BAB 22
(Sila vote & komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 22ஜ═════
Flashback
Saat puan mikaela ajak berborak. Ryan pergi ke dalam tandas untuk memaksa muntahkan permata unggu itu. Tapi ia masih di dalam badan ryan membuat ryan ketawa sambil melihat cermin.
"Nampaknya... Kuasa permata ini sangat kuat... Aku boleh melakukan apa saja dengan kuasa ini. Menggunakan mandela affected untuk orang di sekitar ku..." Kata ryan dengan diri sendiri.
Waktunya dia memulakan rancangannya. Dia pergi sabotaj elektrik puan mikaela menggunakan sihir hitam yang dia pelajari sebelumnya di timeline yang lain. Senang rasanya mengkambing hitamkan theo.
Dia pura - pura takut saja untuk melihat betapa kejamnya theo. Betapa seramnya theo itu. Agar menutupi kejahatan yang ryan lakukan. Dia tidak ingin kejahatannya terdedah begitu saja. Dia juga ingin memiliki miciela. Dia tidak ingin miciela bersama orang lain.
Kerana miciela ialah anastasia begitupun sebaliknya.
Dia lakukan apa saja demi mendapatkan kembali hati miciela. Dia ingin menebus kembali kejahatan yang di lakukan meskipun caranya salah.
Ryan yang tidak habis fikir pun keluar dari tandas. Selepas berbincang dengan miciela dia pun pergi ke arah hayyaz dan puan mikaela berada. Dia ingin tamatkan drama ini di sini.
Sebelum theo datang memberitahu kebenaran yang terjadi dan semua jawapan yang miciela cari - cari selama ini akan terjawab oleh theo. Theo dan anastasia ialah kunci jawapan semua ini termasuklah dirinya.
Kenapa dia tidak boleh hilangkan saja theo? selepas semua ini selesai dia bawa anastasia kembali ke dunia mereka. Ryan akan ciptakan dunia di mana ada mereka berdua tanpa ada sesiapa pun yang menganggu.
Dia ingin cipta semua orang sayang kepadanya. Dia ingin rampas semua yang theo miliki. Sesampainya di tempat hayyaz sibuk memeriksa penjana eletrik itu. Tanpa basa basi dia memukul kepala hayyaz sampai berdarah banyak.
Membuat puan mikaela terkejut dengan apa yang terjadi. Dia ingin lari dan memberitahukan ini pada anaknya tapi terlambat saat tudung puan mikaela di tarik kasar oleh ryan.
Dia menutup mulut puan mikaela menggunakan tisu yang banyak. Dia menyumbatkan tisu itu dengan kasar ke dalam mulut puan mikaela. Dia pun memukul kepala puan mikaela agar turut sama pengsan seperti hayyaz.
Seusai dia selesai dengan urusannya. Dia pun pergi kembali ke arah miciela. Dia ingin memberitahu kalau theo sudah datang. Dia harus berlakon agar miciela percaya.
Tidak lupa ryan melukakan dirinya untuk nampak lakonannya benar - benar nyata. Tapi semua gagal kerana miciela tahu separuh rahsia ryan membuat ryan tidak mempunyai pilihan lain.
Entah kenapa banyak batu permata di dalam begnya dan buku usang yang dia reka itu menjadi sejarah yang sebetulnya. Dia harus bertindak cepat.
Dengan terpaksa dia memukul kepala miciela dan miciela pun pengsan di tempat. Dengan senyuman puas. Dia mengangkat miciela.
Tidak peduli kalau ia haram atau tidak. Dia ingin anastasia kembali. Kerana anastasia miliknya. Dia sangat taksub kepada anastasia. Dia menutupi rasa bersalahnya dengan cara seperti ini.
End of flashback
-------------------------------------------------------------------
Theo mengeluh kerana merasa frustasi. Banyak kereta dan jalan menjadi sesak. Memang hari isnin dan tengah hari yang menyebabkan jalan raya sangat sesak. "Tuan nampaknya budak - budak sekolah sudah keluar menyebabkan kesesakan lalu lintas." Beritahu pelayan itu saat dia merasakan tatapan theo ingin memakan orang.
Theo mengigit bibirnya. Dia dapat merasakan permata biru itu makin lama makin bersinar. Itu tandanya mereka berada dalam masalah. Ryan telah buat sesuatu. Theo membuka pintu kereta membuat pemandu pribadi dan pelayan itu panik. "Tuan muda! anda ingin melakukan apa!? jangan buat hal gila!"
"Aku memang gila pun, kau baru tahu ke!? oi buka kunci pintu ni! cepat!" perintah theo membuat pemandu pribadi itu terpaksa membukakan kunci pintu kereta. Theo buka dengan kasar. "Susul aku nanti, ada benda penting yang aku harus selesaikan di sana secepat mungkin!" sebelum pelayan itu berkata apa - apa...
Theo sudah lari dulu. Dia pergi ke tepi jalan dan berlari sambil melihat GPS itu. Lokasi kereta yang ryan tumpangi berhenti di suatu rumah. Dia juga merasakan bisikan batu permata itu. 'Bahaya! bahaya! bahaya!' semua orang yang berlalu lalang itu melihat theo yang berlari seperti orang gila.
'Kalau nak mengharapkan kereta tu sampai tak kesudah aku di sana saja. Aku harus pastikan anastasia selamat!' batin theo berteriak sambil mengetap giginya. Dia terus berlari dengan badan yang berpeluh. Dia pergi ke kanan lalu jalan lurus. Dia berhenti seketika setelah berada di area kawasan rumah miciela tinggali.
Dia pandang sekeliling dengan nafas yang tersekat - sekat. 'Ugh! tak guna!' teriak batin theo. Dia melihat GPS kereta itu. Nampaknya ia sudah dekat. Saat theo berjalan. Terdengar suara telefon berkata. 'Anda sudah sampai di destinasi.' Perkataan itu membuat theo rasa geram sendiri. Dia menutup telefonnya.
"Ya aku tahu itu bodoh!" geram theo sendiri. Dia pun terjah masuk ke dalam rumah miciela. Habis pintu itu tercabut di buatnya. Dia pergi ke sekeliling mencari anastasia berada. "Anastasia! anastasia kau ada di mana!?" teriak theo sambil meraup wajahnya. Rambutnya yang keriting itu sudah basah dengan peluh.
'Sial! aku terlambatkah?' theo berteriak lagi memanggil anastasia. "Anastasia! anastasia!" dia pun pergi periksa semua rumah itu. Tidak mungkin dia masuk rumah yang salah alamatkan? kalau memang benar iya. Dia akan hancurkan telefonnya itu. Alih - alih jumpa anastasia... Dia terjumpa dua orang yang terbaring pingsan di lantai.
Awalnya theo tidak peduli tapi bila dia nampak lelaki yang ryan tumpangi itu membuat dia pergi ke arah lelaki itu. Dalam cahaya dari tingkap. Dia dapat melihat kepala lelaki itu cerdera parah. Matanya beralih kepada perempuan paruh baya yang di sumbat tisu di mulutnya. Dia mengetap rahangnya. Dia mengeluarkan tisu itu dari mulut wanita itu.
'Cis! jijik!' teriak batinnya lagi. Dia pun cuci tangannya. Dia pun mengangkat dua orang itu ke sofa dan mengambil batu permata biru itu. "Aku tahu kau boleh sembuhkan mereka. Cepat sembuhkan mereka. Aku ingin tahu tentang anastasia sekarang!" batu permata itu pun bersinar seketika.
Kepala lelaki itu pun sembuh dan membuat wanita itu terbangun. Lelaki itu terbangun setelah wanita paruh baya itu terbangun terlebih dahulu darinya. "Ugh..." Gumam lelaki itu. Dia memegang kepalanya. Lantas dia memandang theo. Dia pun terkejut dan berdiri. "Kau siapa? adakah kau... Theo?"
Tanya lelaki itu membuat mata madu theo memandangnya dengan tajam. "Sepertinya kau tahu diriku ini siapa ya?" ucapnya dengan nada sinis sambil memandangnya atas dan bawah. Lelaki itu melihat sekelilingnya. Sedar miciela dan ryan tidak ada dia memandang balik ke arah theo. Sebelum dia ingin menuduhnya theo dengan tangkas menyangkal.
"Anastasia dan ryan hilang saat aku kemari. Kau mesti tahu di mana mereka beradakan?" ucap theo dengan nada terselit tegas dan memaksa. Lelaki itu mengelengkan kepalanya. "Aku pengsan..." Gumam lelaki itu sebelum kepala mereka berdua melihat wanita paruh baya itu menangis dan melihat sekeliling.
"Hayyaz! apa yang terjadi? mana miciela? kenapa ada darah di lantai? kenapa ada kaca pecah di sini?" lelaki yang di panggil hayyaz itu segera menenangkan wanita paruh baya itu. Nama wanita itu ialah puan mikaela. Theo yang menyaksikan drama depan matanya memutarkan bola mata dengan perasaan geram.
Bantuan permata biru itu memberi theo petunjuk. Kalau mereka di serang oleh ryan. Hal itu membuat theo mengetap bibirnya. Dia harus segera pergi dari sini dan menyusul ryan tak guna itu sebelum dia melakukan sesuatu terhadap anastasia. Hal itu membuat hayyaz menghalangi theo. "Kau mau pergi ke mana?" tajam hayyaz memandang theo.
Begitu juga theo yang membalas balik tatapan hayyaz itu. Tangan theo terangkat untuk menidurkan puan mikaela kerana tangisannya membuat theo merasa jengkel. Hayyaz pun terkejut kerana puan mikaela tertidur. "Kalau kau nak selamat. Ikut aku. Cari anastasia atau siapa pun lah yang kau panggil itu."
Theo mendekat ke arah hayyaz. "Kau sudah menolong orang yang salah dasar orang yang tak berotak." Theo menggunakan jari telunjuknya ke arah kepala hayyaz. Dia pun mendegus geram. "Sekarang anastasia dalam bahaya." Hayyaz berasa keliru apa yang terjadi. Mau tidak mau dia terpaksa ikut perkataan theo.
═════ஜEND OF BAB 22ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro