BAB 15
(Jangan lupa vote dan komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 15ஜ═════
Keadaan ryan saat ini. Dia merasakan istana castiel sudah dekat. Sekarang dia merasakan tengah hari menjadi petang. Perlukan berapa jam dia sampai ke sini dengan berjalan kaki. Ajaibnya dia masih hidup walaupun dengan berbalut dan jahit begini. Dia merasa ingin rebah saat ini juga. Dia merasa lapar dan dahaga.
Saat akhirnya dia nampak istana yang tinggi megah dari kejauhan. Dia tahu itu istana castiel. Maknanya dia sudah sampai. Sekarang yang dia perlukan ialah rancangan menyusup masuk di dalam istana castiel. Dia tahu celah masuk dari sini. Kalau tidak bagaimana dia boleh keluar dari sini dengan anastasia?
Dia pun mula menyorok di pokok tinggi yang besar itu. Setelah berapa minit dia berada di sana. Dia mula melihat sekeliling. Sementara itu. Miciela masuk balik ke dalam istana bersama dengan theo setelah kejadian cheri yang tiba - tiba menengking tidak jelas itu. Tapi miciela yakin budak itu mesti tahu sesuatu.
Para pengawal mengikuti mereka dari belakang. Di luar ryan nampak kereta kuda raja fernand. Sepertinya raja fernand ingin merancang sesuatu. Sementara itu theo hanya tersenyum sinis kerana mengetahui raja fernand datang kembali kerana dia mengetahui koin dinar emas itu palsu. Sengaja dia membuat raja fernand murka.
Kerana targetnya ialah kerajaan crystal. Raja fernand adalah orang yang tidak boleh diharap sama sekali kerana dia mata duitan. Dia tahu raja fernand berkerjasama dengannya kerana duit selepas mendapatkan banyak duit dari theo. Dia akan menikungnya pula dari belakang tapi sayangnya dia tidak bodoh seperti ryan.
Sebelum raja fernand membuat seperti itu. Alangkah bagusnya kalau theo kenakan raja fernand dulu. Biar padan mukanya. Dia sudah merancang segala yang terjadi. Kerana dia tahu semuanya. Raja fernand terus saja masuk sambil membawa banyak pengawal. Mereka mula menyerang tanpa basa - basi.
Namun pengawal theo lebih kuat di bandingkan pengawal raja fernand. Nasib anastasia sudah di tempatkan bilik rahsia bukan bilik theo. Miciela yang bingung kenapa dia tempatkan bilik yang bukan bilik theo pun merasa hairan. Di samping itu ryan yang menyaksikan perang secara tiba - tiba itu memberi dia kesempatan untuk menyusup.
Dia ambil pedang dari pengawal yang sudah mati dan menyusup begitu mudah dengan menyamar jadi pengawal. Theo hanya memerhatikan raja fernand yang nampak murka. "Berani kau menipu beta theo! padahal beta sudah menolong mu. Kau benar - benar tidak bersyukur hah!?" teriak raja fernand.
Tanpa basa - basi theo menyusuk raja fernand tanpa ampun. Baginya tidak ada guna untuk bercakap dengan orang bodoh yang mata duitan dan tidak memahami bahasa manusia. Mata madu milik theo itu menatap tajam milik raja fernand yang sudah membulat sempurna. Terkejut kerana secepat kilat dia membunuh raja fernand.
Sudah lama dia menahan diri untuk tidak membunuh raja fernand. Dia ingin jatuhkan abangnya dulu barulah dirinya. "Dasar murahan. Ini saja perang yang kau berikan? aku ingin berdua - duaan dengan istriku pun tidak boleh hah? nampaknya kau pergi neraka dahulu." Ucap theo dengan nada dinginnya.
Dia pun berbisik kepada raja fernand sebelum raja fernand pergi ke alam akhirat. "Kau ingat aku tidak tahu kau ingin mengkhianati ku setelah merancang untuk mengkikis duit ku hm? oh aku punya hadiah untuk kau. Erez... Dia masih hidup." Mata raja fernand membulat sempurna sebelum akhirnya kepala raja fernand di tebas.
Kepala raja fernand yang bergolek ke lantai itu membuat pengawal theo mahupun pengawal raja fernand terhenti dari perang itu. Suasana menjadi hening kerana mereka terkejut theo mempunyai keahlian cepat membunuh tanpa ampun. Setelah berperang secara tiba - tiba itu tamat. Mereka pun membersihkan istana itu.
Namun theo terdengar pembantu pribadi anastasia datang. "Yang mulia raja theo! pemaisuri anastasia hilang!" mata theo terbeliak seketika. Cis! pengawal bodoh. Tapi seketika dia tersenyum sinis. Itu sudah tentu abangnya yang jahanam sudah kembali. Berlagak wira sekali anak jahanam itu. Theo pun menyuruh sisa - sisa pengawalnya untuk ikut dia kemari.
-------------------------------------------------------------------
Flashback
Saat miciela kebingungan dan di tinggal sendiri di bilik rahsia. Dia mendengar orang teriak kesakitan dan pedang menyerpa telinganya. Membuat miciela merasa takut. Kenapa semua ini secara tiba - tiba? kenapa semua ini terjadi secara cepat? kenapa tiga hari ini sungguh kecoh?
Bagi miciela masa sekejap saja untuk berehat dan memecahkan teka - teki anastasia ini. 'Argh! Kenapa malang betul nasib aku ni! kalau kau nak permintaan kau di kabulkan cepat bagi aku semua ingatan kau bodoh!' teriak batin miciela tersiksa dan bingung di dalam badan anastasia.
Tapi saat pintunya di buka paksa membuat miciela terlompat sedikit kerana terkejut. Dia pun menoleh siapa itu. Dia melihat pengawal dengan badannya yang mandi darah. Hal itu membuat miciela ketakutan. Tapi saat miciela melihat siapa pengawal ini dia sedar itu adalah ryan yang tercungap - cungap.
"Anastasia!" teriaknya lalu memeluk miciela. Baju miciela pun ternoda dengan darah di badan ryan. "Mari kita pergi dari sini sekarang! ryan akan jelaskan ada apa yang terjadi." Ryan pun langsung saja bawa miciela lari dari sini dia menghiraukan miciela yang kebingungan dan terkejut yang sangat berat.
End of flashback
-------------------------------------------------------------------
Saat semuanya jadi huru - hara dengan ryan yang pucat membawa lari miciela yang berada dalam badan anastasia yang sedang kebingungan serta theo dan kumpulan penyerangnya datang mengejar mereka berdua. Sekilas miciela nampak semua ingatan anastasia. Bermula dari perang besar - besaran.
Theo yang membakar kerajaannya sendiri dengan senyum sadisnya. Anastasia yang menangis kesakitan. Anastasia yang meninggal dalam dakapan theo saat anak melahirkan. Theo yang membunuh anastasia dan segalanya sudah jelas. Kenapa tiba - tiba? detak jantung miciela tidak karuan di buatnya.
Setiap timeline di tunjukkan theo yang kejam dan ryan yang tersiksa. Membuat miciela semakin bingung dengan otaknya sendiri. Membuat dia tidak perasan situasinya yang sekarang ini. Sudah jelas anastasia ingin bersama ryan bukan theo. 'Apa ini ketentuan yang kau inginkan anastasia? aku akan kabulkan semuanya.'
Miciela tidak ingin bertahan di dunia ini walaupun berasa 3 hari membuat dia merasa bingung, takut, terkejut dan lain - lain. Saat mereka berlari ada anak panah yang menuju laju ke arah mereka. Anak panah itu menusuk kaki kanan ryan. Luka jahitan ryan mula terbuka membuat ryan nampak pucat.
Dia merasa dahaga dan kelaparan. Jadi tenaganya sudah mula melemah. Lariannya juga mula perlahan. Akibatnya dia terjatuh kerana semua sakit yang dia rasakan bersatu membuat dia merasa lemah. Miciela perasan kalau ryan tidak berada di sisinya. Dia pun melihat ke belakang. Nampak ryan yang jatuh dan meringis kesakitan.
Ryan yang sekarat depan mata membuat miciela bertindak dengan cepat. Dia menarik ryan tapi ryan sangat berat. Mustahil kalau ryan dapat di angkat oleh miciela kerana badan anastasia yang lemah dan kecil ini. Ryan mengelengkan kepalanya. "Anastasia... Pergi. Tinggalkan ryan sendiri." Giliran miciela mengelengkan kepalanya.
"Tidak!" miciela memeluk ryan. Adakah ini keputusan yang benar? dia juga tidak tahu. Semoga ini keputusan yang benar. Agar dia dapat kembali semula di dunianya. Theo yang mengejar mereka nampak murka saat melihat miciela memeluk ryan. Dia tidak tahukah yang ryan lah yang membuat dia tersiksa!?
-------------------------------------------------------------------
"An-anastasia... Pe-rgi..." Terdengar suara lemah dari ryan yang sedang terluka dan terbaring disamping aku itu. Banyak kali dia memohon kepada aku untuk pergi dari sini. Aku hanya mengelengkan kepala. Tanda keras kepala.
Theo dan para pengawalnya datang menghampiri kami berdua. Dia sungguh murka boleh di lihat dengan tatapan tajamnya yang sinis dan riak wajahnya. Dia mula berkata kepada ku dengan bahasa formalnya. "Beta bagi pemaisuri beta pilihan terakhir... Pilih beta dan hidup bersama atau pilih si pengkhianat itu dan 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮."
Suara theo yang berada di hadapan ku itu terselit nada marah di telinga ku. Dia hanya makin mendekat kearah aku dan ryan. Dia pun menatap sinis ke arah kami berdua. Aku yang bingung tidak tahu mau mengatakan apa pun akhirnya bersuara.
"Saya... Saya..." Aku terkaku seketika lalu aku menyambung perkataanku. "𝗠𝗮𝗮𝗳𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮." Kata aku sambil memeluk ryan di samping aku itu dengan erat. "Apa yang kau lakukan? pergi!" teriak lelaki yang aku peluk itu.
Theo yang berada di hadapan kami itu pun berkata. "Baiklah jika itu pilihan pemaisuri beta. Semoga anda tidak menyesalinya." Katanya sambil mengeratkan pegangan pedang di tangannya. Menahan amarah yang mebuak - buak itu.
Aku tidak tahu masa depan apa yang menanti aku ke depannya. Aku hanya pasrah kepada tuhan yang satu. "Semuanya... SERANG!" teriak lelaki yang diselimuti amarah itu dia berbalik kearah kami dan menatap kami berdua sekilas dengan pandangan sinisnya.
Aku tidak menghiraukan tatapannya itu dan menahan rasa sakit anak panah yang menyerang badan ku sehingga aku tidak dapat menahannya lagi dan...
𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗽 𝗴𝘂𝗹𝗶𝘁𝗮.
-------------------------------------------------------------------
'Aku berada di mana?' miciela bingung kerana sekitarnya sungguh gelap. Dia merasa dirinya mula terapung. Tapi apabila dia melihat dirinya. Badannya bukan anastasia lagi. Ia adalah badan aslinya. Dia melihat banyak sekali jam di sini. Jam yang begitu lama terapung bersamanya.
Seketika dia melihat bayang wanita yang terasa ia kenal. Adakah itu anastasia asli? saat dia mau mendekat ke arah bayangan itu. Wanita yang daritadi tidak melihatnya berpaling ke arah miciela. Mata miciela terbeliak seketika. "Waktu tiga hari aku berikan pada mu. Tapi kau gagal menunaikan permintaan ku..."
Terdengar suara anastasia asli berkata pada miciela membuat dia terkejut serta bingung. Dia mau bertanya apa maksudnya? bukankah dia berjaya memilih ryan? "Sekarang... Semuanya sudah terlambat. Mereka tetap berada di dekat mu meskipun kau berada di dunia aslimu..."
Dengan sekilas kilat anastasia yang asli menolak miciela ke jurang gelap membuat miciela berteriak kerana terkejut tiba - tiba di tolak begitu. Dia sekilas melihat wajah murka anastasia. Namun di sebalik itu. Wajahnya juga menampilkan rasa bersalah dan sedih. Entah apa yang anastasia pendam selama ini.
Sekilas kelopak matanya terbuka luas. Matanya melihat sekeliling bilik kosong bewarna putih dengan lampu yang terang. Dia melihat sesuatu seperti alat mesin berbunyi di sebelahnya. Sepertinya dia berada di hospital. Kerana dia merasa ada balutan di kepalanya.
Terasa kepalanya berat dan sakit. Terlihat wanita paruh baya yang tampak dia kenal. "Ya Allah miciela! akhirnya kamu sedar nak." Wanita itu memeluk diri miciela yang masih kebingungan. "Maaf siapa anda?" pertanyaan miciela membuat ibunya terkaku seketika.
Dia lantas memanggil doktor tanpa berkata apa pun kepada miciela. "Doktor! anak saya tak kenal saya siapa!" wanita itu menangis. Saat doktor datang untuk memeriksa kenapa dengan miciela. Doktor pun menjelaskan kenapa miciela seperti itu.
"Oleh kerana dia kemalangan. Kepalanya terbentur dengan sangat keras. Itulah penyebab cik miciela koma 3 tahun dan bangun kembali dengan hilang ingatan. Tapi jangan risau amnesia yang cik miciela alami tidak permanen dan ingatannya akan pulih semula." Wanita itu hanya mengangguk.
"Jangan fikir banyak ya puan mikaela. Anak puan akan kembali pulih sepenuhnya." Ucap doktor itu. Setelah berbincang - bincang dengan puan mikaela. Doktor itu pun berlalu pergi dan terlihat wanita yang di kenali puan mikaela yang rupa - rupanya ibu miciela itu merasa risau. "Miciela jangan risau ya. Ibu ada di sini."
Miciela hanya diam. Masih mencerna apa yang berlaku sebenarnya? bukannya tadi dia mati? atau semua itu hanya mimpi kerana dia koma? berita itu membuat miciela rasa terpukul. 3 tahun dia koma lalu amnesia? patutlah di dunia mimpinya itu dia tidak ingat apa pun tentang dirinya dan hanya mengingat ingatan anastasia.
Tidak sedar air matanya mengalir membuat puan mikaela panik. Dia memeluk erat miciela. Wanita paruh baya itu memakai tudung. Miciela pun memakai tudung hanya saja tudung hitamnya sedikit longgar. 'Ya Allah. Berdosa diri ku ini...' Batinnya. Dia merasa bingung, keliru, terkejut dan takut dengan berita baru ini.
═════ஜEND OF BAB 15ஜ═════
(Apa pendapat anda tentang chapter ini? Komen ye hehehe)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro