BAB 16
(Sila vote dan komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 16ஜ═════
Satu minggu setelah miciela sedar dari koma selama 3 tahun. Dia masih terpukul tentang berita satu minggu lepas di mana dia sedar dari koma. Dia masih lagi di dalam wad hospital bersama tunangnya yang menunggunya selama 3 tahun, ya tunang. Namanya ahmad rais hayyaz bin dilnawaz.
Hayyaz meceritakan kejadian kenapa miciela boleh koma. Waktu itu miciela dan segerombolan rakannya sedang balik dari berkhemah dan mendaki di hutan sana. Perjalanan yang agak jauh untuk kembali ke bandar memakan waktu yang lama. Tiba - tiba hujan turun membuat jalan jadi licin.
Jalan rayanya terletak di tepi tebing laut yang agak dalam. Oleh kerana bas yang terlalu berat menyebabkan pemandu hilang kawalan. Mendengar itu menyebabkan miciela terkejut dan terasa sebak di dadanya. "Lalu... Bagaimana dengan kawan - kawan saya?" tanya miciela pada tunangannya itu.
Hayyaz mengeluh dan mengelengkan kepalanya. "10 dari rakan kita tewas termasuk pemandu bas itu. 5 lagi yang hidup termasuk awak. Ada yang terluka parah, ada yang macam awak, koma. Lepas tu ada yang cacat. Masa tu saya tak sedap hati dan cuba untuk telefon awak. Bila tidak di angkat saya rasa risau,"
"Saya masa tu kerja siang sampai malam untuk kumpul duit. Kita nak menikah dah masa tu." Cerita hayyaz. Sedikit demi sedikit ingatan miciela kembali teringat apabila hayyaz ceritakan semuanya pada miciela. Sejak dari sekolah rendah lagi hayyaz dan miciela berkawan hinggalah masuk kolej.
Entah bila mereka mula menyatakan perasaan tapi mereka tidak menjadi sepasang kekasih kerana hayyaz ingin menghalalkan hubungan dia dan miciela. Dia pun meminta restu kepada ibu miciela kerana ayah miciela sudah meninggal saat beliau menjadi polis. Tanpa sedar air mata miciela bercucuran lagi.
"Hayyaz... Adakah awak percaya pada saya?" tanya miciela secara tiba - tiba. Hayyaz yang nampak miciela menangis dan bertanya seperti itu kepadanya terkejut bukan main. Dia pun mengusap pipi miciela menggunakan tisu di sebelah katil pesakit yang miciela tempati. "Kenapa bertanya seperti itu? sudah tentulah saya percayakan awak."
Miciela mengelengkan kepalanya. "Saya menceritakan ibu tentang apa yang saya alami sepanjang saya koma ini tapi dia kata semuanya hanya permainan mimpi saat saya koma selama 3 tahun." Hayyaz merasa simpati dengan wanita yang dia sayang menangis seperti ini. "Apa yang awak alami sepanjang awak koma ini?" tanya hayyaz kepada miciela.
Miciela pun menceritakan semua kejadian aneh yang dia alami. Dari dia terbangun di dunia asing. Tentang kerajaan zaman dulu, dia berjumpa dengan lelaki bernama ryan dan banyak lagi cerita yang miciela cerita pada hayyaz. Dia ingin meluahkan semuanya. Tidak mungkin dia boleh nampak jam dalam mimpikan?
Apalagi budak bernama cherie itu jelas - jelas berkata kalau dia bukan dari dunia sana. Selepas hayyaz mencerna semua yang miciela katakan itu. Hayyaz mengganguk faham. Pada mulanya dia berfikir kalau miciela sedang merepek tentang mimpinya. Tapi lama - kelamaan dia tahu miciela tidak berbohong.
Kerana miciela tidak pandai menipu. Dia tahu riak wajah miciela yang sedih, sayu dan merasa terpukul. Entah kenapa miciela terasa begitu sedih. "Awak mesti anggap saya gilakan?" kata miciela pada tunangannya ini. Hayyaz mengelengkan kepalanya. "Saya percaya pada awak." Mata miciela membulat memandang hayyaz.
"Awak percaya saya? serius ke ni?" hayyaz mengangguk sambil menampilkan wajah seriusnya. "Iya. Saya percaya pada hal yang berbau supernatural yang macam awak alami sekarang ini dan awak tidak pernah berbohong kerana awak tidak pandai menipu." Hayyaz melemparkan senyuman manis kepada miciela.
Miciela tidak percaya kalau hayyaz akan mempercayainya begitu saja. Bahkan ibunya sendiri bilang kalau itu cuma permainan alam bawah sedar miciela yang sedang koma selama 3 tahun. Cakap pasal koma 3 tahun, hayyaz sentiasa menunggu miciela sedar dari koma. Agar dia dapat menikah dengan wanita pilihannya itu.
Dia terbiasa menunggu miciela kerana sejak dari sekolah lagi dia memendam rasa sukanya pada miciela. Pada awalnya dia berfikir ini hanyalah cinta monyet tapi lama kelamaan perasaan cinta itu membesar saat dia bersama dengan miciela di kolej. Akhirnya dia memberanikan diri untuk merosakkan hubungan persahabatan mereka.
Tapi tidak menyangka kalau miciela mempunyai perasaan yang sama pada hayyaz. Saat hayyaz mendengar kemalangan yang di timpa miciela itu membuat dia merasa terpukul. Padahal hari mereka nikah semakin dekat tapi terpaksa di tunda kerana miciela yang koma.
Tapi dia tidak terburu - buru memaksa miciela menikah dengannya saat miciela bangun nanti. Kerana dia tahu miciela baru bangun dari komanya selama 3 tahun. Jadi dia faham kenapa miciela seperti itu. Selama miciela koma... Hayyaz selalu berdoa kepada Allah agar miciela terbangun dari tidurnya yang lena dan panjang itu.
Dia setia kepada miciela seorang saja. Kembali pada situasi terkini. Selesai bercerita dengan hayyaz. Hayyaz pergi keluar sekejap untuk membeli mereka berdua makanan kerana miciela tidak ingin makan bubur hospital yang tidak ada rasa itu. Saat menunggu hayyaz... Miciela pun berjalan - jalan sekeliling bilik wad yang miciela tempati di hospital.
Banyak pesakit yang berjalan - jalan di luar wad mereka. Ada yang berada di taman hospital dan ada juga perkerja - perkerja hospital berlalu - lalang di sini. Saat dia berjalan dengan kepala yang masih terbalut. 'Aduh bila mau buka balutan ni kepala aku dah sembuhlah.' Fikir miciela tanpa sedar melanggar kerusi roda.
Kerusi roda itu ada orang duduk di sana. "Ah maaf-" matanya terbeliak seketika saat melihat wajah yang duduk di kerusi roda itu. "Tidak apa - apa." Jawabnya dengan nada biasa berbanding balik dengan miciela yang sudah terkejut dan tidak percaya yang di hadapannya ini siapa. "Ryan?" panggil miciela. Jadi yang dia alami itu memang bukan mimpikan?
"Maaf anda siapa ya? bagaimana anda tahu nama saya?" ucap lelaki itu dengan nada keliru saat dia memandang miciela yang sudah kebingungan. "Ah... Tidak saya salah orang. Kebetulan namanya ryan. Maaf sekali lagi." Lelaki itu hanya mengangguk saat miciela berjalan pergi untuk kembali ke wadnya takut hayyaz datang kembali dan mencarinya tidak ada di sana...
"Anastasia... Ini dimana?" miciela terkaku saat lelaki itu berkata seperti itu. Saat dia putar balik ke arah lelaki yang duduk di kerusi roda itu hanya tersenyum manis kepadanya. Dia melihat kaki kanan milik lelaki itu. Luka yang sama saat ryan di panah dekat kaki kanannya. Jadi semua ini memang bukan mimpi miciela?
-------------------------------------------------------------------
Sepasang mata itu terbuka luas. Dia mendapati dirinya berada rumah mewah. Dia melihat sekeliling dengan rasa berat di kepalanya. Terlihat pelayan di sebelahnya yang terkejut saat nampak tuan mudanya bangun dari tidur yang cukup panjang. "Tuan muda sudah bangun?" tanya pelayan itu.
"Anda nampak saya bagaimana? tidak meninggal... kan?" tanyanya pada pelayan itu. Pelayan itu tersentap dan hanya menganggukkan kepalanya. Mata madu lelaki itu membulat saat dia sedar ini bukanlah dunia aslinya. Dia pun melihat sekeliling. Wajah butler itu sama sekali tak dia kenal tapi memanggilnya dengan gelaran 'tuan muda.'
"Sekarang tahun berapa?" tanya lelaki itu membuat pelayan memandang lelaki itu dengan tatapan hairan. Dia merasa pelik kenapa dengan tuan mudanya ini. "Tahun 2024 tuan." Mata madu membulat sempurna saat mendengar perkataan pelayan itu. Dia membuka langsir besar itu menampilkan cahaya pagi yang menyinari.
Dunia yang begitu asing baginya. Penuh dengan bangunan dan teknologi yang dia tidak ketahui. 'Tunggu kalau aku berada di sini... Mereka berdua pun berada di sini? tapi mereka berada di mana?' batinnya sambil meraup wajahnya. Tangannya yang lagi satu mencekak pinggang
'Argh tak guna! selepas aku gertak wanita yang masih memeluk lelaki jahanam itu aku sudah meminumkan dia cairan yang cepat sembuh... Dan membiarkan lelaki jahanam itu meninggal... Tapi tidak aku sangka kekuatan permata itu boleh membawa kami ke sini.' Fikir lelaki itu.
'Aku harus cari mereka sekarang juga. Hancurkan permata tidak guna itu sebelum semuanya terlambat. Si tak guna itu masih menyimpan permata bodoh itu.' Terlihat wajah lelaki itu sangat frustasi. Dia pun mula memikirkan cara untuk dia mencari mereka sambil membiasakan diri di dunia asing ini.
═════ஜEND OF BAB 16ஜ═════
(Maaf ye kalau cerita macam terlalu rush dan terlalu memaksa. Saya nak habiskan cerita ni sekarang juga supaya saya boleh fokus dengan cerita saya yang lain. Terima kasih kepada yang membaca cerita ini! Stay stunned untuk episod selanjutnya! Boleh buat teori di sini ya sila komen!)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro