Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

(Sila vote dan komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 17ஜ═════

Seusai makan siang. Hayyaz dan ryan berbincang - bincang. Untungnya hayyaz tidak cemburu sangat selepas mengetahui kalau ryan tidak tahu kalau dalam badan anastasia itu ialah orang lain. Ryan pun meminta maaf kepada miciela.

Hayyaz pun memberi mereka berdua berbincang antara satu sama lain. "Jadi nama awak miciela?" miciela yang di tanya hanya menganggukkan kepalanya. "Iya, saya bingung sebenarnya..." Ucap miciela sambil menggaruk - garuk kepalanya yang beralas tudung itu.

Mata ryan menatap tudung yang miciela kenakan. Mukanya memang mirip anastasia. "Jadi awak memang bukan anastasia... dan awak kata awak termasuk dalam badan anastasia masa kita berdua melarikan diri dari theo?" miciela menganggukkan kepalanya sekali lagi.

Ryan masih mencerna info yang masuk dalam kepalanya. Jadi sekarang mereka berada di dunia moden. Di dunia miciela berasal. Entah kenapa ryan rasa kecewa dengan sesuatu. Hal itu terlihat jelas di mata miciela tapi miciela tidak menghiraukan hal itu.

Mereka berdua berada di suasana yang canggung dan hening menghiasi suasana di antara mereka. Selang beberapa minit akhirnya ryan membuka mulut untuk bersuara. Banyak pertanyaan yang muncul dalam kepalanya.

"Jadi awak dan hayyaz bertunang?" tanya ryan pada miciela. Miciela yang di tanya menganggukkan kepalanya. "Iya, saya dan hayyaz bertunang. Oleh kerana saya koma perkahwinan kami di tunda." Miciela menjelaskan apa yang terjadi kepadanya.

Ryan hanya mengeluh dan menganggukkan kepalanya. "Oh begitu..." Gumam ryan. Setelah beberapa saat berdiam diri dia bertanya lagi. "Awak tahu tak kenapa kita berdua kembali ke dunia awak?" tanya ryan membuat miciela mengelengkan kepalanya.

Miciela ingin memberitahu ryan kalau dia jumpa anastasia selepas mereka berdua di bunuh oleh theo tapi dia mengurungkan niatnya. Dia tidak boleh terburu - buru. Setidaknya dia selamat dari theo buat masa ini. "Tunggu berarti kalau awak berada di sini..." Jeda miciela dan ryan sambung perkataan miciela.

"Benar, dia berada di dunia ini juga tapi jangan risau. Dia tidak berhak perbuat apa - apa lagi kerana dia tidak ada takhta rajanya di sini. Di sini dunia moden yang awak bilang itu kan? jadi saya rasa tidak masalah kalau dia muncul. Saya dan hayyaz akan melindungi awak."

Ryan berkata membuat miciela menganggukkan kepalanya. Setelah berbincang - bincang. Ryan menolak kerusi rodanya. "Soal perasaan saya kepada anastasia itu saya biarkan terpendam sahaja. Dia bukan awak dan awak pun ada orang lain di sini yang menunggu awak selama 3 tahun."

Perkataan ryan membuat miciela rasa bersalah walaupun itu bukanlah salahnya. Ryan pun berkata lagi. "Pasti ada alasan kenapa anastasia memilih awak dan awak tiba - tiba masuk ke dalam badannya." Ryan merapikan rambutnya ke belakang kerana kusut di terpa angin taman hospital.

Miciela menganggukkan kepalanya. Dia teringat tentang satu minggu lepas di mana dia sedar dari koma selama 3 tahun. Sebelum dia sedar, dia terjumpa dengan anastasia asli yang sedang bercakap dengannya tentang sesuatu yang masih lagi membuat dia bingung tentang hal itu.

"Waktu tiga hari aku berikan pada mu. Tapi kau gagal menunaikan permintaan ku... Sekarang... Semuanya sudah terlambat. Mereka tetap berada di dekat mu meskipun kau berada di dunia aslimu..."

Itulah anastasia yang asli menyampaikan 'pesanan' itu pada miciela sebelum miciela di tolak jatuh ke jurang kegelapan. Semua soalan masih belum terungkap. Miciela dapat jawapan kenapa dia di sana kerana sebuah kemalangan. Dia masih ingat lagi tentang buku yang dia baca semasa dia berada di alam sana.

"Jiwa itu haruslah orang yang di takdirkan untuk mati namun masih berkeinginan untuk hidup."

'Orang yang berkeinginan untuk hidup...' Fikir miciela membuat ryan menoleh kearahnya. Ryan merasa hairan kenapa miciela tiba - tiba diam. Muka miciela yang tegang dan tampak memikirkan sesuatu membuat ryan merasa ingin tahu apa yang miciela fikirkan. Adakah jawapan tentang situasi pelik yang mereka alami sekarang ini?

Ryan tidak menghiraukan itu dan dia pun memandang kakinya yang di balut. "Miciela... Saya minta maaf atas apa yang terjadi... Oleh kerana saya dan theo... Awak terjerat sama... Sungguh saya tak tahu pun awak masuk dalam badan anastasia..." Ryan luahkan perasaannya serta rasa kecewanya.

Dia juga malu dengan miciela kerana sebelum ini dia pernah memang miciela yang berada dalam badan anastasia. Ia tetap salah kerana anastasia ialah istri orang. Miciela hanya senyum saja pada ryan. Banyak pesakit hospital lalu lalang di antara mereka saat ryan dan miciela duduk bersebelahan dan jaga jarak.

Mengetahui agama miciela ialah islam. Sungguh miciela tidak ingat apa - apa tentang dirinya di alam sana. Kadang - kadang dia refleks sebut Allah dan dia tidak perasaan. Oleh kerana batu permata yang masih melekat pada anastasia... Jiwa miciela yang berada dalam badan anastasia pun turut terikut efek sampingan mandela effect itu.

Berfikir dia non muslim di sana tapi sebenarnya tidak. Miciela teringat lagi akan suara misteri yang memanggilnya untuk bangun saat miciela merasakan sakit kepala yang begitu teruk sehingga dia jatuh pengsan. Hayyaz sebelum ini ada menceritakan tentang miciela yang hampir meninggal. Detak jantung miciela tidak dapat di kesan membuat puan mikaela menangis dan berteriak untuk anaknya bangun.

Waktu itu 2 tahun miciela koma. Saat itu hayyaz dan puan mikaela menjenguk miciela. Puan mikaela merasa tidak sedap hati kepada anak perempuannya koma itu. Dia merasa ada yang tidak kena kerana naluri ibu itu memang kuat. Hayyaz bercerita pada miciela kalau puan mikaela tidak henti - henti menangis walaupun dalam tidurnya.

Miciela adalah anak satu - satunya puan mikaela di tambah miciela adalah seorang anak dara yang sedang di timpa kemalangan hingga menyebabkan koma. Dia tidak ingin satu - satu keluarga yang dia punya pergi meninggalkannya sekali lagi. Cukuplah suaminya meninggalkan puan mikaela.

Dia tidak ingin anak perempuannya pergi meninggalkan dirinya. Mendengar hal itu membuat miciela sebak di dadanya tapi itu bukanlah salahnya juga kerana dia tidak boleh berbuat apa - apa. Miciela mengelengkan kepalanya. Nampaknya dia sudah berfikir terlalu jauh sampai lupa ryan berada di sebelahnya.

"Saya pergi dulu ryan. Hayyaz mesti tunggu saya dah lama. Cukuplah dia tunggu saya 3 tahun. Saya taknak dia tunggu lebih lama lagi." Miciela minta izin pada ryan untuk pergi membuat ryan hanya menganggukkan kepalanya. "Iya miciela, maaf kerana saya masa awak jadi terbuang." Miciela mengelengkan kepalanya.

"Tidak apa. Lagipula kita sekarang menjalinkan persahabatankan?" perkataan itu membuat ryan tertampar kenyataan. Miciela bukanlah anastasia. Dia hanyalah wanita yang malang masuk ke dalam badan wanita yang dia cintai. Bahkan sampai sekarang pun dia tidak pernah memiliki cinta anastasia yang dia dambakan itu.

Andai saja masa itu dia pilih keputusan yang benar maka anastasia masih lagi dalam dakapannya.

"Ryan?" panggil miciela kerana ryan terdiam tidak menjawab pertanyaan miciela. Ryan yang terdiam daritadi tidak menjawab pertanyaan miciela membuat lamunannya tersadar. "Ah... Iya." Jawabnya membuat miciela hanya menganggukkan kepalanya. Miciela ingin tanya ada apa dengan ryan. Adakah dia salah menyebut perkataannya itu?

Saat miciela berlalu pergi. Dia tidak tahu kalau tatapan ryan pada miciela begitu tajam mengalahkan pedang. 'Kali ini pun kau berusaha untuk menghindari takdir bersama aku hah anastasia? apa kerana aku memilih dia daripada mu? kau tidak sebodoh yang aku kira. Dengan permata ini... Aku akan lebih berkuasa untuk membuat kau tertunduk pada ku lagi...'

-------------------------------------------------------------------

Mata madu itu merenung permata biru yang berada di tangannya. 'Tidak aku sangka benda ini juga ikut sekali masuk dengan ku. Aku berfikir mana permata merah itu? andai saja erez berada di sini. Kuasa permata ini akan melenyapkan permata unggu yang berada dalam dakapan anak jahanam tidak tahu diri itu.' fikir lelaki itu.

Lelaki itu memejamkan matanya sambil memegang permata itu dengan erat. 'Aku harus balas dendam padanya dan hentikan semua kegilaan yang dia mulakan ini. Aku harus mengembalikan sejarah yang dia karang itu kembali ke asal.' Tiba - tiba batu permata biru itu menyala dan sesuatu berbisik di telinga lelaki itu.

'Hospital.' Mata madunya itu terbuka luas. Akhirnya dia tahu di mana batu permata unggu itu berada. Berkat batu permata biru itu lelaki bermata madu itu mengetahui di mana ryan berada. Permata batu biru itu mengesan di mana mereka berada. Dia harus menghentikan ryan. Kerana anastasia meminta tolong padanya.

═════ஜEND OF BAB 17ஜ═════


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro