BAB 20
(Sila vote & komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 20ஜ═════
Mata madu itu ketawa puas melihat ryan ketakutan. Apa kerana permata yang dia pegang itu? atau dia takut kalau dia akan menghajar ryan? dia terus saja melihat ryan dari jauh. Di mana dia boleh saksikan ryan seperti mengemis di samping tong sampah.
Dia baru saja hantar orang menjadi dirinya. Dengan menggunakan aura permata biru itu untuk mengancam ryan. Senang rasanya menakutkan lelaki tak guna itu. Tiba - tiba matanya tertuju pada lelaki yang tidak di kenal itu menuju kearah ryan.
'Siapa itu, lelaki mana itu? cis! tidak guna. Beraninya dia mendapatkan bantuan dari orang lain? aku fikir dia hanya sebatang kera di dunia ini. Aku harus cari tahu siapa lelaki itu. Kalau aku dapati mereka berdua bersubahat. Dia dan lelaki itu mati di tangan ku.'
Fikir lelaki mata berwarna madu itu. "Pelayan, pasang enjin sekarang. Kita harus mengikuti mereka. Jangan banyak tanya kenapa. Ikuti saja arahan yang aku suruh." Pelayan di sebelahnya itu menganggukkan kepalanya. Tidak seperti ryan. Dia cepat belajar tentang dunia ini. Lelaki itu mula berfikir. 'Apakah yang di katakan cherie itu benar belaka?'
Fikir lelaki itu. Bila enjin kereta sudah panas. Dia pun masuk ke dalam kereta mahal itu. Lelaki bernama theo itu adalah anak kaya di zaman ini. Namanya menjadi theodore kyne. Sama dengan nama aslinya tapi bezanya nama penuh di zaman ini pendek. Selepas dia masuk ke dalam kereta.
Pemandu kereta pribadi milik theo itu terus saja memandu mengikuti ryan dan lelaki yang tidak di kenali itu. Pelayan di sebelahnya hanya memandang theo dengan kebingungan. Entah ada apa dengan tuan mudanya ini. Sejak kemalangan 3 tahun lepas dia tiba - tiba jadi begini.
Sementara itu...
Hayyaz dengan cepat memandu selepas mereka berdua masuk ke dalam kereta. "Kau yakin itu theo, ryan?" tanya hayyaz dengan ryan. Kalau hayyaz dengan ryan mereka akan ber'aku' 'kau'. Kalau dengan miciela mereka akan guna perkataan 'saya' dan 'awak' kerana itu bahasa sopan untuk berkata dengan miciela. Apalagi miciela ialah perempuan.
Ryan mengangguk mantap. "Iya." Jawab singkat ryan kerana terlalu panik. Entah apa yang ryan takutkan sebenarnya. Hayyaz tertanya - tanya kenapa ryan seperti ini? tapi dia tidak menghiraukan itu. Saat hayyaz memandu. Dia mendapati ada kereta hitam mengekori mereka dari belakang. Hayyaz pun mengigit bibirnya.
Ryan yang tanpa di beritahu melihat spion kereta. Benar, memang ada kereta mengekori mereka. Hayyaz melajukan keretanya. Membuat kereta itu juga mempercepatkan keretanya. Hayyaz mengigit bibirnya lagi. Dia geram dengan orang yang mengekori mereka itu. Apa sebenarnya niat mereka untuk membuat ryan seperti ini?
Dia takut miciela juga akan terkena. Mengetahui kalau miciela seorang diri di rumah. Mustahil kalau theo tidak tahu di mana miciela kalau dia sudah jumpa ryan dengan cepat seperti ini. Dengar kata ryan sebelumnya theo memiliki ilmu hitam. Mempunyai permata unggu. Katanya itu punca tunangannya dan ryan jadi seperti sekarang ini.
Hayyaz takut kena saman saja sebenarnya ini. Dia pun melajukan lagi keretanya. Dia memandu ke lorong - lorong sempit dan pergi ke banyak kereta yang sama warna dengan hayyaz miliki. Dengan begitu kereta itu akan berhenti mengekori mereka. Benar saja, kereta itu menghilang.
Di sisi lain...
"Tuan muda... Orang yang anda hantar untuk ekori target itu terlepas dari pandangan mereka." Pemandu pribadi milik theo. Theo hanya tersenyum sinis. "Tidak masalah." Ucapnya saat melihat ke arah depan jalan. Di mana kereta hayyaz di belakang mereka. Theo menggunakan kereta lain dan mengupah orang untuk mengekori mereka dari belakang.
Mereka pasti berfikir bahawa orang yang mengekori mereka sekarang itu dia. Padahal dia berada di hadapan mereka. Cukup orang yang di upah itu melakukan tugasnya. Theo melihat di telefon miliknya. Dia sudah trek lokasi hayyaz menggunakan nombor plat kereta miliknya. Meskipun theo berada di dunia asing.
Tapi kepintarannya tidak menghilang begitu saja. Dia cukup menggunakan statusnya bukan? itu semua berkat pelayan disebelahnya ini. Dia tahu semuanya. Nampaknya theo di zaman ini juga tampak terbiasa melakukan kerja begini. Theo menyuruh pemandu pribadi itu meletakkan kereta di tepi supermarket.
Agar tidak nampak curiga oleh hayyaz dan ryan yang seperti ketakutan akan sesuatu. Theo ketawa sinis akan hal itu. Baru kali ini dia nampak muka ryan seperti itu. Nampak orang bodoh saja. Mana konon ryan yang tampil berani menghadapi apa jua perang? mana jenderal perang yang nampak gagah itu?
Theo ketawa sendiri membuat pemandu pribadi dan pelayan di sebelahnya merasa pelik dengan tuan muda mereka itu. Sudahlah bujang dan muda. Macam dah tak waras mereka tengok kelakuan pelik tuan muda mereka. Theo melihat kereta hayyaz pergi ke suatu tempat. Mungkin di mana anastasia/miciela berada.
'Kesian tuan muda, muda - muda lagi dah tak waras.' - pelayan.
'Terlalu membujanglah ni.' - pemandu pribadi.
Di tempat miciela berada. Dia balik - balik melihat telefonnya. Menunggu kemas kini situasi sekarang yang hayyaz dan ryan hadapi. Dia takut kalau terjadi apa - apa pada hayyaz dan ryan. Dia akan salahkan dirinya sendiri. Bagi miciela, ini semua salah dirinya. Kalau saja dia membuat keputusan yang benar.
Semua masalah ini tidak akan berpindah ke zaman moden miliknya. Ibunya juga tidak mengabarinya. Status ibunya di wassap tidak ada dalam talian. Dia pun mencuba untuk berfikir positif tentang mereka. Semoga ibunya selamat, hayyaz dan ryan cepat datang ke sini. Semua lamunan negatif - negatif memudar.
Saat miciela melihat skrin telefonnya. Matanya bersinar dengan penuh bercahaya. Dia pun pergi periksa siapa yang mesej dirinya. Mesej dari hayyaz berkata dia akan datang ke sini dengan segera bersama ryan. Dia juga memberitahu miciela kalau dia terjumpa ibu mikaela yang sedang menunggang motor.
Miciela merasa lega selepas baca mesej dari hayyaz. Dia merasa sangat lega lepas membaca kabar baik dari hayyaz itu. Tidak mengetahui bahaya yang akan datang kepadanya. Masa berlalu dengan cepat miciela mendengar ketukan pintu. Dia melihat ibunya yang berdiri di hadapan hayyaz dan ryan yang baru saja keluar dari perut kereta.
Mereka masuk dan ibunya mempelawa hayyaz dan ryan masuk ke dalam rumah. Puan mikaela yang tidak tahu apa - apa itu hanya buat hal sendiri. Kelihatan puan mikaela nampak penat dari kerja. Dia memberitahu miciela kalau telefonnya tidak mempunyai bateri. Maka telefon puan mikaela mati.
Hal itu membuat miciela lega. Nampaknya dia hanya berfikir negatif kerana situasi yang ryan alami ini. Saat ibunya menjemput ryan minum kerana ryan adalah tetamu. Puan mikaela pergi ke biliknya untuk mandi. Seketika miciela, hayyaz dan ryan saling pandang dan menceritakan apa yang terjadi.
"Kenapa kau nampak pucat saja ryan?" tanya hayyaz pada ryan. Ryan menghela nafasnya. "Aku takut dia ambil buku ini." Mata miciela membulat saat dia melihat buku yang terlihat usang di dalam beg ryan. "Apa maksud awak ryan? buku darimana awak dapat itu?" tanya miciela pada ryan. Ryan memberikan buku itu pada miciela.
Hayyaz yang duduk bersebelahan dengan miciela tapi menjaga jarak membuat dia rasa ingin tahu juga. Buku itu bertajuk 'two brother become rival.' miciela yang kebingungan melihat ke arah ryan begitu juga dengan hayyaz. Ryan mengeluh dan mula bercerita. "Itu buku sejarah cerita tentang saya, anastasia dan theo..."
"Saya tak tahu apa yang theo akan lakukan kalau dia berjaya tangkap saya. Dia inginkan buku sejarah itu untuk menghilangkan bukti. Dia ingin menghapus semua sejarah itu lalu saya, dia dan anastasia akan kembali lagi ke awal. Dia ingin mempermainkan takdir selagi saya ada. Dia takkan puas untuk menyiksa saya di setiap timeline yang ada."
Miciela dan hayyaz saling pandang memandang lalu memandang kembali ke arah ryan dan melihat ke buku usang itu di paha miciela yang beralaskan seluar panjang. Miciela merasa ragu untuk membuka buku itu. Dia pun melihat ryan lalu ke hayyaz. Mereka berdua serentak menganggukkan kepalanya.
Miciela pun membuka buku itu dan mula membacanya...
═════ஜEND OF BAB 20ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro