tapi aku harus buka juga untuk mengetahui kebenarannya." Saat miciela buka buku itu. Muka surat pertama yang dia lihat adalah... Kosong.

Lantas miciela bingung. Dia buka lagi muka surat kedua, sama kosong. Dia memeriksa semua muka Surat itu kerana tidak berpuas hati. "Argh aku kena skem!!" Miciela melempar buku itu ke lantai kayu namun saat dia melempar buku itu ke lantai.

Buku itu pun terbuka luas. Ada satu muka surat yang dia nampak tulisan yang samar - samar. 'Eh? Perasan tadi aku sudah tengok semua muka surat itu. aku tak teliti periksa ke?' Heran menyapa miciela dia pun pergi ambil buku itu semula dan mulai membacanya...

-------------------------------------------------------------------

sementara itu...

Selepas ryan dan erez pergi meninggalkan anastasia sendirian di rumah pusaka. Mereka melanjutkan perjalanan. Erez pun melirik ke arah ryan sebelum fokus ke arah depan lagi. "Ryan?" Panggil erez membuat ryan yang fokus ke hadapan tadi berpaling kearah erez. "Ada apa?" Ucapnya.

"kau pasti ini jalan yang kau inginkan? Kau tidak takut kau akan salah langkah?" Tanya erez meskipun mukanya penuh dengan ketenangan nadanya dapat di tangkap oleh ryan kalau erez risau dengan dirinya.

Ryan hanya tersenyum. "Sudah tentu, aku tahu ini keputusan yang agak tak masuk akal, tapi aku percaya dengan keputusan aku, kerajaan crystal ialah kerajaan yang diam - diam pemberontak."

"Mereka membenci theo dan ingin akulah yang menjadi raja, tidakkah kau juga gitu kawan?" Tanya ryan kepada erez. Erez yang di tanya pun hanya diam. Tak lama kemudian dia menjawab. "Benar aku ingin begitu, tapi kau juga sendiri tahu."

"Kita sekarang dianggap pelarian meskipun kita sama - sama berkerjasama untuk memberontak, kau dan aku mengkhianati kerjaaan castiel, kita sudah angkat sumpah. Kau juga menjadi putera makhota tertinggi dan di beri peranan untuk mengurus tentera perang."

Jelas erez. Apa yang dia katakan itu benar. Semua perbuatan ryan berisiko tinggi hanya untuk seorang anastasia. "Iya aku tahu itu." Ucap ryan dengan tenang tak sedikit pun dia rasa bersalah apa yang dia lakukan itu benar fikirnya.

"Tapi kau juga telah merosakkan kepercayaan rakyat jelata kau tidak rasa bersalah bahkan sedikt pun?" Kata - kata erez itu membuat ryan kaku seketika membuat kuda yang mereka berdua tunggang berhenti.

Mata coklat erez memandang ryan yang sedang duduk diam di kuda itu. Ryan diam seketika tak lama kemudian ryan menjawab. "Benar, aku memang rasa bersalah pun... Tapi anastasia.. Dia terseksa, dia tidak bersalah!"

Nada keras ryan membuat erez menghela nafas. Dia tahu membicarakan topik ini sangat sensitif untuk ryan. Apalagi tentang anastasia. serasa ryan cinta buta dan cinta mati ke wanita itu.

"Baiklah kau menang, jom lanjutkan perjalanan kita." erez tidak ingin bergaduh sekarang ini dan ryan hanya diam mengangguk. kini keadaan yang canggung dan sunyi kini hadir di antara mereka berdua.

Kerana salah erez yang memilih topik itu sebagai pembukaan perbincangan mereka. Sampai saja di kerajaan crystal, mereka melihat tentera serta Raja fernand iaitu raja crystal sedang berdiri di hadapan pagar besar itu.

Pagar besi mereka sangat luas seolah olah tahu - tahu sahaja kalau mereka akan datang kesana. Raja fernand maju dan tersenyum ke arah mereka berdua. "Ryaner." Panggil Raja fernand dengan nama asli ryan. Ryan hanya menganggukkan kepalanya. Erez pula menunduk hormat lalu dia menegakkan kembali badannya.

"Apa hajat kamu datang ke sini wahai ryan dan pengawal peribadimu erez?" Ucap raja fernand dengan senyuman yang masih tidak pudar dari bibirnya. Ryan tak segan untuk memberitahu tujuannya kemari tapi sebelum itu dia bertanya.

"Kenapa yang mulia serta tentera berdiri di sini? Seolah - olah menunggu kedatangan kami?" Ryan bertanya. Sejak dari tadi erez mula rasa tidak sedap hati. Raja fernand ketawa dahulu membuat dua lelaki di hadapannya bingung. Namun, erez tahu apa yang bakal terjadi.

Pedang yang melekat di pinggang erez kini di pegang dengan sangat erat. Ryan yang masih kebingungan bertanya. "Ada apa raja fernand, apa yang lucu?" Raja fernand yang di tanya masih lagi tertawa dan mengelengkan kepalanya.

"Tidak hanya sahaja kau tidak mempunyai persiapan yang cukup ryan. Grow up ryan." Ryan yang di katakan begitu membuat ryan semakin keliru.

Sebelum ryan ingin membalas perkataan Raja fernand. Erez berteriak lalu berlari ke arah ryan. "RYAN HATI - HATI!!!" ryan yang belum sempat mencerna apa yang terjadi merasakan sesuatu yang menusuk bahu kanannya.

Matanya membulat sempurna saat dia melihat darah pekat yang keluar dari bahunya serta anak panah yang sudah melekat di bahunya membuat dia menahan rasa pedih. Ini bukan baru pertama kali dia merasakan anak panah itu.

Bahkan dia pernah merasakan itu banyak kali. "apa maksud semua ini YANG MULIA!?" Teriak ryan membuat raja fernand hanya tertawa dan tak menjawab soalan ryan. Erez segera berada di hadapan ryan untuk melindunginya.

"Tsk, aku sudah agak, aku terlambat melindungi kau." Ucap erez sambil mengacungkan pedangnya ke depan. "Aku bukan lemah tolonglah." Ucap ryan lalu menolak erez ketepi menggunakan tangan kirinya.

"Kau ini, bodoh sangatlah. Masih lagi keras kepala walaupun sudah terluka seperti ini!?" Marah erez. Ryan hanya memutarkan bola matanya. "Ini bukan masanya kita bertekak. Kita sudah di ambang kematian ni." ucap ryan dengan nada selamba. "Tahu pun!" Geram erez.

Mereka di kepung oleh tentera Raja fernand sementara raja fernand mundur berapa langkah ke belakang."Maaflah kerana telah mengkhianati mu wahai ryan. Namun, theo memberi kami tawaran yang sangat mahal."

"Dan lagi satu kau itu sudah tidak ada posisi apa pun sekarang ini. Kau itu putera terbuang! Pelarian! Dengan kawan kau yang macam biawak komodo ni, dahlah ada bintik bintik." Hina raja fernand sambil ketawa puas, tawaran? Ya macam mana ryan boleh lupa?

Sekarang ini dia menjadi pelarian, pemberontak, putera yang terbuang dan pengkhianat, dia tidak ada satu pun yang boleh dia tawarkan. Benar kata erez tadi sepatutnya dia dengarkan kata erez. Dia terlampau keras kepala ikut kepalanya sendiri sahaja.

macam mana dia boleh lupa dengan semua ini? Ini dunia politik kerajaan, sekalipun kau berkawan baik dengannya tetap sahaja mereka akan mengkhianat. Sama seperti dia mengkhianati theo. Mengkhianati adiknya sendiri demi wanita yang dia cintai.

'Aku seharusnya tahu kalau nasibnya akan jadi seperti ini.' Fikir ryan. Dia hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Dan sekarang dia hanya ada erez dan dirinya sendiri. Bagaimana dia ingin melepaskan dirinya kali ini?

Anastasia... Anastasia! Mesti dia dalam bahaya juga sekarang ini. Sial nampaknya theo menggunakan kuasanya sebagai seorang raja. Anastasia juga seorang diri di rumah pusaka dengan penjaga rumah di sana. "Argh bodoh!!" Teriak ryan frustasi membuat erez memandangnya.

"Kau memang bodoh pun, sekarang bagaimana ini? Kita jadi kambing gelek lepas ni." Sempat lagi erez bergurau. "Ini bukan masa untuk bergurau senda lah! Ini hidup dan mati lagi satu bukan kambing gelek woi!"

"Golek lah kau ni!" Ryan teriak lagi membuat raja fernand rasa terganggu padahal masa genting macam ni pun masih lagi bergaduh. "Bunuh mereka seperti arahan theo. Tapi bawa ryan hidup - hidup walaupun sekarat kalau budak yang satu itu bunuh dia."

═════ஜEND OF BAB 4ஜ═════

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro