BAB 19
(Sila vote & komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 19ஜ═════
Di sisi lain...
Ryan sedang mengalami baik pulih di kakinya. Meskipun jalannya agak pincang sedikit tapi itu bukanlah masalah baginya yang penting dia masih hidup. Dia mula mencari tahu kehidupan dia di sini. Matanya merenung kepada ICnya itu. Miciela pernah memberitahunya.
IC itu ialah identity card. Di mana maklumat tentang diri. Miciela juga memberitahu ryan kad ini juga penting dan akan banyak digunakan dalam pelbagai urusan. Contohnya bank, imigresen, perkahwinan dan lesen memandu. Ryan juga belajar tentang bahasa baru di dunia ini.
Banyak lagi yang dia harus pelajari. Cakap tentang IC ryan. Nama ryan berubah. Dari ryaner royce von havern kyne. Ia berubah ke Muhammad ryaner bin abdullah. Umur dia di dunia zaman moden ini ialah 27 tahun. Sama umur dengan hayyaz serta miciela. Di zaman miliknya dia berumur 30 tahun sementara theo di sana berumur 26 tahun.
Ibubapa ryan di sini tidak di ketahui. Nampaknya zaman di sini ryan sangat muda. Dia tidak tahu theo di mana sekarang. Dia tahu theo sedang mencari mereka sekarang. Untungnya miciela tidak bertanya kenapa ryan boleh tahu theo pun berada di zaman ini. Soal itu ryan merahsiakan kenapa dia boleh tahu theo di sini.
Hayyaz sudah menolong membayarkan kos ryan. Hayyaz yang tampak lelaki baik dan menghormati orang membuat ryan merasa hayyaz patut dipercayai. Dia juga menolong masalah ini. Jadi menurut ryan tidak salah kalau hayyaz mengetahui masalah ini selain dirinya dan miciela. Seusai dia mengemas bajunya.
Dia pun pergi keluar dari hospital. Dia melihat alamat rumah miliknya di dunia ini. "Ini di mana?" gumam ryan membuat dia mengkerutkan dahinya. Ryan pun mengelengkan kepalanya. Aduh dia tidak tahu macam mana ini? dia tidak ingin menyusahkan miciela atau pun hayyaz tapi ryan juga tidak ingin sesat!
Sudahlah dia baru saja keluar dari hospital. Kakinya juga baru sembuh. Entah kenapa kakinya cepat sembuh walaupun ia masih sakit kalau berjalan. Di hari isnin pukul 8 pagi ini sudah banyak orang dan kereta lalu lalang. Membuat ryan sedikit tertolak kerana orang yang ramai. Mau tidak mau dia terpaksa telefon miciela.
Saat dia ingin telefon miciela dan berjalan menuju tempat bas stop berada. Dia merasakan sesuatu yang mengikutinya. 'Sial... Tidak mungkin secepat ini!' fikir ryan kerana kakinya sakit dan masih pincang dia tidak boleh berlari dengan baik. Jadi yang di lakukan adalah berjalan di keramaian dengan mempercepatkan jalannya.
Saat dia berjalan di keramaian dia merasakan bulu romanya berdiri. Tatapan tajam yang dia kenal itu. Dia dapat merasakannya. Ryan mengigit bibirnya. 'Sial! Sial! Sial!' makinya kepada diri sendiri. Dia berjalan ke lorong sepi. Dia pun menyorokkan dirinya di samping tong sampah yang besar.
Dia tidak peduli kalau itu bau busuk atau tidak. Dia ingin keluar dari sini aksi kejar mengejar ini sekarang juga! ryan pun dengan badan kesejukkan dan bergetar menelefon miciela. Entah apa yang di takuti ryan? adakah dia belum sedia menghadapi adiknya itu? atau kakinya yang belum? jawapan itu hanya ryan saja yang tahu.
Miciela yang berada di rumah. Dia sudah selesai makan dan mencuci piring. Sesusai dia mencuci piringnya. Dia pun melihat telefonnya berdering. Nama 'ryan' terpapar di skrin telefonnya. Membuat dia merasa hairan. Mungkin ryan tersesat. Dia pun menyambut panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum ya ryan-" sebelum miciela menghabiskan ucapan. Ryan memotong miciela. Oleh kerana ryan terlalu panik. Dia pun terus saja memberitahu miciela kenapa dia menelefon miciela. Nasib miciela sudah ajar tentang cara menggunakan telefon.
"Miciela! theo datang... Dia tahu dimana saya berada sekarang..." Bisik ryan yang terselit nada panik. Dia takut sesuatu terjadi pada ryan mahupun miciela. Theo melakukan apa saja demi anastasia. Dia mesti ingin menghajar ryan dan ingin mencari info tentang anastasia sekarang di mana.
Mata miciela membulat. Secepat itu!? tapi bagaimana boleh terjadi? "Ok tenang dulu ryan. Jangan risau... Saya akan telefon hayyaz di mana awak berada sekarang... Boleh bagitahu di mana awak berada sekarang?" ryan bingung di mana dia berada sekarang.
Dia masih ingat lagi kalau miciela pernah mengajarkan ryan tentang menghantar lokasi kalau dia atau miciela dalam bahaya. "Nanti saya bagi awak lokasinya kejap." Ryan pun menekan butang merah tanpa mendengar perkataan miciela.
Di sisi lain miciela mula risau. Dia agak ragu - ragu mesej hayyaz. Adakah dia sedang sibuk sekarang? mau tidak mau dia terpaksa mesej hayyaz. Kalau tidak ryan akan dalam bahaya di tangan theo. Selepas itu mesti dirinya pula menjadi sasaran theo selepas menghajar ryan yang masih lagi dalam proses membaik pulihkan kakinya.
-------------------------------------------------------------------
Hayyaz ❤
Miciela
Awak? awak sibuk ke?
Hayyaz ❤ online
Hayyaz ❤
Kenapa tu miciela?
Tak adalah sibuk sangat.
Tengah periksa lukisan yang
akan di bangunkan. Maklumlah
Arkitek... Kenapa tu miciela?
Miciela
Ryan kata theo sudah tahu di
mana ryan berada sekarang.
Dia sekarang dikejar oleh theo.
Hayyaz ❤
Eh secepat itu!?
Dia sudah bagi lokasi belum?
Miciela
Dia cakap dia ingin bagi sekarang.
Selepas itu dia matikan panggilan
telefonnya. Dia terkesan panik dan
terburu - buru.
Nampaknya dia masih kesusahan
untuk belajar di dunia zaman kita.
Hayyaz ❤
Cuba periksa sekarang.
Dia ada bagi awak lokasi?
Miciela
Sekejap.
Maaf menyusahkan awak
sekali lagi.
Hayyaz ❤
Tidak mengapa miciela.
Awak tunangan saya. Nanti
awak jadi tanggungjawab saya
juga.
Miciela
-------------------------------------------------------------------
Miciela memeriksa lokasi ryan. Sesusai dia mesej kepada hayyaz tadi tentang ryan. Dia pun menghantar lokasi itu kepada hayyaz.
-------------------------------------------------------------------
Hayyaz ❤
Miciela
*Menghantar lokasi*
Hayyaz ❤
Ok, sekarang saya akan pergi ke sana. Awak duduk di rumah saja.
Kalau ada apa - apa, saya akan mesej awak.
Miciela
Tapi hayyaz, saya nak ikut
juga.
Hayyaz ❤
Miciela, jangan degil.
Saya akan beritahu awak.
Jangan risau.
Miciela
Hati - hati hayyaz.
Hayyaz ❤
Ya miciela. 💕
Hayyaz ❤ offline
-------------------------------------------------------------------
Kini miciela hanya menunggu saja. Dia risau tentang hayyaz dan juga ryan. Dia juga risau akan dirinya. Apa nasibnya selepas ini kalau dia berada di tangan theo? adakah dia akan marah dan membunuh miciela kerana miciela bukanlah anastasia?
Miciela mula merasa tekanan dengan keaadan sekarang. Dia pun duduk di sofa. Kini dia menunggu ibu, hayyaz dan ryan. Miciela mula merasa tidak senang duduk. Dia harus duduk diam di sini. Dia faham hayyaz mau dia duduk diam di sini agar dia tidak terkena masalah.
Dia hanya mampu berdoa kepada Allah sahaja semoga mereka selamat. Dia juga risau dengan ibunya yang tidak pulang - pulang ini. Semoga ibunya juga tidak terjadi apa - apa. Sembari dia pergi ke bilik untuk mengemas pakaiannya. Dia berdoa dan memohon untuk mereka berdua selamat.
═════ஜEND OF BAB 19ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro