Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 1ஜ═════

"Aduh!" aku meringis kesakitan lalu aku membuka mata. Badan aku terasa seperti di hempas akan sesuatu yang sangat keras. Apabila aku membuka mata yang pertama aku nampak ialah sinar matahari yang terang menyapa.

Aku menutup mata menggunakan tangan aku supaya boleh dilindungi daripada sinar matahari terang mengalahkan cahaya ilahi. "Tasia..." Sayup - sayup aku mendengar suara itu.

mak aik, ada setan berbisik kah? fikirku. kejap telinga aku macam masuk airlah. Aku cuba keluarkan air di telinga ku itu. Saat berjaya keluarkan air di telinga, mata aku pula meliar sekeliling. Seketika terperanjat saat satu lelaki asing berada depan mata aku.

Dia hanya tersenyum melihat kelakuan aku tadi- eh...? Jap, jadi dia lah yang panggil dari tadi tu eh? aku tengok baju lelaki itu. Baju putih dan seluar hitam. Dia juga pakai rantai.

rambut hitam yang serabai namun masih lagi nampak kacak. Dia juga nampak basah. Aku heran. Aku pun rasa diri aku basah. Macam berat pun ada.

Sekali lagi mata aku meliar di segala arah. Tumbuh - tumbuhan, awan biru dan angin kuat. Kenapa aku rasa macam di dunia lain? tapi kenapa aku tak boleh ingat kenapa aku boleh sampai ke sini?

Takkan aku hilang ingatan macam dalam drama - drama dekat televisyen tu? "tasia?" sekali lagi lelaki itu memanggil dia lalu sambung perkataannya itu. "Kenapa dengan tasia ni? tasia seperti kebingungan."

Dia mari dengan slang europe dia sobat. "Uh... Saya ke?" tiba - tiba aku bersuara. Eh kenapa aku ada slang juga ni? aih pelik lah aku. Lelaki itu nampak pelik melihat kelakuan aku. Iyalah mestilah dia hairan kenapa dengan aku ni.

Dia tanya dengan kita, kita tanya dia balik. Aduh ni b*ngang jenis apa? b*doh ke? eh sudahlah terlampau tengok toktok ni. Aku fokus kembali pada lelaki di hadapan aku ini.

"Tak apa tasia, mesti awak bingung dengan keadaan sekarang setelah terjun dari sungai yang dalamkan?" terperanjat aku dengar dia boleh baca fikiran aku ke? eh tapi dia asyik - asyik panggil aku 'tasia' siapa 'tasia'?

Aku memandang matanya. Masih bingung dengan situasi terkini. Lelaki itu hanya menghela nafasnya. "Ryan rasa... Tasia terhantuk batu besar saat tasia terjun ke sungai dalam untuk bersembunyi dari 𝗱𝗶𝗮."

Aku hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa hati aku rasa bergetar semacam saat lelaki ini sebut si 𝗱𝗶𝗮 ni. Siapa tu? aduh pening kepala lah! aku nampak lelaki itu berdiri dan menghulurkan tangannya ke arah aku. "jom tasia." Ucapnya lalu dia berjalan dulu selepas tolong aku berdiri.

aku berjalan ikut rentak kakinya. Aku melihat busana yang aku sedang pakai sekarang ni. aku sedang pakai gaun panjang berwarna putih namun ia kotor mungkin terkena dengan tanah.

Aku masih lagi bingung macam orang amnesia betul - betul dah ni. Nak je aku tarik rambut aku sampai botak. Tapi tiba - tiba otak aku macam kena migrain, aku terlihat sesuatu. Semacam memori?

'Anastasia eloise grace or'laith!'

Suara itu berteriak sangat kuat dalam kepala aku. Aku merintih kesakitan sambil memegang kepala aku. ryan yang dari tadi berjalan nampak risau dan berhenti kerana ingin memeriksa keadaan aku. "Tasia kita sudah sampai- kenapa muka tasia sangat pucat. Ada apa - apa ryan boleh tolong?" tanya ryan dengan lembut.

Aku hanya mengelengkan kepala saja. kata - kata ryan betul kita sudah berada di depan sebuah rumah. Ia nampak seperti rumah harta pusaka. Rumahnya tampak megah, besar dan anggun. Tapi bukan itu yang aku fikirkan sekarang ini.

Sekarang ni... badan aku rasa mengigil. aku rasa macam nak mati je bila teringat memori tiba - tiba tadi tu. Aku rasa seluruh badan aku seram sejuk. Ryan nampak risau kerana aku sedari tadi tak menjawab pertanyaan dia. Kerana apa yang aku nampak ialah...

𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗻𝗮𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶𝗮 𝗴𝗿𝗮𝗰𝗲 𝗲𝗹𝗼𝗶𝘀𝗲 𝗼𝗿'𝗹𝗮𝗶𝘁𝗵, 𝘁𝗵𝗲𝗼 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝗻𝗮𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 - 𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗷𝗶.

-------------------------------------------------------------------

Sementara itu...

Di kerajaan yang bernama castiel seorang lelaki duduk di kerusi takhtanya itu. Dia menghela nafas berat lalu menghentakkan pedang itu ke lantai membuat orang yang bersujud di hadapannya tersentak namun memilih untuk diam sambil menundukkan kepalanya.

"Ulang sekali lagi." Kata lelaki itu. Agaknya dia tidak berpuas hati dengan berita di sampaikan pada lelaki yang sedang bersujud di hadapannya itu. lelaki yang sedang bersujud pun mengulang sekali lagi perkataannya dengan suara yang bergetar - getar.

"A-ampun duli yang maha mulia. Patik serta yang lainnya tidak menemukan jejak pemaisuri anastasia da-dan abang anda. Yang mulia raja." Perkataan suruhannya itu membuat lelaki itu merasakan amarahnya pula membuak buak di dada seperti ingin meletup bila - bila masa sahaja.

Raja itu tetap menahan amarahnya yang hampir memuncak itu. Apalagi dengan perkataan 'abang anda' hah? abang? Hahahah! ia membuat lelaki ini rasa ingin ketawa. Ryan kyne atau di kenali 𝗿𝘆𝗮𝗻𝗲𝗿 𝗿𝗼𝘆𝗰𝗲 𝘃𝗼𝗻 𝗵𝗮𝘃𝗲𝗿𝗻 𝗸𝘆𝗻𝗲 itu abangnya?

Oh tolonglah, sudahlah merampas kebahagiannya dan wanita yang di jadikan sebagai istri itu. Dia masih di gelar sebagai abang? layakkah dia? 'Si anak jahanam itu harus mati. Aku membiarkan dia hidup,'

'Tapi dia balas aku dengan apa? dengan perangai setannya itu. Dia tidak bersyukur pada apa pun yang aku berikan padanya...' Sumpah serapah lelaki itu dalam hatinya. lelaki yang bersujud di hadapannya itu bingung seketika kerana lelaki dihadapannya yang di panggil yang mulia raja diam seperti memikirkan sesuatu.

Lelaki itu berdiri dengan lantang dia mengatakan agar lelaki yang bersujud dihadapannya itu berdiri dengan segera saat theo berkata berdiri. Orang suruhannya itu berdiri tanpa menanyakan kenapa.

Lututnya bergetar bila melihat 𝗥𝗮𝗷𝗮 itu sedang memandangnya dengan sangat tajam. Lelaki yang berstatus 𝗥𝗔𝗝𝗔 itu jalan kearahnya. "Pergi siapkan apa yang beta perintah." Perintah raja itu dengan lembut namun saat dia dekat dan berbisik dengan telinga orang suruhannya itu.

Membuat orang suruhannya sangat pucat. "K𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵, 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗯𝗲𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗰𝘂𝗻𝗴." Ugutnya dengan melemparkan senyuman yang tentunya bukan ikhlas.

Orang suruhannya itu menelan air liurnya lalu pergi dari situ secepat mungkin. Membuat raja itu ketawa puas. Matanya beralih ke cincin perkahwinan yang tersarung di jarinya dan pemaisuri hatinya.

"Ariningsun... jauhlah engkau berlari sekalipun. Takdir akan menemukan kita kembali. Tali takdir akan mengikat kita kembali."

"𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗸𝘂, 𝘁𝗵𝗲𝗼𝗱𝗼𝗿𝗲 𝘃𝗲𝗿𝗹𝗲𝗼'𝘀 𝘃𝗼𝗻 𝗵𝗮𝘃𝗲𝗿𝗻 𝗸𝘆𝗻𝗲 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴."

-------------------------------------------------------------------

Di tempat miciela/anastasia berada:

"Kenapa aku jadi seram sejuk pula ni?" - anastasia/miciela

'Kesian tasia mesti dia trauma berat, mana dia masih muda pula tu' - ryan

═════ஜEND OF BAB 1ஜ═════

(Note: saya baru belajar menulis, maafkan saya jika cerita saya kurang seronok untuk di baca, saya akan perbaiki lagi penulisan saya dan juga cerita saya)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro