BAB 2
(Note: cerita ini akan gonta - ganti sudut pandangan yang berbeza, seperti 1st pov dan 3rd pov)
═════ஜBAB 2ஜ═════
Miciela kini berhadapan dengan cermin sambil melihat wajahnya. Lebih tepat lagi ialah wajah anastasia. Badan wanita yang sedang dia tatap di cermin sekarang ini. wajah mereka hampir sama mirip. Dia lalu bersemayam di katil empuk nan besar itu.
'Aku masih tak boleh lupa ingatan sekali imbas itu.' miciela masih terkejut dengan ingatan secara tiba - tiba itu. 'Entah kenapa aku rasa seram sejuk pula.' Fikirnya sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Flashback.
"Tasia, tasia?" Ryan memanggil miciela banyak kali, miciela yang di panggil banyak kali itu pun akhirnya kembali lagi ke bumi dia berpijak. Mereka sudah sampai di rumah pusaka yang cantik itu.
(Tak tahulah ini estate ke bukan ಥ_ಥ maaf kalau salah, sumber gambar dari pinterest.)
Miciela hanya terkedu berapa saat. Wajahnya sangat pucat seperti mayat. Saat dia tersedar dari lamunannya itu dia pun melihat sekelilingnya. Dia lalu menatap lelaki di hadapannya itu, yang nampak risau akan dirinya.
'Mesti dia mula syak aku bertingkah pelik sebab aku bukan 'anastasia' yang dia kenal saat mula bangun tadi.' Fikir miciela. "Tasia, ryan rasa tasia penat ni, mesti terkejut atas apa yang terjadikan? Kita masuk dahulu, barulah kita berehat." Ucap ryan sambil tersenyum manis.
Miciela hanya menganggukkan kepalanya. Sejujurnya dia tidak sebegitu percaya dengan ryan kerana dia orang yang baru miciela kenali. Tapi dalam masa yang sama dia sedikit percaya.
kerana sekarang ini hanya dia sahaja yang ada di sini yang dapat menolong miciela. Miciela juga boleh mencari info - info tentang zaman ini.
'Aku harus cari tahu segera info - info di sini dan tentang diri anastasia. Serta, kenapa aku terperangkap dalam badannya, kenapa harus aku yang di pilih?'
'Kenapa tiba - tiba aku di zaman yang asing ini? Apa pun itu semua jawapannya ada di depan mata. Tapi aku sahaja yang tak nampak, kerana jawapan itu.. Tersorok'
End of flashback.
'Apa - apa pun, aku tak boleh bertindak sesuka hati.' Fikir miciela lagi. Dia melihat lagi ke arah cermin itu. Wajah anastasia yang nampak bersih dan penampilannya sudah rapi selepas dia bersalin pakaian agak besar namun selesa.
Gaunnya juga menutup aurat badannya. 'Siapa sebenarnya kau anastasia? Apa yang kau nak dari aku sebenarnya?' Miciela berfikir dengan sangat keras. Apa yang dia buat kali terakhir sebelum dia sampai ke sini?
'Argh, cubalah berfikir keras lagi miciela!!' Miciela mengeluh dengan sangat keras walaubagaimanapun, miciela tidak dapat ingat apa yang dia lakukan sebelum sampai ke sini. Dia sudah seperti amnesia. Hanya tentang dirinya sahaja dia ingat.
'Kenapa aku tak ingat ni? Kenapa ni? Kenapa ingatan aku dengan anastasia bergabung?' Sekali lagi miciela mengeluh. Dia pun mencuba analisis sekeliling tentang zaman ini. Zaman kerajaan politik.
'tadi ryan pun ada slang europe kan? Eh tapi... Hmm...' miciela mula berfikir keras, 'tak masuk akal pula, author ni suka - suka je letak sembarangan eh.' Fikir miciela lagi.
'Apa pun itu, mesti dunia ini seperti dunia fantasi macam dalam novel - novel yang hidup semula itu.' Miciela mula mengigit kuku ibu jarinya. Tabiat miciela di zaman modennya kalau dia sudah berfikir sangat keras.
Miciela pun berdiri dan jalan kesana kesini di dalam bilik yang disediakan tadi. Buat sementara ini, dia hanya akan diam dan mencari tahu tentang zaman ini, kalau saja-
'ah! Mesti anastasia nak minta tolong!' Tiba tiba teori miciela muncul. Terima kasih dengan komik dan juga novel yang selalu dia baca di dunia modennya itu. 'Mesti anastasia ingin aku meminta untuk tolong dari aku. tapi apa itu?'
Tiba - tiba miciela berfikir tentang Raja itu. Theo kyne. Namanya sahaja membuat detak jantung miciela a.k.a anastasia berdetak laju. Mesti dia sedang ketakutan dengan Theo. Suami anastasia itu sendiri. iyalah siapa juga yang sanggup hidup dengan lelaki seperti itu?
Theo telah membunuh satu keluarga anastasia dan menjadikan anastasia pemaisuri secara paksa itu sangat kejam. 'Apalagi yang kau sudah kau lakukan theo? Apalagi hal kejam yang pernah kau lakukan?'
Miciela hanya menghela nafas berat untuk sekian kalinya. Pertanyaan dalam kepalanya terbiar tidak terjawsb. Dia pun tenggelam dalam dunianya sendiri. Membuat teori dan kesimpulan yang tidak pasti itu.
Sementara itu, ryan hanya bersemayam diam di dalam biliknya sendiri. Rumah pusaka ini adalah hadiah terakhir pemberian ibunya sebelum ibunya meninggal dunia.
"Adik" ryan lalu menyentuh rantai yang dia sedang pakai itu. Ryan sudah menukar pakaian dan memakai baju yang rapi itu. Baju ryan dan anastasia yang basah tadi itu sudah di cuci dan di keringkan oleh pelayan di sini.
Ada penjaga yang menjaga di rumah ini. Dia melihat lagi kearah jendela itu. Pemandangan yang cantik, angin meniup lembut, tumbuh - tumbuhan yang berada di sekeliling rumah pusaka ini menari - nari di bawah sinar matahari yang terik.
Ryan masih ingat saat ryan dan theo bermain semasa mereka zaman budak - budak dahulu tanpa ada rasa bersalah, tanpa ada rasa takut, tanpa ada rasa berfikir untuk dunia yang kejam ini.
Namun sayangnya, saat 'itu' berlaku.. Semuanya berubah. Ryan meraup wajahnya. Dia tidak ingin ingat lagi tentang hal itu, tiba - tiba dia teringat tentang anastasia.
Wanita yang tadinya berkelakuan pelik tadi. Tapi dia satu pun tidak membesarkan masalah itu. 'Mungkin tasia hanya takut dan trauma setelah apa yang terjadi padanya.' Fikir ryan. Iyalah siapa yang tidak trauma kan?
Nampak satu keluarganya di bunuh lalu kerajaan elysian milik keluarga anastasia di rampas oleh theo begitu sahaja. Theo pun membiarkan anastasia hidup dengan syarat. Iaitu memaksanya untuk nikah dengan seorang theo.
Hal itu membuat ryan ingin membantu dan selamatkan wanita yang tak bersalah itu. Hinggalah dia buat risiko yang terlalu tinggi itu dan akhirnya dia membahayakan dirinya sendiri dan wanita itu.
Mereka berdua pun kini menjadi buruan Theo akibat tindakan ryan yang termasuk memberontak kerajaannya sendiri. Mungkin itu salah dirinya juga kerana tidak dapat mengawal perasaan itu.
Dia tahu ajalnya akan menjemput dan mati di tangan adiknya sendiri, Theo. Tapi setidaknya dia akan mati bersama anastasia. Kerana dia sayangkan wanita itu lebih dari seorang adik ipar.
═════ஜEND OF BAB 2ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro