Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

(sila vote dan komen, selamat membaca (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 11ஜ═════

Kelopak mata aku terbuka luas dan mata aku mula perhatikan sekeliling. Nampaknya sekarang aku telah berada di kampung. Siapa yang pungut aku hingga aku tersasar ke sini? aduh badan aku sakit. Aku melihat badan aku penuh dengan daun herba dan balutan kain.

Dawai besi yang terikat di tangan aku sebelumnya sudah terbuka. Namun kedua - dua pergelangan tangan aku terasa begitu lemah. Sesaat aku sedar apa yang terjadi. Erez meninggal dunia lalu... Apa yang terjadi dengan anastasia?

"Anastasia!" aku tak perasaan aku sedikit menjerit. Aku pun sedar yang anatasia harus di selamatkan dari bahaya. Bilik yang aku huni sekaranh ini sangat gelap dan tak bercahaya. Saat aku ingin bangun dari katil dan berdiri. Tiba - tiba ada seseorang membukakan tingkap yang di perbuat dari kayu itu.

Seketika ruangannya nampak dengan jelas saat cahaya matahari yang menyilaukan mata itu masuk keruangan gelap ini tadi. Aku pun memandang orang yang sudah menyelamatkan aku itu.

Dia seorang lelaki yang nampak paruh baya...? uhm... tidak tahulah badannya begitu sado dan rambut hitamnya panjang miliknua yang sedikit memutih itu di ikat. Dia memiliki jambang dan mukanya agak tegas.

Hanya sahaja dahi kirinya mempunyai parut besar hingga ke dagu, adakah dia ini seorang ketua penyamun, pahlawan atau apa? seketika jiwa lelaki aku sedikit goyah. Mak anak mu jumpa dengan lelaki seram melebihi ayah, mak.

Mata hitam pekatnya itu memandang mata aku. Ia sangatlah tajam dan menusuk jiwa. Berbeza dengan theo yang tajam dan tidak mempunyai perasaan. Pakcik ini mempunyai aura yang begitu intimidasi. Aku rasa dia lebih kejam dari-

"Kenapa pandang saya begitu anak muda?" Suara garau terdengar kasar dan dingin menerpa telinga ku. Aku yang sedikit panik memegang dada ku yang tiba - tiba sakit saat aku berdiri itu. "Anak muda, kau harus duduk, berehat." Nasihatnya sambil duduk bersila di lantai.

Aku hanya menatapnya sesudah aku menenangkan diri sendiri. Aku pun duduk di katil kecil nan empuk di mana aku berbaring tadi. Aku pun membuka mulut untuk bertanya pada pakcik ini. "Bagaimana saya boleh berada di sini pakcik?" itu pertanyaan pertama aku lontarkan.

Pakcik itu hanya diam seketika lalu menjawab. "Kamu tidak sedarkan diri di dekat tengah - tengah padang. Kamu di pokok arah sambil merangkak dan gumam yang tak begitu jelas." Ucap pakcik tersebut membuat aku terkejut.

Hah, biar betul!? aku pun mula berfikir. iyakah? Mata aku yang suram mula bertambah suram. Mungkin sebab aku terlalu sedih dan terkejut berat dengan apa yang terjadi pada erez yang meninggal... Anastasia dalam bahaya dan aku lah... Puncanya.

Mengetahui bahawa aku sedang duduk diam dan bersedih, pakcik itu bersuara lagi. "Nama anak muda?" Dia bertanya kepadaku dan lantas aku memandang kearahnya. "Ryan..." Jawab aku lada pakcik itu. Sengaja aku tidak menyebut nama penuh aku. Walaupun aku tahu pakcik tu tidaklah bodoh.

Pakcik itu hanya mengkerutkan dahinya. Mungkin ryan lain fikirnya. Tapi dia hanya mengetepikan hal itu, semua jelas di mata aku riak wajahnya berubah - ubah. Aku mendiamkan diri, buat masa ini biarlah identiti aku tak terbongkar seketika.

"Jadi nak ryan... Nama pakcik adalah ario. Boleh pakcik tanya kamu satu soalan nak?" Ucapnya tidak begitu kasar meskipun mukanya kelihatan dia sangar. Jangan lihat dari tampilan luar aku rasa. Aku hanya mengangguk bila dia minta izin untuk bertanya pada ku.

Pakcik itu diam seketika untuk mencari perkataan yang harus dia lontarkan kepada aku. "Jadi mengapa kamu terluka dan terbaring di pokok arah? Kamu hampir mati kerana kehabisan darah." Katanya sambil mengusap janggutnya.

Aku pula yang diam. Kalau aku bagitahu perkara yang sebenarnya terjadi... Apa pakcik ini akan percaya pada aku? dia mahukah tolong aku? Tapi... Aku teringat raja fernand itu. Orang yang aku percayai namun... Mengkhianati aku kerana aku sudah tidak mempunyai posisi apapun lagi.

Tapi apa bezanya dengan aku? aku juga mengkhianati adik aku sendiri demi wanita yang aku cintai itu. Melihat aku yang sedang mengelamun dan tidak menjawab pertanyaannya pakcik itu hanya mengangguk faham. "Pakcik faham kalau kamu tidak dapat menjawabnya. Lagipula pakcik tidak ingin masuk campur urusan kamu,"

"Hanya sahaja pakcik risau... Meskipun kita baru berkenalan." Ucap pakcik itu lagi. Aku masih lagi waspada akan pakcik itu namun aku tetap menganggukkan kepala setuju. Aku harus pergi dari sini. Aku harus memberi dia alasan meskipun aku berterima kasih kepadanya yang sudah menolong aku.

"Terima kasih pakcik," ucap ku "tapi saya tidak boleh berlama - lama tinggal di sini... Saya harus menyelesaikan sesuatu yang saya sendiri sudah mulakannya." Ucap ku sambil berdiri. Aku ambil baju putih yang tergeletak di meja itu. Aku tidak membutangkannya kerana badan aku masih sakit.

"Apa kau benar ingin pergi anak muda?" pakcik itu berdiri dan datang mendekat ke arah aku. "Di luar sana bahaya nak... Kau masih lagi cedera parah. kau belum sembuh sepenuhnya, apa kau yakin dengan tujuan kamu?" Ucapnya lagi berusaha untuk aku duduk disini hingga aku sembuh.

Tapi aku tak mungkin akan duduk diam di sini macam orang penakut. Aku harus selamatkan anastasia, aku harus bawa dia pergi jauh dari sini. Aku ingin mengabulkan permintaan erez! "Iya pakcik... Ada seseorang yang menunggu kepulangan saya pakcik." Aku melihat reaksi pakcik itu.

Pakcik itu hanya diam sambil melihat aku. Wajah aku nampak begitu serius bukan main. Pakcik itu berfikir seketika dan aku mendengar dia menghela nafas berat. Agaknya dia mungkin berfikir aku keras kepala. "Baiklah... Tapi kau harus makan dahulu baru tunggu berapa minit kamu boleh pergi,"

"Aku ingin memeriksa luka nak ryan setelah itu kamu boleh pergi." Ucap pakcik itu meskipun mukanya tidak ingin mau melepaskan aku pergi. Pakcik ini sangat baik dan aku hargainya. Nampaknya masih ada lagi orang yang baik di dunia ini termasuklah anastasia. Teringat dengan wanita itu aku membuat aku tersenyum.

Tunggu aku anastasia! setelah maka, aku pun di periksa. Kedua mata aku terbeliak saat aku melihat luka besar dekat dada hinggalah ke perut. Ini luka kena apa? Fikirku. Banyak lagi luka yang mengerikan di badan aku tapi aku tidak perasaan akan hal itu lagipula aku tak merasakan sakit.

Mungkin kerana aku sudah terbiasa merasakan luka sakit itu. "Kamu boleh bergerak tapi berhati - hati jangan sampai benang ini terbuka. Jangan berlari atau melakukan hal yang berat."
Ucap pakcik itu lagi. Aku hanya menganggukkan kepala.

Sepatutnya kalau begini aku sudah meninggal namun tuhan berikan aku kesempatan sekali lagi untuk aku hidup. Aku berdiri secara perlahan lahan agar jahitannya tidak terbuka meskipun ia membuat aku terinjut - injut juga di buatnya. "Nak ryan, hati - hati." Nasihatnya membuat aku menganggukkan kepala sekali lagi.

------------------------------------------------------------------

Pakcik itu hanya melihat ryan dari jauh. Sehinggalah dia hilang dari pandangan pakcik itu. Tiba - tiba pakcik itu tersenyum sinis. "Ryan memang di takdirkan untuk mati... Kenapa kau membuat dia hidup kembali?" ucap pakcik itu lalu bertukar menjadi lelaki muda.

Lelaki itu berpakaian seperti butler lalu dia pun melihat belakangnya. yang tadinya tidak ada orang. Ada perempuan berambut hitam pendek keriting, semua pakaian serba hitam, dengan kulit pucat seperti mayat dan bibir merah seperti darah, matanya yang gelap seperti arang.

"Sengaja untuk ubah cerita lebih menarik... Agar cerita dia rosak separuh. Tindakan sesimple ini akan membuat alur cerita itu berubah." Ucap perempuan itu. "Jom kita pergi, sampai sini sahaja tugas kita. kita tunggu hasil watak utama kita bagaimana nanti."

Ucap wanita itu lalu mereka pun lenyap seperti bayang.

═════ஜEND OF BAB 11ஜ═════

(Agak - agaknya siapa dua orang misteri itu?)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro